Download App

Chapter 4: ELEMENTAL 2 : BUANG SAMPAH

'Huh.. huh.. huh...'

Kedengaran nafas tercungap-cungap sambil dirinya melarikan diri. Di dalam hutan belantara, kelihatan suatu susuk lembaga menghampirinya.

Setiap langkahan lembaga itu memberikan gegaran yang kuat hampir menjatuhkan budak yang sedang berlari itu.

Budak itu menghentikan langkahnya lalu segera menoleh ke belakang. Peluh-peluh jelas mengalir deras pada wajahnya yang cemas.

'Bebola api!'

Laungan budak itu sambil melontarkan bola-bola api yang digenggam oleh tangan kanannya. Bebola itu bergerak laju menderu tepat ke arah kelibat yang mengejarnya tadi.

Sedikit sahaja lagi, bebola api itu hendak menerkam wajah raksasa tersebut. Namun tanpa disedari, suatu unsur lain bergerak pantas menuju tubuh budak tersebut.

'Alamak! Tak sempat-'

budak tersebut terkejut, matanya membesar.

-bersambung-

'Ahh!! Kenapa bersambung!? Tengah best-best ni aduhh... bosan la novel camni..'

Izzat tersedar daripada imaginasinya yang khusyuk membaca novel fantasi tersebut.

'Baik takyah buat novel!'

Dia menjerit perlahan sambil mencampakkan buku tersebut ke atas meja belajarnya tanda protes terhadap penulis buku itu.

Izzat menghampiri katil lalu terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam tersebut. Matanya tepat memandang siling biliknya itu.

'Aduh.. mesti seronok kalau ade kuasa magik...'

Dia bermonolog sendirian. Izzat memang seorang yang suka membaca. Dia sangat minat kisah-kisah fantasi yang berasaskan kuasa sakti atau sihir. Dinding di dalam biliknya dipenuhi poster dan lukisannya yang bertemakan magis. Apakan daya dia sedar bahawa semua itu karut...

Tetapi jauh di dalam sudut hatinya kuat mengatakan bahawa dunia seperti itu wujud.

'Adiiik!! Akak dah siap sediakan makan malam nii! Jom makan!'

Lamunan Izzat langsung hilang dek seruan kakaknya, Rania secara tiba-tiba. Dia segera tersedar daripada dunia khayalannya. Izzat segera bangun dari katil miliknya.

'Baiklah kak! Sekejap lagi Izzat turun..' dia membahasakan dirinya sebagai 'Izzat' tanda menghormati kakaknya itu.

Dia menjawab panggilan kakaknya dengan suara yang lembut tetapi jelas didengari. Tanpa berlengah dia segera mengorak langkah menuruni tangga memandangkan biliknya terletak di tingkat atas kediaman besar itu.

Izzat segera melangkah masuk ke dapur menuju ke meja makan. Secara spontan matanya membesar. Terkejut. Meja makan yang besar itu dipenuhi makanan-makanan yang sungguh mengliurkan.

'Haa.. adik tercegat ape lagi kat situ.. jemputlah duduk.. ingat encik putera ke nak kena jemput-jemput pulak'

Rania bersuara dengan nada bergurau dengan adiknya.

Kakak kepada Izzat bernama Rania, umurnya 10 tahun lebih tua daripada adiknya. Rania yang menggalas tangungjawab menjaga adiknya setelah ketiadaan ibu dan bapa mereka.

'Waah.. banyaknye makanan. Hmm, pelik ni... tadi Izzat beli sikit je.. mustahil la nak-'

sambil Izzat mengambil tempat dimeja makan dia menyatakan raisa hairan apabila melihat makanan yang begitu banyak tersedia di atas meja makan. Belum sempat dia bertanya pertuturannya dipotong oleh Rania.

'Ini kakak awak tauu.. semua benda mustahil jadi tak mustahil.. hehe'

Rania mula bergurau senda dengan satu-satunya adiknya.

Mendengar bicara kakaknya, wajah Izzat terus tersenyum melayan karenah kakaknya yang setia menjadi peneman hidupnya.

'Tunggu ape lagi tuu... jemputlah makan'

Rania mempelawa adiknya makan.

'Okay.. terima kasih akak Rania. Jemput makan.'

Tanpa membuang masa Izzat terus mengambil segala makanan yang dia idamkan terus makan dengan begitu lahap. Mungkin kerana kelaparan.

Rania yang melihat telatah adiknya hanya mampu mengukir senyuman dan kegembiraan jelas terpamer pada wajahnya. Wajah rania hampir seiras dengan wajah adiknya namun anak matanya berwarna coklat tidak sama dengan adiknya. Dia juga mempunyai rambut separas pinggang berwarna hitam berkilau.

Setelah usai menjamah makanan, Izzat bersandar pada kerusi di meja makan itu. Dia kelihatan seperti terlebih kenyang.

'Izzat, nanti tolong buangkan sampah ni tau.'

Rania bersuara sambil tangan kanannya memegang plastik sampah berwarna hitam lalu meletakkannya di pintu dapur.

'Baiklah kak. Sekejap lagi adik buat.'

Tanpa mempersoalkan, Izzat terus bersetuju untuk membantu kakaknya.

Selang beberapa minit Izzat terlantar di kerusi meja makan, akhirnya dia membuat keputusan untuk membuang sampah tersebut.

Pintu rumahnya dibuka, plastik sampah itu bersaiz agak besar. Izzat kelihatan sedikit sukar untuk mengangkat bebanan tersebut.

Setelah tiba di pagar rumahnya, dia terus melihat kepada tempat pembuangan sampah yang berjarak 100 meter darinya. Tempat pembuangan sampah tersebut berdekatan hutan dan suasana ketika itu teramat sunyi hanya ditemani lampu-lampu jalan yang menerangi beberapa tempat.

'Aduh jauh jugak ni.'

Meskipun dia mengeluh dia tetap melakukan tugasan tersebut.

Akhirnya Izzat tiba di tempat pembuangan sampah tersebut. Tanpa berlengah dia segera meletakkan sampah yang dibawanya disusun dengan teratur di situ.

'Okay dah siap.. boleh lah kita-'

Belum sempat Izzat menghabiskan monolog sendiriannya tiba-tiba suasana yang tenang lagikan sunyi tadinya berubah mendadak.

Tiba-tiba angin menjadi gila, pohon-pohon disekeliling bergoncangan dek angin yang meliar.

'Ehh.. nak hujan ke baik aku balik cepat'

Belum sempat Izzat mengorak langkah, tiba-tiba satu cahaya yang terang- benderang menyinari sehingga menyilaukan penglihatannya.

'Cahaya ape nii'

getusnya di dalam hati.

Niatnya yang ingin segera pulang terbantut diatasi rasa ingin tahu akan cahaya yang muncul di sebalik hutan di belakang tempat pembuangan sampah itu.

Tanpa berfikir panjang, Izzat segera menghampiri cahaya yang bersinar turut menghasilkan cas-cas elektrik di sekelilingnya. Dia melihat sambil berdiri disebalik kayu pokok.

Mata Izzat semakin membesar melihat kemunculan suatu susuk tubuh di sebalik cahaya kuning yang silau itu.

'Ade budak lelaki lah..'

gumam dia sendirian setelah cahaya itu lenyap.

Tidak lama kemudian, suatu cahaya merah menyala tiba-tiba muncul 2 meter daripada susuk budak lelaki itu tadi.

Kali ini cahaya merah itu jauh lebih besar juga disulami bayang-bayang hitam yang kelam.

Izzat yang melihat keadaan itu seakan- akan terpana. Peluh mula mengalir pada wajahnya. Lebih-lebih lagi setelah melihat susuk kelibat bertanduk setinggi lebih kurang 3 meter yang muncul disebalik cahaya merah gergasi itu.

Jantungnya muka berdegup kencang...

-Bersambung-


CREATORS' THOUGHTS
Ezakiel02 Ezakiel02

Please let me know if there are needs for improvement on my writings. Share la dengan saya ^_^

Thanks for reading ya!

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C4
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login