Download App
Bukan Cinta Biasa Bukan Cinta Biasa original

Bukan Cinta Biasa

Author: Taya18_Taya

© WebNovel

Chapter 1: 1. Pengkhianatan Janji

Cahaya matahari kian membahang. Menambahkan lagi bahang yang sedia ada di hati Adelia seiring dengan kekecewaan yang tidak dapat digambarkan. Manik - manik mulai menitis satu persatu di muka Adelia yang mulus itu. Dia menyeberangi jalanraya yang begitu sibuk dengan pelbagai model kereta." Maafkan saya Lia, saya tidak mampu menggotakan janji saya untuk mengahwini Lia, saya tidak mampu membantah pendapat keluarga saya. Mereka tetap ingin menjodohkan saya dengan Salina." kata - kata Amzi masih lagi terngiang-ngiang. Kini, hancur berkecai segala harapan yang diberikan kepada lelaki itu, impian juga sudah punah dek kerana ibu bapa Amzi tidak menerima Adelia sebagai menantu mereka. Secara tidak sedar, airmata yang sekian lama tersimpan sejak tadi akhirnya bertakung juga lalu perlahan - lahan menuruni pipi Adelia. Adelia menyeka airmata yang semakin deras sambil berlari melintas jalan raya tanpa menoleh lagi.

Piiiiiiiiip!!!!! Suasana jalanraya menjadi riuh dengan hon kereta dari sebelah kiri. " Hooooi! kalau mahu bunuh diri, bukan disini. pergi mati sendiri-sendiri," suara lelaki kedengaran dari dalam kereta yang membuka cermin. Sebuah kereta mewah nyaris melanggar Adelia. " Saya mi.. mi..minta maaf tuan. Saya benar - benar tidak nampak kereta kamu tadi. Lagipun, saya sedang kejar masa untuk bekerja." Adelia mengaku kesilapannya lalu berkali-kali memohon maaf kepada empunya kereta tersebut. Kalau bukan disebabkan hatinya yang sedang kecewa, perkara ini tidak akan berlaku. " Pergi mampuslah kau dengan alasan itu. Heiii perempuan, jalan ini bukan jalanraya bapa engkau," lelaki itu sekali lagi melemparkan kata-kata menyindir. Adelia hanya melemparkan pandangan dengan penuh rasa bersalah namun dalam hati Adelia menyumpah serana lelaki tidak bersopan yang ada di hadapannya kini. Tidak lama kemudian, kereta tersebut meluncur laju menghilang dari pandangan Adelia. Mujur saja Adelia sudah berada di tepi jalan ketika itu. Adelia menghela nafas tanda lega lalu meneruskan perjalanan dengan perasaan yang bercampur baur. Perlahan-lahan kenangan bersama Amzi berlegar kembali di ingatan Adelia.

"Saya akan setia kepadamu Lia. Kamulah puteriku sampai saya mati sekalipun," Amzi merenung anak mata Adelia sehingga Adelia tidak mampu membalas renungan itu. " Terima kasih Am.... saya harap kamu dapat menunggu saya sehingga saya dapat mencapai impian saya." Adelia membalas kata-kata Amzi dengan penuh harapan. Bagi Adelia, tiada lagi lelaki yang mampu mengantikan Amzi di hatinya. Amzi adalah satu-satunya lelaki yang mampu mencairkan hati Adelia. Adelia menyeka airmata yang turun sekali lagi. "Semoga saya akan kuat" Adelia berkata ingin menyakinkan diri sendiri. Secara tidak sedar Adelia sudah pun sampai ke hadapan pejabat.

Dengan langkah longlai, Adelia memasuki pejabat. Dia berusaha berwajah tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. " Lia, awak lambat hari ini?" sapa Julia rakan sekerja Adelia. "Ohh.. saya ada sedikit hal tadi. Bos ada?" serta merta Adelia bertanyakan keberadaan bos mereka yang terlebih cerewet itu. " Bos belum masuk office lagi. tahu un takut," seloroh Julia mengusik rakannya itu. Selepas itu, masing-masing meneruskan kerja yang tertunggak. Namun, tidak bagi Adelia. Fikirannya telahpun melayang kepada kejadian sebentar tadi. Sukar untuk dia menerima hakikat bahawa Amzi menghianati janji yang telah diikat bersama. Setelah 5 thun menyemai cinta, akhirnya cinta mereka kecundang jua dek kerana keputusan ibu bapa Amzi yang telah menjodohkan anak tungg mereka dengan gadis pilihan mereka sendiri.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login