Download App

Chapter 8: Bab 7

'Mana princess aku ni? Tapi, serious; memang aku takkan pernah sangka yang perempuan kasar macam tu boleh nampak cantik macam puteri kayangan…' sekali lagi lelaki itu tersengih selari matanya masih tertumpu pada ruangan pintu hadapan rumah kampung itu sambil matanya ligat mencari Zahra yang tak muncul dari tadi sebelum berhenti di satu kelibat yang kelihatan dari keluar dari asakkan sekumpulan manusia disitu.

"Hah, tu dia! Zahra! Sini!" dengan mata bersinar-sinar, lelaki itu memanggil rakan baiknya itu dengan suara lantang selari melambaikan tangan ke arahnya; dengan sekeip mata, perlakuannya di sedari gadis itu, lantas tersenyum dan membalas lambaian tadi selari berjalan laju menuju ke arahnya.

"Siapa? Awek?"

'I wish…' sempat lagi dia bermonolog dengan jawapan sebenar kepada soalan yang didengarinya tadi.

"Tak lah…kawan…"suara yang datang dari arah sisinya mengejutnya buat seketika tapi dia hanya menjaab selari matanya masih melekap pada Zahra yangkini berjalan mendekatinya.

"Tapi, kau suka dia kan?"

"Suka hati saja kau ni..?!?!? Eh? Bukan kau…"

"Robert… dari chalet semalam…"

"Ah, apa kau buat disini? Bukan kau kata nak bercuti? Kau kawan Miss Daniela?"

"Ya… memang saya cakap yang saya kesini untuk bercuti…kebetulan pula kawan saya berkahwin hari ni tapi, saya bukan kawan atau kenalan Miss Daniela."

"Bukan? Habis tu?"

"Pengantin lelaki…Johan Musa..kawan baik saya."

"Ah….figures.."

"Yo, Qhal…kenapa ni? Eh? Mr. Robert? Apa yang Mr. Robert buat disini?"

"Hai, Miss Zahra…you look different; but a really good type of different."

"O…kay, thank you?"

"Ni…si Robert ni kawan pengantin lelaki; kebetulan betul ni…"

"Iya? A'ah.. kebetulan, kot…Ni, kebetulan, kebetulan juga…takkan kau nak aku berdiri tengah panas dengan baju kebaya ketat ni?"

"Helok apa? Nampak hot…"

"Banyaklah kau punya hot; aku dah hot dah ni, cepatlah ambilkan air untuk aku; susah aku nak gerak kot, dengan baju ni!" rungut Zahra lagi selari membuat muka kasihan;

"Duduk sini… aku pergi ambilkan air untuk kau… jangan merayap pula." Qhalif yang dari tadi tersengih; menarik lengan Zahra untuk duduk di kerusi yang berdekatan situ sebelum pergi mendapatkan air.

"Kau cakap macam lah aku boleh buat kuak lentang dalam kebaya sendat ni…macam manalah si Fatin tu boleh tergerak hati nak bagi aku pakai benda ni? Menyesal pula rasanya aku dengar cakap dia tadi." sekali lagi rungutan itu kedengaran ditelinga Qhal selari dia menggelengkan kepala sambil tersenyum; berjalan menuju ke ruangan menghidang air.

'Aku bernasib baik sebab kau tak macam perempuan lain dan jarang pakai baju feminine macam tu…kalau selalu kau pakai macam tu, Zahra; mahu berbulu aku tengok buaya darat kerumun kau hari-hari!' Qhalif tersengih sendirian tatkala menahan air di ruangan tadi sebelum berpaling untuk melihat ke arah gadis tadi; tangannya terhenti apabila terlihat akan kelibat seorang lelaki mendekati Zahra yang masih duduk disitu.

"Siapa pula tu? Tak pernah pula aku nampak dia sebelum ni? Kawan Miss, kot?" Qhalif bersuara tetapi kedengaran perlahan; bagai bercakap dengan dirinya sendiri. Ternyata dia kelihataan tak senang dengan kehadiran lelaki lain disisi Zahra.

'Kenapa dia nampak mesra semacam saja dengan budak tu? tak boleh jadi ni…' terjentik hatinya dek perasaan cemburu, lelaki itu segera menuju ke arah meja mereka tadi sebelum mengambil tempat disisi Zahra yang kelihatan terkejt dengan kemunculan tiba-tiba rakannya itu.

"Qhalif? Cepatnya kau?"

"Ni…air kau…siapa ni?"

"ah..ini…Mika..Mikail…dia saudara jauh Miss…"

"Saudara?"

"Ah…maaf..Assalamualaikum, saya Mikail, Mahmud Mikail, Sepupu jauh kak Daniela."

"Oh…sepupu; tapi kenapa tak nampak sama langsung?"

"Qhalif! Er…maaflahh, kawan saya ni memang paranoid sikit kalau ada orang lain…" sekali lagi Zahra memberikan jelingan 'pembunuh' pada Qhalif dengan perasaan tak puas hati sebelum kembali mengalihkan perhatian pada lelaki bernama 'Mika' ini dengan sebaris senyuman.

'Amboi, dengan aku macam singa…bila dengan mamat ni, elok pula kau cover cun, kan? Mentang-mentanglah dia muka ala Mix mat saleh, sado; aku ni rupa kacukan Jawa, badan harap tinggi saja, kau tak pandang, kan? Tak boleh jadi ni!' lelaki yang dari tadi kelihan tak puas hati itu tiba- tiba mengambil kerusi sebelum duduk dicelah antara lelaki yang dikenali sebagai Mika tadi dengan Zahra, membuatkan kedua mereka kelihatan kurang selesa.

"Mika, kau buat apa sekarang? Maksud aku, kau kerjakah atau belajar lagi macam kitorang?"

"Qhal!"

"Hahaha…tak apa, Amira…saya kerja sekarang; sebagai arkitek di satu syarikat pembinaan di Kuala Lumpur."

"Arkitek? Mesti awak pandai melukis, kan? Awak belajar uni mana sebelum ni?"

"Suka hati dialah nak belajar di mana, yang kau sibuk sangat tu kenapa? Kau nak pergi buat kenduri selamat di uni dia tu?"

"Kau ni sibuklah, Qhal! Apa kata kalau kau pergi ambilkan aku kuih ke, apa ke… aku nampak ada kek coklat disitu tadi…aku pun dari pagi tak makan apa-apa ni…kau ambilkan, ya?"

"Kenapa kau tak ambil sendiri? Kan kau ada tangan dan kaki?"

"Qhal! Kau expect aku untuk bergerak dalam baju ni? Serious? Please, Qhal..You're my friend…" Zahra sengaja mendayu-dayukan nada suara pada rakan baiknya itu bagaikan merayu padanya; membuatkan Qhalif menjadi kian rasa serba salah.

'Baju tu…aku hampir terlupa pula pasal tu…takkan aku nak biarkan dia jalan sana sini tayang diri dalam baju tu; aku juga yang berbulu nanti…tapi…tak apakah aku tinggalkan dia dengan budak tu? Kasihan pula dia tak makan dari pagi tadi…tak apalah…sekejap saja, tak apa; kot?' dengan perasaan ragu-ragu bercampur serba salah, sekali lagi dia menjeling ke arah gadis itu sebelum bangun sekali lagi dari situ sambil mengeluh.

"Hmm…yalah…aku pergi…korang tunggu aku disini kejap; aku pergi ambil untuk kau."

"Thanks, Qhalif…saaaayang kau!" sengaja gadis itu membuat suar manja untuk mengusik kawan baiknya itu.

"?!?!" 'serangan' emosi yang dilakukan secara tiba-tiba oleh Zahra itu dengan serta merta membuatkan lelaki yang selama ini menyimpan perasaan padanya itu menjadi tak keruan dan 'hilang' sekejap.

"Qhal? Qhalif!"

"Hmm…ya…lah… aku pergi…" tersedar dengan suara lantang Zahra tadi, lelaki itu mula bergerak menuju ke meja hidangan semula dengan langkah pantas; sambil sesekali matanya menjeling ke arah Zahra dan lelaki mencurigakan itu yang juga dikenali sebagai Mika tadi.

"Awak berdua nampak rapat?"

"Hmm…dia kawan baik saya…ada lagi dua orang dalam rumah Miss; tapi, antara semua…dia yang paling rapat dengan saya." Terang Zahra lagi selari mula mengangkat cawan air tadi untuk meneguk air.

"Ah…I can see that…awak sukakan dia?"

"Uhuk! Uhuk!" terkejut dengan soalan yang tiba-tiba ditujukan padanya itu, Zahra tersedak dengan air yang diminumnya tadi selari kelam kabut

"Awak okay tak ni…"

"Er…okay…tersedak sikit saja…"

"Maaf…"

"Tak apa…bukan salah awak pun… saya yang tak hati-hati…" sambil tangannya masih mengesat air yang tertumpah di atas meja tadi, dia memberikan lelaki itu sebaris senyuman kekok.

"Sampai tersedak tu…betullah?"

"Hmm?"

"Awak sukakan kawan awak tu?"

"Memanglah saya sukakan dia…kalau tak, takkan saya nak lepak dengan dia, kan?..ta..tapi, sebagai kawan! Jangan pula awak ingat benda lain pula…"

"Pfffft…awak ni comellah…okay, saya tak tanya soalan tu lagi lepas ni…" sebaris senyuman dilayangkan kepadanya lagi selari mula gadis itu mulai tunduk; dia dapat rasakan yang gadis itu semakin tertarik padanya.

'Apakah? Kenapa dia boleh tersengih macam tu pula? Dengan aku tak pernah pun dia buat muka macam tu…' dengan perasaan tak puas hati, Qhalif yang dari tadi sibuk memerhatikan mereka berdua dari meja hidangan mengambil kek coklat dengan kasar selari membuatkan kek itu berterabur dan dalam keadaan hancur di atas pinggan yang dipegangnya itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C8
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login