Download App

Chapter 2: Prolog

"Seandainya… memori ini mampu aku hapuskan."

Kata-kata yang terluah daripada bibir seorang gadis yang kedua matanya tidak henti mengalirkan air mata. Kedua mata itu juga tidak lepas memandang senja yang sedang mencerminkan cahayanya di suatu tasik yang tenang. Pandangan keindahan yang cuba menentang lautan kesedihan.

Seketika, gadis itu menyapu air mata dalam duduknya itu - memaksa kesedihan jiwanya untuk terhenti. Namun air mata terus mengalir dek akal yang tidak mampu menahan perih, perih memori luka yang terpaksa dirahsiakan dan ditanggung seorang diri.

"Mar…" seorang gadis menyedarkan Mardhiyah.

Mardhiyah menoleh. Senyuman kecil dilemparkan kepada gadis yang berwajah cantik dengan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu.

"Fiy…" balas Mardhiyah.

Safiyah bergerak duduk di samping Mardhiyah. Dia menyapu halus air mata Mardhiyah yang tidak henti mengalir.

"Mar… kau nangis lagi?" suara Safiyah bernada sayu.

"Tak lah. Mana ada…" Mardhiyah cuba mengukir gelak pada bibirnya. Cuba menyembunyikan kesayuan dibalik tabir tawa.

"Mar… apa masalah kau sebenarnya? Semua kawan-kawan kita cari kau tau dekat sekolah. Mereka semua tertanya-tanya kenapa kau tak ambik paper akhir SPM kita."

Mardhiyah menggeleng kecil.

"Aku… tak ada masalah apa pun. Aku cuma tak suka subjek tu. Sastera bukan jiwa aku."

"Mar… aku dah hidup dengan kau lima tahun, aku tahu sastera tu subjek yang kau paling suka."

"Fiy…" Mardhiyah memegang kedua lengan Safiyah bersama air matanya yang mengalir deras kembali. "Fiy… kau boleh janji dengan aku satu perkara?"

Kedua mata Safiyah mula berkaca memandang kesedihan yang dilontarkan oleh Mardhiyah. Dia hanya mampu menganggukkan kepala sebagai tanda dia membenarkan persoalan itu.

"Fiy… kau kena janji dengan aku, kita akan jadi sahabat sampai bila-bila. Selepas ibu pergi, aku dah tak ada orang lain yang nak sayang selain kau."

"Kau cakap apa ni Mar... aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Darah daging aku." Safiyah tersenyum kecil namun terlihat hambar.

"Fiy…" sebak memaksa bicara Mardhiyah untuk terhenti.

"Kau kenapa Mar? Ayah kau pukul kau lagi?"

Mardhiyah menggelengkan kepala menafikan kata-kata Safiyah.

"Habis? Mar! Jangan pendam masalah kau. Aku sentiasa ada kalau kau nak luah masalah kau."

"Ini bukan tentang masalah aku Fiy…"

"Habis tu?" Safiyah bertegas.

Mardhiyah menundukkan wajahnya yang semakin suram.

"Aku… akan pindah ke luar negara."

Safiyah dibuai kejutan, bicaranya terkunci di kala akal tidak mahu menerima ucapan Mardhiyah itu. "Mar…" Safiyah mula mengalirkan air mata.

"Aku tak nak tinggalkan kau Fiy. Cuma… ini aje cara untuk aku lepas daripada ayah aku. Petang ni, mak saudara aku akan bawa aku lari."

Safiyah memaksa bibirnya untuk mengukir gelak kecil meski ianya terlihat palsu. Meski jiwanya perih melepaskan Mardhiyah, dia cuba untuk menghibur suasana itu agar kesedihan tidak menafikan perpisahan tersebut.

"Sejujurnya… aku tak nak berpisah dengan kau Mar. Tapi… aku juga tak nak kau tinggal dengan ayah kau lagi. Aku tak nak kau terseksa hidup dengan ayah yang tak tahu menghargai anak dia sendiri. Itu… pilihan yang tepat Mar."

Mardhiyah mendakap tubuh Safiyah.

"Aku janji dengan kau Fiy… lepas lima tahun, aku akan cari kau semula. Aku akan katakan apa sebenarnya masalah aku yang sebenar. Aku hanya perlukan masa untuk pulihkan diri aku."

"Janji!" Safiyah membalas dakapan sahabat baiknya itu.

"Aku janji Fiy…"

Hujan membasahi senja dalam pelukan kesedihan di antara kedua gadis itu. Perpisahan yang mengorbankan suatu kebahagiaan demi kebahagiaan yang baru.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login