Download App

Chapter 80: Mahkota Bunga

Berdebar rasa hati sejak Aubree pergi meninggalkan biliknya. Dia masih ingat tentang janjinya terhadap Issac kelmarin malam. Kerana janji itu, dia hampir saja tidak dapat tidur sampai pagi.

Saat sarapan tadi pun dia sudah tidak fokus. Ini sudah gila!

Aubree sendiri tidak faham kenapa dia harus merasa gementar dan resah sedangkan Issac hanya akan membawa dia berjalan-jalan di sekitar tempat ini. Samalah maksudnya ambil angin di taman awam kalau di dunia lamanya, kan?

Jadi nak rasa gementar tu kenapa pula?

Aubree tidak menunggu Issac untuk mencari dia di depan biliknya. Sebaliknya, Aubree pergi ke tepi kolam di tempat dia pergi semalam.

Sambil dia menunggu, Aubree melakukan gerakan kecil ilmu bela diri. Elf yang melintasi tempat itu akan melihat dia sedang berlatih di tepi kolam itu walaupun sebenarnya, Aubree ingin melegakan perasaan gemuruh dalam hati dengan melakukan gerakan ilmu bela diri tersebut.

'Apakah ini dikira sebagai temu janji saya yang pertama? Bila saya fikir elok-elok, di dunia sebelum ini saya tidak pernah ada teman lelaki yang boleh bawa saya pergi temu janji atau benda-benda yang berkaitan. Kerana saya hanya tahu bekerja dan berlatih sepanjang masa, saya tiada masa nak fikir pasal lelaki...'

'Jadi, ini dikira pertama kali saya bersama dengan seorang lelaki dalam dua kehidupan saya ni. Jika dibandingkan saya dan Lucy, dia lebih pandai bergaul dengan orang lain. Kalau tak silap saya, dia sudah punya tiga orang bekas teman lelaki... Eh, kenapa saya terfikir pasal si pengkhianat itu pula?'

Aubree tidak sedar gerakannya menjadi perlahan dan tidak bersemangat kerana fikirannya melayang ke tempat lain.

Saat Issac tiba di tempat itu, inilah apa yang dilihat oleh Issac. Issac berhenti beberapa meter jauh dari Aubree dan memerhati gadis Elf itu sedang berlatih. Tapi melihat kepada gerakan gadis itu yang mulai menjadi perlahan dan tidak teratur, membuatkan Issac tertawa kecil.

Suara tawa itu menarik perhatian Aubree dan dia kembali ke alam realiti. Dia segera berhenti berlatih dan menoleh ke arah Issac.

"Oh, kau sudah sampai. Macam mana kau boleh tahu saya ada di sini?" tanya Aubree. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke atas pinggang dan membuat renungan setajam pisau ke arah Issac.

Issac pura-pura buat tidak nampak renungan itu dan berjalan mendekati Aubree dengan kedua tangannya diletakkan di belakang. "Bukannya susah nak cari kau di kawasan Menara Kristal ni..."

Aubree hanya menatap Issac yang kini sudah berhenti di depannya.

"Baik, boleh kita mula?" tanya Issac. Renungan matanya berubah menjadi lembut ketika memandang wajah Aubree dan Aubree juga sedar akan hal itu.

"Kenapa kau tanya saya begitu? Saya hanya ikut apa yang kau nak buat tapi pastikan apa yang kau tunjukkan pada saya itu semuanya benda yang menarik. Kalau saya tidak suka dengan apa yang kau tunjukkan pada saya, kau boleh lupakan tentang janji saya semalam..." Aubree berkata dengan suara yang seakan-akan ingin mengugut Issac. Jari telunjuk di sebelah kiri diangkat dan diacukan ke depan hidung Issac.

Issac yang langsung tidak merasa takut itu sekadar tersenyum kecil dan renungan matanya tidak pernah lari dari wajah Aubree.

Tanpa amaran, Issac terus menggenggam erat tangan Aubree yang menunjuk ke wajahnya tadi. Dengan cepat dia menarik Aubree ke dalam pelukannya.

Issac mendekatkan bibirnya di tepi telinga kanan Aubree. "Kau boleh peluk saya dengan erat kalau kau rasa takut..."

Kening Aubree menjadi seribu kerutan saat mendengar kata-kata Issac itu. Dia tidak faham kenapa dia bercakap seperti itu. Saat dia baru membuka mulutnya, Issac tiba-tiba saja melompat tinggi ke udara.

Saat itulah baru Aubree faham kenapa Issac memberi amaran awal-awal kepadanya tadi...

Rupa-rupanya, Putera Dingin ni sengaja bawa dia tinggi ke udara tanpa bagi tahu awal-awal!

'Dasar Putera tak guna!!!!!'

Kerana terkejut dengan tindakan Issac, Aubree segera memeluk tubuh Issac. Malahan saat itu, Issac juga sedang memeluknya jadi Aubree hanya mampu memeluk tubuh Issac dengan perasaan geram.

Issac melihat wajah Aubree yang sudah jelas terkejut kerana Issac membawa Aubree terbang di udara. Dengan bantuan kekuatan angin, mereka berdua boleh terapung di udara dan melayang tanpa risau akan jatuh ke bumi lagi.

"Sekarang, kau boleh buka mata kau."

Aubree tidak menyedari yang dia sudah menutup matanya saat ini sehinggalah Issac sendiri yang menyuruh dia untuk membuka mata. Ketika dia membuka mata, jantungnya hampir berhenti berdegup setelah melihat di depan matanya.

'Tingginya!'

Sebagai seorang pembunuh bayaran, Aubree memang pernah melompat dari sebuah bangunan ke bangunan lain yang tingginya boleh tahan tapi saat ini, tinggi Aubree dari atas tanah tidak boleh diukur.

Kalau kapal terbang lalu depan mereka pun Aubree boleh nampak kapal terbang itu dengan jelas.

Tanpa sedar, pelukan Aubree menjadi semakin erat. Saat ini dalam fikirannya, dia hanya berfikir untuk bertahan dengan Issac supaya tidak jatuh ke bawah.

'Saya masih nak hidup, tolong jangan bagi saya mati dulu!!!'

"Kau tidak suka berada di atas sini?" tanya Issac setelah melihat wajah Aubree yang berubah menjadi sedikit pucat.

Aubree menoleh ke arah Issac dengan mata yang berkaca-kaca. Tapi yang sebenarnya dia pun tidak tahu jika saat itu matanya berair. "Ini... Ini terlalu tinggi untuk saya..."

Kalau bukan kerana raut wajah Aubree saat ini, Issac mungkin sudah mentertawakan dia tapi melihat matanya yang berkaca itu, Issac merasa sedikit bersalah.

Lalu Issac pun menggunakan kekuatan angin untuk menghantar mereka ke bumi lagi tapi bukan di tempat yang sama mereka berjumpa tadi.

Issac membawa Aubree turun di sebuah gunung yang dipenuhi dengan tumbuhan berbunga dengan pelbagai jenis warna. Sekilas pandang, semua warna ini seolah-olah menghasilkan warna pelangi.

Keindahan alam ini hanyalah wujud di dunia fantasi jika Aubree berada di dunianya yang sebelum ini tapi saat ini dia berada di Dunia Elf, di mana semua perkara yang orang lain rasa adalah fantasi, merupakan sebuah perkara yang wujud di dunia ini.

Saat Aubree melihat bunga-bunga yang terdiri daripada pelbagai jenis warna itu, dia ternganga besar tapi ada perasaan gembira terlukis di raut wajahnya.

Issac menjadi semakin senang saat melihat wajah Aubree. Dia pun membawa Aubree mendarat di atas puncak gunung itu.

Setelah mereka berdiri betul-betul di atas tanah, Aubree masih tidak melepaskan Issac kerana sudah terpukau dengan keindahan di depan mata.

Issac juga membiarkan Aubree begitu. Tangan kanan diletakkan ke bawah tapi tangan kiri masih melingkari bahu Aubree dan membiarkan gadis itu menikmati suasana saat ini.

"Wow, ini... Ini sangat cantik!"

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Aubree menoleh ke arah Issac. Saat itu jugalah baru dia sedar yang Aubree masih lagi memeluk Issac walaupun mereka sudah berdiri di atas tanah.

"Oh!" Aubree segera bergerak ke tepi sedikit, cukup untuk memberi jarak diantara mereka berdua.

Pegangan pada bahu Aubree menjadi longgar tapi Issac tidak merasa sedih sebab dia tahu kalau Aubree masih belum biasa dengan sentuhan darinya.

Wajah Aubree menjadi panas dan merah saat menyedari yang dia sudah memeluk Issac lebih dari lima minit dan bila dia terfikir yang suasana di saat ini adalah sangat romantis juga tidak membantu dirinya untuk bertenang.

Perlahan-lahan dia merasa jantungnya berdebar dengan laju.

Melihat wajah Aubree yang merah itu membuatkan senyuman muncul lagi di wajahnya. Kerana tidak mahu membuatkan gadis itu menjadi semakin malu, Issac mengalihkan pandangannya dari wajah Aubree dan memandang ke arah tumbuhan-tumbuhan berbunga di depan mereka.

"Bagaimana, kau suka dengan tempat ni?"

Aubree juga ikut memandang ke depan setelah ditanyakan soalan itu. "Ya, saya suka dengan tempat ini... Saya tidak tahu pula di sini ada tempat yang indah macam ini..."

"Kalau kau suka, saya boleh bawa kau ke tempat lain lagi..." kata Issac pula.

"Oh, kejap, kejap. Saya masih belum puas berada di sini..." Aubree tidak lagi mempedulikan Issac dan berjalan menghampiri tumbuhan berbunga berwarna biru lembut.

Aubree duduk mencangkung dengan merapatkan kedua lututnya dan memerhati bunga berwarna biru lembut itu. Kelopak bunga itu terlihat lebih besar dari bunga yang biasa dan jumlah para kelopak itu lebih dari dua belas kelopak menjadikan bunga-bunga itu besar.

"Kau suka warna apa?" tanya Issac secara tiba-tiba.

Aubree menoleh ke arah Issac dan menyedari kalau Issac sudah pun berdiri di belakangnya. "Ah... Warna biru... Dan kuning?" Aubree menjawab tanpa sedar.

Issac tersenyum manis lalu kemudian, dia mengangkat tangannya ke atas.

Aubree yang tertanya-tanya mengapa Issac bertanya soalan itu, hanya memandang perbuatan Issac.

Tidak lama kemudian, datanglah angin yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan dan memenuhi kawasan pergunungan itu.

Dengan kuasa angin yang dimiliki, Issac membuat sebuah mahkota dari bunga dan meletakkan mahkota itu di atas kepala Aubree tanpa menyentuh gadis itu.

Mahkota bunga itu terhasil daripada akar tumbuhan menjalar yang lembut dan juga kelopak-kelopak bunga yang berwarna biru dan kuning.

Aubree terus memegang kepalanya saat dia merasakan sesuatu yang berat di atas kepalanya. "Apa ni?"

Setelah menyedari apa yang telah dilakukan oleh Issac tadi, Aubree memandang Issac dengan wajah yang tidak percaya. 'Ternyata Putera berwajah dingin ini juga tahu bagaimana mahu bersikap romantis dengan seorang perempuan!'

"Kau nampak sesuai dengan mahkota tu," puji Issac dengan selamba tapi suaranya terdengar lembut saat bercakap.

Kerana itulah, wajah Aubree berubah menjadi merah. Dia pun memandang ke tempat lain untuk mencuba menghilangkan perasaan resah. "Er... Terima kasih..."

"Kau mahu saya buatkan mahkota lain untuk kau?" tanya Issac lagi.

Dengan cepat, Aubree menggerakkan kedua tangannya untuk menahan niat Issac. "Tak perlu, tak perlu!"

Aubree yang sudah kehilangan idea tentang topik apa yang perlu dia katakan kepada Issac, segera memandang ke arah tumbuhan yang berbunga itu. "Umm, apa... Warna apa yang kau suka?" Giliran dia bertanya.

Issac menatap Aubree untuk beberapa saat sebelum dia menjawab. "Merah..."

Aubree mengangguk dan dia segera membuat kerja. Dia mencari tumbuhan menjalar di sekitar kawasan itu dan pergi mencari kawasan yang mempunyai bunga dengan warna merah.

Issac tidak menghentikan gadis itu yang sedang menikmati apa yang dia lakukan dan hanya mengikuti dari belakang. Senyuman kecil tidak pernah hilang dari wajahnya.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu dan teknik yang baik, akhirnya Aubree berjaya membuat sebuah mahkota dengan hiasan kelopak bunga berwarna merah. Kerana hanya ada satu warna saja pada mahkota itu, Aubree menambahkan kelopak bunga berwarna ungu pada mahkota Issac itu.

Setelah itu, Aubree berdiri tegak dan menoleh ke arah Issac. Dia menghulurkan mahkota itu dengan menggunakan kedua tangan. "Ini kau punya. Saya ada, kau juga ada..."

Issac hanya menatap mahkota itu beberapa saat. Anak matanya bergerak lagi menatap ke arah Aubree. "Tolong pakaikan untuk saya!"

Aubree mencebikkan bibirnya. "Kau kan boleh pakai sendiri!"

Issac sekadar tersenyum kecil tapi tidak mahu bergerak mengikuti arahan Aubree.

Aubree tahu kalau Issac tidak akan mendengarkan kata-katanya selagi permintaannya tidak ditunaikan. Dengan wajah bengang, Aubree terus menarik kemeja baju Issac supaya membongkok ke arahnya.

Akibatnya, wajah Issac hampir melekat di wajahnya sendiri kalau bukan Issac yang berhenti tepat pada masanya.

Aubree menyedari kesilapannya. Dengan cepat dia meletakkan mahkota itu di atas kepala Issac dan segera melepaskan lelaki itu.

"Baik, baik... Saya sudah letak. Sekarang sudah puas hati?" kata Aubree dengan keadaan gelabah. Setelah itu, dia meninggalkan Issac di sana dengan wajah yang berwarna merah.

Issac tidak menjawab dan hanya menatap Aubree pergi dengan sengihan di wajah. 'Dia nampak lebih comel dengan muka merah...'


CREATORS' THOUGHTS
bbeatyybrr bbeatyybrr

Nanti saya akan upload gambar untuk gambaran kawasan gunung dan gambar-gambar lain yang berkaitan di IG saya.

***

Anyway, Issac tidak lama lagi akan balik ke Kerajaan dia sendiri. Kesian Aubree kena tinggal...

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C80
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login