Download App

Chapter 3: Tidur di Rumah Mak Long

"Akak, Hani minta maaflah ye. Si Hazimah ni nak sangat tidur rumah akak. Katanya sudah lama tidak tidur di sini."Puan Hani merupakan ibu kepada Maziah Hazimah dan dia juga merupakan adik kepada ibu Dhiya'.

"Eh, tidak mengapalah Hani. Lagipun memang sudah lama si Hazimah ni tidak tidur di sini. Biarlah,sekali-sekala."Ibu Dhiya' membalas sambil melihat wajah anak saudaranya yang kelihatan seperti anak kucing yang manja. Siapa yang tidak kuat imannya,boleh cair hatinya apabila melihat wajah si Hazimah yang manja itu.

Hazimah memalingkan wajahnya ke arah Puan Hani sambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu ibunya."Ibu, ibu janganlah risau. Hazimah akan jaga kelakuan Hazimah dan akan 'merajinkan' diri untuk tolong Mak Long.Ala, lagipun rumah kita kan dekat saja dengan rumah Mak Long,jadi kalau ibu risaukan Hazimah pada tahap maksimum! Ibu bolehlah datang melawat Hazimah di sini, OK!"Hazimah lagak seperti membuat ikrar janji supaya ibunya tidak risau akannya. Sebenarnya Puan Hani ini susah untuk biarkan anaknya bebas daripada pandangannya kerana dia hanya mempunyai seorang cahaya mata sahaja.Hazimah lah yang sentiasa menghiburkan hatinya setiap hari.Hendak dikatakan hati Puan Hani sejuk sahaja apabila melihat anaknya. Kini,dia terpaksa mengalah terhadap anaknya kerana dia juga tidak mahu hidup anaknya sentiasa dikongkong.

"Yelah,akak.Saya dan Hani minta diri dulu,ya.Sayang, awak sudah ambil barang di rumah akak?"Puan Hani memandang suaminya,Encik Khairul lalu menganggukkan kepalanya tanda ya. " Mak Ngah jangan risau,nanti Dhiya' tahu nak ajar si Hazimah ni."Puan Hani tersenyum lalu meminta izin terlebih dahulu sebelum berangkat pulang ke rumahnya.

......Pada waktu malam......

Hazimah menuju ke bilik air untuk mengambil air wudu'.Memang sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga sepupunya menunaikan solat fardu secara berjemaah.Dahulu,dia sering menetap di rumah Mak Long kerana ibu dan ayahnya selalu ke luar negara atas urusan kerja. Memang tidak hairanlah jikalau si Hazimah ini rapat dengan sepupunya lebih-lebih lagi dengan Kak Ngah.Sekarang,dia jarang tinggal di rumah Mak Long kerana ibunya sudah berhenti kerja.Ayahnya sahaja yang meneruskan pekerjaan di syarikat agensi pelancongan.

"Hazimah,oh Hazimah!Cepatlah sikit.Diaorang sudah mahu solat Isya' tu."Dhiya' memanggil Hazimah dalam keadaan tergesa-gesa."Ye,ye,sudah siap ni."Hazimah berjalan cepat sejurus keluar daripada bilik air.Dia memakai telekung yang berwarna baby blue dan bergerak pantas ke ruang solat.Dia kelihatan begitu comel apabila memakai telekung itu."Nampaknya semua sudah ada.Rindunya suasana ini!"Hazimah berkata dalam hati dengan perasaan gembira.

Setelah semua sudah ada kecuali Dhiya', (sebab cuti orang perempuan)Pak Long melaungkan azan dengan merdunya.Huish,kalah bilal masjid di taman ini.

............

"Hazimah,apa yang kau termenung tu? Jauh nampak?Agaknya kau sudah sampai Landon ke?"Dhiya' menyindir Hazimah yang daripada tadi termenung tidak ke sudah.Hazimah yang tersedar daripada lamuannya memandang sepupunya lalu menjawab,"Ha a,memang dah sampai Landon pon!"Hazimah kembali dengan lamuannya selepas menjawab sindirin sepupunya itu.

"Hish,kenapa dengan engkau ini! Daripada pagi tadi muka engkau asyik gusar saja?Kalau ada apa-apa yang tidak kena kau boleh cakap dengan aku.Kita inikan sepupu.Tidak kita ni sudah seperti adik-beradik dah.Kau tahu tak?Aku tidak boleh lah tengok muka kau yang...

"Aku okey jelah.Aku cuma risau pasal Kak Ngah."Belum sempat Dhiya' menghabiskan ayatnya,Hazimah sudah memotong percakapannya kerana malas hendak mendengar ucapan sepupunya yang panjang berjela."Ala,itu ke yang engkau asyik fikirkan.Mung jangan risau.Aku yakinlah Kak Ngah itu tidak apa-apa.Lagipun,aku yakin dengan adanya kehadiran Abang Ilham dalam hidupnya, InsyaAllah kehidupan rumah tangga Kak Ngah baik-baik sahaja."Dhiya' cuba meyakinkan perasan Hazimah yang gundah-gelana itu kerana dia faham betapa pentingnya Kak Ngah dalam hidup Hazimah.Hazimah sudah menganggap Kak Ngah sebagai kakak kandungnya dan Kak Ngahnya juga sangat rapat dengannya lebih daripada Dhiya'.

Hazimah memandang Dhiya' dengan muka berkerut dan meminta sesuatu daripadanya.Namun,setelah Dhiya' mendengar permintaan sepupunya itu, dia tidak berkenan untuk memenuhi permintaannya.Apakah yang diminta oleh Hazimah sehingga Dhiya' tidak mahu menunaikannya?


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login