Download App
20% S.H.E

Chapter 3: Bab 2

Keadaan di dalam kedai runcit Pak Mahat sedikit sesak dengan kehadiran mak cik- mak cik bawang yang kelihatan sibuk bergosip. Entah, apa topik yang mereka sedang bualkan. Masing-masing tidak mahu kalah, semuanya bercakap dalam masa yang sama. Siapa yang mendengar dan siapa yang bercakap, Sheena juga tidak tahu. Dia meneruskan misinya mencari barang-barang dapur yang dikirim oleh auntie-nya, malas mahu mengambil tahu tapi pada masa yang sama dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya. Dia memasang telinga untuk setiap butir isu yang mereka sedang gosipkan.

"Awak tahu apa, Lila. Awak bukannya pernah jumpa anak si Dahlia tue sendiri."

"Alaaa, FB kan ada. Awak ingat saya nie ketinggalan zaman macam awak ke? Saya selalu stalk FB dia lah."

Lila si anak ketua kampung menjawab sahabatnya itu sambil mengangkat telefon bimbitnya, bangga.

"Gambar manalah sama dengan realiti. Awak tahu-tahu sajalah, sekarang nie banyak aplikasi filter. Gambar nampak hensem, sekali depan-depan beruk pun muntah." Emma tidak mahu kalah. Kata-katanya disambut derai tawa sahabat-sahabatnya yang lain.

"Awak jangan Emma...nanti awak nampak dia, kacak macam Tom Cruise. Awak yang pengsan." Vina pula menyampuk. Lila mengangguk setuju, dia berasa geram kerana kata-katanya tidak dipercayai oleh Emma.

"Tak mungkinlah budak gemuk tue boleh jadi hensem sekarang. Manusia manalah berubah banyak walaupun sudah dewasa. Kalau dah hodoh, hodohlah selamanya. Kecuali dia buat pembedahan plastik."

Lila menjegilkan matanya mendengar kata-kata Emma, samalah seperti suami Emma. Dari dulu sehingga kini masih hodoh, nasib baik sajalah anak orang berada. Dia juga tidak tahu bagaimanalah si Emma itu tidur malam di sebelah troll setiap malam. Cakap tak serupa bikin, Lila mengomel di dalam hati. Nasib baiklah suaminya hensem dan berduit, up 1 level berbanding Emma.

"Dengar-dengar bulan depan dia dah nak balik kampung. Nasib baiklah kita semua dah kawin, kalau tak saya lah orang pertama datang bertandang kat rumah Dahlia. Mahu sangat melihat wajahnya yang awak agung-agungkan tue tau, Lila." Tambah Emma lagi, seakan sengaja mahu mengapi-apikan lagi sakit hati Lila. Lila hanya tersengih, menyesal membahagikan info yang dia tahu. Dia kemudiannya cepat-cepat keluar dari kedai tersebut bersama Vina.

"Marahlah tue, setiap orang berhak bagi pendapat sendirikan. Tak salahkan..." Emma mencebik geram, disahut teman-temannya yang lain.

Biasa, minah-minah bawang berselisih faham. Padahal esok-esok berkumpul lagi di tempat yang sama untuk membawang kisah yang sama. Kalaulah Pak Mahat memasang perakam secara rahsia sudah pasti dia sudah boleh buat dokumentari bawang kampung. Sheena tersengih sendiri, nasib baiklah dia tidak termasuk dalam kumpulan tersebut kerana dia adalah insan berkecuali. Natural. Tidak menyokong mana-mana pihak.

"Beli barang rumah ke, Sheena?"

Sheena hampir terlompat kerana terkejut.

Emma yang melihatnya tertawa besar, mana tidaknya pucat lesi muka Sheena kerana terlalu terkejut. Ada juga yang dia lempang tidak lama lagi, nasib baiklah jantungnya tidak gugur. Kalau gugur, memang dia sudah menjadi arwah.

"Auntie awak tak turun beli sendiri ke? Dia kat mana?"

Mula sudah, sesi soal siasat minah bawang. Lepas nie, memang dialah bawang seterusnya.

"Auntie kat rumah, sibuk."

Emma menjawab pendek. Malas mahu menjawab panjang-panjang, nanti dia jawab panjang berjela-jela semakin panjang jugalah nanti isu yang bakal mereka kupas selepas ini.

"Oh, urus ladang kambing dia tue ke?" Soalan dari mulut perempuan itu semakin bertambah. Sheena mengangguk seraya tersengih, matanya fokus melilau mencari-cari barang yang dipesan.

"Kayla?"

Sheena menggaru kepalanya yang tidak gatal, Kayla lagi pula yang ditanya. Apa yang perlu dia jawab? Takkanlah nak jawab tengah membuta dalam bilikkan.

"Dia tolong mama dia."

Ujar Sheena berbohong. Yes, dia tahu yang Kayla memang agak kejam dengannya tapi dia bukan jenis yang berdendam. Biarlah nama sepupunya itu tetap baik di mata orang kampung. At least.

"Awak berdua tak nak sambung sekolah dah ke? Bukan keputusan SPM awak baik ke? Tak apply mana-mana?IPG ke, manalah tahu ada nasib yang baik."

Sheena menggeleng tanpa memandang kearah minah-minah bawang yang sudah berkumpul di sebelahnya. Tidak kuasa dia mahu melayan kerenah mereka. Buang masa.

"Alaaaa, sayanglah. Biba dengan Martin bukan tak mampu pun nak sekolahkan awak berdua. Ladang besar, perusahaan susu kambing pun maju, tempahan daging lembu pun berbaris. Apply je lah mana-mana, tak payah nak rasa sedih tinggalkan kampung, tak gitu Ona?"

Emma masih tidak habis-habis disebelahnya, Sheena hanya tersengih sahaja. Bukan dia tidak mahu tapi keadaan tidak mengizinkan. Hidupnya seakan mewah di luar tapi tiada siapa yang tahu, apa yang dia lalui sebenarnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu, apa yang dia lalui setiap hari.

"Takkan awak dah nak kawin pula nie Sheena?"

Terbatuk Sheena mendengar soalan tersebut. Kahwin? Biar betul juga soalan minah-minah bawang nie. Dia baru 18tahun, bulan depan baru genap. Tapi ditanya soalan level budak graduan universiti pula, siapa yang tidak terkejut.

"Eh, taklah kak...saya masih muda lagi untuk berkahwin."

Serba salah Sheena mahu menjawabnya. Emma dan teman-temannya yang mendengar jawapan Sheena saling berpandangan kemudian tersenyum-senyum penuh makna.

"Dah cukup umurlah tue Sheena kalau 18 tahun. Awak ingat akak-akak nie kahwin bila dah sampai 25tahun? Kitorang semua kahwin umur 18 tahun tau. Tengoklah anak-anak kami, dah sebaya macam adik pula. Best tau..."

Ona yang tadinya hanya mendengar perbualannya dengan Emma menyampuk. Sekali lagi Sheena tersengih. Kalau boleh dia mahu berkahwin bila dia sudah stabil (kalaulah tercapai). Buat masa ini, dia sedang berusaha mencari cara untuk mendapatkan wang yang cukup untuk menampung dirinya untuk menyambung pelajaran.

"Awak kenal Dahlia? Datin kampung sebelah? Dengar kata dia ada anak yang baru habis belajar kat oversea. Tak lama lagi nak balik kampung, awak bolehlah try nasib nanti. Manalah tahu, sangkut. Senang hidup awak seumur hidup tau."

Okay, telinganya semakin gatal mendengar kata-kata minah-minah bawang tersebut. Semakin lama semakin melarat pula isu yang mereka perkatakan. Dia perlu mencari cara bagaimana dia mahu melepaskan diri daripada mereka. ASAP.

"Kalau awak tak nak yang itu, banyak lagi jejaka kampung kita yang ada rupa dan lagi penting ada harta. Kalau awak nak, akak boleh perkenalkan kat Sheena. Mesti ramai yang nak, Sheena kan lawa."

Kali ini Emma bercakap separuh berbisik.

Sekali lagi Sheena hanya tersengih kemudian mencapai beberapa tin sardin dan memasukkan ke dalam bakulnya.

"Takpe kak, saya okay. Okaylah kak Emma, kak Ona. Saya minta diri dulu, nak pergi bayar. Nanti terlambat pula balik rumah, nak masak makan tengah hari." Ujarnya sambil cepat-cepat ke kaunter pembayaran dan keluar dari kedai tersebut. Semakin lama dia di dalam semakin besar nanti isunya akan melarat. Seram. Biarlah dia di bawang selepas ini, bukannya dia mati pun. Gorenglah selama mana pun, tidak akan mendatangkan musibah kepadanya. Lagipun, musibah apa lagi yang lebih seksa berbanding apa yang dia lalui sekarang?

Sheena mengayuh basikalnya dengan laju, sudah hampir sejam dia keluar dari rumah. Gara-gara mendengar gosip minah-minah bawang tadi dan gara-gara Emma membawanya berbual dia terlupa yang auntie dan sepupunya sedang menanti di rumah. Memang nahaslah dia nanti dimarahi oleh mereka.

Kayuhannya semakin lama semakin bertambah laju tanpa dia sedari ada lubang di hadapan. Tiba di kawasan berlubang tersebut, basikal Sheena hilang kawalan. Dia terjatuh diatas tanah menyebabkan barang-barang yang dia beli bertempiaran diatas jalan. Sebuah kereta yang kebetulan berada di belakang Sheena berhenti di bahu jalan untuk membantunya.

"Miss tak apa-apa?"

Lutut Sheena berdarah, walaupun lukanya kecil sahaja tapi pedihnya boleh tahan. Track suit yang dia kenakan juga berlubang di bahagian luka tersebut, malang sungguh nasibnya hari ini. Sudahlah tersekat dengan minah-minah bawang, jatuh basikal lagi, luka kemudian seluarnya pun koyak.

"Saya okay..."

Sheena menjawab tanpa memandang kearah suara yang menegurnya. Dia sibuk membersihkan sisa pasir di sekitar lututnya yang luka. Selain rasa sakit kerana luka, sakit lagi hatinya kerana seluar kesayangannya koyak. Tue lah cuai sangat. Sheena memarahi dirinya sendiri.

"Biar saya tolong pungut barang-barang awak yang bersepah, nanti kalau ada kereta yang lalu. Habis dipijaknya semua."

Kali ini Sheena berpaling melihat siapakah insan yang berhati mulia itu, sudi membantu dirinya. Sheena terdiam seketika, memandang jejaka yang sedang sibuk memasukkan kembali barang-barangnya ke dalam bakul plastiknya. Boleh tahan tampan, tinggi pun boleh tahan, kulit sawo matang tambahan pula baik hati. Calon suami idaman. Eh, apa yang saya merepek nie? Sheena cepat-cepat berdiri dari duduknya sambil mengangkat basikalnya. Setelah selesai memungut semua barang-barang Sheena, lelaki itu menghulurkan kembali kepadanya.

"Saya sudah pungut semua tapi maafkan saya sebab telur-telur yang awak beli tidak dapat diselamatkan. Semuanya pecah."

Pemuda tersebut tersengih, menampakkan giginya yang tersusun rapi. Sheena turut tersengih, bukan kerana berterima kasih tentang pertolongan pemuda itu tetapi kerana dia terpesona melihat senyuman manis pemuda tersebut. Manis.

Pemuda itu memandang basikal Sheena yang sudah putus rantainya kemudian mencangkung sebentar untuk melihatnya.

"Rantai basikal awak pun dah putus. Rumah awak jauh lagi ke?"

Sheena memandang kearah hadapan cuba untuk mencari simpang rumahnya, masih jauh. Kalau dia mahu berjalan kaki dengan keadaan lututnya yang luka itu memang dia akan sampai lambat ke rumah. Pemuda itu seakan dapat membaca kegusaran Sheena. Dia kemudiannya menolak basikal itu ke keretanya dan meletakkannya di bahagia trak kereta.

"Biar saya hantar awak balik ke rumah. Kesian pula awak nanti kalau saya biarkan awak berjalan sendiri dalam keadaan begini. Barang-barang awak pun nampak agak berat juga."

Dia menawarkan diri untuk menghantar Sheena balik. Mahu tidak mahu, melihat basikalnya juga sudah di dalam trak lelaki itu dan lututnya semakin pedih, panas mentari pun semakin menyengat. Sheena akur dan masuk ke dalam kereta pemuda tersebut.

"Jangan risau, saya bukan orang jahat. Saya Adam, rumah saya di hujung kampung. Mungkin awak kenal dengan ibu bapa saya tapi mungkin tak berapa kenal saya sebab saya membesar di bandar dengan keluarga auntie saya." Adam memperkenalkan dirinya, mungkin dia dapat melihat wajah Sheena yang kelihatan ragu-ragu dan was-was.

Sheena mengangguk perlahan. Otaknya ligat berfikir, rumah siapa di hujung kampung. Uncle Sam? Uncle Donald? Atau Uncle Tom.

"Nama awak siapa? Maaf, saja nak tahu. Dah alang-alang kita berkenalan sajalah. Tak salahkan..."

Adam bertanya apabila Sheena masih berdiam diri.

"Oh, saya Sheena. Saya tinggal dengan uncle dan auntie saya di kaki bukit sana."

Adam kemudiannya mengangguk dan diam seketika.

"Maksud awak, awak anak buah uncle Martin dan auntie Biba?" Adam kelihatan sedikit terkejut. Sheena tersengih. Siapa yang tidak kenal dengan keluarga auntie-nya, mereka kiranya keluarga yang agak berada di kampung mereka, merangkap juga pekan mereka. Memiliki tanah pusaka yang luas, kemudiannya dijadikan ladang penternakan kambing untuk perusahaan susu kambing segar dan daging kambing segar. Pasarannya sehingga hampir ke seluruh negeri.

"Tak sangka pula saya bertemu dengan anak buah usahawan terkenal pada hari pertama saya balik ke kampung." Wajah Adam kelihatan sungguh teruja bertemu dengan Sheena, membuatkan gadis tersebut tersipu malu. Mahu sahaja dia menjawab yang dia juga tidak menyangka akan bertemu dengan jejaka setampan Adam dan sebaik Adam hari ini. Kemudian sepanjang perjalanan balik ke rumah Sheena dipenuhi dengan perbualan tentang diri masing-masing. Diakhiri dengan mereka saling bertukar nombor telefon.

Maka bermulalah episod perkenalan mereka dari alam maya dan kadang-kadang mereka bertemu di kedai Pak Mahat kerana hanya pada ketika itu sahaja Sheena dapat keluar dari rumahnya. Dari kenalan biasa kepada teman rapat dan lama kelamaan semakin rapat lebih daripada seorang teman. Hidup Sheena yang dulunya kelihatan agak kelam kini semakin cerah. Jika dulu dia tidak ada tempat untuk mengadu kini dia boleh berkongsi segalanya bersama Adam. Adam menjadi pendengar setianya, memberikan kata-kata semangat dan menghibur hatinya yang selama ini lara. Sheena semakin bahagia. Tapi sampai bilakah bahagia itu akan bertahan?


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login