Download App

Chapter 77: Kepercayaan

Ketika kedatangan Aubree diumumkan, semua orang berhenti berbual atau apa saja kerja yang mereka lakukan. Mereka memusingkan kepala mereka memandang ke bahagian hujung kawasan pesta, di mana Aubree akan keluar dari pintu masuk sekejap lagi.

Beberapa saat kemudian, Aubree yang terlihat cantik masuk ke kawasan halaman dengan keyakinan tinggi. Dia memakai gaun berwarna biru lembut dengan hiasan bunga-bunga ros dengan warna yang sama menghiasi di seluruh kawasan skirt gaun itu.

Senyuman lebar yang sangat menawan muncul di bibirnya yang diwarnai dengan warna merah terang, membuatkan semua Elf yang sedang memandangnya menjadi terkaku dan terpesona.

Della yang berdiri di sebelah Aubree dan menolong Aubree berjalan tersenyum dengan wajah yang megah. Dia sangat gembira kerana semua orang terlihat terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Aubree. 'Sejak awal mereka mencemuh Aubree kerana dia tidak mempunyai apa-apa tapi tengok sekarang, siapa yang kena balik?'

Aubree pun berjalan dari pintu masuk itu menuju ke khemah besar di mana Ahli Sihir Yang Tertua dan Elf yang mempunyai pangkat teratas sedang duduk. Senyuman manis tidak pernah hilang dari wajahnya.

Ketika dia berjalan, semua mata memandang ke arah Aubree.

Banyak yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh Aubree. Ada juga yang memuji gaun yang dipakai oleh dia.

Di khemah yang besar itu, ada sebuah pentas yang tinggi dibina di sana untuk membezakan khemah istimewa berbanding khemah biasa yang lain. Oleh itu, Aubree perlu naik ke tangga yang kecil untuk naik ke atas pentas itu.

Aubree berhenti di depan Ahli Sihir Yang Tertua dan menunduk hormat kepada Ahli Sihir Yang Tertua.

Ahli Sihir Yang Tertua tersenyum melihat Aubree dan dia menyuruh Aubree untuk berdiri di sebelahnya.

Aubree hanya menurut dan dia berdiri di sebelah Ahli Sihir Yang Tertua dengan tenang.

Meliani menjeling Aubree dari ekor matanya. Yang sebetulnya, dari awal Aubree masuk, dia sudah pun memandang Aubree dengan tajam. Melihat semua mata tertumpu ke arah Aubree tadi meningkatkan rasa cemburu di dalam hatinya lagi.

Setelah Aubree berdiri di sebelahnya lagi, Ahli Sihir Yang Tertua memandang ke arah Elf-Elf yang sedang berkumpul. Semua Elf segera menumpukan perhatian mereka kepada Ahli Sihir Yang Tertua dan tiada satu Elf pun yang bercakap saat ini.

"Salam, tuan-tuan dan puan-puan. Malam ini, kita berkumpul kerana merayakan kejayaan Puteri Audrey setelah berjaya lulus dalam ujian yang pertama hari ini... Pesta ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada Puteri Audrey setelah semua usaha keras Puteri Audrey sebelum menghadapi ujian. Semoga selepas ini, Puteri Audrey terus berlatih dan terus mengekalkan kekuatannya ini demi melindungi Kristal Kehidupan dari Raja Kegelapan."

Ahli Sihir Yang Tertua mengangkat tangan kanannya sehingga paras dada. "Nikmatilah malam yang indah ini!"

Semua Elf mengangkat gelas perak mereka ke atas dan mula menyorakkan nama Aubree sebelum meminum wain yang ada di gelas perak mereka.

"UNTUK PUTERI AUDREY!"

Aubree yang masih memandang ke depan dengan senyuman masih menghiasi wajahnya, mengeluh dalam hati.

{'Saya rasa ini tidak adil bagi mereka.'}

[Kenapa Yang Mulia berfikir seperti itu?] Suara White terdengar di minda Aubree walaupun Harimau Bertanduk itu tiada di sebelah Aubree.

{'Mereka mempercayai saya dan sekarang mereka memanggil nama saya 'Audrey' sedangkan nama sebenar saya ialah 'Aubree'. Saya tidak sepatutnya berbohong kepada mereka tentang identiti saya...'}

[Yang Mulia boleh jelaskan kepada mereka suatu hari nanti. Dengan alasan yang muhasabah, mereka tentu akan memahami Yang Mulia tentang kenapa Yang Mulia melakukan perkara ini...]

Aubree mengeluh dalam hati lagi. {'Entahlah, White. Saya tidak yakin yang dengan alasan yang munasabah, mereka akan menerima saya lagi...'}

[Yang Mulia, Yang Mulia jangan memandang rendah pada diri sendiri. Yang Mulia sudah dipilih untuk menjadi penjaga Kristal Kehidupan, pendapat Elf tentang Yang Mulia tidak akan merubah identiti ini...]

Aubree berdiam diri, fikirannya bekerja memproses kata-kata dari White tadi.

{'Tidak, White. Walaupun identiti saya tidak akan berubah dengan pendapat mereka tapi kepercayaan mereka akan berubah jika saya bukan seperti yang mereka fikirkan. Sebagai seorang penjaga Kristal Kehidupan, saya harus mendapatkan kepercayaan mereka. Saya perlukan mereka jika saya ingin mengalahkan Raja Kegelapan di kemudian hari. Tanpa kepercayaan mereka, saya tidak akan dapat kalahkan Raja Kegelapan.'}

[Baik, Yang Mulia. Saya faham!]

Sementara semua Elf menjamu selera, mereka dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan bermula dari persembahan ilmu bela diri, persembahan muzik atau persembahan tarian dan ada juga persembahan tarian menggunakan senjata.

Semua Elf bersuka ria pada malam itu dengan memakan makanan dan arak di meja masing-masing.

Aubree juga menikmati hidangan yang ada di depannya dengan tenang. Sekali-sekala, dia memerhati setiap tingkah laku para Elf yang ada di pesta ini.

Tiada yang sedar tapi jika dilihat dengan teliti, ada perasaan bosan di sebalik mata Aubree. Dia sedang duduk di bangku dengan gaya anggun dan tenang sambil tangan kiri menopang kepalanya ke atas tempat letak tangan di kerusi. Sementara di tangan kanan pula, menggenggam gelas berisi teh suam.

Pesta malam itu berlanjutan sehingga tengah malam dan sudah ada Elf yang kembali ke bilik mereka kerana ingin berehat.

Yang masih tinggal di kawasan pesta itu masing-masing mengisi gelas mereka dengan arak dan berbual dengan gembira tanpa peduli dengan keadaan sekeliling.

Aubree memandang ke kiri dan ke kanan. Ahli Sihir Yang Tertua sudah tiada di pesta itu kerana dia hendak berehat awal memandangkan tubuhnya yang sudah tidak muda lagi. Sementara itu, Kilan dan Katy duduk tidak jauh dari Aubree sambil mereka berbual dengan mesra.

Aubree melirik ke arah Meliani yang masih ada di sana dan menikmati tehnya.

'Saya tak sangka pula kalau Meliani masih nak tinggal di sini. Saya ingat dia sudah berambus ke bilik dia tadi. Ah, biarlah... Bukannya ada kaitan dengan saya pun kalau dia masih mahu berada di sini atau tidak.'

Aubree memandang sekeliling lagi. Kali ini, dia sedang mencari kelibat seseorang yang dia tidak lihat di pesta ini. Aubree tidak melihat dia di mana-mana dan tanpa sedar wajahnya berkerut kerana bingung.

'Takkanlah dia sudah lama kembali ke bilik dia?'

Perhatian Aubree terganggu dengan suara para Elf yang sudah mabuk, tertawa terbahak-bahak tidak jauh dari tempat Aubree duduk. Wajah Aubree berubah menjadi tidak selesa dan muncungnya muncul setelah merasa terganggu dengan suara ketawa yang kuat itu.

Aubree pun mengambil keputusan untuk pergi ke tempat yang sunyi dan mengambil angin segar untuk sekejap. Kalau dia rasa hendak balik lagi ke pesta ini, mungkin dia akan kembali.

Aubree tidak memberitahu sesiapa pun yang dia akan pergi dan segera meninggalkan tempat itu melalui jalan belakang. White yang sedang tidur di dekat kaki Aubree terjaga dan segera mengikuti Aubree.

Aubree berhenti di tepi sebuah kolam buatan dan duduk di bangku buatan. Dia mendongak ke atas, merenung bulan yang sedang bersinar terang di langit yang gelap.

Aubree mengeluh kecil ketika dia menatap bulan itu. Entah mengapa ketika dia melihat kepada langit yang kosong tanpa sebarang awan kecuali bulan mengambang yang bersinar terang di langit, Aubree teringat akan kali terakhir dia menghembuskan nafas di kehidupannya sebelum ini.

Serta-merta, kawasan dada dan perutnya terasa sakit, seolah-olah luka tusukan sebelum ini ada di sana.

Aubree mengusap dadanya secara lembut dengan wajahnya berkerut tidak selesa. Dia tidak suka perasaan ini. Dia tidak suka bagaimana dia diingatkan tentang kematiannya sebelum ini kerana itu akan mengingatkan dia kepada orang yang sudah mengkhianati dia.

'Ini sangat pelik. Kenapa saya tiba-tiba rasa begini ya?' bisik Aubree seorang diri.

Aubree memandang ke langit lagi dan kali ini, yang muncul di mindanya adalah wajah kedua orang tua kesayangannya.

Tanpa dia sedar, setitik air mata jatuh ke pipi kanan. Aubree dengan segera mengelap air matanya. 'Sudah berapa lama saya tinggalkan dunia lama saya dan menetap di sini? Sudah berapa lama saya tinggalkan orang tua saya? Adakah mereka masih bersedih dengan kematian saya?'

Aubree menggigit bibirnya. 'Alangkah baiknya kalau saya boleh berjumpa dengan mereka untuk kali terakhir sebelum saya meninggal. Sekarang, saya tidak akan pernah berjumpa dengan mereka lagi.'

White yang melihat perasaan Aubree saat ini tidak baik, hanya mampu duduk di tepi Aubree dan menemani wanita Elf itu melayani perasaannya sendiri.

Telinga White bergoyang tajam saat dia mendengar ada bunyi tapak kaki sedang menuju ke tempat ini atau lebih tepat lagi, sedang menuju ke arah Aubree.

White menoleh ke belakang Aubree, bersedia menyerang sesiapa saja yang datang itu jika dia mencuba untuk menyerang Aubree. Tapi ketika dia melihat siapakah yang datang, White berhenti dan serta-merta, perasaan waspadanya hilang begitu saja.

White menderam kecil dan kembali tidur di atas rumput.

Sebuah kot berbulu berwarna putih diletakkan di atas bahu Aubree dengan lembut. Walaupun dengan lembut begitu, Aubree masih terkejut dan badannya terlompat sedikit.

Aubree segera menoleh ke belakang. Dia tidak sedar pula ada Elf yang datang. Ini kerana perasaannya saat ini tidak stabil dan penuh dengan kesedihan, jadi dia tidak memerhati keadaan di sekelilingnya.

Saat melihat Aubree terkejut dengan perbuatannya, sebuah tangan diletakkan di atas bahu kanan Aubree.

"Jangan panik. Saya tidak akan buat apa-apa pada kau. Saya cuma mahu menemani kau saja."

Aubree terkaku sambil matanya yang bercahaya kesan dari air matanya menatap ke wajah Issac.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C77
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login