Download App

Chapter 5: BAB 4

"HEI budak. Bangun sekarang. Aku tak ada masa nak tunggu kau bangun," kata seorang lelaki sambil menendang perlahan sisi badan Arissa.

Arissa yang masih pening menggagahkan diri unruk bangun dan cuba melihat gerangan yang menculiknya itu tetapi hampa, mukanya memakai topeng serta cermin mata hitam yang menyukarkan Arissa untuk mengecam wajah orang tersebut tetapi dia dapat merasakan orang itu ialah seorang lelaki. Dari segi fizikalnya pun sudah dia tahu.

"Ahh... bangun pun. Ingatkan mati tadi. So? Kau ni Arissa kan? Arissa Mikael? Hari ni, kau tahu tak hari kematian kau?" Tanya lelaki itu sambil memegang sepucuk pistol.

Arissa terkedu. Maksudnya, penculikan ini ada sasaran? Dan sasarannya adalah dirinya? Tetapi... penculikan ini bukan mahu wang tebusan but mahu membunuh dirinya?

Arissa cuba untuk membuka ikatan tangannya tetapi tidak berjaya. Semakain dia cuba, semakin itu juga ikatannya makin ketat.

"Haihh... Arissa, Arissa. Kau cubalah 1000 kali pun, takkan berjaya. Tapi... kalau kau nak ikatan tu makin ketat... rontalah lagi. Kau takkan berjaya," kata lelaki itu lagi bersama gelak tawanya yang jahat.

"Kau siapa, jantan tak guna?! Lepaslah! Kau nak bawa aku ke mana hah?! Apa salah aku dekat kau sampai kau nak bunuh aku?! Aku tak kenal kau lah gila!" Marah Arissa pada lelaki itu. Habis ruangan itu bergema dengan suara Arissa. Mukanya betul-betul merah yang menandakan dia sangat marah.

Lelaki itu makin galak ketawa apabila melihat muka Arissa. Suka dia membuatkan Arissa marah. Lebih-lebih lagi sehingga membuatkan Arissa mengetap gigi geram.

"Why? Marah? Aku nak bawa kau ke nerakalah. Ke mana lagi. Heh! Dahlah. Buang masa je aku layan kau lama-lama. So... ada kata-kata terakhir sebelum nyawa kau terpisah dari jasad?" Tanyanya lagi sambil tangan bersiap sedia menarik picu pistol.

Arissa sudah mula berasa takut. Entah kenapa kali ini dia berasa sangat lemah. Lemah yang tidak pernah dirasainya pada hari-hari sebelumnya. Mungkin dia sudah merasakan hari ini ialah ajalnya dan dia tidak mampu berbuat apa-apa walupun cuba meraih simpati daripada lelaki tersebut.

Lelaki itu mulai menarik picu pistol dan memfokuskan ke arah kepala Arissa. Pemicu ditarik dan keluarlah kertas bewaena-warni dari hujung mulit pistol itu. Seketika kemudian, kedengaran lagu 'happy birthday' bergema di tempat itu dan lampu dihidupkan. Kelihatan muka Encik Zaimee dan Puan Irdina meluru dan membuka ikatan Arissa.

Arissa sudah mula menangis. Satu, menangis kerana terlalu takut. Kedua, kerana terharu. Ketiga, kerana rasa dipermainkan.

Puan Irdina memeluk dan cuba untuk menenangkan Arissa yang masih menangis. Dia tahu, Arissa tidak akan menyangka semua ini setelah 3 tahun menyepi.

"Mama...hiks...hiks...Aris takut..." kata Arissa manja bersama sedu-sedan dan tangisan yang tersisa.

"It's nothing, dear. Dah. Jom. Tak ada apa-apalah. Ni kan, prank je. Jom. Nanti mama cerita, ya? Cepat. Semua dah tunggu tu" pujuk Puan Irdina lalu menarik perlahan tubuh Arissa yang masih lemah.

"Siapa semua tu?" tanya Arissa sambil menggosok mata untuk menghapuskan air matanya. Dia hanya berjalan mengikut Puan Irdina.

"Of course your friends, dear..." balas Puan Irdina.

Arissa hanya diam memikirkan. Bagaimana rakan-rakannya tahu hari ini merupakan birthdaynya? Sedangkan di sekolah, dia seperti halimunan yang tidak diketahui kewujudannya. Yang tahu pun hanyalah rakan sekelasnya dan juga budak-budak kes.

Mereka berjalan sehingga tiba di sebuah meja yang terdapat sebiji kek bertingkat dua beserta beberapa jenis makanan.

Seketika kemudian, datang lelaki bertopeng acah tadi menghulurkan pisau pemotong kek kepada Arissa.

Arissa mengambil pisau itu lalu bersiap untuk memotong kek di hadapannya sekarang. Sebelum itu, ambil gambar dulu. Dia hanya menjadi model untuk malam itu. Bosan? Tipu kalau tak bosan tetapi tidaklah terlalu bosan kerana ada kawan yang rapat dengannya. Siapa lagi jika bukan Zafirah dan Kyra.

Setelah siap potong dan agih kek, Arissa pergi mencari Aqzi. Penat dia mencari dan tidak ketemu, dia terus berjumpa dengan Puan Irdina.

"Mama, mana Abang Aqzi? Aris tak jumpa dia pun. Dia dekat mana?" tanya Arissa tetapi kepala masih memandang sekeliling untuk mencari Aqzi.

"Sabarlah kejap. Jom buka hadiah pula. Nanti jumpalah kot Abang Aqzi dekat situ" ucap Puan Irdina lalu berlalu ke tempat hadiah.

Arissa mengeluh kecil dan hanya mengikut sahaja arah tuju mamanya. Tidak mahu tersesat di dalam restoran besar ini.

'Haihh... Kenapalah daddy ni? Aku syak memang dia baru jumpa lautan emaslah. Baik semacam je. Sambut birthday aku pula tu. Siap tempah satu restoran ni pula untuk kawan-kawan aku rasa selesa. Aku pun tak ingat hari ini birthday aku. Huh... Nak kata muslihat... No! Sangka baik Arissa! Daddy kau dah nak mati, sebab tu dia buat semua ni' omelnya dalam hati.

Dengan malasnya, Arissa pun bukalah hadiah-hadiah daripada orang dia rapat. Kalau buka semua, banyak ni. Takut tak muat pula kereta.

Tiba-tiba, dia dapat merasakan suatu benda yang besar dan gebu memeluk dirinya dari belakang. Dia terkejut lalu dengan pantasnya menolak benda itu dan terus menolaeh ke belakang. Rupa-rupanya, itu merupakan sebuah patung beruang bewarna kelabu yang diberi oleh lelaki bertopeng itu tadi.

Seketika kemudian, lelaki itu menanggalkan topeng muka serta cermin mata hitamnya sehingga menampakkan setiap inci mukanya.

"Abang! So, abanglah kan penculik tu tadi? Yang tangkap Aris? And yang nak bunah Aris?" tanya Arissa sambil menjeling ke arah Aqzi.

Aqzi hanya terengeh dan menampakkan barisan giginya yang putih. "Abang ikut perancangan Encik Zaim je. Abang pun tak ingat, tak tahu lagi hari ni birthday Tengku. Sebenarnya, saja je abang park kereta dekat luar. Biar bagi Tengku lambat sikit dari sampai dekat restoran ni. Hehe..." terangnya.

Arissa membuat muka masam lalu menendang kaki kiri Aqzi dengan kuat sehingga Aqzi memegang kakinya. Mana tidak sakit, Arissa tendang di bahagian tulang kering.

"Aris... Daddy dah cakap, kan? Abang Aqzi tu sama taraf dengan Aris. Dia jadi private driver and your bodyguard pun sebab ibu dengan ayah dia dah tinggalkan dia" kata Encik Zaimee sambil mengangkat jari telunjuknya.

Puan Irdina yang melihat situasi makin tegang membawa Arissa pergi berjumpa dengan rakan-rakannya. Dia khuatir jika sekiranya Arissa rasa tertekan dan boleh membuatkan dirinya marah. Susah hendak dipujuk.

*****

"Birthday, babe" kata Zafirah lalu memeluk Arissa.

"So, korang kawan dengan aku cause my birthday jelah. Is it right?" kata Arissa secara tiba-tiba.

Zafirah dan Kyra berpandangan sesama sendiri lalu kerawa kecil mendengar soaln Arissa yang berbaur merajuk itu.

"Okay...listen carefully. Actually, kitaorang tak tahu pun kau ada dekat sekolah kita. Yalah sebab kau selalu lonely dan tak terlalu famous. Bukan nak kutuk ea. 4 bulan, kitaorang langsung tak sedar tentang kewujudan kau.

Lepas tu, time yang kitaorang kejut kau tu, time tu aku teman Zafi round sekolah sebab dapat aduan ada budak tak masuk kelas. Time round, terfikir nak pergi tengok belakang sekolah sebab selalu, ramai budak nakal lepak kat belakang tu and at the end, kitaorang jumpa kau. Kitaorang kejut kau sebab tengok muka kau macam budak baik. Kalau tak, dah lama dah lama masuk rekod. First, sebab ponteng kelas. Second, masuk kawasan larangan. Kitaorang tak adalah kena masuk rekod sebab round kan?

Lepas kau bangun, tolak Zafi and terus blah, kitaorang dah tahulah yang kau ada masalah. Lagipun, kitaorang ada nampak kayu and tie someone. Tie tu pula ada nama and we know he's a bully person at that school so, we though that you're not guilty.

Waktu rehat hari ni, kitaorang nampak kau seorang diri dan tiada kawan jadi, kitaorang cubalah nak jadi kawan kau. Asalnya kitaorang hanya fikir kitaorang akan direject but actually... senang je nak berkawan dengan kau ni. Just kena masuk sikit-sikit" terang Kyra panjang lebar.

"Habis tu, macam mana satu batch boleh tahu birthday aku?" soal Arissa lagi.

"Ouhh. Itu... Ayah kau sendiri yang bagitahu. Masa tu kan kitaorang hantar kau balik. Waktu dalam perjalanan balik, tiba-tiba berhentilah sebuah kereta Audi hitam depan kitaorang. Asalnya kitaorang fikir penculik ke apa tapi lepas dia tanya kitaorang beberapa soalan dan intro sikit diri dia, kitaorang pun tahu itu ayah kau. Dia cakaplah suruh bagitahu kawan lain malam ni ada buat party birthday someone at this restaurant. So... Cakaplah kat group batch... Mula-mula diorang tak percaya dan ada yang tanya lagi siapa Arissa? Budak baru ke? Bla... Bla... Bla... Semua tu, akhirnya diorang percaya. Macam mana kitaorang buat diorang percaya, tu jangan tanya. Ok? Jelas?" sambung Kyra panjang lagi.

Zafirah hanya mengeyakan semua kata-kata Kyra. Nak cakap apa lagi? Semua nya sama macam apa yang dia hendak katakan.

Arissa pula hanya mengangguk-angguk perlahan tanda faham dan jelas. Tiada apa perlu ditanyakan lagi pun...

Tidak berapa lama selepas itu, rakan-rakan Arissa mula beransur pulang. Ada yang pulang terus tanpa berkata apa-apa. Ada yang berkenalan dengan Arissa sedikit. The best, sebelum balik, try Arissa. Mana dapat keberanian pun, dia tidak tahu.

Kini, hanya tinggal 3 per 4 daripada rakan-rakan sebatchnya. Kyra dan Zafirah pun ada kerana Arissa menghalang mereka dari pulang dulu. Mereka hanya berbual-bual kosong.

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba ada seorang lelaki yang amat dibenci oleh Arissa mencelah perbualan mereka.

"Emm... Aris. Sorry ya fasal mesej petang tadi tu. Sebenarnya, abang saya yang hantar WhatsApp tu sebab dia nak saya dapat malu. Nak saya macam sangat tergila-gilakan awak. Waktu dia buat tu, saya tak ada kat rumah. So, sorry sangat-sangat. Maaf, ya?" ucap Haieqal tulus jauh di lubuk hatinya yang paling dalam.

Arissa gugup seketika. Yalah, dia fikir, Haieqal memang mahu menghantar mesej tu. Baru sahaja hendak marah dan bercadang untuk tidak akan melayan Haieqal tetapi apabila dia sudah buat pengakuan ini dengan muka simpatinya, Arissa tidak jadi untuk berbuat begitu. Dia hanya mengangguk menandakan dia sudah memaafkan.

Selepas mendapat kemaafan dari Arissa, Haieqal wish birthday Arissa lalu terus keluar untuk pulang ke rumahnya. Penat sebenarnya menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada Arissa. Kalau diikutkan hati, dia mahu terus menunggu sehingga tiada sesiapa lagi kecuali keluarga Arissa. Tetapi, disebabkan waktu hampir menuju ke tengah malam, dia memberitahu awal.

"Eh! Dahlah Aris. Kitaorang balik dulu. Lagipun, semua orang baru balik. Oklah. Take care, birthday girl" kata Kyra sambil melambaikan tangannya sehingga hilang dari pandangan mata Arissa.

"Aris, jom balik, sayang. Mama dah penat dah ni. Dah pukul 11.30. Esok nak sekolah lagi. Jom. Naik kereta daddy" ucap Puan Irdina sambil memimpin tangan Arissa untuk keluar dari restoran tersebut.

"Okey!" jawab Arissa sepatah disertakan dengan swnyuman manisnya.

*****

Malam yang dingin lagi menyejukkan. Encik Zaimee berada di balkoni biliknya sambil melihat bulan purnama di langit yang luas. Sesekali melihat juga ke arah isterinya, Puan Irdina yang sedang tidur kepenatan di atas katil. Khuatir sekiranya terbangun. Kemudian, melihat kembali ke arah bulan.

"Arissa... Aku buat semua ni sebab aku nak kau rasa hari lahir twrakhir kau sebab kemungkinan, kau akan mati dalam beberapa bulan selepas hari ini. Ini pun sebab nak ambil hati mama kau yang entah macam mana mula sayang pada kau. Kalau ikutkan, kau mati awal tapi, mama kau dah mula ambil tahu fasal kau lagi. Tapi tak apa, aku layan kau juga walaupun plan aku terpaksa dilambatkan tapi sebab aku nak kau dan mama kau percaya aku 100%. Time tu, mudah lah aku nak buat perancangan untuk bunuh kau. Lepas kau dah tak ada, bolehlah aku hidup senang dengan harta-harta tu. Hahahahaha...." kata Encik Zaimee sendirian lalu ketawa jahat. Disertakan pula dengan latar angin kencang, awan yang mula menutupi bulan dan bunyi salakan anjing, seolah-olah semuanya setuju dengan cadangannya.

Tiba-tiba, Encik Zaimee dapat merasakan bahunya disentuh dengan tangan hang mulus, halus dan lembut. Dia menoleh ke belakang untuk melihat empunya tangan. Mana tahu jika ia hanya 'tangan' sahaja. Boleh pengsan di situ juga. Rupa-rupanya, itu ialah Puan Irdina.

"Abang, kenapa ketawa sorang-sorang dekat luar ni? Pukul 2 pagi pula tu. Nanti orang fikir apa pula nampak abang dekat luar ni. Jom masuk. Baby nak tidurlah" rengek Puan Irdina sambil memeluk lengan Encik Zaimee.

(*author pun tengah menulis pukul 2 pagi gak ni. Meremang tulis caption ni. Bunyi cicak lagi...)

"Alolo... Baby abang ni nak tidur ke? Tak tenang tidur kalau tak ada bantal peluk dekat sebelah? Yalah. Jom tidur. Abang pun dah rasa ngantuk ni" kata Encik Zaimee sambil membawa Puan Irdina ke katil. 'Agaknya, dia dengar ke tak, hah? Ya Allah, tolonglah jangan bagi dia dengar. Aku takut dia tahu rancangan aku. Tolonglah, Ya Allah. Tolonglah. Berilah kesenangan untuk meneruskan rancangan ini' bisiknya dalam hati lalu tertidur.

*****


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login