Download App
28.57% BE MY WIFE

Chapter 4: BAB 4

Bunyi loceng menandakan waktu berehat, Waney mula berjalan menuju ke arah anak tangga. Sampai sahaja di tangga terakhir dia melihat Fauzan dan kawan-kawannya yang baru turun dari tangga. Waney hanya diam dan mengekori langkah mereka dari belakang. Sampai sahaja di hadapan kelas Dania dan Damia, Fauzan yang lain tetiba berhenti membuatkan Waney sedikit lagi hendak terlanggar salah seorang kawan Fauzan.

Waney jalan semula tapi berjalan di sebelah mereka tanpa matanya memandang ke arah empat sekawan itu. Dania dan Damia yang menunggu ketibaan Waney senyum kecil melihat wajah kawannya. Damia langsung peluk lengan kiri Waney apabila gadis itu sudah berada di hadapannya. Dania berjalan kearah Fauzan yang berhenti di belakang mereka.

"Jom.. Aku dah lapar." Ajak Waney dengan wajahnya di cebik. Damia yang lihat wajah milik Wanie dia mula cubit geram pipi Waney yang tak berapa tembam.

"Comel lah kau buat muka macam tu.. Dah lah muka kau macam patung. Gerammmnya aku." Kata Damia dengan tangannya masih cubit geram pipi Waney.

"Woii Sakit lahh." Waney tarik geram tangan Damia dari wajahnya. Damia senyum gembira.

"Eh mana Nia?" tanya Waney sambil tangannya mengosok pipinya yang terasa sakit.

"Dekat bakal kekasih dia." Kata Damia sambil mulutnya memuncung sedikit kearah Dania yang lagi borak dengan Fauzan.

"Hurm. Jom lah kita, aku lapar ni." Ajak Waney sambil lengan Damia di tariknya.

"Nia! Aku dengan Waney pergi kantin dulu lah, pandai-pandai kau cari tempat nanti." Jerit Damia kepada Dania. Dania, Fauzan dan kawan Fauzan melihat suara milik Damia.

"Wei.. Tunggu lah." Kata Dania sambil kakinya di lajukan mengejar Damia dan waney yang sudah jauh.

Tiba di meja makan dengan nasi di dalam pinggan di atas meja. Dania dan Damia sedikit terkejut mendengar cerita dari Waney.

"Serius arr?" tanya dua kembar itu serentak. Waney hanya mengangguk dengan suapan pertama ke dalam mulutnya.

"Wihh.. Kawan aku dah berani. Tahniah tahniah." Kata Damia dengan menepuk tangannya. Dania turut menepuk seperti Damia.

"Macam ni kawan aku. Kena berani, aku rasa bagus juga guard tu bagi wallet Zan dekat kau. Kalau tak, tak adanya kau berani cakap dan serah barang orang tu dengan tangan kau sendiri." Sambung Damia dengan bertutur panjang kepada Waney. Dania mengangguk setuju dengan kata-kata Damia.

"Hurm.. Tapi untuk pertama dan terakhir aku cakap dengan budak tu. Tak pasal-pasal fans dia serang aku." Balas Waney.

"Relax lah. Minat ja pun, bukan boleh jadi kekasih Zan." Kata Dania pula.

"Lagipun sampai bila kau nak malu dengan lelaki? Malu boleh Waney, tapi tak lah malu sampai tak nak angkat muka dengan bercakap." Sambung Dania lagi. Waney hanya mengeluh.

"Nanti bila ada group study macam mana? Mesti akan buat dengan lelaki dan perempuan." Kata Damia pula. Waney masih mengeluh.

"Hurm.. Pandai-pandai aku buat part aku." Balas Waney pula.

"Ish kau ni. Cakap dengan kau ni susah eh? Ada ja kau nak jawab." Dania mula mendengus dengan sikap Waney.

"Waney!" Panggil seseorang menyebut nama Waney.

Tiga sekawan itu mula mencari kelibat pemilik suara. Waney mengerut melihat pelajar perempuan yang dia tidak kenal mula berjalan kearahnya. Semua pelajar di kantin turut melihat pelajar perempuan dan di meja tiga sekawan itu. Ada yang berbisik-bisik, ada yang hanya melihat sekilas. Pelajar perempuan tadi sudah berdiri di hadapan Waney dengan wajah yang berang. Mengerut Waney melihat wajah cantik milik gadis di hadapannya.

"Kau jangan berani-berani dekat dengan Fauzan!" Jerit kecil perempuan tadi kepada Waney.

"Eh? Kau kenapa Ila? Tetiba datang-datang marah kawan aku." Marah Dania apabila mendengar kawannya di marahi.

"Kau tak reti nak jaga kawan kau ni ke? Ambil kesempatan dekat Fauzan. Pura-pura pulang wallet Fauzan, entah-entah curi wallet Fauzan." Katanya menuduh. Waney yang dengar sedikit terkejut mendengar kata dari mulut celopar budak di hadapannya.

"Kau cakap baik sikit eh?!" Marah Damia pula.

"Heh. Dah betul kan? Ala perempuan macam dia ni suka buat apa ja supaya dapat perhatian. Patutlah mak bapak kau cerai!" Berdesing telinga Waney mendengar.

Waney pandang wajah gadis di hadapannya geram. Tanpa dia fikir pelajar lain memandangnya satu tamparan dia hadiahkan pada gadis itu. Dania dan Damia mula berjalan ke arah Waney untuk tenangkan kawan mereka.

"Sakit? Mulut kau elok-elok sikit cakap eh. Kau cakap tentang mak ayah aku lagi lebih dari ni aku bagi dekat kau." Balasnya geram.

"Kalau kau marah sangat pasal aku dengan idol kau orang. Please lah, aku tak teringin pun nak dekat dengan dia." Waney senyum sinis. Dania dan Damia hanya dengar.

"Kau ingat aku ni bodoh sangat ka guna taktik macam tu? Daripada aku pulangkan wallet dia baik aku curi duit dia, aku dapat duit." Bibirnya masih berkata.

"Fikir lah.. Fikir guna otak, aku diam bukan aku diam selamanya. Aku manusia, ada juga perasaan. Kalau kau tak sebut pasal parents aku, aku boleh sabar."

"Kau sekelas dengan Fauzan kan?" tanya Waney tetiba. Gadis itu hanya diam, masih malu ingin angkat muka. Ada Fauzan pula di situ.

"Lelaki tak suka perangai kau macam ni. Setakat minat ja tak payah nak halang aku macam kau ni girlfriend dia." Waney pandang Ila sekilas sebelum dia pergi ke singki untuk basuh tangannya dan dia langsung beredar dari kantin. Damia dan Dania hanya mengekori langkah Waney dari belakang.

"Kau kenapa Ila?" tanya kawan Fauzan.

"Tak ada apa." Ila terus pergi tanpa pandang wajah Fauzan. Mata-mata pelajar lain memandang Fauzan yang berada di meja.

"Waney.. Kau okey tak ni?" tanya Dania yang masih mengekori langkah Waney.

"Sikit." Katanya pendek. Dania dan Damia mengeluh sebelum mula merapat dengan kawan mereka. Damia peluk Waney, Waney yang berada dalam pelukan Damia. Air matanya mula menitis dan terus menitis.

"Lepaskan lah. Kita orang ada untuk kau." Kata Dania dan turut peluk Damia dan Waney.

==========

"Petang ni main futsal nak?" tanya Azim yang duduk di atas meja milik Farhan.

"Aku on ja." Balas Fahmi.

"Aku ikut Zan ja." Azniz pula bersuara tanpa melihat rakannya. Matanya hanya membaca buku yang dia bawa dari rumah.

"Aku kena pergi rumah Nia." Beritahu Fauzan sambil tangannya ligat main pen.

Anggukan dari kawannya hanya memberi jawapan kepada Fauzan. Keluarga Fauzan memang rapat dengan keluarga Dania dan Damia, jadi tak hairan lah kenapa dua orang kembar itu rapat dengan Fauzan. Walaupun semua orang tahu, Dania suka dengan Fauzan tapi itu hanya sekadar suka. Rakannya dan kedua kembar itu tau siapa gadis pertama yang hadir dalam hati Fauzan.

"Dia ada sekali ka?" Bisik Azniz kepada rakannya.

"Mana pernah dia datang rumah Nia." Balas Fauzan.

"Aku dengar dari Nia, budak tu tak suka keluar dari rumah. Suka berkurung dan study ja." Sambung Fauzan lagi.

"Patut lah kulit tak pernah terbakar, dah macam patung barbie adik aku dah bila tengok budak tu." Kata Fahmi dengan senyuman. Siapa tak cair tengok Waney yang seakan-akan seperti baby doll.

"Kan.. Dah lah pandai, pemalu pula tu. Cantik tak payah cakap." Sambung Farhan yang dari tadi membisu. Memuji crush Fauzan.

"Tapi kesian aku tengok dia." Kata Azim tetiba.

"Kenapa pula?" Tanya Azniz.

"Iya lah, dia tak ada kawan. Aku tengok pelajar perempuan macam buli dia. Apatah lagi bila parents dia cerai baru-baru ni." Jelas Azim kepada rakannya.

"Biar lah. Masalah keluarga dia, kita tak payah masuk campur. Itu hal family dia." Balas Fauzan dengan jari nya tak henti main dengan pen.

'What's wrong? Awak sangat pendiam sekarang. Your result exam dah semakin rendah.' Bisik hatinya memikirkan tentang Waney.

Semua perkembangan tentang Waney dia akan tahu dari Dania dan Damia. Dia sangat berterima kasih kepada si kembar itu. Selalu update pasal Waney kepadanya. Waney yang dulu pernah jadi sekelas dengannya dan Waney no.2 dalam kelas dan top 3 dalam student, tetiba dia terpaksa ditukar ke kelas lain kerana result trial SPM Waney menurun. Itupun selepas parents dia cerai.

'Aku janji akan buat kau sentiasa tersenyum.' Bisik hatinya lagi.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C4
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login