Download App

Chapter 3: BAB 1.2 – Kemunculan Mahou Shoujo Primula

Bahagian II

Aku, Kurosaki Yami, menuju ke sekolah seperti hari-hari biasa. Seperti pelajar-pelajar normal yang lain, menjadi tugasku untuk menghadiri sesi persekolahan dan menuntut ilmu di alma mater tersebut. Yang luar biasa buat aku pada hari ini ialah aku diberitahu bahawa aku akan mati tidak lama lagi pada pagi ini. Tidak dilupakan, pipiku masih sakit kerana dilempang angkara insiden kecil di bilik tidurku. Kalau ada yang menarik pun, mungkin sarapan pagi yang disediakan oleh organisasi gadis itu.

Berita sedih yang disampaikan oleh gadis bernama Amamiya itu nyata tidak mengubah cara hidupku. Tubuh badanku langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara. Tiada tanda-tanda 'kematian' seperti didakwanya. Kata-kata Amamiya mungkin nampak tak logik daripada pemikiran manusia, namun aku mempercayainya. Tetapi, hal kehilangan nyawaku ini bukanlah suatu topik yang dapat menghantui minda dan diriku sehingga menjejaskan kehidupan seharian aku. Bukankah selalu pernah aku berkata dalam hati ini, aku ini "kegelapan"? Tiada sesiapa yang bakal sedih apabila aku tiada. Ayahku, orang tua itu kesibukan sahaja dengan urusan kerjanya. Kehilangan aku bukan masalah buat lelaki tua itu. Ibu... ibu aku...

"Ossu, kapten!" (ossu sebutan 'selamat pagi' dalam bahasa Jepun yang ringkas dan kasual) Sanosuke menegurku, mengembalikan aku pada dunia realiti. Dia juga pemain utama pasukan bola sepak Harima seperti aku. Posisi kawan aku ini ialah pertahanan kiri atau tengah. Dia selalu berangan untuk menjadi pemain bintang seperti John Terry, pemain Chelsea. Aku harap dia tidak mencontohi skandal idolanya itu. Untuk pengetahuan kalian, posisiku dalam pasukan ialah bahagian tengah dan pembantu penyerang.

"Ossu, Sano..." Balasku, sambil menukarkan kasutku dengan selipar khas sebelum menuju masuk ke dalam bilik kelabku.

"Kau nampak tak bersemangat macam biasa, Yami! Ada masalah ke?" Tawa Sanosuke menepuk-nepuk bahuku. Aku kurang selesa, bukan kerana benci pada Sano, tetapi baru-baru ini, aku telah menjadi sasaran "fujoshi" (otaku perempuan) yang meminati BL (gay) mengaitkan aku dan Sano (YamiXSano) sebagai pasangan terbaik di sekolah ini.

"Urgh..." Aku menutup mulutku, terasa ingin muntah.

"Geh, mengapa kau bereaksi sedemikian..." Sano memandangku dengan perasaan curiga.

"Ada perkara dalam dunia ini tidak perlu kita tahu..."

"Ha?" Sano yang tidak memahami kata-kata itu, memaparkan raut wajah kepelikan pada mukanya, tetapi aku hanya membiarkan persoalan itu terus menjadi persoalan.

Selepas menjalani latihan ringan bola sepak, aku pun menyalin pakaian sukanku dan menuju ke kelas. Masuk sahaja ke kelas, aku lihat kelibat Tamano Saaya, kawan lama sejak kecil duduk berbual berhadapan Matsushima Eri, "adik tiriku" setelah ayahku berkahwin lain dengan janda hartawan, yang juga merupakan si ibu kepada Matsushima. Walau bagaimanapun, Matsushima dan aku bagaikan orang asing, dan kami hanya bertemu di sekolah sahaja, itupun kerana kamu sekelas. Kenapa aku tidak bersama mereka? Aku mengasingkan diri daripada keluarga itu dan memilihi untuk duduk bersendiri.

Aku janggal untuk tinggal di Estet Matsushima, yang sebenarnya tidak berapa jauh dari rumah yang kudiami sekarang. Mereka telah berkahwin selama dua tahun, ketika aku berada pada tahun akhir sekolah menengah. Namun begitu, ayahku tidak melupakan aku sebaliknya akan memasukkan sejumlah wang untuk belanja harian dan bil utiliti rumah ke dalam akaun bankku setiap bulan. Kadangkala, orang tua itu akan menjenguk, tetapi terlalu jarang sehinggakan aku dapat mengira dengan sebelah tangan sahaja berapa kali dia pulang rumah setahun. Aku pun tidak kisah hidup sebegitu. Lagipun, ayahku ada alasan berbuat demikian...

"Yo, Sacchan, Matsushima..." Tegurku selamba, sambil menuju ke tempat dudukku. Saaya dan Matsushima memandang ke arahku.

"Ohayogozaimasu (selamat pagi), Yacchan..." Balas Saaya. Yacchan nama panggilanku semasa kecil. Aku memanggil Saaya dengan nama timangannya, Sacchan. Saaya dan aku merupakan kawan baik sejak kecil. Hanya dia dan "Nee-san" sahaja banyak membantuku ketika aku berada dalam waktu kesedihan dahulu. Walaupun sekarang "Nee-san" sudah tidak lagi rapat denganku seperti dahulu, tetapi Saaya sentiasa memberi dorongan kepadaku. Aku bersyukur kerana mempunyai kenalan sedemikian.

"Oha-yo-yo...." Ucap Matsushima, tergagap-gagap. Kelakar sungguh apabila dia berbicara menggunakan nada sedemikian.

"Adakah kamu makan benda pelik? Berlatih jadi 'rapper'?" Ujarku, kepelikan dengan aksi kekok oleh Matsushima ini. Sememangnya Matsushima mengalami kesukaran berinteraksi denganku. Walaupun gadis ini sudah mengenali aku...

"Siapa yang makan benda pelik?" Matsushima marah. Aku hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

Kalau kalian mahu tahu, status aku dan dia di sekolah sebagai adik-beradik tiri masih tidak diketahui ramai. Saaya antara orang yang mengetahui hakikat ini, tetapi dia sekadar mendiamkan diri apabila disoal orang lain akan hubungan kami. Bukan aku sahaja yang berahsia, Matsushima turut menyembunyikan hal ini. Lebih-lebih lagi, aku tidak punya sama nama keluarga dengan Matsuhima. Kalau kalian ingin tahu, Matsushima Eri juga adalah salah satu kawan lamaku di tadika selain Saaya. Sebab itulah Saaya dan Matsushima berkawan baik sehingga hari ini. Dahulu juga, Matsushima dan aku berkawan rapat, kendatipun bukan seperti hari ini. Mungkin kerana tempoh masa kami berpisah agak lama, membuatkan kemesraan itu hilang. Akulah yang selalu mengambil berat terhadapnya kerana dia seorang kaki menangis semasa kami berada dalam alam prasekolah dahulu.

Pada awal tahun persekolahan rendah, kami berdua terpisah kerana Matsushima telah dimasukkan ke hospital khas dan mendapatkan rawatan di sana. Matsushima telah menghidap penyakit kronik, tetapi akhirnya telah berjaya diubati oleh pakar saintis, insan yang cukup dikenali seantero dunia. Atas jasa insan itu, Matsushima dapat kembali meneruskan persekolahan seperti biasa. Insan yang mengubatinya itu tidak lain tidak bukan, Kurosaki Rei, bapaku. Setelah beberapa lama, aku dan Matsuhima telah menjadi saudara tiri, apabila perkahwinan antara orang tuaku dan ibu Matsushima, seorang janda kaya telah dilangsungkan. Bapa aku tidak pernah bertanyakan pendapat aku apabila dia berkahwin lagi. Aku juga enggan ambil tahu, apatah lagi untuk membantahnya. Sungguhpun sudah bergelar saudara tiri tetapi aku tidak pernah bertemu dengan Matsushima sehinggalah kami bersekolah tinggi. Matsushima berada di sekolah khas ketika aku berada di sekolah menengah untuk menggantikan semula segala masa pelajaran yang tertinggal dalam peringkat sekolah rendah dan menengah. Akhirnya, Matsushima lulus ujian kemasukan dan berjaya memasuki sekolah tinggiku, namun tidak sekelas denganku pada tahun satu. Aku sekelas dengannya semula pada tahun dua ini.

"Ya-yami ...." Matsushima membuka mulutnya, seperti berbisik membuatkan aku berpaling ke arahnya.

"Hmmmm?"

"Bam..." Belum sempat kamu berinteraksi, bunyi pintu kelas dibuka kedengaran.

"Duduk tempat masing-masing, saya akan memulakan kelas pada hari ini!" Suara Matsushima ditenggelamkan oleh suara guru kelas kami, Tsukino-sensei, yang masuk untuk mengambil kedatangan hari ini. Aku duduk di tempatku, menamatkan komunikasi yang tidak pernah wujud itu.

Setelah semua nama dipanggil dan kedatangan pelajar dicatatkan, Tsukino-sensei telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan. Mungkin akulah yang paling terkejut!

"Baiklah, semua. Saya ada suatu pengumuman penting. Kita ada rakan baharu di kelas ini...." Ujar Tsukino-sensei.

"Eh...!" Semua orang mula bergema, menyatakan perasaan terkejut mereka. Perpindahan sebelum musim peperiksaan bermula? Masing-masing tertanya-tanya akan hakikat itu.

"Lelaki atau perempuan?" Seperti biasa, Sano dengan niat jahatnya itu. Kaki perempuan ini memang tidak boleh duduk diam. Soalan Sano turut disambut ceria oleh lelaki-lelaki lain di kelas ini, kecuali aku.

"Perempuan!" Kata Tsukino-sensei, sambil menunjukkan ibu jarinya. Cikgu aku ini juga sangat "sporting" seperti biasa, dan menjengkelkan bagiku.

"Yahoo...!" Seluruh kelas bergema kegembiraan. Lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar lelaki kelasku, dan seperti biasa, kecuali aku. Ya, aku "cool".

"Pelajar baharu, sila masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan diri anda." Tsukino-sensei menjemput pelajar yang berpindah masuk ke dalam kelas. Perlahan-lahan, gadis itu melangkah masuk, dan memukau seluruh kelas dengan kecantikannya. Rambut hitamnya yang panjang dan lurus membuat pelajar perempuan yang lain cemburu. Wajah yang bersih daripada jerawat dan bibirnya mungil merah semulajadi memukau mata-mata si lelaki.

"Ehhhhh...." Aku tergamam seketika. Aku mengesat-ngesatkan mataku, cuba memastikan situasi ini realiti atau mimpi. Bukannya apa, gadis yang berada di hadapan kelas dan disebelah Tsukino-sensei itu cukup-cukup aku kenali. Tidak lain dan tidak bukan....

"Nama saya Amamiya Aya, saya berpindah ke sini atas program khas, sila beri tunjuk ajar," Amamiya sopan memperkenalkan diri, setelah menulis namanya di papan hitam. Tepukan gemuruh diberikan oleh rakan-rakan sekelasku yang gembira dan mengalu-alukan kedatangan gadis comel ini.

"Mustahil.... Adakah ini eroge?!" Aku bagai tidak bernafas, menggaru-garu kepala mencari situasi sebenar. Mustahil gadis ini boleh menyelinap masuk ke sekolah ini, Sekolah Tinggi Elit Harima, yang terkenal sebagai antara top-10 sekolah termasyhur di Jepun begitu sahaja. Ehem... Untuk pengetahuan kalian juga, aku merupakan pelajar yang menduduki ranking pertama dalam bidang akademik semasa aku tahun satu. Malah, aku juga mendapat banyak tawaran untuk belajar di beberapa institusi pendidikan terkenal kerana pencapaian akademikku yang cemerlang. Susah menjadi orang yang sempurna ini....

"Yami-san... Sila beri tunjuk ajar..." Tanpa kusedari, kelibat Amamiya sudah berada di depanku, dan duduk di sebelahku, yang sememangnya kosong. Lokasi tempat duduk berada di tepi tingkap dan merupakan baris terakhir. Di depanku, Sanosuke, berpaling ke arahku dengan mimik geram...

"Kau kenal dia?!" Sano menarik kolarku tanda tidak puas hati dan cemburu pada aku. Aku memaling mukaku ke tepi, enggan memandang ke arah buaya darat di hadapanku.

"Entah..." Aku hanya membiarkan isu ini sebagai misteri. Mataku tertatap pada Matsushima, gadis yang memandangku dengan renungan sedih, lantas menukarkan lokasi tatapannya setelah menyedari aku melihatnya.

"?" Aku tertanya-tanya, sambil memekakkan telinga dengan soalan bertalu-talu oleh Sano yang menjengkelkan ini.

Tiba sahaja waktu rehat, ramai yang menyerbu lokasi Amamiya, membanjiri soalan dan pertanyaan mengenai dirinya. Ramai yang berminat untuk mengetahui perpindahan tiba-tiba oleh Amamiya ke sekolah ini. Sememangnya Amamiya merupakan jenis gadis yang disukai kerana kelembutannya dan kecantikannya. Bukan lelaki sahaja yang cuba mendekatinya, bahkan perempuan juga. Baguslah menjadi orang popular... Aku hanya sekadar melihat, lantas bangkit menuju ke dewan makan.

"Tunggu..." Suara Amamiya menghentikan langkah aku, yang berperut sedang berkeroncong itu.

"Kenapa?" Soalku, bersahaja.

"Saya ada bawa bento (bekal makanan) untuk awak, cubalah rasa..." Amamiya yang kemerahan muka, berkata. Hal ini sekaligus membuatkan rakan-rakan sekelasku terkejut beruk. Bukan sahaja aku, "Yami" (kegelapan) mempunyai kenalan perempuan yang comel, tetapi turut disediakan "bento" , untuk aku yang terkenal sebagai raja "reject", (sentiasa menolak pelawaan mana-mana gadis yang menghulurkan bento padaku). Aku agak ragu-ragu untuk menerima pemberian itu.

"Tidak perlu...." Aku cuba menolaknya, tetapi Amamiya masih degil dan menghalang perjalananku.

"Saya buat khas untuk awak..." Kata Amamiya, dengan matanya yang berkaca. Aku mengalah. Aku pun menerima bento itu lalu membukanya. Bau keharuman bento itu membuatkan aku teringat pada sarapan pagi tadi.

"Sa-sarapan pagi tadi kamu masak?" Soalku. Tidak sangka gadis itu pandai memasak.

"SARAPAN!!!!" Seluruh kelasku bergema lagi, dan berbisikan satu sama lain. Agaknya mereka sudah salah faham dengan situasi kami. Aku hanya berlagak selamba, dan tidak menghiraukan apa-apa yang difikirkan oleh mereka.

"Ya....." Ujarnya perlahan. Comel.

"Kalau macam itu, aku akan makan bento ini..." Aku membawa bento yang disuakan oleh Amamiya tadi, menuju ke mejaku lalu duduk kembali di kerusiku. Aku pun mengeluarkan chopstik yang disediakan dalam bento itu. Aku menjamah tamagoyaki, ternyata lembut dan enak. Amamiya memandang ke arahku, mengabaikan himpunan pelajar kelasku, bagai menanti responku.

"Terima kasih..." Aku tersenyum mengujarkan penghargaan aku. Amamiya turut tersenyum.

"Ya..."

"Tetapi... janganlah kamu melakukan perkara ini lagi, sungguh menjengkelkan..." Nadaku menjadi keras, serta senyuman Amamiya itu menghilang tanpa sebarang sebab. Hakikatnya, aku enggan menagih simpati orang. Terutamanya daripada perempuan seperti Amamiya.

"Tapi..." Amamiya cuba bersuara tetapi terdiam. Yang lain, rakan-rakanku, terutamanya perempuan, menjelingku dengan pandangan benci dan jelik. Ya, inilah yang sepatutnya. Akan tetapi, aku tidak sanggup melihat gadis itu kesedihan.

"...." Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal ini.

"Sob...sob..." Amamiya mula teresak-esak.....

"Maafkan aku kerana berkasar bahasa... Makanan kamu memang sedap..." Bicara kecilku, terlalu halus untuk didengari khalayak tetapi cukup mengembalikan senyuman Amamiya yang mendengarnya. Ya, hanya senyuman sahaja selayaknya untuknya.

"Terima kasih..."


CREATORS' THOUGHTS
loliconist loliconist

Hai semua, selamat membaca dan kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kebangsaan.

Sokong saya dengan komen, review dan kalau boleh power stone!

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login