Download App

Chapter 5: Dilema

Malam itu, Rin duduk berseorangan dalam biliknya. Dia memerhati meja komputernya yang baru sahaja dipindahkan dari bilik lain. Di atas meja tersebut terdapat berberapa buah buku yang telah diberikan oleh rakan-rakannya kepadanya.

"Bosanlah, hmm .." dia kemudian mengambil sebuah buku.

"Ini buku karya Akira-chan." dia membaca buku tersebut. Setelah menghabiskan satu bab, dia menyedari sesuatu..

"Bukankah ni.. eh ni masa festival sekolah hari tu lah! Nampaknya dia menulis cerita ni berdasarkan pengalamannya. Taklah teruk sangat."

Dia kemudian mengambil komik karya Itsuka-san. Baru sahaja dia membuka mukasurat pertama dia terhenti.

"Cantiknya lukisan dia... Eh, ni?"

Dia mengosok matanya kerana dia seperti tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

"Ni kan waktu pertama kali saya berkenalan dengan dia! Wah, dia masih ingatlah.." kata Rin kagum. "Detail lagi tu.. eh kejap.. Ni.. Muka saya taklah se hansem ni! Dan.. cerita ni banyak tokok tambah.. Eh! Nama pun dia tak ubah?" Rin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Walaupun begitu, dia agak kagum tentang bagaimana Itsuka boleh mendapat tempat pertama dalam Pekomik Wanita terbaik. Tiba-tiba sehelai kertas terjatuh dari buku tersebut. Ia ialah tentatif majlis pada hari itu dan senarai nama calon penerima anugerah.

"Patutlah... dia sorang je yang hantar penyertaan." kata Rin. Dia ketawa kecil.

Akhirnya, buku terakhir iaitu novel karya Minori yang telah mendapat tempat pertama. Rin menyelak kulit buku itu perlahan-lahan. Setelah berberapa ketika membaca dia terlelap. Rin terbangun. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Setelah bersiap dia terus menunaikan solat. Kemudian seperti biasa dia menyediakan sarapan. Kagamine-sensei keluar dari biliknya apabila tercium bau yang enak.

"Oh, Rin-kun.. bangun awal lagi ye." kata Kagamine-sensei. Suaranya masih serak kerana baru bangun.

"Ye." kata Rin sambil tersenyum. Dia kemudian menuju ke biliknya.

"Eh, tak ambil sarapan ke?"

"Neesan makanlah. Saya dah sarapan tadi." balas Rin sebelum masuk ke dalam biliknya.

"Huh, hari ni hari Ahad.. apa nak buat eh.." kata Rin sebelum duduk di meja komputernya. "Best juga buku Minori ni eh." Dia kemudian menyimpan buku tersebut dalam begnya.

Hatinya tiba-tiba sahaja tergerak untuk membuka komputernya. Sebaik sahaja komputer tersebut memasuki windows, dia telah menerima satu email. Ia merupakan email dari syarikat pembuat permainan video iaitu MEG (Malaysian Entertainment Group). Dalam email tersebut terdapat video. Rin membuka video tersebut.

"Berita terkini, Pengarah syarikat ESCOM telah diberkas dan disoal siasat atas pembangunan teknologi Portal dan sindiket penjualan senjata baharu iaitu Mini Portal. Beliau didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup serta kesemua aset kekayaannya dibekukan."

Sebaik sahaja video tersebut tamat, satu sidang video telah dibuka.

"Nazrin Aiman?"

"Ya. Saya.."

"Saya ... pengarah Syarikat MEG, Isaac. Saya rasa kamu dah tonton video tadi."

"Bagaimana dengan Program Portal?"

"Program Portal telah diambil alih oleh kami. Kami telah membuat kajian dan menurut sumber yang dipercayai Ibu Bapa awak masih hidup. Mereka kini berada dalam Portal tapi kami tidak mengetahui secara tepat lokasi mereka. Tapi jangan risau.. Kami telah merangka satu pelan untuk mencari mereka."

"Bagaimana?"

"Kami akan mengkomersialkan Permainan Elguard Online versi Portal. Dengan ini misi mencari parents awak jadi lebih senang dan pantas."

"Kamu pasti ke kamu lakukan ni bukan tujuan untuk keuntungan sendiri." kata Rin. Nada Rin agak tinggi. Dia agak marah apabila hasil ciptaan orang tuanya dikomersialkan begitu sahaja.

"Bukan Rin, saya faham perasaan kamu. Kami buat ni untuk kamu. Terima kasih kepada parents awak, Malaysia kini pendahulu dalam Teknologi terbaru ini. Tidak lupa juga kepada kamu, tanpa kamu dunia ini mungkin musnah oleh Syarikat ESCOM. Jadi, sebagai tanda terima kasih, kami perlu membantu kamu." kata Tuan Isaac.

"Baiklah kalau begitu. Bagaimana kamu nak komersialkan Portal?"

"Kami sedang cuba untuk 'reverse engineering' Mini Portal. Mini Portal yang sedang dimiliki oleh berberapa organisasi ialah Mini Portal versi Combat dan pengunaannya diharamkan seperti pengunaan nuklear. Kami akan cuba untuk membina Mini Portal baru untuk tujuan gaming."

Sidang video telah ditamatkan. Satu email telah sampai.

Sebarang perkembangan akan kami maklumkan kepada kamu.

Rin baring di katilnya untuk menenangkan diri. Hatinya gelisah memikirkan nasib orang tuanya. Mahu sahaja dia masuk ke dalam Portal dan mencarinya seorang diri. Dia memutuskan untuk pergi bersiar-siar. Dia terserempak dengan Minori di taman.

"Rin-kun, konichiwa. Awak tak kerja hari ni?"

"Tak saya ambil cuti.."

"Rin-kun, awak ok ke? Awak nampak macam ada masalah je."

"Eh? Takdelah." kata Rin cuba menyembunyikan perasaan gelisahnya.

"Oh ya, memandangkan awak ada kat sini.. boleh awak tolong saya?"

"Tolong apa?"

Minori terdiam sebentar. Dia agak malu untuk meminta tolong dengan Rin. Dia kemudian senarai barang-barang untuk dibeli.

"Mari tengok.. hmm.. telur..tepung.. coklat masakan.. eh.. awak nak buat kek ke?"

Minori mengangguk perlahan.

"Awak pandai buat kek ke?"

"Tak hehe."

"Oh, memandangkan saya free hari ni.. saya tolong ajarkan awak.. nak?"

Senyuman lebar terukir pada wajah Minori. Dia sangat gembira dengan tawaran Rin. Mereka pergi ke pusat membeli belah yang berdekatan. Semasa mereka sedang berada di sana, Rin tidak bercakap banyak. Alamak sunyi sangat.. Rin.. cakaplah sesuatu...

Akhirnya Rin membuka bicara. "Sejak bila awak minat buat kek ni.. hehe awak ni berbakatlah.. sejak kebelakangan ni awak semakin banyak menunjukkan bakat."

"Eh.. mana ade .." Muka Minori merah apabila menerima pujian dari Rin.

"Betullah, bukanke tempoh hari awak menang anugerah di konvensyen buku. Oh ye, saya ada baca novel awak."

"Alamak, dia dah baca? Mesti dia dah faham perasaan saya terhadap dia sekarang." bisik hati Minori. Dia menyangkakan Rin sudah habis membaca novelnya. Ia membuatkan Minori berdebar.

"Tapi baru bab 5 hehe.. tertidur semalam." sambung Rin.

"Oh ye ke? Ingatkan awak dah.."

"Dah apa?"

"Takdelah hehe." kata Minori dan menyambung perbualan mereka.

Rin agak memilih dalam membeli barang. Ia membuatkan Minori berasa hairan. Minori memerhati barang yang dibeli oleh Rin, semuanya ada persamaan iaitu mempunyai logo halal padanya.

"Mungkin Rin suka barang yang ada logo ni je." bisik hati Minori. Dia tidak berani menanyakan Rin tentang hal itu.

Selesai sahaja membeli barang mereka berangkat ke rumah Minori. Dalam perjalanan mereka ke sana mereka terserempak dengan Issei dan gengnya.

"Hello.. Rin-kun." kata Issei. Dia pergi mendekati Rin. "Jangan ingat yang saya akan kalah dengan awak.. Saya cabar awak.. datang ke koordinat ni pada jam 8 malam esok.. jangan lambat." bisik Kazuki sambil memberikan sehelai kertas kepada Rin.

Issei dan gengnya kemudian pergi dari situ.

"Siapa mereka tu?" tanya Minori.

"Mereka senpai kita dari kelas 2-A." Jawab Rin.

Minori tidak bertanya lebih lanjut kerana dia tidak mahu masuk campur dengan urusan Rin. Setibanya di rumah Minori, mereka disambut oleh ibu Minori.

"Eh, Rin-kun.." kata ibu Minori. Dia terkejut dengan kedatangan Rin. "Jemputlah masuk." Rin masuk dan terus ke dapur untuk menghantar barang.

"Wah, kamu berdua pergi membeli-belah ye. Hmm.. mesti ada sesuatu ni." kata ibu Minori berguarau.

"Eh takde apa-apa lah Okasan." kata Minori.

"Sebenarnya saya datang ni nak ajarkan Minori cara membuat kek." kata Rin.

"Oh, baguslah tu. Ajar dia baik-baik ye. Dia tu jarang ke dapur."

"Okaasan.."

"Gurau je.. dia tu selalu juga ke dapur.. baiklah saya nak sambung membersihkan rumah dulu.."

"Yosh, jom mulakan kerja." kata Rin sambil memakai apron.

Rin mengajar cara membuat kek langkah demi langkah. Minori semakin memahami tentang cara-cara membuat kek. Tiba-tiba Rin tersentuh tangan Minori semasa dia cuba mengambil senduk. Mereka perpandangan antara satu sama lain.

"Ehem.." ibu Minori sedang memerhatikan mereka sambil tersenyum lebar.

Rin terus menarik tangannya dan berpura-pura tiada apa yang berlaku. Mukanya nampak merah.

"Kamu berdua nampak kawaii.." kata ibu Minori. "Macam suami isterilah."

"Okaasan.."

"Hehe, yelah saya takkan kacau lagi.. teruskan-teruskan." katanya sebelum pergi ke ruang tamu.

Akhirya mereka berjaya menyiapkan kek tersebut. Rin membawa kek tersebut untuk dihidangkan di ruang tamu di mana parents Minori sedang berada.

"Wah, kek ni nampak sedap." kata ayah Minori. "Kamu ke yang buat Minori?"

"Taklah, kami buat sama-sama." kata Minori malu-malu.

"Hehe, sweetlah kamu berdua ni."

"Rin, jadilah menantu saya." kata ayah Minori. Dia nampak serius.

"Eh?"

"Hehe, taklah gurau-gurau je. Itadakimasu."

Merekapun menikmati petang itu dengan kek buatan Rin dan Minori.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login