Download App
27.27% about Me

Chapter 3: Bab 2

10:30 malam.

TOK!TOK!!TOK!!!

Aku mengetuk kuat berkali –kali pintu utama rumah agam tersebut sampai hendak roboh rasanya namun langsung tiada jawapan.

Sudah matikah orang di dalam rumah ini?

Weh mulut jangan celupar sangat boleh tak.

Bukannya aku tak boleh nak buka pintu ini, ini rumah aku . Yang jadi masalahnya aku terlupa nak bawa kunci. Boleh pulak aku tertinggal kunci. Kejap, mana pula perginya Dayyan ni? Takkan tak dengar langsung aku sepak terajang pintu ni?

"DAYYAN!!!!!''

''Weh, maaf aku tertidur tadi, jadi aku tak dengar, maaf sangat, aku betul-betul minta maaf, maaf sangat, maaf sangat-sangat."

Aku hanya memandangnya dingin sahaja. Sudahlah lambat buka pintu, pastu hendak membebel pula pada aku dengan permintaan maafnya itu, bagi aku betul-betul membazir masa aku.

"Weh ,aku betul-betul minta maaf.'' Dayyan menggengam erat kedua-dua belah tapak tangan aku. Dia nampak sangat ...serba salah.

Sekejap...

Tangan dia menggigil, sebegitu takutkah dia pada aku sampai begini sekali. Kalau dia benar takut, apa yang dia takutkan ,apa yang dia risaukan, takkanlah dia risau sampai macam ni sekali sebab.....

Takut kehilangan aku.

Aku mula menggigit bawah bibir tanpa sebab lalu aku berpikir, tak mungkinlah atau

Aku yang sudah mula abaikan dia atau dalam erti kata lain, aku sudah mula membuangnya jauh dari hidup aku......

Aku menepis lembut tangan Dayyan.

''Dayyan, nah aku belikan nasi untuk kau." Aku menghulur sebungkus nasi pada Dayyan, kali ini aku cuba untuk berbicara lembut pada Dayyan , mungkin sebab aku rasa serba salah.

Dayyan dia nampak gembira sangat bila dapat nasi bungkus, walaupun hanya nasi bungkus. Aku suka tengok senyuman dia, bukan sebab aku 'gay' okey tapi sebab dia kawan aku dan dia masih lagi kawan baik aku. Walaupun aku sudah jumpa kawan yang baru yang jauh lebih baik dari Dayyan aku takkan lupakan Dayyan. Aku tak nak jadi kacang lupakan kulit.

"Kau makanlah dulu nasi tu aku nak naik atas." Aku hanya melihat Dayyan yang hanya membalas dengan anggukan sambil mulutnya tersenyum lebar.

Gembira sangat dia ni.

Esok pagi , usai sahaja solat subuh , kemas bilik, mandi satu jam, iron baju, cuci bilik air , aku turun ke bawah untuk sarapan, terasa lapar yang amat. Aku terus turun ke dapur, mataku melilau mencari kalau-kalau ada sedikit makanan atau nasi untuk dijamah. Mataku pantas menangkap sesuatu objek yang terletak elok di tepi tundung salji, tanpa banyak bicara pantas aku menghampiri objek tersebut. Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja menyedari objek itu adalah bungkusan makanan. Alhamdulillah, rezeki di pagi hari.

Wow, bahagianya rasa . Datang sahaja ada bungkusan makanan , ini tak lain tak bukan mesti Dayyan yang belikan dekat mak cik yang jual berhampiran rumah ini.

Tapi kenapa ada satu sahaja bungkusan? Hairan juga,aku berfikir sejenak mungkin dia sudah makan tadi , tapi kenapa dia makan dulu?

Lapar?

Eh tapi...?

Sudahlah, aku ni banyak sangat berfikir. Setelah lima minit aku membuang masa berfikir soal Dayyan yang sudah makan ke belum, lebih baik aku memikikirkan perut aku yang sudah dilanda gegaran yang dasyat dek kerana kelaparan.

Sebaik sahaja aku membuka bungkusan tersebut aku.....

Aku....

Aku terkejut....

Ini....

Ini bukan ke nasi yang aku beli semalam untuk Dayyan.

Kenapa dia tak makan?

Bukan ke dia nampak bahagia sangat bila dapat nasi ni semalam. Bukan setakat tak makan nasi ni langsung tak nampak dijamah mahupun disentuh sedikit.

''WOIIII"

"DAYYAN!!!" Aku terkejut yang amatlah sampai terjerit nama si Dayyan, ku sangakan Dayyan yang memeranjatkan aku tapi sangkaanku meleset , orang yang memeranjatkan aku sebentar tadi bukannya Dayyan tapi dia abang aku.

''Along?"

"Wow , ada nasilah nak sikit..." Dia langsung tak mengendahkan aku yang sudah terkejut separuh mati dekat sebelah dia ni. Langsung tidak yang hanyak difikirkan nasi yang dia tidak tahu asal-usul dan nasi yang mungkin dia akan muntahkan nasi itu balik.

Muntah yang terlebih dos, mengalahkan orang mengandung. Drama pagi-pagi dia yang pergi ke singki muntah bagai nak rak 'buwek..buwek' selepas itu ambil tisu sampai sepuluh bakul semata-mata hanya nak lap satu mulut. Selepas selesai sahaja drama dia itu dia kembali di hadapan aku.

''Aku beli semalam."

"Pastu kenapa kau tak makan?" Kepalanya ditelengkan sedikit dek kerana hairan.

"Dayyan tak nak makan." Aku membuat muka sedih yang terlebih dos, kali ini giliran aku pula untuk berdrama. Mana tidaknya , sayang weh nasi tu sudah dibeli tapi tak dimakan langsung.

"Huh? Dah beli tapi tak nak makan..pelik."

"Bukannya apa cuma di....."

"Dah dah... aku malas nak dengar, aku nak pergi keluar kejap, nak lepak dengan member.''

Dia potong kata-kata aku. Dia ingat dia tu tuan besar dekat rumah ini. Sudahlah baru balik, lima tahun tinggalkan aku sorang-sorang dekat rumah ni semata- mata hendak sambung belajar dekat luar negara. Langsung tidak jenguk aku dalam masa lima tahun tu, tanya khabar dekat aku pun tidak, aku telefon dia tak angkat. Masa-masa tu nak sibuknya. Benci betullah. Okeylah aku tak naklah salahkan dia lagipun dia pergi luar negara itu untuk sambung belajar bukannya hendak berfoya-foya. Aku tak marah pun. Langsung tak marah apa lagi simpan dendam....

Aku cuma rindu.....

"Kejap kau nampak kasut aku tak?" Dia meraba –raba rak kasut.

''Huh?'' Sementara aku masih bela-bela dengan pertanyaan dia sebentar tadi dek kerana aku sekarang tengah beremosi melayan perasaan.

"Okey okey dah jumpa , gerak lu...alamak orang call.'' Dia mengangkat panggilan tersebut lantas terus memarahi orang yang menelefonnya itu.

''Ha ye , kau ni macam mak-mak lah.''

'' Apa ni kata pukul 8 nak lepak ni dah pukul 10 dah ni.'' ( Adam)

''Hey Adam ni, kejap.''

Aku hanya mampu pandang dia memakai kasut , menelefon rakan baiknya ,masuk kereta , hidupkan enjin kereta, betulkan cermin dan melihat dia pergi begitu sahaja.

Dia

Masih lagi tak tanya khabar aku...


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login