Download App
66.66% Pulau Heiwa

Chapter 2: Bab 2: Pengenalan

Selepas Kai bertemu dengan Mirai, Mirai mengajaknya ke suatu taman yang tak jauh dari sekolah tersebut. "Ada apa kita mahu ke sana Mirai?", tanya Kai. "Di sana ada food truck yang jual waffle yang sangat lembut, gebu dan sedap. Kamu mesti merasanya. Saya akan berlanja kamu". "Berlanja saya?". "Ya. Itu tanda saya berterima kasih pada kamu sebab kamu tolong saya dapatkan beg saya ini".

 

"Ah tak perlu sampai sebegitu. It's ok". "No no no ok. Kamu mesti ikut saya. Lagipun kamu baru sampai di sini dan kamu tak tahu selok-belok kawasan ini", jelas Mirai. Setelah berfikir selama 5 saat Kai pun memberikan jawapan "Nak buat macam mana lagi. Baiklah saya ikut". "Yosh kalau macam itu saya akan pastikan hari pertama kamu di sini akan menjadi hari yang hebat, ok", jelas Mirai dengan penuh semangat. "Baiklah mari pergi".

 

 Kemudian mereka pun bergerak berjalan ke taman itu. Setelah mereka sampai di taman, mereka terus dapat melihat food truck itu. "Wow ramainya beratur. Popular betul waffle food truck ini". "Memanglah popular. Kepopularan waffle ini sampai chef dari luar negara macam Gordon Ramsay datang ke sini tahu tak", jelas Mirai dengan nada semangat. "Kalau dah sampai Gordon datang sini memang sedaplah nampaknya", kata Kai. "Tapi kalau tengok dari sini, agak lama lagilah nak tunggu waffle ini sebab ramai beratur", kata Kai. "Kalau macam itu, kamu duduk dulu di bangku kosong sana, saya pergi order", kata Mirai sambil menunjukkan bangku kosong di bawa pokok yang rendah. "Kalau macam itu baiklah, saya pun nak mencari rumah kosong dulu di internet", jelas Kai. "Ok baiklah kalau begitu". Kemudian Kai pun pergi ke bangku kosong yang ditunjukkan oleh Mirai dan duduk di bangku itu. Kemudian Kai pun keluarkan telefon dia dan mencari rumah kosong untuk didiami.

 

Sementara itu di barisan, Mirai menunggu dengan sabarnya. "Kenapa hari ini ramai sangat ye. Mungkin sebab hari minggu sebab itulah ramai sangat orang". Setelah lama menunggu akhirnya Mirai dapat juga waffle itu. Mirai pun melangkah ke bangku yang diduduki oleh Kai. "Maaf lama menunggu". "Wau akhirnya dapat juga ye". "Ya. Jadi Kai macamana dengan bilik kosong yang kamu cari?", tanya Mirai. "Saya bukan cari bilik saya cari rumah". "Haaa, seriuslah kamu cari rumah?!", tanya Mirai yang agak sedikit terkejut. "Saya bukan cari rumah satu itu. Saya cari rumah yang macam di apartment itulah", jelas Kai. "Kenapa kamu tak cakap saja kamu cari bilik". "Bilik adalah bilik. Bilik tak ada dapur, tandas, dan ruang tamu", jelas Kai. "Suka hati kamulah. Ini waffle yang saya cakap ini", tunjuk Mirai.

 

Kemudian Kai pun mengambil sedikit waffle dan memakannya. "Emmmm, lembut betul dia punya waffle ini. Pastu ditambah dengan jem kacang dia yang memang sedap. Memang tak hairanlah kalau ramai dari jauh datang semata-mata nak rasa waffle ini", jelas Kai sambil makan waffle itu dengan asyiknya. "Berbalik pada tadi, kamu dah jumpa ke belum?", tanya Mirai. "Saya dah jumpa dan siap booking lagi. Tempat itu pun tak jauh dari sekolah tinggi itu", jelas Kai. "Kalau macam itu baguslah", jelas Mirai. Tak lama selepas itu, waffle yang mereka makan pun habis. "Tak puas betul makan waffle ini". "Baguslah macam itu".

 

"Berapa harga waffle ini Mirai?", tanya Kai. "Satu harga waffle ini 380 Yen". Kemudian Kai berhenti sejenak. "Kamu serius ini harga 380 Yen?". "Ya. Bukankah harga itu murah", jelas Mirai sambil senyum. "Itu sebab kamu orang kaya memanglah murah", jawab Kai dengan nada sedikit kesal. "Kenapa kamu murung sedangkan 380 Yen itu sama dengan 3 dollar sahaja. 3 dollar untuk orang Amerika masih lagi murah". "Tunggu sekejap. Orang Amerika?. Awak fikir saya ini warganegara Amerika kah?", tanya Kai. "Ya sebab saya tengok di duffel beg kamu ada lambang bendera Amerika", jelas Mirai sambil menunjukkan di duffel beg Kai. "Itu bukan bendera Amerika Mirai. Biar saya perkenalkan". Kai ambil beg dia dan tunjukkan lambang bendera itu.

 

"Apakah kamu masih menganggap ini bendera Amerika?". "Kalau tengok lagi dekat bendera Amerika mana ada bulan sabit. Tapi tengok jalur dia sama macam Amerika. Adakah kamu tinggal di sebuah daerah di Turki?", tanya Mirai. Kai tertunduk. "Kamu seriuslah ada daerah di Turki yang mempunyai bendera macam ini". "Kalau macam itu beritahu sajalah kamu berasal dari mana", beritahu Mirai dengan nada yang agak sedikit kesal. "Baiklah. Ini bendera Malaysia. Dan saya berasal dari Malaysia. Malaysia terletak bersebelahan dengan Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina. Kamu tahu kelima-lima negara tersebut?". "Ya saya tahu". "Dan kamu tak tahu Malaysia di mana dan kewujudan Malaysia kan?". Mirai pun angguk dengan perlahan. "Saya dah agak. Tapi saya tak salahkan kamu sebab kamu anggap ini seperti bendera Turki sebab pencipta asal bendera ini pun mengambil inspirasi dari bendera Empayar Turki Othmaniyyah".

 

Sedang mereka berbual, seseorang menyapa Mirai. "Mirai di sini kamu rupanya. Dari tadi saya tunggu kamu tak sampai-sampai". "Oh kamu Senpai. Maaf tadi sebenarnya tadi ada orang cuba meragut saya", jelas Mirai tersenyum. "Mirai kenapa tak kamu beritahu awal-awal. Jadi kamu tak apa-apa?". "Ya. Saya ok. Oh lupa pula saya perkenalkan ini Kai orang yang tolong saya tadi", Mirai memperkenalkan Kai kepada Misaka. "Selamat berkenalan, nama saya Ahmad Khairul. Kamu boleh panggil saya Kai". "Nama saya Misaka Yamato, Selamat berkenalan. Terima kasih sebab tolong Mirai ini. Dia kadangkala agak sedikit lalai dan seringkali menjadi mangsa ragut. Dan disebabkan itu saya seringkali tolong kejar penyangak itu dan membelasah dia cukup-cukup. Ada satu hari saya dengan Mirai tengah berjalan dan tiba-tiba...", bunyi telefon berbunyi. "Maaf. Telefon saya berbunyi. Sebentar ye". Kai pun mengambil telefon dan menjawab panggilan itu.

 

 "Mirai tengok dari gaya dia macam bukan orang Jepun?". "Tidak. Dia adalah seorang pelajar pindahan dari Malaysia. Lagipun dia baru sampai hari ini". "Oh macam itu". Kai pun kembali bersama mereka. "Maaf, Keluarga saya telefon dah sampai ke belum. Jadi kamu ini adalah Senpai kepada Mirai?". "Ya. Maafkan saya sebab dah menyusahkan kamu", Misaka sambil menunduk tanda maaf. "Tak mengapa lagipun saya ikhlas membantu. Oh ye. Kalau kamu Senpai Mirai, kamu umur berapa Mirai?". "Saya 15 tahun. Dan Misaka Senpai umur dia 19 tahun".

 

 "Oooo. Jadi maksudnya Mirai kamu ini Kohai saya dan Misaka Senpai adalah Senpai saya maksudnya". "Itupun kalau saya sekolah di High School Hoseki", balas Misaka. "Jadi Misaka Senpai tak bersekolah di Hoseki?". "Ya. Saya bersekolah di High School Girl Kongo". "Hehehe. Nama sekolah di Heiwa ini memang unik-unik", bisik Kai dalam hati. "Kai kamu ada apa-apa benda lepas ini?", tanya Misaka. Kai pun lihat di tangannya yang menunjukkan pukul 2:30 p.m. "Saya selepas ini mahu check in ke rumah saya. Dan saya kena lengkapkan beberapa dokumen sebelum saya hantar ke sekolah dan majlis bandaraya".

 

"Kenapa kamu mahu ke majlis bandaraya?", tanya Mirai. "Saya mahu mohon lesen memandu", jelas Kai. "Lesen memandu?. Kamu umur berapa mahu memohon lesen memandu?", tanya Misaka. "Sebenarnya saya sudah lama ada lesen semasa berada di Malaysia. Di Malaysia kamu sudah boleh memohon lesen memandu motor", jelas Kai. "oh begitu. Di Jepun jarang ada orang membawa motor". "Sebab itulah saya bawa motor daripada Malaysia". "Adakah kamu menggunakan perkhidmatan pos?", tanya Misaka. "Ya. Tapi disebabkan saya belum duduk di rumah saya jadi saya tak boleh post lagi". Cakap pasal rumah, rumah yang kamu booking itu di mana?", Tanya Mirai. "Oh ya sebentar". Kai pun mengeluarkan telefon dia dan teliti dimana terletaknya rumah yang telah di booking.

 

"Baiklah, alamatnya terletak di District Danzo". "District Danzo. Wah jadi maksudnya kamu akan selalu berjumpa dengan Misaka Senpai". "Jadi maksudnya Misaka tinggal di District Danzo?", tanya Kai kepada Misaka. "Ya betul. Boleh kamu beritahu alamatnya?", tanya Misaka. "Rumah itu terletak di Lot 14". "Saya tahu jalan ke Lot 14. Mari saya tunjukkan". "Kamu semua maaf saya tak boleh ikut sebab sebentar lagi saya akan masuk kerja". "Kalau macam itu jumpa lagi. Hati-hati jangan leka lagi", jelas Misaka."Jumpa lagi besok di sekolah, Kai Senpai". "Ya jumpa lagi besok". Mereka berdua pun berlalu pergi. "Ooooo. Macam inikah perasaan orang Jepun yang cute panggil kita Senpai. Sabar, sabar bawak bertenang", bisik Kai dalam hatinya yang dah berkobar-kobar.

 

 "Kamu dah kenapa Kai". "Sawah. Tak ada apa-apa. Is ok". "Nasib baik Misaka tegur kalau tak aku tak tahu apa jadi lepas ini", bisik Kai sekali lagi dalam hati. "Kai boleh kamu ceritakan apa yang sebenarnya terjadi". Kemudian Kai pun cerita dari awal dia lompat ke basikal sampai dia jumpa Mirai. "Tak sangka kamu boleh nekad melakukan itu". "Sebenarnya saya dah banyak kali buat seperti itu. Dulu saya minat pada parkour dan tiap-tiap hari saya meloncat tinggi menaiki bangunan ataupun saya akan meloncat menghadapi basikal ke arah saya. Untuk mengenai Saya berlawan pula, dulu saya ada belajar seni mempertahankan diri silat. Jadi semua itu saya dah buat dulu". Kemudian mereka pun sampai sampai ke bangunan yang bakal menjadi tempat tinggal Kai. "Baiklah kita sudah sampai ke tempat ini. Maaf sampai sini saja yang saya boleh bawa". "Tak mengapa. Terima kasih kerana tunjukkan tempat ini". "Sama-sama. Kalau bergitu, jumpa lagi". "Ya, jumpa lagi". Setelah urusan dengan tuan rumah, Kai pun menuju ke biliknya. Kai pun masuk ke biliknya. "Nampaknya bilik ini dah disiapkan. Semua dah ada. Tak payah susah aku nak beli".


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login