Download App

Chapter 2: Who Are You?

DUNIANYA tak pernah terasa sepi. Hidupnya sentiasa dikeliling dengan orang-orang yang tak dikenali datang mahu meminta bantuannya. Tapi nak buat macam mana dia tak mampu dan tak boleh nak bantu mereka kerana telah berjanji dengan Nenda Haesoo yang sentiasa memerhati gerak-geri anak dan cucu-cucunya..

"Hidup aku macam cerita Horror fantacy fiction. Kalau orang dengarpun orang takkan percaya" dia berhenti melangkah. Matanya melilau memerhati suasana di pasar tami yang trrletak di Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu.

Kalaulah orang sekeliling tahu siapa dirinya yang sebenar. Mereka pasti dah lari bertempiar kerana takut. Dia sendiri takut dengan rahsia yang selama ini dia simpan. Mana mungkin wujud manusia seperti mereka. Semua tu hanya wujud dalam dunia fiction fan bukannya dunia realiti.

"Krys"

Terangkat bahunya saat mendengar suara yang menyapa dari sisi.

"Aku rasa dah cukup barang-barang dapur kita untuk seminggu" Miera menjinjing plastik berisi buah-buahan tempatan dan import yang akan digunakan untuk menyediakan kek dan jus di kafe mereka.

"Rasanya dah cukup" dia mengangguk lalu membantu rakan niaga merangkap kawan baiknya itu menangat plaztik yang kelihatan boleh tahan berat.

"So lepas ni kita nak pergi mana pula?" Miera bertanya.

Dia berfikir sambil kaki berjalan menuji ke tempat parkir kereta. Namun langkahnya mati apabila muncul seorang hantu wanita yang berpakaian pengantin.

Hantu pengantin ni nak apa lagi? Aku kata aku tak boleh tolong kaulah. Kata-kata itu hanya diucap dalam hatinya saja.

Miera menoleh, muka berkerut bila melihat kawannya itu membatu sambil mata tak lepas memandang ke satu arah.

"Boleh tak jangan ikut aku?" pintanya. anggap saja dia merayu.

"Tolonglah aku. Kau seorang aje nampak aku dekat sini" hantu pengantin tadi turut merayu. kalau boleh berlutut dia akan berlutut.

"Aku tak boleh tolong kau atau sesiapa. Itu pesan nenda. Jadi lebih baik kau pergi sebelum orang dekat pasar ni kata aku gila cakap seorang-seorang"

"Tapi aku perlukan…" belum sempat hantu wanita itu menamatkan bicaranya. Kedengaran suara Miera memanggil Krystal.

"Krys"

"Uh?" dia melarikan pandangan pada Miera.

"Kau cakap dengan siapa?" soalnya pelik.

"Tak ada sesiapa" dia menggeleng dengan senyuman.. Wanita tadi masih lagi berdiri disebelahnya dan merayu bantuannya. Begitulah kehidupan yang terpaksa dia jalani. Masa tidurpun ada saja yang datang mengganggu sehingga dia merasakan dirinya jauh berbeza dengan manusia di sekelilingnya.

Ya, dia dan keluarganya memang jauh berbeza dengan manusia-manusia yang hidup di muka bumi ini. Mereka tak merasakan apa yang dialami oleh keluarganya terutama nenda kesayangannya Kim Haesoo dan arwah datuknya Yoo Hwang Gyu yang terpaksa melarikan diri dari Jeju ke Malaysia 50 tahun lepas kerana diburu oleh musuh yang mahu menghampuskan manusia-pontianak seperti mereka.

Manusia-pontianak itulah identiti sebenar keluarga Yoo. Pada pandangan mata kasar, mereka tak ada bezanya dengan manusia-manusia yang lain. Malah kehadiran mereka dalam kalangan manusia juga sukar untuk dikesan. Tapi ada sesuatu yang membezakan mereka dengan manusia biasa iaitu darah. Mereka perlukan darah untuk meneruskan hidup.

Darah? Bisik hati Krystal.

"Kau nak darah? Aku boleh bagi" jawab hantu wanita itu..

"Kau jangan nak merepeklah" menjeling pada hantu perempuan yang tiba-tiba saja muncul di kafe pagi tadi.

"Merepek? Siapa merepek?" soal Miera, sejak hari pertama mengenali Krystal 5 tahun lalu. Dia merasakan Krystal adalah dan Han adalah manusia terpelik di muka bumi ni.

"Uh? Oh Han, Han mesej tadi nak suruh aku pajak durian" jawabnya, senyum diukir meskipun kelihatan sedikit kekok.

"Oh! Tu memang merepek. Durian yang kita beli dah lebih dari cukup" balas Miera. Rasanya bonet kereta Krystal penuh dengan durian. Boleh pengsan siapa yang masuk dalam kereta tu nanti.

"Tahu tak apa" dia mengangguk. Takkanlah nak cakap dengan Miera ada hantu bersama mereka. Nanti tak pasal-pasal minah tu pengsan pula.

"Ada aiskrimlah. Kau nak?" mata Miera terbuntang pada gerai aiskrim buatan sendiri yang berada di kanan mereka.

"Nak, ais krim durian ya" tersenyum. Bau aiskrim durian sudah mencucuk ke hidung.

Miera menggeleng jemu. Tak ada perisa lain ke selain dari persia durian dia nak makan? Rungutnya. Rungutan itu hanya mampu diluahkan dalam hati saja. Nak cakap depan-depan nanti tak pasal-pasal gaji dipotong. Biarpun mereka kawan, urusan kerja tetap kerja.

Sementara menunggu Miera kembali dari membeli aiskrim. Mata Krystal mula meliar pantas memerhati sekeliling. Satu persatu wajah manusia di situ dia renung. Manalah tahu ada manusia jahat yang menyedari identitinya dan cuba mengambil loket hati miliknya.

"Mana pergi hantu perempuan tadi?" dia berpusing 360 darjah cuba mencari kawan hantunya. tetapi dia sepertinya telah pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Krystal.

"Kau cari aku ke?" bisik satu suara dekat di cuping telinga. Meremang bulu roma saat disapa oleh suara halus itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke kiri. Bijih mata hampir tercabut keluar bila wajah Cik Tutu iaitu hantu yg dah bersamanya sejak beberapa tabun lepas terasa begitu dekat dengan wajahnya.

"Oh my!i" dia menutup mulutnya dengan sebelah tangan.

"Terkejut eh? Sorry" Cik Tutu tarik senyun tak bersalah.

"Kau buat dekat sini? Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak aku dah pengsan" marahnya. Sempat mata memerhati sekeliling. Bimbang, kalau-kalau ada mata lain memerhatinya.

"Aku datang sebab aku dapat rasa ada satu kuasa lain dekat kawasan ni. Ada pontianak lain dekat sini" kata Cik Tutu.

"Hantu macam kau maksudnya? Aku tak nampak pula ada hantu lain dekat sini melainkan kau dan hantu wanita pakai gaun pengantin tadi tu" jawabnya. pelik betul kenapa dia tak nampak apa-apa pula?.

"Bukan, ini Manusia-Pontianak maxam kau. Tapi aura dia lebih kuat dari kau" jelas Cik Tutu.

Seseorang lebih kuat dari aku? Maknanya dia bukan manusia biasa? Dia macam aku? Tapi aku berbeza dari mereka atau mungkin dia musuh yang nenda pernah cerita sebelum ni? Persoalan itu mula berlegar-legar di ruangan minda. Mata masih memerhati sekeliling sambil tangan menyembunyikan loket ke dalam baju supaya tak dilihat oleh seseorang itu. Namun tak ada apa-apa yang mencurigakan di situ.

"Krystal Yoo" sekali lagi Miera menueru namanya.

Dia ni boleh tak berhenti panggil nama aku? Takkan nak bagi satu pasar ni kenal nama aku kot?.

"Nah aiskrim durian kau" Miera kembali bersama aiskrim.

"Terima kasih bossku" ucapnya sambil ketawa. Tak ada manisan yang lebih menyegarkan selepas letih berkerja melainkan aiskrim dan kek.

Mereka berjalan semula sambilmenikmati ais krim. Dekat depan sana ada pasar malam, rasa macam nak singgah kejap beli makanan untuk makan malam. Dah lama tak pekena sayap ayam bakar ni. Dari jauh lagi dia dah dapat menghidu bau pelbagai hidangan dari pasar malam. Mungkin ini adalah kelebihan yang dia miliki sebagai pontianak.

"Oh ya bossku, aku lupa nak cakap" Miera ketuk dahi kerana hampir terlupa untuk memberitahu perkara penting itu kepada bosnya.

"Cakap apa?" dia angkat kening.

"Err… sebenarnya boyfriend aku dah tunggu aku. So, boleh tak aku balik awal? Aku janji esok awal-awal pagi lagi aku datang bersihkan kafe, buat persediaan apa yang patut. Please bagilah aku date malam ni" rayunya sebelum Krystal memberikan sebarang jawapan. Dari riak wajah Krystal dapat dia lihat, Krystal tidak begitu gembira.

"Err…" dia berfikir sejenak sambil sepasang kaki yang memakai kasut sport itu berjalan setapak demi setapak ke hadapan. Sesekali dia menjilat aiskrim yang kini tinggal separuh untuk habis. Lama benar memikir nak bagi ke tak Miera balik awal hari ni.

Bukan apa kerja di kafe tu berlambak lagi. Han pasti keletihan kerana bekerja seorang diri sejak pukul 2.00 petang tadi. Tetapi pada masa yang sama tak sampai hati pula dia katakan 'tidak' pada permintaan Miera.

"Boleh ke tak?" ulang Miera. Tak sabar rasanya nak dengar jawapan Krystal.

"Err… Mestilah boleh. Tapi esok janji datang awal" syarat sebelum dia memberikan kizinan.

"Aku janji" Miera angkat kelima-lima jari tangan kanan sambil tersenyum. Lima pagipun dia boleh datang asalkan Krystal benarkan dia keluar dating dengan teman lelaki tercinta malam ini.

"Okey. Kalau macam tu kau pergilah. Tapi teman aku hantar barang di kereta dulu. Boleh tak?" soalnya. Matilah kalau dia angkat semua barang itu sendiri ke tempat parkir kereta yang boleh tahan jauh. Dahlah sebelah tangan masih makan ais krim.

"Boleh. Jom" pantas Miera menjawab.

Mereka sama-sama mengatur langkah menuju ke tempat parkir kereta. Si hantu masih lagi mengekori Krystal dan sesekali cuba untuk menjilat ais krim di tangannya. Tetapi cepat-cepat dia mengelak sambil tersenyum sinis. Takkanlah nak kongsi ais krim dengan hantukan?

"Ada pontianak lain di sini" Cik Tutu disebelahnya bersuara.

Krystal menoleh ke kanan. Mukanya berkerut. Tolonglah diam! Jangan ganggu emosi aku ekarang? Nanti tak pasal-pasal orang dekat sini fikir aku mental sebab cakap seorang-seorang. Cukup Miera ni yang rasa aku tak waras. Bebelnya dalam hati.

"Dia datang. Aku cabut dulu" aambung Cik Tutu. Kemudian menghilangkan diri.

Cik Tutu! Cik Tutu! Apa maksud kau..." dia pusingkan badan ke belakang mencari Cik Tutu tiba-tiba meraaaka. merasakan badannya bahunya tertolak ke belakang dan ais krim di tangan jatuh ke tanah bila seorang lelaki melanggarnya dari arah belakang.

Langkah lelaki itu turut mati bila aiskrim jatuh di atas kasutnya. Mata mereka sama-sama tunduk memandang ke arah kasut lelaki yang tak dikenali itu.

"Oh my God!.ais krim aku!" gumamnya sambil bibir diketap. Muka sudah bertukar merah padam kerana marah. Kemudian perlahan-lahan dia melarikan pandangan pada lelaki didepannya.

"What is this?" muka lelaki berkerut sambil tangan menutup hidung kerana tak tahan dengan bau durian yang kuat.

Gelagat lelaki itu menyebabkan Krystal ketawa. Namun reaksinya berubah sebaik sahaja mata mereka bertemu. Marah, geram dan cuak itulah yang dia rasakan sekarang bila melihat wajah lelaki kacak. Tapi poyo. Boleh pula dia dengan selamba bertanya kalau-kalau Krystal ada tisu? Semakin mnyiraplah darah gadis yang gila akan durian itu.

"I'm asking, do you have tissue? I hate the smell" ulang lelaki itu sambil menggosok-gosok hidungnya.

Krystal ketap bibir lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Dia cuba bersabar dan menahan dirinya dari bertindak kurang sopan di tempat awam. Nanti tak pasal-pasal dia juga yang viral dan jika itu berlaku nenda pasti akan menghukumnya.

"Please apologize to me first than I will give you tissue" balasnya. Lelaki itu belum minta maaf. Tapi dah minta macam-macam pula. Tak beradab langsung.

Lelaki itu memabalas kata-kata itu dengan senyuman sinis. Dia mengerling jam di tangan lalu melihat sekeliling. Dia kejar masa dan perlu cari seseorang. Jadi ada baiknya dia selesaikan perkara itu dengan segera.

Tanpa berkata apa-apa lelaki itu hanya menundukkan kepala dan beredar dari situ tanpa sedikitpun kata maaf. Sikap dingin lelakiitu menyebabkan kemarahannya semakin membuak. Bibir dia ketap lalu memandang lelaki yang berjalan semakin jauh darinya.

"Huh! Tak guna" plastik yang dia pegang dia lepas jatuh ke tanah dan berjalan mengejar lelaki itu.

"Hoi, kau nak ke mana?" Miera menghalang Krystal dari mencari masalah.

"Aku nak kejar mamat poyo tu! Muka je handsome ala-ala artis K-Pop tapi perangai macam hantu!" marahnya. Pegangan tangan Miera dia tepis.

"Hey you, stop there! I said stop!" jerit Krystal dengan geram. Langkah kakinya semakin laju menapak ke hadapan mengejar lelaki poyo.tetapi kacak itu.

"I said stop" ulangnya bila dia semakin hampir.

Lelaki itu menghela nafas panjang lalu berhenti melangkah untuk yang kesekian kalinya. Kenapalah dia terpaksa berhadapan dengan situasi ini saat dia sedang mengejar masa untuk mencari seseorang.

Pelrahan-lahan dia pusingkan badan ke belakang. Kelihatan gadis tadi sedang merenungnya dengan renungan tajam. Tengok dari gaya macam nak terkam diapun ada juga. Tak cukup lagi ke dia dah minta maaf tadi?.

"Apologize to me right now" pinta Krystal. Bukan main garang lagi.

Eden melihat sekeliling sebelum kembalikan pandaang pada Krystal. "Me?" jari telunjuk dituding pada diri sendiri.

"Ya. Who else?" dia serius.

"Huh! Apologize? For what? I've do nothing on you. Huh! Michin yeoja" jawab lelaki itu. Dia menggunakan bahasa Korea di hujung ayat.

Mi… Michin yeoja? Rasa seperti nak tercabut anak mata bila dia mendengar lelaki poyo itu memanggilnya 'perempuan gila' dalam Bahasa Korea dan paling memeranjatkan adalah lelaki kacak ala-ala artis K-Pop itu sememangnya lelaki Korea.  Padanlah kacak. Tetapi perangai macam hantu raya!

"Wow! Korean?" dia ketawa.

Lelaki itu juga balas sengihan itu dengan sinis. Kemudian dia menapak beberapa tapak ke hadapan lalu muka ditolak sedikit ke hadapan begitu dekat dengan muka Krystal.

"You are the one who should apologize to me. Can you see my shoes?"  kaki dia angkat untuk menunjukkan kasut yang kotor terkena ais krim durian Hara. Bau ais krim durian itu juga sudah cukup menyakitkan hidung dan kepalanya.

Senyuman dan renungan mata lelaki itu hampir membunuh jantung Krystal. Dapat dia dengar degupan jantung berdetak pantas seolah-olah dia sedang menyertai pertandingan pecut 200 meter.

"Huh! Dia yang langgar aku. Aku pula kena minta maaf. Poyo!" gumamnya. Bibir dah muncung ke depan tak ubah seperti serombong kapal.

Tiba-tiba matanya terpana pada hantu  perempuan yang tiba-tiba muncul di belakang lelaki itu. Cik Tutu nama manja hantu yang selalu bersamanya sedang memeukul-mukul kepala lelaki itu dengan geram. Kerana telah membuli kawan baiknya.

"Hei" gumamnya memanggil si Cik Tutu.

Alahai Cik Tutu ni. Dia buat macam tu pun bukannya Mamat Poyo ni dapat rasa pun. Buang tenaga aje. Dia menggeleng sambil mengetap bibir memerhati gelagat Cik Tutu.

Sementara itu lelaki itu berasa hairan bila gadis didepannya tak berkata apa-apa. Tapi melihat ke satu arah. Dia menoleh ke belakang. tTak ada apa-apapun yang menarik di sekeliling mereka melainkan orang awam sedang membeli belah.

"Krys:" panggil Miera. tercungap-cungap dia mengejar Krystal. Plaatik yang dijinjing dilepaakan dari tangan.

Mendengar suara Miera, dia crpat-crpat menoleh. Dia ni, tak payahlah kejar aku sampai ke sini. Buat penat diri sendiri je.

"Kau dengan lelaki tu pakai ilmu apa? nNi bukan lar macam lipas kuding. tapi ini jalan macam lipas kudung" bebel Miera.

"Lelaki tu?" dia menoleh semula ke depan. Bulat mata apabila melihat lelaki tadi dah hilang dari situ.

"Dia dah pergi?" matanya liar memerhati sekelilong. Namun lelaki tadi tak ada kelihatan di situ. .

Biadab betul! Dia pergi sebelum minta maaf dengan aku? Harap aku tak jumpa kau dah. Muka je handsome. Tapi manner ke laut pasifik.


Load failed, please RETRY

New chapter is coming soon Write a review

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login