Download App
36.36% about Me

Chapter 4: Bab 3

5:30 petang

Aku mengetuk pintu bilik Dayyan bertalu-talu namun masih tiada jawapan. Kejadian ini sama seperti semalam, dia tak dengar ke? Tidur mati ke budak ni?

"DAYYAN!!"

Dan dengan pantas...

"Eh , maaf weh aku tak dengar, aku sibuk sangat buat kerja tadi."

Aku pandang dia

Sama...

Sama macam semalam...

Bila namanya dipanggil baru dia hendak membuka pintu, takkanlah lepas ni aku kena jerit nama dia setiap hari baru nak datang, baru hendak buka pintu.

Sebentar , aku terfikir akan sesuatu, tadi dia ada sebut pasal kerja . Kerja apa yang dia buat. Teringin juga aku hendak tahu cara budak pandai belajar bagaimana. Apatah lagi kami sudah bergelar pelajar tingkatan enam. Mesti lagi gigih. Kini pandanganku beralih ke arah meja belajar dia.

Kosong?

Pelik. Kerja apa yang Dayyan maksudkan ?

Kau nak buat magic ke Dayyan?

"Kau buat kerja apa?" Aku cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Adalah." Tapi dia pula yang berahsia dengan aku.

Takkan dia kelam- kabut kemas meja dia waktu aku ketuk pintu dia tadi semata- mata tak nak menunjuk yang kononya dia rajin belajar.

Mungkinkah?

Husnuzhon kejap.

Aku memandang tepat anak mata Dayyan cuba untuk mendapatkan kepastian . Dayyan pula seakan-akan cuba untuk mengelak tatapan mata aku. Makin aku merenung tajam ke arah anak mata dia , makin dia cuba melarikan pandangan dia daripada bertembung dengan aku.

"Ah, sudahlah baik aku pergi main dengan Iman Hafiz dengan budak-budak lain daripada aku melayan kau yang asyik terperap dekat rumah macam budak perempuan ."

"Weh..." Dayyan memanggil aku.

Ah sudah , aku baru guriskan hati dia lagi ke. Takkan itu pun hendak terasa.

"Apa?"Aku menoleh ke arah Dayyan.

"Hati-hati."

Huh? Itu sahajakah yang dia hendak cakap dengan aku. So caring Dayyan .

'' Okey lah kalau takda apa-apa aku pergi dulu."

"Weh"

Apa lagi Dayyan ni nak panggil aku , apa lagi yang hendak dibincangkannya, meh bawak meja kerusi buku pen pemadam pembaris pen merah pen biru semualah kita bincang elok-elok apa yang tak puas hatinya. Aku apa lagi kembali berpusing ke arah Dayyan.

"Macamana perlawanan bola semalam?"

"Huh?" Aku membuat muka yang aku tidak tahu apa- apa . Serius aku tak faham apa yang dia mengarutkan sekarang ni.

"Semalamkan kau tengok bola, jadi macam mana?"

"Oh ..okey je...'' Aku tak tahulah macam mana aku boleh terlupa pula soal stadium bola yang aku pergi semalam itu.

Dayyan membentuk mulutnya menjadi 'o' , tanda dia faham apa yang aku cuba sampaikan .

"Okey dah takda apa-apa yang hendak diborakkan lagi?..'' Aku memandang Dayyan cuba untuk mendapatkan kepastian samada ada sesuatu yang hendak dia sampaikan lagi atau tidak. Kang tak pasal- pasal aku sudah kunci pintu pagar dah start nak naik basikal kang dipanggilnya aku balik..~weh...weh..~[ cuba mengajuk Dayyan], satu kerja lagi aku kena buka pintu pagar pergi dekat dia balik, dia ni satu hal bukannya suka keluar dari rumah.

Dia hanya menggeleng dengan senyumannya tanda tiada apa hendak diutarakan.

"Okey aku pergi dulu."

......

Malam itu aku pulang ke rumah mungkin agak lewat bagi aku kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku meraba-raba poket seluar aku untuk mencari kunci rumah.

"Eh mana pulak kunci aku ni?"

Aku menggaru –garu kepala yang tidak gatal , cuba untuk mengingat kembali di mana aku meletakkan kunci rumah aku.

Oh yelah, aku baru teringat, aku memang tak bawa kunci .

Dodol!

Pintar!

Macam mana aku boleh terlupa.

Kini aku menoleh ke arah pintu utama rumah aku.

Aik? Tak tertutup?

Dayyan memang tak nak tutup pintu ke apa tadi sewaktu aku keluar. Bukannya aku hendak salahkan Dayyan, bukannya aku menolak bulat-bulat kesalahan aku pada Dayyan . Ya aku tahu aku yang keluar rumah tadi, sepatutnya aku yang bertanggungjawab untuk kunci pintu rumah tapi takkanlah Dayyan tak boleh hendak fikir langsung.

Bahayalah biarkan pintu rumah terbuka macam itu sahaja, nanti kalau pencuri masuk baru hendak beringat, sudah terhantuk baru terngadah.

Aku apa lagi , aku meluru masuk ke dalam rumah mencari kelibat Dayyan, bukannya aku hendak marah dia tapi aku cuma nak peringatkan dia sahaja.

"Tsh...tsh..''

Sebentar !

Aku terdengar bunyi orang menangis. Tangisannya seakan- akan seperti dia cuba untuk menahan diri dia daripada terus menangis.

Kenapa dia menangis?

Langkah aku semakin laju, perasaan ingin tahu aku semakin meningkat. Aku semakin menghampiri ke arah bunyi tangisan tersebut.

"Dayyan." Aku memanggil Dayyan dengan lembut sebaik sahaja aku melihat dia. Dayyan menyeka pantas air matanya tika dia menyedari akan kedatangan aku. Mungkin dia tak nak aku melihat dia menangis. Mungkin juga dia tak nak kelihatan lemah di hadapan aku. Tapi kenapa?

Kenapa?

Kenapa aku tak boleh tengok kau menangis?

Salahkah kalau aku tengok diri kau yang lemah?

"Dayyan kau okey tak?" Aku cuba menenangkan Dayyan tapi dia mengalihkan pandangan dia daripada aku, dia seolah-olah mengelak untuk menjawab soalan aku. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman berpura-pura bahawa yang dirinya masih kuat tetapi dia tewas. Senyuman yang diukir itu tidak mampu untuk melawan keperitan yang dialami , hatinya meronta –ronta dirobek kesakitan yang dalam. Seketika dia memejamkan mata cuba untuk mengusir perasaan yang kurang enak yang menghantui dirinnya dan kemudian dia membuka semula mata, kembali untuk tersenyum seperti tiada apa- apa yang buruk berlaku.

Kenapa....??

Kenapa dia perlu berpura-pura kuat?

Kenapa dia perlu sembunyikan kelemahan dia?

Kenapa dia tak nak bagitahu aku tentang masalah dia?

Tunjuk jelah dekat aku, bukannya susah sangat pun. Cuma cakap yang engkau sakit ,engkau sedih, itu sahaja bukannya payah sangat.

"Weh, kau nangis ke tadi..?''Bicara Dayyan padaku.

"Huh? Aku nangis?" Kenapa pula aku hendak menangis, takkan sebab aku kasihan pada Dayyan. Aku menyentuh kedua- dua belah pipiku dengan belakang tapak tangan.

Basah .

"Mata kau pun bengkak jugak, kau okey ke tak ni..?"

"Huh ?" Apa emosi sangat aku ni, betul- betul mendalami kesedihan Dayyan tadi. Eh kejap. Bukan sepatutnya aku ke yang tanya dia tadi sama ada dia okey atau pun tidak, tapi sekarang giliran aku pula yang kena soal balik. Tak boleh jadi ni. Sudahlah baik aku pergi makan . Betul –betul buang masa sahaja tadi, asalnya aku nak marah dia tadi tapi erghhh malas nak cakap.....

Memeningkan sangat....

Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala?

'' Kau nak pergi mana?" Dayyan menggengam erat tangan aku seolah-olah dia tak mahu melepaskan aku pergi jauh.

'' APA PEGANG –PEGANG NI, kemaruk sangat nak bercinta ke?"

"Kau nak pergi mana.?'' Soal Dayyan padaku.

''Aku nak pergi makan jelah.''

"Nak ikut."

Huh ? dia ni...dia ni..HISH SUSAH NAK CAKAP.. macam budak- budak , itupun nak ikut ke huh?

Aku berjalan ke arah dapur. Aku mengambil bekas di mana isinya aku simpan biskut tiger lalu aku duduk di meja makan. Dayyan pula duduk berhadapan aku . Aku membuka penutup bekas tersebut lalu aku menolaknya ke arah Dayyan , aku mendahulukan dia untuk makan , bentuk fizikalnya yang sudah seperti kehausan protein dan vitamin serta kabohidrat sehingga menimbulkan urat-urat di jari jemari membuatkan aku kasihan pada dirinya. Aku jadi terfikir, mungkin dia menangis tadi sebab kes kelaparan. Namun sayang, pelawaanku sebentar tadi hanya ditolak dengan gelengan berserta senyuman manis dari Dayyan.

Pelik dia ni, duduk di sini sekadar untuk menemani aku sahajakah?

So sweet Dayyan.

Aku mengambil semula bekas biskut tersebut dengan reaksi muka yang malas hendak layan dan mengambil sekeping biskut untuk dikunyah.

"Along aku tak balik lagi ke?'' Aku berhenti mengunyah sebaik sahaja aku melontarkan soalan seperti itu. Entahlah kenapa aku tiba –tiba sahaja menanyakan soalan yang sebegitu mungkin kerana mood aku tengah sedih bila teringatkan along aku.

Dayyan hanya menggeleng dengan senyumannya yang seperti biasa.

Aku pantas menutup bekas tersebut dan meletakkannya di tempat asal. Perasaan aku tiba- tiba sahaja ingin memberontak.Aku tengah takda mood sekarang ni. Aku rasa lebih baik aku pergi bilik, ambil wudhuk tenangkan fikiran daripada aku melayan Dayyan yang tidak pasal-pasal menjadi tempat untuk aku melepaskan amarah.

"Weh." Lembut sahaja Dayyan memanggil aku tapi aku menggendahkan panggilan Dayyan.

''Kau nak tau tak sebab apa aku menangis tadi?"

Langkahku terhenti, kata-katanya tadi menarik perhatian aku.

''Sebab apa?"

"Jom kita pergi padang tempat kau selalu main dengan kawan-kawan kau, aku rasa tiba-tiba nak lepak dekat sana."

PRANG (bunyi pinggang pecah- Imaginasi aku bunyi ni)

"Huh?" Dia buat lawak apa tengah-tengah malam buta ni nak lepak dekat sana. Tiba –tiba sahaja perasaan ingin tahu aku sebab apa dia menangis tadi bertukar remuk, hancur , musnah macam itu sahaja setelah Dayyan yang tiba-tiba datang angin gila dia ajak aku keluar lepak malam-malam buta ni.

"Jom weh , please kali ni je.'' Tangan dia menggigil memegang hujung lengan baju aku . Sekali lagi dia cuba menahan diri dia daripada terus menangis. Pujukkan dia yang betul-betul merayu seolah-olah bunyinya hendak.....pergi.

Dayyan,kau okey tak?

.......


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C4
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login