Download App

Chapter 2: siang dan malam

Tanpa menunggu lama intan segera bangkit lalu mencapai kain tuala dan bakul yang berisi kelengkapan mandian untuk membersihkan diri. Dia yang ingin keluar segera menoleh ke arah lysha yang sudahpun panjat tangga ke katilnya untuk merebahkan dirinya.

'Kau nak sambung tidur ke? Tak solat dulu?'

'Aku uzurlah, sebab tu aku stay up sampai pukul lima kat library'. Intan hanya mengangguk lalu segera keluar meninggalkan rakannya itu. Walaupun intan dan lysha merupakan rakan sebilik dan juga sekelas tetapi mereka mempunyai waktu belajar yang berbeza. Intan lebih selesa untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu fajar manakala lysha pula lebih selesa belajar pada tengah malam sehinggakan mereka digelar siang dan malam.

Selepas mandi, intan segera menyempurnakan solat tahajud dua rakaat. Usai sahaja solat, dia duduk bertimpuh di atas tikar sejadah lalu membuka senaskah Al-Quran. Sudah menjadi kebiasaan intan untuk membaca sekurang-kurangnya dua helaian sementara menunggu waktu subuh.

Keesokan harinya pada pukul sembilan pagi, lysha dan intan sudah terpacak dihadapan 'examination hall' untuk menduduki peperiksaan akhir business law yang dijadual pada pukul sepuluh pagi sebentar lagi. Sedang mereka ralit membaca nota bagi persediaan akhir sebelum melangkah masuk ke dewan, rakan sekelas mereka yang lain datang secara berkumpulan.

'Wah awalnya dua orang bakal chanselor kita ni' Lysha yang tengah baca notanya segera memangung kepala dan memandang tajam ke arah zaki. Dia cukup berang apabila ada yang suka menyindir dirinya. Intan yang menyedari akan perubahan riak wajah lysha segera memujuk rakannya itu agar menhiraukan sahaja gurauan zaki itu.

'Kau ni kan zaki, kau tahu kan yang lysha tak suka kalau diperli-perli macam tu. kau sengaja je kan, kalau suka tu pikatlah elok-elok ni kau asyik nak sakitkan hati dia je macam mana dia nak suka kau balik'. Bukannya intan tidak tahu bahwa zaki sudah memendam perasaan terhadap gadis kacukan melayu-cina itu sejak semester satu lagi. sampaikan dia sanggup pilih kelas yang sama setiap subjek yang mereka pelajari agar sentiasa dekat dengan buah hati pujaannya itu.

Muka zaki yang sudah berubah kemerahan segera menindakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh intan. 'Eh kau ni intan, mana ada.' Lalu segera beredar kearah rakan domnya yang lain. Intan hanya tersengih kerana dapat menyakat rakannya itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login