Download App

Chapter 32: Tuduhan(1)

"Tsk!"

Aubree menepuk bahagian lengan bajunya seolah-olah benda kotor yang melekat di bajunya. Sebenarnya, bahagian lengan baju yang dia tepuk tadi adalah tempat yang sama di mana Issac pegang.

Aubree membuat reaksi seperti tadi seolah-olah kalau sentuhan dari Issac boleh mengakibatkan malapetaka kepadanya.

Aubree baru saja selesai melarikan diri dari Issac yang tidak mahu melepaskan dia. Jika Aubree tinggal di sana lebih lama, dia pun tidak tahu apa yang akan dia buat.

"Dasar lelaki tidak tahu malu! Isshh, tiada benda lain dia nak buat selain kacau orang? Sudah jadi gila agaknya dia tu!" gumam Aubree seorang diri.

Sekarang ini Aubree dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Julie. Dia masih ingat jika Julie memberitahu dia tadi jika Putera Kilan ingin berjumpa dengannya.

Tepat pada masa yang sama, Aubree melihat Julie yang sedang melilau ke sekeliling di lorong.

"Aubree, kau dari mana saja? Saya sudah mencari kau dari tadi lagi," kata Julie, menegur Aubree sebaik saja dia melihat kelibat gadis itu.

Aubree tidak dapat menjawab. Jadi dia hanya mampu tersengih dengan soalan Julie. 'Takkanlah saya nak beritahu dia apa yang jadi tadi? Saya bukannya bodoh nak beritahu apa yang jadi.'

Julie juga tidak menunggu Aubree untuk menjawab. Dia menarik tangan Aubree dan bergegas untuk membawa Aubree berjumpa dengan Putera Kilan. "Yang Mulia Putera Kilan sudah lama menunggu kau. Kalau kau tangguhkan lagi masa kau untuk berjumpa dengan Yang Mulia, kepala kau pasti akan dipancung. Jangan buang masa lagi, ayo cepat!"

Aubree membiarkan saja Julie menarik tangannya sambil mengikuti dengan wajah kesal. 'Saya rasa putera yang satu ni nak jumpa saya mesti sebab gosip buruk. Herm, saya memang sudah tahu...'

Julie membawa Aubree masuk ke dalam sebuah taman. Taman itu dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang ditanam. Rama-rama yang cantik berterbangan ke sana ke mari.

Di tengah-tengah taman itu ialah sebuah pondok gazebo yang kecil dan dibina dengan menggunakan kayu. Di dalam pondok itu ada Putera Kilan yang sedang berehat sambil ditemani oleh Puteri Katy.

Saat Julie dan Aubree tiba di sana, semua mata menoleh ke arah Aubree.

Aubree hanya diam saja sambil memandang wajah semua Elf yang ada di pondok itu satu-persatu.

"Ah, itu pun kamu. Sudah lama kami menunggu kamu untuk datang ke sini! Kamu tahu apa hukuman yang akan diberikan kepada kamu jika kamu lambat menuruti arahan Yang Mulia Putera Raja?" Suara Puteri Katy yang lembut terdengar di seluruh kawasan taman.

Julie segera menunduk dengan wajah risau. "Yang Mulia Puteri, kami minta maaf. Kami tidak akan lakukan perkara ini lagi!"

Aubree tidak mengatakan apa-apa tapi dia mengikut juga Julie menunduk ke arah dua orang kerabat diraja.

"Sudah! Tidak mengapa..." Kilan mengangkat tangannya dengan gaya lembut untuk menghentikan Julie yang sudah pun menunduk itu. Kemudian, dia memandang ke arah Aubree lagi.

Kecil matanya memandang ke arah Aubree. Kilan hanya menatap Aubree untuk beberapa kali saja sebelum dia memandang kembali ke arah Katy. "Kamu yakin jika pembantu ini yang melakukan semua ini?" tanya Kilan.

Dalam diam, Aubree menaikkan keningnya tanda ingin tahu. 'Saya ada melakukan sesuatu? Apa lagi yang puteri ni nak buat pada saya...'

Puteri Katy segera memandang Kilan dengan wajah meminta simpati. "Yang Mulia, Yang Mulia harus percaya pada saya. Pembantu ini yang sudah mencuba untuk menggoda Yang Mulia Putera Issac dan sudah menyebarkan berita mengenai perangai dia yang tidak beradap. Saya sendiri mendengar ini dari Ahli Sihir Angela!"

"Jangan lupa, Yang Mulia... Jika pembantu ini adalah pembantu yang sama yang mempunyai perasaan terhadap Yang Mulia dulu," tambah Puteri Katy sambil menjeling ke arah Aubree yang hanya berdiri di belakang Julie dengan tenang.

Wajah Kilan berkerut dengan hebat saat dia mendengar kata-kata Puteri Katy. Dia memberikan tatapan yang lama kepada Aubree. Tiada yang dapat meneka apa yang sedang dia fikirkan.

Perlahan-lahan, Kilan berdiri dari kerusi. Dengan tangan yang disilangkan ke belakang, Kilan berjalan mendekati Aubree yang sedang menunduk.

Puteri Katy terlihat seperti ingin menahan Kilan. Dia ingin tahu kenapa Kilan tiba-tiba berdiri dan mendekati Aubree. 'Tidak mungkin jika Yang Mulia ingin menolong pembantu bodoh ini, kan? Saya tidak akan terima jika Yang Mulia Putera Kilan menolong untuk menutup kesalahan pembantu ini!'

"Saya dilaporkan bahawa kamu sudah melakukan perbuatan tidak sopan di kediaman saya. Adakah kamu mengaku yang kamu sudah melakukan perkara itu?" Kilan berkata kepada Aubree dengan suara yang tenang.

"Maaf, Yang Mulia tapi pembantu ini tidak tahu apa yang Yang Mulia katakan. Saya tidak pernah melakukan apa-apa yang tidak sopan di kediaman Yang Mulia," Aubree juga menjawab dengan tenang walaupun matanya tidak digerakkan untuk bertentangan dengan Kilan.

Mendengar jawapan dari Aubree itu membuatkan Puteri Katy menjadi semakin marah. Dia terus berdiri dan jarinya ditudingkan ke wajah Aubree. "Penipu! Yang Mulia, jangan percaya dengan apa yang telah dia katakan itu! Pembantu bodoh ini berbohong kepada Yang Mulia! Dia yang melakukan perkara tidak bermoral itu!" jerit Katy dengan marah.

Julie yang masih ada di sana menjadi cemas dengan tuduhan itu tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong Aubree kerana dia tahu sebagai seorang pembantu rumah, dia tidak boleh sesuka hati bercakap dengan kerabat diraja. Buat pertama kalinya, Julie membenci dirinya sendiri kerana tidak dapat menolong kawannya.

Kilan terus menoleh semula ke arah Puteri Katy. Terkejut dia melihat sikap Puteri Katy berubah dari lembut kepada kasar. Kilan tidak menyangka yang Puteri Katy yang lembut itu tiba-tiba akan berteriak dan menuduh Aubree yang bukan-bukan.

Katy melihat wajah Kilan berubah kerana teriakannya. Oleh itu, puteri Elf itu pun segera mendekati Kilan dengan wajah yang cemas. Wajahnya juga berubah menjadi sedih dan matanya muka berair.

"Yang Mulia, tolong percaya dengan saya. Saya tidak akan pernah berbohong pada Yang Mulia. Faktanya, saya berusaha mahu menolong Yang Mulia untuk tetap menjaga ketenangan di kediaman Yang Mulia. Saya tahu jika Yang Mulia sangat sibuk untuk menolong Kerajaan kita daripada diserang dengan Tentera Kegelapan, sebab itu dalam diam saya membantu Yang Mulia untuk menjaga keamanan kediaman Yang Mulia agar tiada perkara yang buruk berlaku..."

Sepanjang masa Puteri Katy bercakap kepada Kilan, anak matanya sering memandang ke arah Aubree beberapa kali.

Pembantu-pembantu yang ada di sisi Puteri Katy segera mendekati puteri Elf itu lagi dan mencuba untuk memujuknya.

"Jangan bersedih, Tuan Puteri... Ini bukan salah Tuan Puteri. Tuan Puteri tidak perlu menyalahkan diri sendiri..."

"Ya, Tuan Puteri... Tuan Puteri tidak bersalah dalam mana-mana hal... Tuan Puteri hanya mahu membantu Yang Mulia Putera Kilan saja..."

Aubree yang melihat wajah sedih Puteri Katy dan air mata yang bergenang di mata puteri Elf itu hampir membuatkan Aubree ingin bertepuk tangan di sana. Aubree ingin memuji puteri Elf itu kerana dia dengan jayanya dapat berlakon di depan Kilan.

Bukan saja wajah dan sikapnya berubah menjadi seorang Elf yang lemah dan sedih malah dia juga berjaya membuatkan air matanya keluar, sehinggalah boleh membuatkan sesiapa melihat puteri ini turut merasa sedih dan seakan-akan mahu melindunginya dari benda yang ingin menyakitinya.

'Dia ingat dia saja yang boleh berlakon? Saya pun boleh berlakon lebih baik dari kau tapi sayangnya saya tidak mahu buang tenaga saya nak berlakon depan kamu berdua! Buang masa saya saja! Peih!'

Melihat Puteri Katy yang hendak menangis itu membuatkan hati Kilan mencair sedikit. Sejujurnya, dia tidak mempunyai perasaan terhadap Puteri Elf ini saat pertama kali dia membawa puteri ini tinggal di kediamannya.

Namun seiring dengan waktu dan bila Kilan belajar mengenali sikap Puteri Katy yang lemah-lembut, penyayang dan memahami itu, dinding pelindung di sekeliling hati Kilan pun runtuh dan Kilan tidak boleh menafikan yang dia memang menyukai Puteri Elf ini.

Kilan tersenyum kecil dan dia pun menggosok kepala Puteri Katy untuk menenangkan puteri Elf itu. "Saya percaya pada kamu. Sudah, kamu tidak perlu menangis hanya kerana ini!"

'Percaya kepala otak kau! Apa benda yang kau nak percaya pada dia sedangkan semua yang dia cakap tu tak betul. Yang buat benda tak bermoral tu sebenarnya dia! Dasar perempuan dua muka!' Aubree hanya mampu membebel dalam hati.

Melihat kemesraan diantara dua orang Elf itu membuatkan Aubree ingin saja termuntah di sana. Kalau boleh, dia ingin saja perkara ini cepat selesai dan pergi dari sana. Meluat dia melihat dua orang Elf in bermesraan di depannya.

Kilan menoleh kembali ke arah Aubree. Kali ini wajahnya menjadi lebih serius berbanding dengan wajah yang ditunjukkan olehnya ketika bercakap dengan Katy tadi.

"Kamu mesti sudah lupa apa yang saya sudah katakan kepada kamu beberapa bulan yang dulu. Saya sudah hukum kamu selama enam bulan kerana kesalahan kamu sendiri dan sekarang kamu masih tidak berubah? Kamu mahu dihukum sekali lagi?"

Secara tiba-tiba, Aubree merasa sakit di dasar hatinya. Aubree tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba menjadi sakit kerana tuduhan dari Kilan tadi tapi apa yang dia pasti adalah perasaan sakit hati yang dia rasa ini berasal dari perasaan pemilik badan yang asal.

Menyedari jika pemilik badan yang asal masih mempunyai perasaan terhadap Putera Ketiga ini membuatkan Aubree menjadi bengang. 'Seriously? Apa yang 'Aubree' yang lama nampak pada putera ni sampai dia jatuh cinta? Yang saya nampak cumalah sekadar seorang putera raja yang hanya tahu menuduh orang tanpa sebarang bukti. Orang macam dia pun langsung tidak layak untuk saya panggil kawan!'

"Yang Mulia, ini ialah salah saya. Saya yang tidak memperingati dia sebelum ini. Jika saya tahu jika keadaan jadi begini, saya yakin nama Yang Mulia dan nama Putera Issac tidak akan tercemar dengan gosip buruk itu..." Katy berjaya membuatkan Kilan mempercayainya seratus-peratus dengan air mata palsunya. Dia menggunakan hujung lengan bajunya untuk mengelap air mata palsunya.

Dari ekor mata Aubree, dia dapat melihat pembantu lain yang berada di taman itu juga sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Mereka hanya akan berdiri tegak dan diam saja ketika Kilan memandang mereka.

Mendengar bagaimana sahabat baiknya juga ikut terlibat dalam hal ini membuatkan Kilan menjadi marah. Dia tidak kisah jika dirinya menjadi sasaran orang lain tapi dia tidak akan pernah membiarkan orang yang dekat dengannya juga ikut terlibat.

"KURANG AJAR! BERLUTUT DI HADAPAN SAYA SEKARANG JUGA!"

Kilan menggunakan aura dari kekuatannya untuk membuatkan Aubree melutut di atas tanah.

Meskipun Aubree mempunyai ilmu bela diri yang tinggi, namun kerana badan yang dia miliki saat ini sangat lemah membuatkan Aubree tidak dapat bertahan dan dia terus melutut di atas tanah dengan kuat.

Yang malangnya, tempat yang Aubree melutut sekarang mempunyai ketulan batu yang tidak terlihat.

Sebaik saja lutut Aubree mengenai tanah, lutut kirinya segera terhentak pada batu itu. Aubree segera menggigit bibirnya untuk menahan dirinya daripada mengeluarkan suara kesakitan.

'D*mn! Badan ni terlalu lemah. Saya tidak dapat menahan aura kuat dari putera ni! Tidak boleh jadi ni, saya kena banyak melatih badan ini supaya menjadi kuat!'

Dalam diam, Puteri Katy tersenyum kecil melihat keadaan malang Aubree. Senyuman sinis itu disembunyikan di sebalik hujung baju yang tadinya digunakan untuk mengelap air matanya.

"Saya tidak perlukan pembantu rumah seperti kamu. Kamu sudah membuatkan sahabat saya terlibat dalam hal ini. Bukankah saya sudah memberi peringatan kepada kamu untuk melupakan perasaan kamu terhadap saya? Dan sekarang kamu berani mahu menjadikan Putera Pertama dari Kerajaan Timur sebagai sasaran kamu? Kurang ajar!"

Setiap kata-kata kasar dari Kilan itu membuatkan sakit di hati Aubree semakin bertambah tapi Aubree tidak melakukan apa-apa. Dia hanya diam di sana dan menunduk, menerima setiap kata-kata kasar dari Kilan.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C32
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login