Download App

Chapter 2: Pengenalan

Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Setiausaha PBB berasa cemas sejak beberapa hari lalu kerana mereka akan bincang topik paling hangat baru-baru ini. Kini sudah tiba masanya hari perbincangan antara seluruh dunia. Mengenai Dunia Permainan Perang.

Ketua Berucap pun berucap setelah semua wakil negara sudah tiba di tempat yang disediakan. "Apa khabar saya ucapkan kepada semua wakil negara yang sudi hadir ke mensyuarat mengejut ini. Saya minta wakil negara US mulakan mensyuarat ini.

"Ya, saya wakil negara US. Kami baru terima info ini semalam malam. CIA kini menemui jalan buntu apabila NASA yang bertanggung jawab mengenai krisis ini. Tapi, apabila ditanya, NASA pada ketika itu mengalami gangguan elektrik pada masa yang sama tempat itu diserang."

"Kami mendapati orang luar telah godam satelit yang menjadi medan untuk kami di Huston berkomunikasi dengan pusat angkasa di angkasa. Pengodam ini juga berjaya memasuki setiap satelit yang berada di angkasa lepas dan guna cara ini untuk godam setiap telefon pintar yang ada. Disebabkan ini juga, kami gagal kenal pasti dari mana punca pautan ini disambungkan."

Para wakil negara mula berbincang sesama sendiri. Ketua PBB bertegas. " Para wakil negara sekalian! Anda di sini bukan menuduh satu sama yang lain. Kita nak cari jalan penyelesaian."

" Jadi, apa yang kita boleh buat?"

"Sky RJ beri kita kelulusan untuk kita hantar wakil untuk mewakili ketua negara. Kita boleh beri bantuan kepada para pemain hanya dengan memberi strategi dan bantuan. Itu sahaja. Senjata baru juga boleh diberi dengan imbas senjata itu. Dan beri maklumat pada senjata itu. Kemudian jual pada para pemain."

"Ketua negara juga perlu kawal ekonomi dan para pemain. Ini kerana dunia tidak lagi sama. Dunia dilitupi dengan pokok yang besar dan raksasa yang kuat dan ganas. Haiwan juga bermutasi menjadi ganas. Hanya bandar yang diiktiraf kawasan selamat, selamat dari malapetaka ini."

"Anda dengar apa yang diberitahu tadi, cari wakil negara masing-masing. Hanya satu peluang dibenarkan, tiada penukaran selepas ini. Semoga berjaya. Sebelum mensyuarat ini tamat, mata wang adalah emas."

Para wakil negara segera telefon negara masing-masing untuk memberitahu akan hal ini. Setiausaha PBB berjalan di sebelah ketua, " Apa meraka tahu betapa dasyat malapetaka ini? Betul tak ketua?" tanya Setiausaha.

"Mungkin mereka belum tahu. Kita tunggu. Semoga semuanya aman-aman.".

----------------------------------------------------------------------------------

Di Sekolah Menengah Kota Mahsuri,

Aizam telah pun tiba di hadapan pintu masuk sekolah tersebut. Askar sudah berjaga di luar sekolah. Ada juga polis berkawal dan ahli bomba.

Askar itu melihat Aizam berjalan ke arahnya. " Minta tunjuk e-mel dalam applikasi. Baru boleh masuk." kata askar tersebut. Aizam pun tunjukkan e-mel tersebut. Askar itu beri laluan kepada Aizam masuk ke dalam sekolah tersebut.

Askar seterusnya minta Aizam beri kad pengenalan dan serahkan barang peribadi kepada askar tersebut. Aizam hanya menurut arahan askar tersebut ." Pergi ke kaunter sana. Askar di sana akan bantu kamu." kata askar itu dengan kasar.

Aizam pun ke sana. Sampai di sana, Aizam disapa oleh askar lelaki ."Bagaimana dengan pendapat kamu? Tak rasa pelik ke dengan semua ini?". Aizam terdiam. Dia kemudian membalas. "Kira ok la ni. Daripada perang di dunia nyata, musnah semua. Ini kira cukup baik."

"Aizam Nordin" panggil askar yang berada di kaunter.

Aizam pun berjalan ke arah kaunter. "Aizam, kamu perlu pilih senjata mana kamu hendak guna? Pilih senjata utama, senjata kedua. Di sana ada pelbagai pilihan." kata askar yang jaga kaunter.

Apabila sampai khemah senjata, Aizam rasa pelik. dalam bentuk chip, Chip pemprosesan. " Hai kamu, kamu tahu kamu mahu jadi apa? Fighter? Assasin ? Mage ?" tanya kakak tentera yang jaga chip senjata. Aizam tersenyum.

" Saya rasa saya tahu nak pilih apa. Tapi, kalau saya pilih senjata ini, adakah saya tak boleh guna senjata lain ?" tanya Aizam

" Sudah tentu boleh. Tapi hanya skill asas sahaja boleh dipelajari. Kalau nak guna skill senjata lain yang boleh dinaik taraf seperti senjata utama, boleh, tapi kamu kena selesaikan misi istemewa. Sudah semestinya misi itu mustahil, sebab boleh buat seseorang itu, 'Over Power' ( OP )."

" Kalau bergitu, saya pilih senjata ini dan ini sebagai senjata sekunder saya. " pilih Aizam. Kakak itu terkejut dengan pilihan Aizam." Awak pasti nak guna senjata ini? Tak nak buat pilihan lain?" tanya kakak itu sekali lagi untuk kepastian.

Aizam tetap bekeras mahu yang itu sahaja. Kakak itu pun muat naik ke atas namanya dalam talian. Lelaki askar yang lain tunjuk Aizam destinasinya yang seterusnya. Dewan. Dengan kerusi serta headphone.

"Sila dengar ucapan dari perdana menteri kita dan pembuat permainan ini sendiri. Ada yang lain dari yang lain." arah askar lelaki itu. Aizam pun duduk dan dengar. Sebaik sahaja Aizam tekan butang main pada skrin pad di hadapannya. Mata Aizam terbeliak.

Setelah dengar hampir 10 minit, Aizam pun dibawa ke tempat dia perlu main game. Dia perlu baring sambil pakai helmet VR untuk log masuk ke dalam permainan ini. "Nama ID, Aizam Nordin log masuk."

----------------------------------------------------------------------------------

Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Amerika, saya dengar kamu sudah tubuhkan pasukan khas demi menjaga negara kamu dalam talian. Adakah kamu sudah tahu, akan hal ini akan berlaku? " tanya setiausaha.

Suasana mula menjadi tegang. " Kita berada di kriss yang tak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Seperti cerita wayang. Perlakunya bukan negara-negara besar tetapi seorang yang amat ditakuti muncul secara tiba-tiba."

" Kamu semua percaya yang ini hanya kebetulan." tanya setiausaha PBB.

Wakil negara Perancis mahu bersuara. " Setahun yang lalu, pengodam topi putih milik negara saya, menjumpai satu dokumen di dark web, di mana, kewujudan di dunia digital boleh wujud di dunia realiti."

Sekali lagi, meningkat naik suasana tegang di mesyuarat. President PBB pun mula bersuara, " Saya pasti. Ada antara kamu fikir, ini masanya untuk kamu kuasai negara di dunia digital. Biar saya beritahu anda semua, saya juga menerima e-mel dari Sky RJ, dimana dia mempunyai blueprint untuk buat robot yang seakan akan manusia tapi berkuasa. Ia, Terminator dalam filem Teminator wujud dan boleh dihasilkan. "

" Jadi saya minta kamu bekerjasama dalam menangani isu ini. Saya tak larang kamu buat rakan sekutu. Tapi, jangan lupa. Target dia bukan satu dua negara tetapi seluruh dunia. Bersurai. "

----------------------------------------------------------------------------------

Di dunia digital. Tahap 1

Aizam baru sahaja sampai di dunia digital. Kosong. Sunyi sepi. Perlahan -pelahan, struktur mula terbentuk. Pintu, kerusi pun terbentuk.

" Hello pemain ID Aizam Nordin, selamat datang ke Dunia Permainan Perang. Sila pilih negara kamu. Muncul tiba-tiba Glob bumi besar. Setelah sedikit pusing, Aizam pun pilih negara tercinta, tanah tumpah darahnya.

"Malaysia. Pilih lokasi bandar utama, Johor Bahru atau Kuala Lumpur." Aizam pilih Johor Bahru. " Sila lalu pintu sana untuk salin baju dan lalu portal di sebalik sana." Aizam pun lalu pintu sana dan salin baju melangkah ke portal itu.

Sebaik sahaja Aizam melangkah ke Johor Bahru versi dunia maya. Matanya tertumpu pada langit. yang masih nampak pixel-pixel yang cerah cerah dan udaranya pun nyaman.

Askar pinta semua melepasi teworong kecil ini untuk lengkapkan 3 dimensi model agar tidak berlaku ralat dan memudahkan pemain menerima kuasa yang ditetapkan oleh semua pemain, iaitu mana atau mana-mana yang seangkatan dengannya.


Load failed, please RETRY

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login