Download App

Chapter 2: CHAPTER 2

Beryl turut merasa hairan melihat sikap bodyguard barunya ini. Apa yang dia tahu,Jay bukanlah orang yang boleh dibuat main. Silap hari bulan,kepala boleh tembus begitu saja jika salah langkah.

Dia duduk di tempat penumpang sementara Jay terus memandu dengan wajah dinginnya. Sepi melanda keduanya seolah-olah mereka sedang berperang besar sedangkan Beryl yang ketakutan hendak memecah kesunyian antara mereka. Tiba sahaja di pekarangan mansion,gadis itu terburu-buru keluar dari kereta lalu terus menuju ke biliknya.

Pintu bilik dikunci rapat. Beryl bersandar pada pintu biliknya dengan nafas yang termengah-mengah. Baru beberapa minit yang lalu kepalanya diacukan dengan pistol dan itu tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya.

Kenapa dengan bodyguardnya itu? Kelihatan bengis serta-merta membuatkannya merasa gerun seketika memikirkan perilaku Jaya yang tidak dapat ditafsir.

Malas hendak memikirkan hal yang terjadi tadi,Beryl memutuskan untuk membersihkan diri. Jaket yang dilempar kepadanya untuk menutup bahagian dadanya tadi langsung diletak di atas almari. Sedikit sebanyak dia merasa bersyukur kerana Jay tiba tepat pada waktunya.

Jika tidak,dia juga tidak tahu hal apa yang bakal berlaku terhadapnya. Namun,dia tidak menyangka bahawa orang-orang tadi adalah orang suruhan Olaf. Lelaki itu memang benar-benar keterlaluan.

"Nasib baik Jay ada. Kalau dia tak ada,entah apa yang akan berlaku tadi,"gumamnya sendirian sambil memeluk lututnya di dalam tab mandi yang telah dipenuhi dengan air dan bunga-bungaan aromaterapi.

Seketika gadis itu menggelengkan kepalanya berkali-kali mencuba untuk menghapus ingatan tadi. Setelah agak lama berendam dan menenangkan fikiran,Beryl melangkah keluar dari tab mandi lalu menyarungkan pijama berkain satin paras lutut.

Setelah itu,dia melangkah menuruni tangga marmar menuju ke dapur. Dilihatnya suasana dapur sunyi sahaja menandakan orang tuanya belum lagi pulang dari bekerja. Yang dilihatnya hanyalah Jay yang sedang duduk sendirian di meja makan sambil menikmati makan malamnya.

Beryl takut-takut hendak melangkah ke dapur setelah melihat lelaki itu sedang bersantap dengan santainya dan dia berhasrat hendak berpatah balik ke biliknya. Namun suara Jay yang dingin dan dalam menyapa pendengaran telinganya membuatkan gadis itu terkaku di tempatnya,tidak jadi hendak berpusing.

"Duduklah,makan. Saya tak akan makan cik muda."

Serta-merta Beryl merasakan pipinya memerah panas,menahan malu. Lelaki itu seolah-olah tahu apa yang tersirat di hatinya saat itu.

Kedudukan lelaki itu yang sedang duduk benar-benar menghadap ke arah pintu dapur, membuatkan Beryl terasa canggung sekaligus gugup hendak berhadapan dengan Jay.

Dengan langkah yang berusaha hendak diatur dengan normal,Beryl membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak jus oren. Dicapainya sebiji gelas lalu dituangkan jus oren ke dalamnya. Dia meneguknya perlahan.

"Can I get a glass of juice,too?" pinta Jay tiba-tiba membuatkan Beryl hampir tersedak.

"Ehem..Yes,sure."

Beryl mengambil sebiji gelas lagi lalu menuangkannya untuk Jay. Dengan langkah perlahan,dihampirinya lelaki itu. Dia hendak meletakkan gelas itu di atas meja ketika tiba-tiba tangannya terlepas dari gelas lalu isi jus oren tertumpah ke atas baju Jay yang berwarna putih.

Beryl terjerit kerana terkejut sekaligus panik,takut lelaki itu akan memarahinya. Dadanya sudah bergemuruh menanti kata-kata kasar lelaki itu. Namun Jay sekadar memandang bajunya lalu mengibas-ngibas bajunya perlahan.

"Saya minta maaf,saya tak sengaja. Saya boleh tolong cucikan baju awak."

"Tak mengapa cik muda. Sikit saja."

"No,I insist. Please let me help."

Jay memandang gadis berambut panjang ikal itu dalam-dalam membuatkan gadis itu tidak keruan seketika.

"Are you sure you wanna help?" soal Jay sekali lagi, seolah-olah ingin memastikan keikhlasan hati gadis itu.

Beryl angguk laju,bagaikan anak kecil yang meminta diberikan gula-gula. Jay bangun dari duduknya secara tiba-tiba. Spontan lelaki itu menanggalkan bajunya di hadapan gadis itu membuatkan Beryl terjerit lalu menutup kedua matanya dengan tangannya.

"What are you doing,Jay?!" jerit Beryl di sebalik tangannya. Tubuhnya dipusingkan membelakangi lelaki itu.

"Cik muda cakap nak tolong cucikan baju saya jadi saya sedang menanggalkan baju saya untuk cik muda," jawab lelaki itu tanpa perasaan dan tanpa rasa malu sedikit pun. Mendengar ayat belakang lelaki itu membuatkan telinga Beryl semakin memerah.

'Apa maksudnya dia tanggalkan baju dia untuk saya? Ayat dia memalukan!' dengus gadis itu.

"Dah ke belum?"

"Apa yang dah cik muda?" soal Jay polos.

"Baju awak tu dah tanggal ke belum?" gadis itu menderam geram.

"Dah cik muda. Kenapa? Awak nak saya tanggalkan seluar jugak ke?"

Soalan panas lelaki itu benar-benar membuat pipi gadis itu semakin memerah menahan malu sedangkan lelaki itu selamba saja menanyakan soalan itu dengan wajah datar tanpa ekspresi.

"Ish,tak senonoh punya bodyguard!" omel Beryl tanpa sedar lalu merampas baju putih tadi dari tangan Jay kemudian melangkah cepat-cepat ke tempat mencuci pakaian.

Jay yang melihat tingkah cik mudanya yang marah mendengar perkataan yang meluncur dari bibirnya membuatkan lelaki itu berkedip seketika.

'Memangnya saya mengatakan sesuatu yang salah?' fikirnya lalu menghabiskan makanannya.

Setelah selesai makan,dia menuju ke biliknya untuk menukar seluarnya. Beberapa minit kemudian,Jay sudah pun lengkap berpakaian dan kelihatan bersiap-siap untuk keluar. Jaket kulit berwarna hitam tersarung di tubuh tegapnya itu.

Sepucuk pistol revolver sudah terselit elok di dalam saku jaketnya. Fikiran lelaki itu sudah menyusun segala strategi untuk melupuskan mangsanya yang sudah menjadi target utamanya malam ini.

Dengan langkah kemas dan teratur,dia menuju ke tempat garaj kereta lalu menekan punat kunci yang berada dalam genggamannya. Sebuah kereta Lamborghini berbunyi lalu pintunya terbuka secara automatik.

Jay melangkah masuk lalu melabuhkan punggungnya di tempat duduk pemandu. Tangannya yang kekar memegang stereng kereta dengan erat lalu mula menghidupkan enjin kereta.

Setelah itu,dia memandu dengan kelajuan sederhana sebelum berdesup terus membawa Lamborghini itu berlari membelah kota Paris yang agak sibuk pada malam itu.

Dia sudah mendapat maklumat yang lengkap tentang orang-orang yang telah menyerang cik mudanya siang tadi.

Mereka selalu mengunjungi sebuah kasino yang terkenal di ibu kota itu. Tidak susah bagi Jay hendak mencari maklumat siapapun yang ingin dia cari kerana bidang kerjanya membuatkan dia mempunyai ramai kenalan yang boleh diharap dan dipercayai.

Orang yang ingin dia cari bernama Max si gempal,Don si kerempeng dan juga Leo yang bertubuh pendek. Jay sudahpun merasa adrenalinnya membuak-buak ketika memikirkan apa yang bakal dilakukan kepada mangsanya nanti.

Entah kenapa dia berasa teruja sekali. Nafsunya untuk membunuh serasa berkobar-kobar,ingin menyeksa mereka dengan segala cara yang dia inginkan.

Setelah tiba di kasino yang dicari,Jay melangkah keluar dengan gagah lalu memasuki ruang padat dan bingit itu.

Segala jenis manusia sedang bersuka-ria dan berpesta menikmati segala jenis minuman beralkohol. Ada juga yang sudah berkhayal,hanyut dalam dunia sendiri.

Tidak kurang juga wanita-wanita yang berpakaian seksi yang sedang menghibur para lelaki yang haus akan sentuhan dan belaian manja para wanita jalang seperti mereka.

Jay tidak menghiraukan mereka bahkan tidak tergoda sedikit pun melihat bagaimana para jalang itu berusaha hendak menggodanya dengan senyuman dan liuk lentok tubuh genit mereka.

Wajah tampan seperti Jay pasti sahaja menjadi tarikan para wanita seksi di kasino itu namun mereka bukanlah target Jay malam ini.

Dia lebih memikirkan target utamanya malam ini dan pastinya mereka tidak akan menyangka sama sekali nasib yang bakal menimpa mereka sebentar lagi.

Jay melangkah dengan penuh waspada ke arah sebuah bilik yang sedang diawasi oleh dua orang pengawal bertubuh besar. Sebaik sahaja melihat Jay di hadapan mereka, kedua-dua pengawal tersebut menunduk hormat kepadanya.

"Selamat kembali,tuan," sapa keduanya dengan nada hormat. Jay sekadar mengangguk membalas sapaan mereka.

"Mereka sudah ada di dalam?" soal Jay sambil mengeluarkan revolver dari dalam saku jaketnya.

"Ya,tuan. Mereka sedang bersenang-lenang di dalam bersama para wanita," jawab seorang pengawal di sebelah kanannya. Jay tersenyum sinis mendengar jawapan dari salah seorang orang kepercayaannya itu.

"Bagus Ronald dan Arnold. Kamu telah melakukan tugasmu dengan baik. Terimalah habuan kamu dan pergilah bersuka ria jika berkesempatan."

Jay melemparkan dua ikat plastik berbungkus ketat yang diikat rapi kepada kedua pengawal tersebut. Setelah melihat isinya ternyata duit not seratus Euro dalam jumlah yang banyak, keduanya tersenyum senang hati.

Mereka sentiasa senang hati dapat berkhidmat kepada Jay kerana lelaki itu tidak pernah berkira jika hendak memberi mereka upah walaupun pekerjaan itu sangatlah mudah.

Kerana Jay yang sentiasa murah hati kepada mereka meskipun wajahnya dingin,mereka lantaran begitu menghormatinya.

Apatah lagi tidak ramai yang mengetahui siapa Jay yang sebenarnya melainkan orang-orang kepercayaannya sahaja yang mengetahuinya.

Di kasino yang bernama 'La Royale' ini, terdapat beberapa orang yang turut menjadi orang bawahannya bahkan mereka turut bekerja di kasino ini.

Jay begitu disegani oleh orang-orang bawahannya dan mereka tidak akan pernah ingkar pada satu pun perintahnya. Dia memandang pintu besar di hadapannya kemudian sebuah senyuman ngeri terukir di bibirnya.

"It's show time."

Ronald dan Arnold menolak pintu lalu ketiganya melangkah masuk dengan langkah yang hampir serentak.

Jay melihat ketiga-tiga targetnya sedang asyik melayan beberapa orang wanita seksi di atas sebuah sofa besar. Beberapa gelas wiski dan botol-botol champagne turut terhidang di atas meja.

Dia melangkah mendekati mereka lalu berdiri di hadapan ketiganya. Sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran Jay di situ, serta-merta mereka ingin melarikan diri namun Ronald dan Arnold terlebih dahulu menahan mereka sambil mengacukan pistol ke arah mereka bertiga.

Max,Don dan Leo terketar-ketar melihat dua orang pengawal bertubuh besar yang bersenjata itu berdiri menghalangi jalan keluar mereka.

"Nampaknya kamu semua masih ada waktu untuk bersuka-ria walaupun siang tadi rasanya saya dah bagi secukupnya. Apakah masih tidak mencukupi? Saya juga belum puas mengajar kamu semua bagaimana cara tata tertib yang betul kerana kamu sudah menyentuh majikan saya."

Jay mengeluarkan sebilah stiletto dagger dari dalam poket seluarnya. Max,Don dan Leo memandang pisau itu dengan hati yang bergemuruh ketakutan.

"Tolonglah,kami cuma mengikut arahan Olaf. Kami tidak tahu siapa orang yang dia suruh kami bawakan. Tolonglah lepaskan kami."

"Tidak semudah itu." Jay tersenyum menakutkan.

Dia menghampiri Max yang bersuara. Tanpa amaran,dia menyilangkan kedua-dua tangan Max ke belakang. Dagger yang dipegangnya tadi digunakan untuk menghiris lengan Max.

Max langsung melolong kesakitan. Don dan Leo yang melihat Max diseksa seperti itu merasa gerun pada Jay.

Mereka sudah pun ketakutan tahap dewa kerana tidak ingin nasib yang sama menimpa mereka. Dia melepaskan tangan Max yang sudahpun merintih kesakitan ketika darahnya mengalir tanpa henti dari lengannya.

Don target keduanya. Tubuh Don ditiarapkan ke atas lantai secara paksa. Lututnya menekan tengkuk Don lalu kedua tapak tangannya ditusuk dengan pisau tanpa belas kasihan. Jeritan mengerikan bergema kembali.

Nasib yang sama turut menimpa Leo namun kali ini jarinya dihiris satu persatu. Jay sekadar tersenyum puas melihat mereka terseksa di hadapannya.

Dia memberi isyarat kepada Ronald yang sedang berdiri di sebelah kanannya. Ronald mengangguk lalu dia berjalan menghala ke arah sebuah almari kayu bersaiz besar di belakang Max,Don dan Leo.

Pintu almari itu dibuka lalu tubuh seorang lelaki yang diikat mulut,tangan dan kakinya terjatuh menyembah lantai nan keras itu. Max,Don dan Leo terkejut melihat gerangan lelaki yang diikat tersebut. Mulut lelaki itu juga ditutup dengan kain.

"Apakah itu orang yang telah memberi arahan tadi kepada kamu bertiga?" tanya Jay sambil bermain-main dengan dagger yang sudah berlumuran darah di tangannya.

Sebelah lagi tangannya memusing-musingkan revolver di atas meja kaca lutsinar separas dadanya,tempat letaknya segala jenis gelas wain.

Jarinya kelihatan begitu mahir bermain-main dengan pisau tersebut tanpa menjatuhkannya walau sekalipun.

Ketiga-tiga orang suruhan Olaf itu laju saja mengangguk tanpa berfikir panjang,dengan harapan mereka akan terlepas dari cengkaman lelaki menakutkan ini.

Sebaliknya Jay tersenyum sinis lalu mengarahkan Arnold untuk mengangkat tubuh Olaf dan membawanya ke hadapan mereka bertiga. Olaf diheret kasar menghadap ke arah tiga orang suruhannya itu dan disuruh berlutut.

Jay berdiri di hadapan Olaf yang kini sedang berlutut dengan wajah tertunduk ketakutan. Olaf juga kebingungan saat dia dibawa secara paksa oleh beberapa orang lelaki bersut hitam dan dia tidak tahu kemana dia hendak dibawa.

Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan bertemu lagi dengan bodyguard Beryl di sini. Dan apa yang dia tahu, lelaki di hadapannya kini tidak mungkin akan melepaskan sesiapa dengan mudah.

"Jadi kamu yang beri arahan untuk menculik dan menganiaya cik muda saya? Apakah kamu berniat hendak merogolnya kerana dia telah memalukan kamu di hadapan umum? Kamu tentu tidak lupa yang Cik Beryl mempunyai seorang penjaga di sisinya, iaitu saya. Dan saya berniat untuk mengajari kamu bagaimana caranya menghormati wanita dengan benar."

Tanpa memberi sedikit ruang untuk Olaf menyiapkan diri,Jay terus melayangkan penumbuk sulung ke wajah Olaf dan terus menumbuknya berkali-kali sehingga lelaki itu terkulai layu. Darah mengalir di setiap wajahnya begitu juga tubuhnya.

Tangan kekar Jay yang dikepal erat turut dipenuhi dengan darah merah pekat. Darah itu menitis jatuh mengotori lantai. Darah panas yang mengalir di dalam tubuh Jay saat itu seakan-akan masih menggelegak memintanya untuk tidak berhenti menyiksa lelaki itu sehingga hatinya puas.

Arnold dan Ronald yang melihat Jay melampiaskan kemarahannya hanya memandang lelaki itu dengan santai kerana mereka juga sudah terbiasa dengan kerja-kerja begini. Tetapi tidak bagi Max,Don dan Leo.

Mereka bertiga sudah menggigil ketakutan melihat Olaf dibelasah dengan teruk sehingga tubuhnya terkulai tidak mampu untuk bangun lagi. Kesakitan yang mereka rasakan sendiri pada tubuh mereka saat ini lebih menyakitkan lagi.

Jay memang sangat menggerunkan bagi mereka bertiga. Dia mengatur nafasnya yang bergelombang setelah menghabiskan tenaganya membelasah tubuh Olaf.

Setelah nafasnya teratur, pandangannya beralih ke arah tiga lelaki yang sedang memandangnya dengan penuh ketakutan. Jay menyeringai kejam.

"Jika kalian bertiga ingin keluar dari sini hidup-hidup,kalian harus lakukan sesuatu," ujar Jay sambil memandang ketiga-tiganya silih berganti dengan pandangan yang mematikan. Tanpa berfikir panjang, mereka bertiga angguk setuju.

"Ya,kami mahu. Kami akan lakukan,apapun itu."

Max dengan laju menjawab, meskipun Leo dan Don masih takut-takut hendak bersuara. Max sudah tidak ingin lagi terus berada di sini untuk diseksa. Jay mengukir senyuman sinis melihat riak ketakutan di wajah ketiganya.

"Baiklah,jika benar kalian ingin melakukannya." Jay mengambil pistol dari atas meja kaca tadi. Dia melemparkannya ke hadapan mereka bertiga.

"Kalian boleh pilih untuk menggunakan pistol itu untuk memberi pelajaran kepada tuan kalian,sebelum saya menggunakannya untuk tamatkan riwayat kalian sekarang juga."

Kata-kata Jay yang berupa ugutan itu lantas membuatkan ketiganya kecut perut,menelan air liur dengan susah-payah. Mereka berpandangan antara satu sama lain,jelas menunjukkan ketakutan dan berat hati hendak melakukannya jika tidak ingin nyawa mereka yang melayang.

"Tiada siapa yang berani melakukannya? Baiklah,kalau begitu. Nyawa kalian sebagai gantinya."

Jay mencapai Glock 17 yang tersemat di pinggang Arnold di sisinya. Sebelum sempat Jay hendak mengacukan pistol itu ke arah mereka bertiga,Leo terlebih dahulu mengambil pistol yang dilempar oleh Jay tadi lalu mengacukannya ke arah Olaf. Picu ditarik.

Thumph!

Bunyi tembakan bergema dalam ruangan luas itu. Max dan Don terkebil-kebil melihat Olaf yang sudah tergeletak tidak bernyawa. Melihat itu,Jay tertawa puas penuh kejam. Dia melangkah melewati Ronald dan Arnold yang sedia menanti arahannya.

"Get rid of them!" arah Jay tegas lalu melangkah keluar dengan santainya.

Arnold dan Ronald angguk perlahan lalu menembak ketiganya sehingga mereka semua tidak bernyawa lagi.

Setelah itu,beberapa orang lagi lelaki berpakaian hitam mengurus mayat mereka dan membersihkan tempat itu tanpa meninggalkan jejak sedikit pun.

Dalam hal seperti itu, mereka memang tip top dalam menghilangkan segala jejak sehingga tiada sesiapa yang dapat menghidu segala aktiviti pembunuhan yang telah berlaku kerana itulah kepakaran mereka.

Jay melangkah memasuki keretanya lalu memandu dengan laju kembali ke mansion. Suasana mansion mewah itu sunyi sepi menandakan penghuninya sudah tidur. Dia telah siap menukar pakaiannya yang terpalit oleh darah tadi dengan pakaian yang baru. Pakaiannya yang kotor tadi telah dilupusnya ketika dalam perjalanan.

Ketika dia melangkah melewati ruang tamu, dilihatnya sosok tubuh seseorang terbaring di atas sofa dalam kegelapan malam. Hanya sinar cahaya bulan dan cahaya lampu meja yang menyinari sedikit ruangan itu. Jay mendekati tubuh kecil itu lalu berhenti di tepinya.

Beryl sudah tertidur pulas di atas sofa tersebut bersama sebuah buku yang terbuka di atas dadanya. Di hujung kakinya terletak elok baju putih milik Jay tadi yang sudah dilipat rapi dan kelihatan sudah bersih. Jay mencangkung di hadapan gadis itu yang masih terlena.

Buku di dada gadis itu diambil lalu ditutup kemudian diletakkan di atas meja di kepala gadis itu. Setelah itu dia menggendong tubuh cik mudanya lalu melangkah dengan cermat menaiki tangga menuju ke bilik Beryl.

Beryl yang masih mamai dan merasakan tubuhnya melayang bagai di awan, merasakan dia sedang bermimpi. Dia mencium bau tubuh seseorang yang sangat wangi dan lembut. Dilihatnya sosok seseorang yang mengangkat tubuhnya seakan-akan menyerupai Jay.

"Jay?" panggil Beryl dengan suara serak dan separuh terbangun. Seingatnya tadi Jay keluar dari rumah dan belum pulang.

"Hm." Jay menjawabnya sekadar menggumam.

"Is that you?"

"No, I'm your bodyguard."

"Really? You look too good to be my bodyguard."

"I know." Jay meletakkan tubuh Beryl perlahan-lahan di atas katil king sizenya.

Mata cik mudanya kembali terkatup erat. Jay menarik selimut menyelimuti tubuh cik mudanya yang kembali terlena. Setelah itu dia melangkah keluar seraya menutup pintu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login