Download App

Chapter 9: Permintaan Maaf

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

"Apa yang telah kau lakukan,Gerard?!Kau telah menimbulkan masalah bagi kita sekeluarga,tahu?!"ujar Encik Parkinson dengan lantang sekali kepada anaknya,Gerard.

"Apa yang telah aku lakukan,Papa?"tanya Gerard pula.Dia bingung dan juga cemas apabila bapanya berkata seperti itu.

"Kau telah membuli Selena Rosellea Parker?"tanya Encik Parkinson pula dengan geram.Gerard mengangguk.

"Apa yang hendak dirisaukan Papa...Gadis itu hanyalah gadis miskin sahaja...Tidak penting..!"ujar Gerard acuh tak acuh.

"Tidak penting kau kata?!Gadis itu ialah wanita Mafia Steven Hilderson,Gerard!Wanita Mafia Steven Hilderson!"balas Encik Parkinson sambil menekan kan kalimat Mafia Steven Hilderson berkali-kali.

Mata Gerard terbuka luas.Dia sungguh terkejut kerana gadis yang dibuli olehnya adalah wanita mafia terkuat di negara ini.Lututnya terasa bagaikan ingin mencair.Dia jatuh berlutut dan dahinya mengeluarkan peluh dingin ketakutan.

"Wa,wanita Mafia Steven Hilderson...?A,apa yang harus aku lakukan sekarang, pa?"Gerard sungguh takut.

"Tuan Muda Steven menyuruh kamu untuk meminta maaf kepada Selena dan tidak mengganggunya lagi..."balas Encik Parkinson pula.

"Kalau tidak...Ayahmu sendiri tidak dapat menyelamatkanmu lagi..."sambung Encik Parkinson lagi.Gerard terdiam dan matanya terbelalak kerana terkejut. Dia sungguh menyesal

.

.

.

Selena berjalan memasuki pagar sekolah seperti biasanya dan tanpa dia ketahui Steven telah memerhatikan dirinya dari jauh.Jeremy yang baru sampai ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dihantar pemandu melihat kereta mewah milik sepupunya,Steven Hilderson.Jeremy merupakan anak saudara ibu Steven yang bermarga Lee.

Jeremy tertanya-tanya sebab sepupunya ada di sekolah itu.Itu bermakna ada seseorang yang amat dititikberatkan berada di sekolah ini.

Jeremy Lee keluar dari kereta lalu memasuki pintu pagar sekolah. Steven Hilderson membuka tingkap kereta.Mata Jeremy Lee dan Steven saling berpandangan antara satu sama lain.

'Siapa yang yang Steven cari ni?' Ujar batin Jeremy Lee. Dia lalu pergi dari situ dan masuk ke dalam sekolah. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam saku dan tangan satu lagi cuba memakai earphones ke telinga kiri. Lagu Chris Grey dipasang di playlists spotify nya.

.

.

.

Steven duduk di kerusi di dalam ruang pejabat dengan maskulin.

"Panggil Encik Parkinson ke mari...!"arah Steven kepada setiausahanya.Suara wanita di hujung talian mengiyakan arahan yang diberikan.

Kemudian,Encik Parkinson masuk dengan terburu-buru.

"Bagaimana urusan anakmu...?"tanya Steven dingin.

"Ah,itu...Aku telah memberikan pelajaran kepadanya..."balas Encik Parkinson gugup.

"Hurm...Kerahkan beberapa orang untuk aku...Aku ingin mereka lakukan sesuatu..."ujar Steven.

.

.

.

Di lorong-lorong, Selena berjalan seperti biasa hanya menunduk memandang lantai sahaja.Tiba-tiba seseorang telah memblokir jalannya.Selena terkejut dan takut melihat gerangan orang itu,Gerard.

Gerard memandang Selena.

"Aku,... nak cakap benda dengan kau," ucap Gerard Parkinson yang memulakan perbicaraan antara mereka berdua.

"A,aku minta maaf, Selena...!Sila maafkan aku, Selena...!Kalau tidak aku akan mati...!"ujar Gerard.Wajah lelaki itu penuh ketakutan.

'Ma, mati? Apa yang dia ni merepek ni?' Ujar batin Selena Rosellea Parker.

"Ge,Gerard...?Saya ma,maafkan..."balas Selena dengan sedikit bingung.Selena tersenyum ke arah Gerard seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya antara mereka. Walaupun begitu dia bersyukur yang Gerard Parkinson itu sudah insaf dan meminta maaf kepadanya. Ya, memang tidaklah semudah itu untuk melupakan, namun memaafkan orang lain adalah yang terbaik.

"Saya harap awak berubah. Jangan pernah membuli orang lain lagi dan jaga perasaan mereka. Awak kena tahu, tak semua orang seberuntung awak dalam dunia ni," ujar Selena sambil tersenyum manis. Gerard mengangguk faham.

Gerard terkejut dengan jawapan Selena itu.Dia memandang Selena tepat ke mata sang gadis itu.Dia tidak sangka Selena akan memaafkan dirinya secepat itu walaupun dia pernah membuli Selena berkali-kali serta menghina gadis itu.Dia tersentuh kerana kebaikan hati Selena.

"Kkringgggggg!!!"bunyi loceng untuk memulakan pembelajaran pun bermula.

"Ah,itu...Aku masuk kelas dahulu,Gerard...Loceng sudah berbunyi...Se,selamat tinggal..."ujar Selena sambil melambaikan tangannya lalu pergi dari situ meninggalkan Gerard yang masih tersentuh dengan perlakuan Selena itu.

"Selena..., ka,kau memang,..."

.

.

.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C9
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login