Download App
24.13% HILANG KASIH

Chapter 7: Hilang kasih Bab 7

Keesokan harinya, Rykal bangun awal untuk berjumpa dengn ibunya di rumah encik Hamid. Rykal juga turut menyediakan sarapan untuk datuknya makan apabils bangun nanti. Setibanya Rykal dirumah encik Hamid, Rykal memberi salam dan memanggil ibunya.Ibunya pun tiba dan mempelawa Rykal untuk masuk dan makan bersama mereka. Rykal tidak menolak kerana dia sememangnya belum sarapan kerana dia mahu makan bersama ibunya. Ketika Rykal tiba di meja makan, malek merungut sambil berkata bahawa dia tidak mahu ada orang lain bersarapan bersama dengan keluarganya tetapi puan Zia berjaya untuk memujuknya agar membenarkan Rykal untuk makan bersama.

Semasa Rykal ingin berbual dengan ibunya, Malek terus menyapuk seakan tidak membenarkan mereka berdua berbual. Rykal mulai kesal dengan sikap Malek dan jika diikutkan hatinya, mahu saja dia menumbuk wajahnya itu dengan sangat keras. Selepas habis makan, Puan Zia menyuruh anaknya pulang kerana sebentar lagi mereka akan keluar. Rykal sempat meminta untuk dirinya dibawa bersama tetapi ibunya tidak membenarkan kerana Malek tidak mahu ada orang lain.Rykal pulang dengan perasaan yang sedih.

Setibanya dia di rumah datuknya, dia terus duduk di lantai smbil menangis tanpa mengeluarkan air mata.Datuknya yang melihat cucu kesayangnya sedang bersedih mula timbul rasa bersalah dalam dirinya. Rykal sedar bahawa datuknya datang menghampirinya lalu dia dengan cepat mengelap air matanya. Datuknya memujuk dirinya agak tidak terlalu sedih kerana dalam hidup kita memang akan rasa sedih, tapi walau bagaimana pun kita tidak boleh terlalu hanyut dibawa perasaan.

Rykal memandang datuknya sambil bertanya apa yang selama ini disembunyikan oleh datuk dan ibunya. Datuknya terdiam dan pergi dari situ. Datuknya tahu, sekiranya dia memberitahu cucunya akan hal itu, pasti cucunya akn bertambah sedih.

Malam pun tiba datuk Rykal memasuki bilik cucunya dan mendapati bahawa cucunya sudah tidur. Dia menangis sambil berkata bahawa dia tidak tahu bagaimana mahu mengatakan bahwa dirinya merupakan ayah kandung Rykal. Dia merasa bersalah kerana telah membuat anaknya itu mengalami kesedihan. Selepas mengatakan semua itu, datuknya terus meninggalkan bilik cucunya itu.

Tanpa diduga,Rykal mendegarkan ucapan datuknya itu. Rykal tidak boleh tidur kerana dia asyik memikir apa yang dirahsiakan oleh datuk dan ibunya sehingga apabila dia mendengar tapak kaki datuknya menuju kebiliknya, dia terus berpura-pura tidur.Setelah mengetahui fakta bahwa orang yang selama ini dia panggil datuk rupanya merupakan ayah kandungnya sendiri.Rykal tidak dapat menahan air matanya. Selepas beberapa jam, Rykal melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik ayah kandungnya. Dia mengambil sebuah bantal dan menekup muka ayah kandungnya. Selepas mengetahui bahawa ayahnya sudah tidak bernafas, Rykal tidak terus berhenti, dia mengambil besi lalu memukul badan ayahnya sekuat hati sambil meluahkan perasaannya.

Tiba tiba, Rykal dikejutkan dengan alarm jam yang berbunyi.Dia terus tersedar dari mimpinya. Rykal terus mengucap dan selepas itu dia pun menangis.

BERSAMBUNG.....


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C7
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login