Download App

Chapter 2: Bab 2 : Miss Diva La Sangat

"Aku tak nak lah..."

"Pakailah sikit..."minta Sarah.

"Aku takkan pakai benda yang mana bila-bila masa boleh butakan mata aku Sarah..."Zara menolak tangan Sarah yang sedang memegang pensel eyeliner padanya sewaktu mereka berdua jalan mendekati bangunan utama fakulti.

Sarah yang jenisnya memang tak faham bahasa dan degil itu merangkul bahu Zara. Menarik Zara supaya dekat padanya.

"Alah...sikit je..sini-sini. Biar cantik sikit." agah Sarah lagi sebelum bunyi deruman enjin yang kuat membuatkan dia melompat ke tepi sambil berposisi melindungi Zara taktala bunyi kereta itu begitu hampir dengan mereka seperti mahu melanggar.

Dengan terkejut Sarah dan Zara berdiri di situ.

Sebuah kereta mewah berwarna merah berhenti secara mengejut di depan anak tangga menghala ke pintu masuk bangunan mengejutkan para pelajar lain yang berjalan kaki sekitar tepi jalan.

Ada yang menjerit terkejut, ada juga yang sedang pegang buku terlepas pegang. Sementara yang sedang berborak hanya menjeling tidak puas hati. Ada jugak yang mencarut sebab melatah.

Mereka semua pandang tak puas hati ke kereta itu. Perlu ke buat macam tu sekali!

Zara yang tahu siapa empunya kereta itu membuat muka menyampah. "Dah datang dah super diva kita tu hah..."Muncul adik tiri bukan sedarahnya. Anak kepada isteri ayah kandungnya. Kennedy.

Sarah bercemberut.

"What the h*ll...apa masalah perempuan tu?Dia ingat dia seorang je yang ada kereta?Hah...tak tau ke ni kawasan kolej."bebel Sarah. "Berlagak..." cebiknya dengan benci.

Seorang pelajar yang lengkap mengenakan pakaian branded mahal turun dari kereta itu dengan gaya ala-ala syok diva dan lenggok model berlagak. Cermin mata hitam yang terpasang di wajah di tanggalkan.

Mendedahkan wajah yang tebal mengenakan make up mahal dan bergincu merah menyala. Rambut panjang yang diwarnakan itu beralun berbentuk ombak bergerak setiap kali orang itu bergerak.

Zara menggeleng kepala kesal apabila melihat gaya pemakaian pelajar perempuan itu.

"One day she might kill her self with that high heel..."keluh Zara yang berasa risau melihat kasut tumit tinggi yang dipakai oleh pelajar perempuan tersebut.

Sarah buat muka, dia angkat tangan dia  masa dia pejam mata seperti dalam kesakitan.

"Oooh...mata aku...mana ubat titis mata aku?I need it...my eyes burn..."drama Sarah sambil mengipas-ngipas mata dengan kedua-dua tangan. Memberitahu betapa bencinya dia dengan Kennedy.

Zara yang dengar ketawa dengan tingkah Sarah. Tak sia-sia Sarah ambil jurusan lakonan dan persembahan. Rakannya ini amat berpotensi.

Suka dengan perhatian yang diberikan, Kennedy jalan mendabik dada dengan kasut tumit tinggi tiga incinya. Syok punya pasal berjalan, entah macam mana kaki dia terpelecok lalu jatuh terduduk di atas anak tangga. Serentak itu skirt yang dipakai terkoyak sedikit sampai ke atas peha dalam proses tersebut.

ZRAPP!

Terbutang luas mata Zara masa pandang.

Sarah pula menahan nafas terkejut sambil menekup mulut sebelum meledak ketawa terbahak-bahak. Sampaikan dia tak boleh nak berdiri dan melutut di atas anak tangga sambil memegang lengan Zara sebagai sokong.

"BUAHAHAHAAH!Ya tuhan...what just happening?"soal Sarah di balik ketawanya.

Sementara Zara yang lihat melepaskan hela nafas kesal lantas menggeleng kepala. Dia pula yang berasa malu dengan kejadian itu. Entah dah berapa kali dia pesan pada perempuan tu supaya jangan nak bergaya sangat.

Tapi itu la..ibarat bercakap dengan kanak-kanak lima tahun. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sekarang lihatlah.

Sarah di sebelah sudah ketawa seperti singa laut bertepuk tangan gayanya sementara pelajar sekitar yaNg lain turut menertawakan keadaan itu. Penuh tenpat tu dengan suara orang ketawa dan bunyi klik kamera phone.

"Wahahahaahahahahahaahahaha!"gelak Sarah sampai tak cukup nafas sewaktu dia menampar-nampar tepi tangan Zara

Zara tunduk mendapatkan Sarah lalu membantu rakannya bangun dari situ.

"Dah la tu suka betul kau bab menggelakkan orang. Jom masuk."ajak Zara yang sikit pun tak tunjuk muka hendak ketawa. Malah dia hanya bersahaja.

Sarah memegang lengan Zara untuk menyokong dirinya yang masih belum sober dari ketawanya sewaktu berdiri.

"Wei....kau nampak tak tadi tu..buahahahaha.." gelak Sarah yang melontar kepala ke belakang sambil berjalan mendaki tangga bersama Zara di sisi. "Perut aku...ahahaahahahahaah..."

Zara yang pegang Sarah jalan terhuyung hayang dibuat Sarah yang tak boleh berhenti ketawa.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login