Download App

Chapter 5: K.C 5

Di Hotel The Puteri Pasific Johor Bahru.

"Tidur mati punye Sab. Semalam janji nak bangun awal." Stella terus menyarung hoodienya.

Mereka merancang untuk bangun awal pagi ini. Niat sekadar ingin bersiar-siar di kawasan hotel sebelum sarapan pagi.

Stella keluar dari bilik dan menuju ke lift. Butang lift ditekan.

"Stella?" Nas menegur.

Mulut Stella terlopong bila melihat Nas turut berada di sini.

"Abang Nas? Buat apa kat sini?" Stella memandang sekeliling. Takut juga jika terserempak dengan mamat tu (Tuju).

"Abang nginap kat sini. Sorry semalam tak sempat nak borak lama. Stella datang JB ada urusan apa?"

"Teman kawan ada hal kerja. Alang-alang bercuti sekali. Abang pulak?" Jelas Stella.

"Abang ada kerja juga kat sini. So breakfast?" Stella masih tak tahu lagi pekerjaan Nas, begitu juga dengan abangnya Aman.

"Sure."

Ting!

Sebaik sahaja pintu lift terbuka, mata Stella membulat tak terkata. Terkejut bila Tuju berada dalam lift tersebut.

Laju tangannya menutup muka. Tak sanggup nak berhadapan dengan dia.

"Kenapa naik?" Tanya Nas kepada Tuju.

"Phone tertinggal." Tuju menurunkan tangan Stella dari menutupi mukanya.

Stella hanya sengih bila Tuju perasan kehadirannya.

"Hai." Stella melambai tangan.

Mata Tuju menjeling Stella lalu beredar dari situ. Stella hanya terdiam.

"Huish! Seram betul mata dia." Stella memasuki ruangan lift tersebut.

Dia membuat muka seperti ejekkan ketika Tuju sedang berjalan. Tapi sempat Tuju memusing ke belakang melihat telatah Stella.

"Alamak!" Laju tangan Stella menekan-nekan butang untuk menutup pintu lift.

Tapi pintu lift tersebut masih lagi terbuka luas. Tuju hanya memandang Stella.

"Cepatlah tutup." Beberapa saat kemudian barulah lift tersebut ditutup.

"Selamat." Nas ketawa melihat Stella seperti dikejar hantu.

"Kenapa gelak?"

"Tak adalah. Kelakar tengok Stella bila takut dengan Tuju."

"Tuju nama dia. Dia memang tak reti senyum eh bang?"

"Pandai je. Alarh muka je nampak macam tu. Tapi hati dia baik."

Ting!

Pintu lift dibuka. Mereka berdua memasuki ruang makan. Beberapa keping roti Stella ambil lalu diletakkan atas pembakar.

"Nas dengan perempuan mana tu?" Kdeaf melihat Nas sedang berborak dengan seorang perempuan.

Yang lain turut melihat Nas.

"So Stella ada kat sini berapa lama?"

"Esok atau lusa rasanya. Tapi esok dah check out dah. Cuma takut ada planning nak pergi tempat lain je."

"Oh. Stella tak jumpa abang Aman?"

"Abang Aman? Tak lagi. Kenapa abang ada jumpa dia ke?"

"Ada juga jumpa. Tapi dah lama. Dia sibuk dengan perniagaan dia yang lainkan?" Aman ada beritahu pada Nas untuk merahsiakan pekerjaan dia yang sebenar. Jika adiknya menanyakan hal tersebut Nas perlu katakan sekadar perniagaan sahaja.

"Perniagaan yang lain? Banyak ke perniagaan dia? Dia niaga apa?" Tanya Stella ingin tahu.

"Er... Abang pun tak pasti." Cepat-cepat Nas mengambil sekeping roti dan terus pergi.

"Nasib aku tak terlepas cakap." Nas terus duduk bersama dengan ahli yang lain.

Baru sahaja Nas ingin membuka mulut, dia terasa ada beberapa pasang mata yang asik memandangnya.

Nas mengangkat kepalanya.

"Apa?" Masing-masing hanya senyum.

"Siapa tu?" Fareedpf bertanya.

"Si... siapa apa?" Nas buat-buat tak tahu.

M.K memandang Stella dari jauh.

"Macam pernah nampaklah. Tapi kat mana ye?"

"Tak nak kenalkan kat kitorang ke?" Somean bermain kening dengan Nas.

Nas mengeluh.

"Korang ni kan." Nas mengusap perlahan mukanya.

Nas melambai tangan pada Stella mengajak duduk bersama dengan mereka.

Stella ragu-ragu untuk pergi. Terlalu ramai lelaki di situ. Tapi Nas tak henti-henti memanggil.

"Pergi jelah." Stella berjalan menuju ke arah Nas. 

Tuju baru sahaja tiba di ruangan makan. Dengan tangan memegang phone dan mata tak lekang dari memandang skrin telefon tersebut tak sengaja berlanggar dengan Stella.

"Eh!"


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login