Download App

Chapter 16: BAB 15

Aku membawa bekas makan Danial ke dapur untuk bersih bersih, sedang aku membasuh pinggan mangkuk yang di gunakan Danial, fikiran aku melayang memikirkan layanan Danial tadi. "Kenapa dia layan aku baik eh?" Bebel aku sorang sorang

"Selama 2 minggu lebih aku jaga dia, tak ada pulak dia layan aku baik macam ini" Aku masih lagi memikirkan layanan Danial terhadap aku. "Bak!" Terkejut aku dibuatnya."hahahaha,comellah kaklong ni" masihbberbaki tawa Aira gelakkan aku.

"Ish budak bertuah ni, boleh pulak dia terkejutkan kaklong, kalau kaklong ada sakit jantung, lepastu mati suka?" Marah aku. "Alah Aira tak nak kaklong mati, janganlah marah kita gurau jer" tubuh kecil aku di peluk Aira.

"Aira sayang sangat kat Kaklong, muah muah muah" pipi aku di cium beberapa kali oleh Aira."eh Kaklong kenapa bibir Kaklong ni?" Tanya Aira pada aku. "Ouh luka sikit jer, tadi kat tangga tu licin" tipu aku,

"Huh, Aira tahu Mama yang buat, saja nak tanya Kaklong.. Lagipun Kaklong tak pandai menipulah, muka tu jadi pucat tiba tiba. Tak pandai cover langsung" terdiam aku bila Aira berkata begitu.

"Papa yang cerita tadi" kata Aira tiba Tiba. "Kaklong kena kuat, Aira dan Papa akan sentiasa sokong Kaklong." Tubuh aku di peluk lagi. "Kaklong pun harap yang kaklong boleh bertahan, dan bersabar dalam ujian ni" aku mengalirkan air mata yang sudah tidak dapat di tahan lagi. "Aira yakin kaklong boleh, ubah Along tu" Aira memberikan semangat pada aku.

*************************

Aku masuk ke dalam bilik tidur, sejak aku dan Danial tinggal di rumah Tan Sri Malek aku tidur satu bilik dengan Danial, tapi aku tidur dekat bawahlah, dengan dibekalkan sebijik bantal dan beralaskan permaidani di lantai kalau aku sejuk aku ambil kain batik sebagai gantian selimut.

"Hanan" terkejut aku mendengar Danial memanggil nama aku,. "Astagar Encik, terkejut saya. Encik tak tidur lagi ke?" Tanya aku lembut. "Aku dah nak lena dah tadi, tapi kau masuk bilik tiba tiba buat aku terjaga" balas Danial.

"Maaflah Encik, saya ganggu Encik tidur" aku meminta maaf padanya. "Is okay Hanan" katanya lembut. Aku sudah menguap tanda Aku sudah mengantuk. Aku membaringkan badan aku di atas permaidani itu, baru sahaja aku mahu menutup mata Danial menyeru nama ku.

"Hanan, kau dah tidur ke?" Tanya Danial. "Saya baru nak pejam mata. Kenapa Encik nak pergi tandas ke?" Tanya aku."kau dah mengantuk ke?, Boleh teman aku bersembang" pinta Danial. Nak tak nak aku kena turuti jugak yelah aku kan hamba dia jer.

Aku bangun daripada baring, aku ngesotkan badan aku di tepi katil. "Encik nak sembang apa?" Tanya aku, sebenarnya mata aku ni betul betul mengantuk, "apa pendapat Hanan pasal Tessa?" Tersentak aku apabila Danial menyoal aku pasal buah hatinya.

Danial yang melihat aku diam terus besuara. "Lupakan jelah soalan tu. Aku nak tidur, rasa mengantuk pula" aku melihat Danial sudah memejamkan matanya. Aku bangun daripada duduk tubuh Danial aku selimutkan. Barulah aku melangkah ke tempat tidur aku.

"Jangan mimpi dia nak cintakan kau Hanan, semua tu hanya agan angan jer" kata hati Aku, aku melabuhkan kepala aku di bantal dan tidur dalam gelinangan air mata.

*******************

Sebulan aku di layan baik oleh Danial, aku dapat rasakan layanan itu sangat berbeza dengan yang dulu. Aku masih belum dapat menangkap motifnya. Tapi aku sangat bersyukur di layan begini, kerana tiada caci maki yang keluar daripada mulutnya.

"Mak Yam masak apa tu?" Tegur ku ramah,"Mak Yam masak ayam masak merah, kegemaran kamu kan?" Aku tersenyum suka, aku memang suka sangat akan ayam masak merah dulu sebelum ayah meninggal, ia selalu masakkan aku.

"Danial dekat bilik dia ke Hanan?" Tanya Mak Yam. "Tak lah, Danial pergi hospital dengan Papa sebab harini dia nak buat rawatan yang seterusnya untuk kaki tu kan" terang aku pada Mak Yam.

"Ouh patutlah, kamu mengendeng dekat sini. Rupanya Danial tak ada" aku dan Mak Yam sempat bergurau senda, kami berdua ketawa bersama sebelum terdengar satu teguran. "Korang berdua ni masak ke main?" Tanya Puan Sri Katrina.

"Eh Puan Sri, Puan nak apa apa ke. Mak Yam boleh sediakan?" Aku hanya diam dengan memandang lantai sahaja, "Saya nak air kopi, tapi saya nak perempuan ni yang buat" tangan Puan Sri Katrina menunjuk ke arah aku.

"Baik Puan, saya pergi buat sekarang" aku membuat kopi yang di suruh Puan Sri Katrina. Setelah selesai aku membawa ke hadapan, kopi itu aku hidangkan kepadanya."minum Puan" baru sahaja aku mahu bangun, "jangan nak pergi mana mana" tajam matanya memandang aku.

Cawan kopi itu di suakan ke mulutnya, "huah, blurh panas!" Jeritnya "kau ni memang sengaja nak pedajal aku kan, anak aku kau boleh bodoh bodohkan tapi aku jangan harap" tangan aku do tarik kasar dengan pantas Puan Sri Katrina menyiram air kopi itu di atas tangan kanan aku.

"Arrrrh panas" jerit aku. "Padan muka kau" rambut aku di tarik kasar. "Aku akan pastikan kau hidup merana, jangan di sebabkan suami aku dan anak anak aku layan kau baik kau akan hidup bahagia. Tak mungkin" tangan yang disiram air panas itu di pijak pijak oleh Puan Sri Katrina. Aku menjerit kesakitan dan di minta di lepaskan, tapi hanya sia sia sahaja, Puan Sri Katrina makin galak memijak tangan aku.

"Ambik kau ambik kau" makin lama makin kuat ia memijak. "Katrina!" Nama Puan Sri Katrina di laung kuat. Aku memandang kenarah suara itu. Puan Sri Katrina langsumg tidak cuak apabila perbuatannya di ketauhi Tan Sri Malek.

Tan Sri Malek sedang menolak kerusi roda yang diduduk Danial untuk mendekati kami. "Apa yang awak buat ni?" Tanya Tan Sri Malek tegas. "Ajar menantu kesayangan awak ni, malas nak cakap panjang panjang saya nak naik dulu" Terus Puan Sri Katrina melangkah pergi Daripada situ.

Tan Sri Malek hanya menggelingkan kepalanya sahaja apabila melihat perangai isterinya itu yang langsung tiada hormat padanya, mata Tan Sri Malek terus memang aku. "Hanan okay?" Ku bangun daripada duduk di atas lantai. "Okay jer Papa, sikit jer ni" balas aku.

Aku melihat Danial hanya memerhati Kan aku, ia langsung tidak bersuara. "Hanan tolong bawak Danial pergi ke bilik, nanti papa suruh Mak Yam yang kemaskan" kata Tan Sri Malek pada aku. Aku hanya turuti sahaja, kerusi roda Danial aku dekati dan menolak menuju ke arah lift. Tingkat 2 aku tekan.

Sampai sahaja di tingkat dua aku menolak masuk ke dalam bilik, "Encik nak duduk atas katil ke?" Tanya aku. "Tak nak, aku nak duduk atas sofa" aku menolak kerusi roda itu ke arah sofa yang terletak di dalam bilik Danial. Aku membantu Danial duduk di atas sofa itu. "Duduk sini" Danial menepuk sofa di sebelahnya. Aku hanya turuti sahaja.

Danial menghulurkan tangannya, "Encik nak apa?" Tanya aku apabila dia menghulurkan tangannya, "aku nak tengok kedua dua tangan kau" tangan kiri aku hulur. "Kanan?" Pintanya. Menggigil aku mahu menghulurkan tangan kanan aku.

"Apa yang mama buat sampai tangan kau merah macam ni?" Tanya Danial. "Mama cuma tak sengaja jer" bohong aku. "Kau tak payah tipu Aku Hanan, mama memang sengajakan siram air panas dekat tangan kau ni?" Tanyanya tegas.

"Taklah, saya yang tertumpahkan,tu yang tadi mama marah tu" bohong aku lagi. "Kita pergi klinik, takut nanti lagi melarat" katanya pada aku. "Alah sikit jer ni, nanti saya sapu minyak gamat. Encik tak payah susah susah" tolok aku.

"Jangan nanti kau cakap aku tak ada pelawa nak bawak pergi klinik eh* pesannya."ye saya tahu". "Kau pergi ambik minyak gamat sekarang sapu depan aku" arahnya, aku hanya turuti sahaja. Depannya aku meletak minyak gamat. "Kau pasti boleh sembuh" Danial todak berapa yakin dengan keputusan aku dengan hanya meletak minyak gamat sahaja. "insha'Allah" balas aku.

**********************

Petang itu Danial meminta aku membawanya ke taman mini dalam rumah banglo Tan Sri Malek. "Temankan Aku Hanan, duduk sini" katanya pada aku. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang sudah sedia ada manakala Danial kekal duduk di atas kerusi roda.

"Sejak aku lumpuhni, Tessa langsung tak hubungi aku Hanan" luah Danial. "Encik tak cuba contact dia" Tanya aku walaupun hati aku agak sakit. "Aku dah cuba tapi tak dapat, dia hilang macam tu sahaja" luahnya lagi.

"Aku betul betul sayang cintakan dia Hanan. Kenapa dia buat aku macam ni" aku dengan nada sedih Danial itu. Aku tidak sangka sedalam itu cinta Danial pada Tessa mungkin aaku langsung tiada ruang dalam hati Danial, kini aku hanya perlu reda sahaja.

"Mungkin encik Tessa busy, nanti dia hubungilah Encik" itu sahaj yang aku mampu ucap."aku harap macam tu Hanan" aku melihat Ridzwan datang menghampiri aku dan Danial, "eh Abang Ridz bila sampai?" Tanya aku teruja.

"Baru jer Hanan, eh Danial apa khabar. Macam mana kaki ada perkembangan?" Ridzwan melahirkan punggungnya berdekatan Danial "macam tu jelah Ridzwan masih belum ada pekembangan lagi"

"insha'Allah, nanti, kita doa jelah sekarang, yang penting kau kena semangat" RidWan memberikan kata kata semangat pada Danial. Pandang Ridzwan jatuh pada tangan aku yang agak merah merah mengelembung. "Hanan tangan ti kenapa?" Tanya Ridzwan. "Ouh kena air panas" balas aku. Tangan Ridzwan mencapai tangan aku, "Hanan dah pergi klinik?" Aku hanya menggelingkan kepala sajaja. "Teruk ni, jom abang Hantar nak?" Pelawa Ridzwan.

"Eh tak payah sikit jer ni" tolak aku. "Apa yang sikit, dah sampai mengelembung ni, dah pergi siap abang hantar pergi klinik now!" Suara Ridzwan agak tegas takut aku dengarnya. Tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam rumah.

"Care betul kau dengan Hanan?" Tanya Danial sinis. "Of course aku kena Care dengan dia, Hanan tu cinta pertama aku Danial. And lepas kau ceraikan dia aku akan cuba sedaya upaya untuk pikat dia" luah Ridzwan.

#############

SESUAI KAN KALAU HANAN DENGAN Ridzwan

MAAF SANGAT SANGAT AINA TERLAMPAU BUSY, SEKARANG NI AINA KERJA 12 JAM SEHARI DEMI MENCARI RWZEKI YANG HALAL, TAK ADA LANGSUNG MASA UNTUK DIRI NI PULAK NAK MENULIS, NI PUN TULIS TAK BERAPA PANJANG, KORANG KENALAH SUPPORT AINA BARULAH AINA BALIK KERJA 12 JAM TU SEMANGAT SIKIT NAK MENULIS UNTUK KORANG, NI KALAU TAK ADA SAMBUTAN AINA PUN LEMAU JER NAK MENULIS. JADI BAGI KATA KATA SEMANGAT SIKIT KAT AINA YE MUAH, JANGAN LUPA FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C16
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login