Download App

Chapter 2: Chapter 2

Diiringi dengan bunyi ketikan papan kekunci komputer, mata di balik cermin kaca bingkai petak itu bergerak ke kiri kanan meneliti butiran yang tertera di skrin komputer. Sekejap-sekejap dia kerling ke skrin telefon. Melihat waktu masuk pukul berapa. Yakin yang dia ada masa lagi sebelum temu janjinya,

Tidak semena pintu bilik pejabat itu terbuka lantas seorang lelaki berjalan masuk ke situ dengan fail di tangan.

          "Hoi Alfie..lama lagi ke kau menghadap kerja tu..jom la. Jenuh aku mesej kau ajak keluar makan sama ni..."sapa Jack, rakan sekerja di firma guaman Alfie. Dia jalan mendekati lelaki yang tekun menghadap kertas dokumen dan fail klien mereka.

Alfie memberi jelingan menyampah ke arah Jack. Dia pandang sekejap akan rakannya itu lalu kembali membelek kertas yang ada dalam fail sebelah papan kekunci ketika itu.

Datang dah beruk sekor ni!

Si muka talam tak tahu malu!

Ikut suka keluar masuk pejabat dia tanpa ketuk tanpa pamitan!

Siapa owner siapa pekerja sekarang ni?

           "Kan aku beritahu satu hari ni aku busy...memangnya aku cakap dengan manusia ke beruk?"soal Alfie mendatar sewaktu belek kepingan gambar di mana imej klien dia di cederakan dan Lebam di beberapa tempat dalam gambar tersebut. "Tak faham-faham.."

"Memang aku tak faham, kau siang malam kerja, pagi petang kerja kalah robot tahu tak...no wonder la kenapa staf dalam firma ni gossip pasal bos yang tak suka bersosial dan keluar luangkan masa dengan pekerjanya."getus Jack.

"Kalau aku tak cari duit, siapa nak bagi kau orang makan...cakap tu biar elok sikit"balas Alfie dengan bersahaja.

Berdiri sahaja di depan meja itu, Jack ternampak akan dokumen serta bukti untuk kes keganasan rumah tangga yang diambil oleh Alfie. "Kau nak ambil kes ni?"tanya dia dengan nada kagum. "Kau tahu kan dengan siapa kau akan lawan nanti?"

Mendengar soalan itu, mata Alfie terarah pada gambar dimana lelaki yang berlebam di sekitar tulang pipi, dahi, bibir, lengan, perut dan rusuk. Habis merah dan Lebam keunguan. Biasanya kes keganasan rumah tangga ini berpunca dari suami yang memukul isteri. Tapi kali ini lain pulak ceritanya.

"Kenapa?Kau rasa aku tak boleh ke ambik kes ni?Sebab isteri mangsa adalah anak Menteri?"tanya Alfie dengan nada dingin sinisnya.

Jack menjungkit bahu. Memang la dia tahu Alfie adalah peguam berpengaruh dan sering menang kes. Tapi yalah kan, kalua namapun anak Menteri, cucuk pegawai atasan dan fabricated bukti, petik jari kes ini tutup macam tiada apa-apa yang terjadi, "Aku tahu kau orang yang hebat bab-bab membela...tapi lawan klien kita bukan calang-calang orang.."

Ketika itu mata Alfie ternampak jam di skrin telefonnya. Melihat sudah masanya untuk dia bertolak. "Apapun...aku akan handle kes ni...aku perlukan team A untuk jalankan siasatan dan persiapan kertas kerja sebelum persidangan di lakukan.."beritahunya semasa bangun dan mengumpul semua kertas di situ.

Mata Jack perhatikan dengan tekun akan lelaki di depannya ingin tahu. "Memangnya kau nak ke mana ni?"

"Hospital.."Alfie mengangkat kepalanya memandang Jack. "Nak jumpa klien aku yang terima rawatan dekat situ.."kot yang di gantung pada kerusi di capai lantas di sarungkan ke badan.

"Hah?Teruk sangat ke?"

Sengih mengejek terukir di hujung bibir Alfie. Kening dia terangkat sebelah sewaktu memandang reaksi Jack. "Dia kena operation di bahagian abdomen sebab ada darah beku...aku nak check keadaan dia..."

"Pergh!"Jack bawa kepalan penumbuk di depan mulut membuat muka kengerian. "Serius macam tu sekali isteri dia belasah dia?Darah beku?Isy!Makin seriua aku nak kahwin kalau macam tu.."selorohnya setelah itu.

Alfie hanya mampu tersenyum. tidak mahu memberi komen. Bukan kali pertama dia handle kes berat seperti ini. Jadi tiada apa-apa yang perlu di hairankan. Kalau ikutkan hati, dia sendiri tidak mahu berkahwin. Tapi mengenangkan usianya sudah menginjak 30 tahun, sampai bila lagi mahu membujang?Nanti tua tiada yang jaga!

"Kalau macam tu...kita makan sama lain kali je la.."beritahu Jack.

"Tak janji.."balas Alfie semasa tarik pintu pejabatnya dan melangkah keluar dari ruangannya.Meninggalkan Jack di belakang dalam keadaan termangu sendiri.

Alfie keluar dari bangunan itu disambut dengan pemandu khasnya. Pintu kereta turut sedia dibukakan untuknya. Lelaki itu terus masuk ke dalam perut kereta. Sebaik mengenakan seatbelt dan selesakan diri, tanpa membuang masa, Alfie kembali membelek kertas.

"Tuan hendak ke mana?"tanya pemandu di seat depan tidak lama selepas itu.

"Hospital Univerisiti RESC.."beritahu Alfie dengan kening berkerutnya semasa tunduk melihat butiran maklumat kesihatan klien dia.

"Baik."sambut pemandu tersebut sebelum memulakan pemanduannya.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login