Download App

Chapter 2: Bab 1:Degupan jantungku

Mataku terpaku melihat seorang gadis yang berbadan gempal, kulitnya berwarna kuning langsat ,matanya bersinar kehitaman,bibirnya merah seperti buah peach dan keningnya yang tersusun rapi yang waktu itu berada disampingku sewaktu aku menerima anugerah.Hatiku mula berbicara,"oooo jadi dialah budak yang paling pandai dalam kalangan pelajar tingkatan tiga itu." Tidak silap aku dia jugalah yang selalu bersaing dengan aku untuk meraih markah perperiksaan subjek sains yang paling tinggi walaupun tidak saling mengenali.Aku tidak berani menegurnya kerana dia kelihatan garang dan agak sombong. Jadi aku hanya menatap wajahnya tanpa berbica walaupun sepatah perkataan.Raptai untuk hari anugerah pun bermula,pengerusi majlis memulakan acara dengan nyanyian lagu kebangsaan.Saat MC memanggil namanya iaitu Haziqah ,nama itu terngiang-ngiang dalam fikiranku,"isy dah kenapa nama dia pulak yang aku fikirkan,banyak benda lagi la yang boleh aku ingat dan fikir." Raptai tersebut diadakan selama seminggu untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar kerana kewujudan tetamu terhormat.Pada hari ketiga raptai dijalankan, tidakku sangka Haziqah menoleh ke sisi dan menegurku,"hai awak,awak Haziq kan? Saya tahu nama awak dari cikgu sains saya. Selamat berkenalan.Saya tahu mesti selama ini awak ingat saya sombong kan? Tapi saya tak sombong pun,saya cuma kurang selesa untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi sepanjang awak duduk di sebelah saya ,saya perasan yang awak asyik pandang saya saja sebab itulah saya mulakan perbualan ni." Masa tu hanya Allah ja yang tahu bertapa kencangnya rasa jantungku yang hampir gugur kerana ditegur gadis yang aku minati tanpa sengaja.Habis hilang surah yang selama ini aku hafal.Aku berbicara di dalam hati,"Astaufirullahhalazim,kenapa dengan aku ni dah macam orang tak betul dah.Aku takut aku yang akan apa-apakan dia.Dah la apa yang aku fikir ni." Selepas itu , aku pun menjawab pertanyaannya."Ya saya Haziq,selamat berkenalan juga.Saya mengaku yang mula -mula tu saya ingat awak sombong sebab awak tak pernah tegur saya😅.Oh, awak perasan ka yang saya selalu pandang awak? Malulah saya macam ni." lalu dia membalas "Lamanya awak berfikir,saya tak makan orang pun,jangan risau.Mestilah saya perasan awak duduk sebelah saya saja jarak kerusi kita pun tak sampai 15 cm. Tak pa tak payahlah awak nak malu tiada apa pun yang nak dimalukan." Aku membalas,"HAHHHAHAHHA,saya tak takut pun dekat awak,saya takut,saya yang makan awak." Iqah membalas,"Awak makan saya?Maksud?" Aku membalas,"Tak da apa la😅 ." Hatiku berbicara,"Oooo rupanya dia tidak sesombong yang aku sangka malah dia lebih ramah apabila sering bersembang.Hatiku semakin berbunga-bunga."Semenjak dari kejadian itu,kami pun mulai rapat.Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama seperti ulangkaji,bersukan,bersiar- siar dan macam-macam lagi.Kami belajar bersama -sama sehingga tamatnya peperiksaan awam PT3.Setelah sebulan menunggu keputusan PT3,akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.Seperti yang ditarget pihak sekolah, Haziqah berjaya mendapatkan straight As dalam peperiksaan tersebut manakala aku juga terkejut dengan keputusan ku yang mendapat 6A3B.Alhamdulilah ini semua berkat kami belajar bersungguh-sungguh.Kami semua diraikan oleh pihak sekolah dengan mendapat sejambak bunga mawar yang segar.Tanpa aku berfikir panjang,aku majukan tapak ke hadapan Haziqah dan memberinya sejambak bunga tersebut.Haziqah atau nama yang aku berikan kepadanya Iqah bertanya,"kenapa awak bagi saya bunga ni, lagi pun saya kan dah ada ." lalu aku menjawab,"saya tahu yang awak suka bunga ,lagi pun saya nak buat apa dengan bunga ni sebab itulah saya bagi dekat awak.".

Iqah:Kenapa awak tak bagi dekat girlfriend awak?

Aku: Sekain lama kita berkawan saya mana ada girlfriend kalau ada pun ni yang depan mata saya sekarang ni.

Iqah: Isy awak ni ada -ada saja.

Keesokan hari sepatutnya kami pergi membeli -belah tetapi pagi itu Iqah menelefon dan memberitahu bahawa dia demam dan tidak bisa untuk pergi membeli-belah.Aku menjadi sangat cemas dan aku menjadi caring yang melampau.Pada saat itu aku sedar bahawa aku benar - benar jatuh hati padanya.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login