Download App

Chapter 22: BAB 21:

"Erhh korang... Lepas balik sekolah, kita pergi makan kat restoran yang chicken chop dia sedap tu ea?" Soalku dengan riang.

"Dasar hantu chicken chop." Perli Rayyan.

"Biar arhh.." Balas ku dan menjeling Rayyan dengan tajam.

"Kau ni Mel.. Agak-agak lah.. Baru masuk kelas dah cakap pasal habis kelas. Hak alah.." Ujar Amanda.

"Aku boring la weh... Hadoii.." Keluhku.

"Jom selfie." Ajak Amanda.

"Wei bangang! Kau tak cakap nak bawak phone. Kau ni kan!!" Aku acah-acah merajuk.

"Rileks lah sial...Dah tu kau tak tanya sangat." Balas Amanda.

"Ek eleh... Eh.. Jom lah selfie." Ajakku dengan riang. Semua orang menggeleng kepala melihat telatah ku.

"Okey...Semua masuk sekali ea?" Soal Amanda. Kitorang mengangguk.

"Okeyh, 1...2...3..."

Klik! Klik! Klik! Klik! Klik! Klik!

Amanda terus mengambil gambar.. Berbagai post yang kitorang buat. Ade yang tangan Amirul tengah tonyoh kepala aku. Ade yang Zahirah tampar Rayyan. Ade yang aku jelir kat Amirul. Ade yang Haikal and Farha tengah senyum bertentangan mata.

"Okeyh.. Siap.. Aku nak buat album." Ujar Amanda dengan teruja.

"Nak buat ape?" Soalku.

"Sajer... Mana lah tahu kot-kot ade salah sorang dari kita akan pergi satu hari nanti." Ujar Amanda dan tersenyum tawar.

"Merepek." Balas ku.

"Aku cakap benda betul Mel.. Aku.. Aku takut kalau salah sorang dari kita takde.. Aku dah mula sayangkan korang lebih dari segala-galanya. Korang selalu ada dengan aku." Ujar Amanda dengan mata berkaca.

"Alololo... Jangan lah nangis.. Kitorang pun sayang kau.. Tak cantik lah rupa penembak yang berjaya ni menangis." Ujar Zahirah and memeluk Amanda.

"Korang ni pagi-pagi buta dah buat drama." Mata kitorang turut berkaca. Kata-kata Amanda tu memang betul-betul menusuk ke kalbu.

"Hye baby!!!" Sapa Adelia and terus merangkul tangan Amirul. Aku merenung Adelia dengan tajam. Adelia merenung ku kembali.

"Asal? Sakit hati?" Soal Adelia.

"Kau nak ape ni gila?!" Soal Amirul kepada Adelia dengan bengang.

"You nak bela perempuan ni? Hahaha. Bodohnya you ni Amirul. Tak nampak lagi ker dia dah curang dengan you?" Soal Adelia.

"What?! Ape kau mengarut ni sial?!" Tengking Amirul. Semua mata tertumpu kepada tempat duduk kitorang.

"Bodoh jugak you ni kan." Ujar Adelia kepada Amirul. Adelia terus mengeluarkan telefonnya dan menayangkan gambar kepada Amirul. Zack, Haikal and Rayyan turut lihat. Diorang tergamam melihat aku dan Black berpelukan. Amirul diam tidak berkutik. Amirul terus merampas telefon di tangan Adelia dan menunjukkan kepada aku.

"APE NI MELISSA?!" Jerkah Amirul dengan kuat. Wajahnya mula merah akibat menahan marah. Zahirah, Amanda dan Farha membulatkan matanya memandang ku dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"No! Korang... Mirul.. Aku boleh explain.. Semua ni bukan macam yang kau nampak...Aku kena fitnah." Ujarku dengan berjuraian air mata.

"Percayalah... Korang dah janji Walau apapun yang terjadi, korang akan percayakan aku kan? " Soal ku dengan berjuraian air mata.

"Mel... Aku... Aku tak sangka... Cinta yang aku bagi... Kau buat macam ni.." Ujar Amirul dengan lirih.

Aku terus mendapatkan Black.

"Black, Black.. Tolong bagitau diorang benda yang sebenarnya Black... Tolong Black.." Rayuku dengan berjuraian air mata.

"Ape Mel? Kau yang nak aku peluk kau.. So aku peluk lah.." Ujar Black. Aku memandang Black dengan tidak percaya.

"Kau jahat Black.. Jahat!!!!" Raungku.

Aku terus pergi ke arah Amirul dan sebaik sahaja aku ingin memegang tangan Amirul, dengan laju Amirul menepis.

"AKU BENCI KAU!" Jerit Amirul. Dia mengelap air matanya dengan kasar dan terus keluar dari kelas dengan wajah bengang. Tiga ayat itu membuatkan jantung aku seperti terhenti untuk seketika. Kaki aku lemah longlai dan sebaik sahaja aku ingin jatuh. Black terus mendapatkan aku.

'Maafkan aku.. Mel... Aku terpaksa... Sejujurnya aku tersiksa bila tengok kau macam ni..' Bisik hati Black dengan serba salah.

[....]

Kringg!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Amirul tak masuk langsung dalam kelas lepas kejadian tadi.

"Korang.." Panggil ku perlahan.

Amanda dan Zahirah berborak dengan rancak. Mengendahkan aku.

"Zack.. Rayyan... Haikal.. Korang tak percaya aku ker?.." Soalku dengan lirih.

Zack and Rayyan buat-buat tak dengar. Haikal memandang ku dengan sayu.

"Korang, jom rehat." Ajak Amanda. Zahirah, Zack and Rayyan terus keluar dari kelas menuju ke kantin. Hanya tinggal Farha dan Haikal.

"Kenapa Korang tunggu aku? Korang percayakan aku ker?" Soalku dengan wajah tidak percaya.

"Aku percaya... Sebab aku tahu kau tak salah.." Ujar Haikal seraya tersenyum.

"Macamana kau boleh percaya?" Soalku.

"Aku tahu banyak benda yang korang semua tak tahu." Jawab Haikal.

"Jomlah pergi rehat.." Ajak Farha dengan lembut. Aku mengangguk dan kitorang terus keluar dari kelas dan menuju ke kantin.

"Korang.. Aku nak gi beli milo ais jap..Korang tunggu sini ea?" Ujarku. Farha dan Haikal mengangguk.

Aku terus pergi... Tiba-tiba, aku terlanggar seorang lelaki dan mee sup orang itu tumpah. Aku terus memandang orang itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu Amirul.

"WEI PEREMPUAN!! KAU BUTA KER?!" Jerit Amirul dengan kuat. Semua pasang mata memandang kami. Zahirah and Amanda yang tengah makan mee sup tak senang duduk.

"Jom tolong Mel.. Aku tak sanggup tengok dia camtu.." Ujar Amanda dengan mata berkaca.

"Kejap.." Balas Zahirah and memandang kitorang.

"Ma..Maaf.." Ucapku.

"Kau kutip balik mee aku!!" Arahnya. Aku memandang mee yang tumpah itu.

"Mel! Jangan!" Laung Amanda.

"Jangan kutip Mel!" Laung Zahirah.

Air mata ku berguguran jatuh. Aku terus duduk mencangkung dan mengutip mee itu.

Abang Hafiz terus mengheret aku supaya bangun. Abang Hafiz terus mengheret aku dengan kasar.

"KAU TUNGGU AMIRUL!!" Abang Hafiz memberi amaran keras kepada Amirul. Aku dan Abang Hafiz terus ke padang bola.

"Dik.. Abang tahu adik tak salah.." Ujar Abang Hafiz dan memeluk aku.

"Adik kena fitnah bang.." Raungku dan menyembamkan mukaku ke dada abang Hafiz. Aku menangis semahu-mahunya.

"Takpe.. Abang ade... Abang akan protect adik.." Ujar Abang Hafiz dan mengusap lembut rambut ku.

"Mel... Maafkan kitorang.." Ucap Amanda, Zahirah, Zack ande Rayyan serentak.

"Takpe... Aku.. Aku.." Aku menangis teresak esak.

Amanda and Zahirah terus memeluk aku.

"Aku tahu kau kuat Mel..." Ujar Zahirah.

"Kenapa semua ni terjadi bila aku dah mula sayangkan dia?" Raungku.

"Takpe babe... Sabar... Ni ujian untuk korang.." Ujar Amanda and menepuk-nepuk belakang ku.

Zack and Rayyan mengalirkan air mata.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C22
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login