Download App
21.42% BE MY WIFE

Chapter 3: BAB 3

Satu subjek baru ja selesai, cikgu Anam mula keluar dari kelasnya. Lagi Waney sibuk mengemas alat tulis dan bukunya namanya di panggil oleh cikgu Anam. Waney panggung kepalanya memandang cikgu Anam dan mula berdiri dan menuju ke arah cikgu Anam apabila cikgu Anam meminta Waney menolongnya. Tiba sahaja Waney di hadapan cikgu Anam, dia mula bawa buku dan beg yang tak berapa berat untuk cikgu Anam.

Cikgu Anam sempat beritahu ketua kelas dan penolong kelas yang dia meminjam Waney untuk sementara. Anggukan dari Hafiz dan Ana memberi jawapan kepada cikgu Anam. Waney yang dari belakang cikgu Anam mula berjalan malas. Tetiba cikgu Anam berhenti seketika dan lagi cakap dengan seorang pelajar. Waney melihat wajah pelajar itu terus matanya terbuka luas.

'Laa dekat sini juga nak jumpa pun.' Bisik hatinya.

Waney cuba hendak lari dan mula nak berjalan dahului dari cikgu Anam tetiba namanya di panggil oleh cikgu Anam. Dengan malas dia menoleh melihat wajah cikgu Anam. Senyumannya terukir paksa.

"Y-Yes sir?" tanyanya sedikit gagap.

"Buku tu bagi dekat Fauzan, kamu bawa beg tu." Balas cikgu Anam.

"Eh? K-kenapa tak suruh d-dia bawa se-semua ni ja?" Waney tidak pandang kearah Fauzan matanya hanya memandang cikgu Anam.

"Aku ada nak cakap dengan kamu. Kali ni kamu tak boleh lari." Balas cikgu Anam sambil kakinya melangkah menuruni anak tangga.

Fauzan turut menurun dan mula capai buku dari dakapan Waney. Waney cebik dan serah sahaja buku kepada Fauzan dan kakinya terus melangkah menurun tangga dan berjalan di sebelah cikgu Anam. Sementara mereka baru turun, terjumpa cikgu Khairiah yang baru hendak naik tangga. Tergamam Waney melihat cikgu Anam dan baru dia menunduk dan hendak berkata cikgu Anam berkata dahulu.

"Ha Khairiah. Awak nak masuk kelas 5 Ert/Sastera kan? Saya pinjam Waney kejap." Kata cikgu Anam dan menunjukkan Waney di sebelahnya kepada cikgu Khairiah.

"Okey. Jangan lama sangat, harini ada quiz untuk mereka." Balas cikgu Khairiah, anggukan Waney dan cikgu Anam memberi jawapan kepada cikgu Khairiah.

Fauzan hanya mengekori sahaja langkah Waney dan cikgu Anam dari belakang. Tiba sahaja di pejabat guru, Waney dan Fauzan mula letak barang cikgu Anam di atas mejanya. Cikgu Anam duduk di tempatnya dan matanya memandang Waney sekilas sebelum melihat ke arah Fauzan.

"Fauzan kamu boleh balik ke kelas kamu. Terima kasih tolong saya." Cikgu Anam mula memandang Waney pula. Fauzan mula bergerak pergi meninggalkan pejabat guru, dia ada terdengar perbualan Waney dengan cikgu Anam.

"Waney.. Aku tengok kamu dah banyak berubah ni? Result kamu semakin menurun. Kamu ada masalah ka?" tanya cikgu Anam kepada Waney.

Sememangnya dia paling rapat dengan Waney, jadi perkembangan pembelajaran Waney guru-guru di sini akan mengadu kepadanya. Waney dia suka berdiam dan suka bersendirian dalam kelas, tak banyak cakap. Semenjak keluarga Waney bercerai Waney banyak berubah. Waney hanya diam mendengar.

"Kalau kamu ada masalah keluarga jangan lah sampai bawa ke sekolah. Pembelajaran kamu tu lebih penting." Cikgu Anam masih bersuara menasihati pelajarnya.

"Kalau kamu ada perkara nak di luahkan, lepaskan lah dan cerita lah dekat cikgu tentang masalah kamu. Kamu itu harapan cikgu, cikgu tak nak kamu semakin murung dan result kamu semakin teruk." Hanya dengar suara cikgu Anam yang bersuara. Fauzan yang dengar mengambil keputusan menunggu gadis itu di luar bilik guru.

"Saya okey ja sir Anam. Mungkin saya banyak main masa belajar." Waney senyum semanis mungkin.

Cikgu Anam hanya mengeluh. Setahunya Waney tak pernah main dalam kelas atau ponteng kelas. Dia paling suka belajar dan suka buat perkara yang baru. Selama dia kenal Waney, Waney gadis yang rajin. Cumanya gadis ini tak banyak cakap dengan rakan sekelasnya. Hanya rapat dengan dua kembar dalam kelas 5 Sastera.

"Kamu balik kelas dulu. Jangan banyak termenung, focus dengan quiz kamu." Balas Cikgu Anam. Waney mengangguk dan minta izin untuk beredar.

Dia mula buka pintu bilik guru dan matanya ternampak pelajar lelaki yang masih berdiri membelakanginya. Waney terus menunduk dan berjalan menghampiri tangga. Fauzan yang perasan Waney baru keluar dari bilik guru dia mula mengekori langkah gadis tadi. Waney hanya diam dan kakinya terus melangkah anak tangga dengan laju tanpa pedulikan Fauzan berjalan di sebelahnya. Sementara sampai di bangunan kelas tingkatan 5.

Fauzan masih setia berjalan di sebelah gadis pemalu walaupun gadis tu cuba hendak lari daripadanya. Tiba di anak tangga pertama, Waney langsung berlari anak meninggalkan Fauzan dari belakang. Fauzan hanya senyum melihat telatah gadis di hadapannya. Sampai sahaja di kelasnya, dia mula mengetuk pintu kelas, dia berjalan masuk dalam kelas dan menuju ke mejanya. Sementara dia lagi keluarkan alat tulisnya dari beg. Kedengaran beberapa suara perempuan di kelasnya memandang Fauzan yang berjalan melintasi kelasnya.

"Weh.. Crush aku.. Crush aku." Bisik Alia.

"Adoii, hensemnyaa." Kata Anis pula.

"Weh Fauzan! Fauzan tu." Husni jerit kecil kepada kawannya.

Waney pandang Fauzan sekilas sebelum dia mula menjawab quiz dalam kertas di atas mejanya. Dia senyum kecil apabila membaca setiap soalan, dengan perasaan lemah dia menjawab juga. Waktu menjawab quiz sudah tamat begitu juga dengan waktu kelas cikgu Khairiah turut habis. Waney mengeluh dan senyum gembira apabila dia berjaya habiskan ke semua quiz.

"Hafiz.. Kamu tolong kutip kertas dekat semua pelajar." Kata Cikgu Khairiah kepada Hafiz ketua kelas mereka.

Waney yang dengar terus dia meletak kertasnya di hujung mejanya bagi memudahkan Hafiz mengutip. Tiba di meja Waney, Hafiz pandang Waney dengan senyuman, Waney sambut senyuman Hafiz. Hafiz yang tengok senyuman manis dari bibir yang kecil itu membuatkan hatinya berdegup.

"Err, kertas aw-awak?" tanya Hafiz yang sedikit gagap. Waney hanya senyum. Dia mengambil kertas di atas mejanya dan serah kepada Hafiz.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Jawab Waney perlahan.

Hafiz terus pergi Kearah cikgu Khairiah selepas dia selesai mengutip kertas dari semua pelajar. Cikgu Khairiah membaca kertas milik Waney, senyumannya terukir sedikit apabila membaca jawapan dalam kertas itu sebelum memandang kepada Waney yang sudah termenung melihat tingkap di sebelahnya. Cikgu Khairiah mengeluh dengan pelajar kesayangannya.

'Apa kata aku bagi sekarang? Lagipun aku juga yang asyik rasa bersalah sebab bawa wallet orang.' Bermonolog dalam hati.

Dia mula bangun dan menuju kearah cikgu Khairiah. Cikgu Khairiah yang sememangnya memerhati Waney dari tadi hanya senyum kepada pelajarnya. Waney membalas senyuman cikgu Khairiah sebelum dia meminta izin untuk keluar pergi tandas. Dia berjalan dan menuju ke kelas 5 Akaun di mana kelas Fauzan belajar.

Dia mengeluh dan rasa takut itu sudah menghantui dirinya. Ada beberapa pelajar yang sedar melihat kearahnya dia mula tidak selesa tapi dia gagahkan juga kakinya menuju ke pintu kelas Fauzan. Dia mengetuk pintu dan matanya hanya melihat cikgu yang mengajar kelas 5 akuan. Cikgu yang nama Syahril mula menuju ke arah Waney yang pernah menjadi pelajarnya dulu.

"Kenapa Waney?" tanya Cikgu Syahril kepada pelajar yang mengetuk kelasnya.

Waney mula tergagap untuk tutur kata, tak selesa semua pelajar di situ memandangnya. Dia menarik nafas kecil. Dan mula untuk mengusun ayat. Di pandang Wajah cikgu Syahril.

"Saya nak jumpa pelajar cikgu. Nama dia err Fauzan." Balasnya dengar sedikit ragu mengebut nama Fauzan.

"Kenapa kamu nak jumpa dia?" tanya cikgu Syahril untuk memastikan alasan Waney hendak jumpa pelajarnya.

"Saya nak serahkan wallet dia yang tertinggal di perpustakaan semalam." Jawabnya jujur. Cikgu Syahril senyum dengan balasan dari Waney.

"Okey.. Kamu tunggu sini." Kata cikgu Sharil sebelum menuju ke mejanya.

Fauzan yang dari tadi memandang gadis di luar kelasnya tak henti-henti mengukir senyuman. Waney mula mengundur dan sedikit jauh dari kelas 5 akaun. Cikgu Syahril mula bersuara dan memanggil Fauzan.

"Fauzan, ada pelajar nak jumpa kamu." Katanya.

Fauzan mengangguk dan kakinya terus menuju kearah gadis yang ingin menjumpanya tanpa peduli ke semua pelajar melihatnya. Waney yang lagi melihat bangunan sebelah hanya mengeluh kecil. Fauzan yang sudah di sebelahnya hanya senyum memerhati wajah sisi gadis di hadapannya. Waney yang perasan dirinya di perhati dia memandang wajah Fauzan 2 saat sebelum dia menunduk malu.

Tangan kanannya mula masuk ke dalam poket baju sekolahnya dan serahkan wallet lelaki di hadapannya. Fauzan yang berdiri di hadapannya hanya memandang gadis itu menunduk. Waney mula bersuara.

"Sa-saya nak pu-lang kan wa-llet yang a-wak ting-gal." Balasnya dengan gagap. Fauzan senyum dan menyambut perlahan dompet di tangan gadis itu.

"Cu-ba aw-awak periksa.. A-ada yang hi-lang tak?" Masih dengan gagapnya. Fauzan mengangguk dan turut memeriksa dompetnya.

"Semua ada ja dalam ni.. Cuma.. Satu ja tak ada." Balas Fauzan tenang sambil bibirnya terukir senyuman.

"Eh? Apa yang tak ada?" terus hilang gagapnya apabila mendengar perkataan dari mulut lelaki di hadapannya.

'Ish jangan ada yang tercicir, nanti cop aku mencuri pula.' Bisiknya dalam hati.

"Nama awak ja yang tak ada." Balas Fauzan dengan senyumannya.

"Errr.. Wa-ney.. Panggil saya Waney ja." Balas Waney pula. Fauzan senyum.

"Nama penuh bukan nama panggilan."

"Err.. Che Waney Soffya." Jawabnya.

"Saya mesti awak dah tau, tapi saya nak kenalkan nama saya juga dekat awak." Kata Fauzan lagi.

"Saya Ahmad Haris Fauzan." Kata Fauzan lagi.

"Err.. Ok-key." Balas Waney gagap.

"Terima kasih sebab awak berani hantar wallet saya balik. Terima kasih sebab awak dah jaga elok-elok wallet saya dan terima kasih beritahu nama awak." Kata Fauzan dengan senyumannya masih terukir.

"Er.. Iya.. Sama-sama." Balasnya pendek.

"Er.. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Waney memberi salam sebelum kakinya mula melangkah meninggalkan Fauzan.

Dia masuk di dalam kelasnya yang masih belum ada gurunya lagi. Hatinya berdebar, bukan sebab suka tapi sebab takut dan dia baru berperang dengan ketakutannya. Dia mengeluh kecil, akhirnya lepas juga dari masalahnya. Walaupun hanya untuk memulangkan semula dompet lelaki yang di minati oleh semua pelajar perempuan kecuali dirinya.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login