Download App

Chapter 3: Lembayung Senja Di Ufuk Caturdasa

"SERANG!"

Athran menekan punat peluru laser berwarna biru sambil menghalakan cahaya laser berteknologi tinggi berkenaan ke arah pihak lawan. Matanya dibundarkan sebesar-besarnya, tanda fokus pada sesatu kerja yang dilakukan. Dengan hati dan jiwa yang berani, dia bersungguh-sungguh menumpaskan satu persatu kapal angkasa perang pihak lawan walaupun kapal angkasanya mengalami kecalaran di bahagian badan. Brave Heart!

Dia tahu lawannya bukanlah calang-calang ketumbukan, namun, berbekalkan sumber kekuasaan kristal biru Aquamarine, mereka percaya semangat kebersamaan ini mampu menewaskan puak Penentang Orange Topaz Union dan juga Puak penyelaras Green Emerald.

Semasa Athran sibuk menekan punat butang & menyerang, tiba-tiba, mata yang terbundar besar itu terpana pada seseorang yang amat cantik, kejelitaan makhluk ciptaan tuhan yang satu ini dapat dilihat dari dalam salah satu kapal angkasa puak Penentang Orange Topaz . Hatinya tiba-tiba berdebar, jiwanya mula berbunga mekar dengan bibit-bibit cinta pandang pertama, dan serangan dari kapal angkasanya terhenti tiba-tiba. Jantung Athran bagai dirobek-robek sembilu kasih akibat terlihatkan sosok kejelitaan seseorang yang kenit dan comel yang sedang bertarung dengan kapal angkasanya. Tetapi sayangnya gadis genit itu berketurunan puak Penentang Orange Topaz Union.

Tidak sampai sesaat kemudian, bunyi letupan dari arah kiri badan kapal angkasa Athran mengejutkan tumpuannya sehingga dia terasa seperti sedang mamai separuh sedar. Melayang-layang kapal angkasa berkenaan mengikuti hukum fizik graviti lalu jatuh di sekitar kawasan permatang tengah lautan.

***

"Macam itu sekali kekalahan ketumbukan kita?"

Dua orang jeneral pertahanan mendengar pertanyaan General Tokazukizu ketika kekalahan Blue Aquamarine nampaknya semakin jelas pada peperangan Caturdasa ini, dia seakan-akan tidak percaya.

Para penasihat nya dikhabarkan sedang berkumpul di Istana bekas pemimpin di puncak gunung persekutuan Atlantik. Riak muka mereka yang mempunyai kristal Blue Aquamarine didahi itu bertambahlah biru dengan pucat lesi dan bermuram durja apabila satu demi satu laporan daripada ketua laskar ketumbukan di medan perang menyatakan kekalahan melalui walkie talkie.

Satu persatu kapal angkasa perang 'Blue Aquamarine' yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi canggih mineral Vibranium jatuh dan musnah, manakala kepulauan Caribbean, rantaian Pasifik Utara dan Permatang Tengah Lautan yang sebelum ini dikuasai oleh laskar tentera kristal biru telah mula ditakluki oleh laskar ketumbukan puak Penentang Orange Topaz Union. Bendera Blue Aquamarine berjaya ditukarkan oleh puak Penentang Orange Topaz di kawasan takluk an baru mereka.

Tiga orang yang mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut General Tokazukizu itu hanya membatukan diri. Tiada kata-kata yang dapat disusun bagi menggambarkan betapa kecewa, sedih dan sayu akan kekalahan yang amat mengejutkan itu, yang ternampak daripada laporan yang tidak putus-putus keluar daripada walkie talkie hasil laporan ketua laskar utama dalam ketumbukan di medan perang.

"Tiada siapa dapat menjangka kekuatan luar biasa puak Penentang Orange Topaz Union dalam episod peperangan kali ini. Memang mereka ada mendengar ura-ura bahawa puak Penentang kristal oren akan memberikan tentangan yang amat sengit namun mereka fikir mereka (puak biru Aquamarine) masih selamat dan boleh menang." ujar seorang wartawan yang sedang membuat liputan berkenaan peperangan Caturdasa ini.

Keadaan seperti ini tidak dijangka sama sekali, memandangkan persiapan laskar ketumbukan Blue Aquamarine tampak lebih kemas dan bersedia sebelum berlepas ke medan pertempuran. Mereka tidak pernah sekalipun kalah dalam setiap pertempuran sejak ayah kepada General Tokazukizu menubuhkan kesatuan itu 30 abad yang lalu. Bangsa pemegang kristal biru juga menang secara  berterusan dan konsisten  tanpa pernah kalah sejak 61 abad yang lalu.

***

"AWAK tak apa-apa?" terdengar lembut satu suara halus dari kejauhan. Satu suara yang bisa merobek sukma sesiapa sahaja yang mendengarkannya.

Mata Athran yang lebam dibahagian kiri itu dibuka perlahan-lahan, telinganya yang tirus itu digerak-gerakkan bagi mencari sumber suara mulus bak buluh perindu itu. Seakan-akan sebuah mimpi yang kini menjadi nyata. Kakinya masih tersepit di celahan tempat duduk kapal angkasa yang terhempas itu. Asap putih masih menyelubungi bahagia enjin kapal angkasa moden yang diperbuat di Wakanda. Mujur sahaja kapal angkasa itu tidak meletup, jika tidak, Athran sudah dihantar ke alam baqa' pada masa itu juga.

Kelihatan sosok tubuh seorang gadis genit dengan sesungut kecil dikedua belah kening, anak matanya yang sedikit sepet, bertelinga tirus, kulit mukanya yang putih dan mulus, namun rambutnya ikal mayang berwarna keoren-orenan, terlihat sebentuk kristal Oren bersinar didada gadis comel terbabit.

"Si..si....siapa kau?" Athran menyoal gadis misteri di hadapannya. Tangannya calar balar akibat hentaman kapal angkasa perang ya dengan permukaan tanah tadi. Kelihatan tubuh rakan-rakannya yang tidak bernyawa, telah tewas dikiri dan kanannya.

"Aku Miky, supee duper cucu cicit kepada Mantis." ujar gadis genit berkenaan sambil menguntumkan sebuah senyuman.

"Aa... Aa... Aku dimana ya?" Athran melihat kawasan sekeliling sambil kepalanya dipicit-picit perlahan kerana terasa kepeningan akibat jatuh dari tempat yang tinggi masih terasa.

"Kau masih berada dibumi, iaitu berada di Permatang Tengah Lautan, kawasan jajahan puak Penentang Orange Topaz Union." kata Miky dengan sedikit loghat china sambil membantu mengeluarkan Athran daripada tempat duduk kapal angkasa itu.

"Puak Penentang? Habis lah aku. Matilah..... " Athran menepuk-nepuk dahinya yang mengandungi kristal Aquamarine Biru yang masih bersinar dengan wajah yang sugul.

"Jangan risau. Aku tidak akan meng apa-apakan kau." jawab Miky si gadis genit sambil tersenyum. Dia sempat mengerak-gerakkan kedua-dua sesungut kecilnya itu.

Athran memandang tepat ke arah anak mata Miky yang berwarna ke oren-orenan itu sambil tersenyum. Dia tidak sangka puak Penentang tidaklah sekejam yang disangka. Dan yang paling penting, Athran seperti sudah terjatuh cinta dengan gadis genit terbabit.

"Holds my hand." kata Miky sambil melontarkan secangkir senyuman kearah Athran.

General Tokazukizu sebelum ini yakin akan kekal menang banyak pertempuran di kesemua dua ratus dua puluh dua siri pertembungan antara tiga ketumbukan itu. Dia juga meramalkan boleh merampas Kapak Sakthi Bhumi yang membolehkan perlembagaan Kesatuan Bumi diluluskan. Blue Aquamarine dilihat mempunyai cukup dana, jumlah laskar ketumbukan yang sangat banyak dan teknologi kapal angkasa yang menyokong mereka berbanding puak Penentang yang hanya bersifat pindah randah dan tidak tetap.

"Macam mana boleh silap percaturan?" tanya seorang pengatur strategi perang Blue Aquamarine kepada jentera di pusat kawalan, yang tidak sedar tragedi kekalahan akan terpalit pada pertempuran Caturdasa itu.

"Laskar tempur tidak nampak tanda-tanda kekalahan langsung." tambah pengatur strategi perang laskar puak Blue Aquamarine.

Pasukan pakar strategi puak Blue Aquamarine yang diupah dengan menjanjikan beberapa ganjaran planet di bintang Aquarius yakin laskar puak Blue Aquamarine akan menang besar dan membayangkan kepada pimpinan tertinggi puak Blue Aquamarine untuk meyakinkan kepada rakyat mereka yang mereka akan menang besar dalam pertempuran sengit tersebut.

Sebuah majlis besar-besaran bagi meraikan kemenangan di dataran Kesejahteraan Kristal Biru telah dipersiapkan bagi merayakan kemenangan laskar puak Blue Aquamarine.

"General Tokazukizu yakin untuk menang sekurang-kurangnya seratus tiga puluh tiga siri pertempuran, sama seperti pertempuran era yang terdahulu." kata seorang lagi pakar strategi perang puak Blue Aquamarine.

Namun, kemenangan yang diyakini itu tidak kunjung tiba. Yang tiba hanyalah berita satu persatu kapal angkasa puak Blue Aquamarine ditembak, hilang mahupun meletup.

***


Load failed, please RETRY

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login