Download App
Bukan itu kebahagian yang ku mahu Bukan itu kebahagian yang ku mahu original

Bukan itu kebahagian yang ku mahu

Author: Daoist907140

© WebNovel

Chapter 1: Bukan itu kebahagian yang ku mahu

Perkhawinan di usia yang muda itu bukan sesuatu impian terbesar setiap wanita di dunia ini apalagi dalam usia yang setahun jagung. Jika ada, semestinya dia mahukan kebahagian yang setarah dengan pengorbanannya yang terbesar, iaitu mengorbankan usia muda ataupun masa-masa bujangnya untuk mencipta pelbagai kenangan suka duka dalam hidup dan menikmati duniawi yang hanya sementara ini demi sebuah mahligai perkhawinan yang terindah sehingga ke hari tua. Apa yang difikirkan, setiap pagi seorang isteri akan menyediakan sarapan pagi dengan senyuman tak lekang dibibir dan membelai suami yang masih lena dipagi hari pertama bergelar suami isteri. Mempunyai hubungan yang mesra pada setiap Hari Dan merasakan dunia ini hanya Ada mereka berdua, menikmati siang Dan malam yang berganti ganti bersama, berdua. Ya betul, begitulah keindahan yang perkhawinan diusia yang muda yang diimpikan setiap wanita. Lyna juga salah satu seorang remaja yg berfikir perkhawinan diusia yang muda itu adalah suatu keindahan yang tiada tarahnya kerana akan menjalani hari hari yang penuh gelak ketawa dan keriangan bersama suami yang sangat dicintai. Lyna seorang remaja yang sangat lasak, walaupun sudah berusia belasan tahun, namun sifat keanak-anakannya tidak menghalang dia untuk menghibur hati setiap insan dan mencipta kegembiraannya. Berambut panjang ikal, berkulit putih dan memiliki wajah yang cantik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki di kampung halamannya untuk memiliki gadis berdarah Kadazandusun itu. Lyna adalah suatu nama yang sangat terkenal di kampung halamannya dengan sifat yang sangat berani, lagi lagi dia adalah anak kepada seorang guru yang sangat berpengaruh di kampung itu.

Menjadi anak kepada seorang guru sudah tentu adalah suatu kebanggaan pada setiap anak anak desa walaupun di Mana sahaja, selain daripada memiliki kehidupan yang senang dan di gemari setiap penduduk kampung. Sebaliknya, menjadi anak kepada seorang guru itu tidaklah semudah yang difikirkan oleh kebanyakkan orang orang kampung, kerana pendapatan seorang guru sekolah rendah itu, tidaklah setinggi mana sehingga mampu memiliki sebuah rumah yang besar, kereta yang mewah Dan mempunyai kehidupan yang senang lenang. Ketegasan dan pendirian seorang guru itu tidak hanya apabila berada di sekolah untuk mendisiplinkan murid- murid sekolah rendah yang banyak karenahnya, namun ketegasan itu juga menjadi sifat normal seorang pendidik yang membuatkan sesiapa sahaja merasakan bagai hidup di dalam sebuah penjara. Begitulah apa yang bermain di dalam fikiran Lyna, disebabkan ketegasan bapanya itu, semua pergerakan dan pergaulan Lyna terbatas, setiap hari Lyna rasa ingin memberontak Dan mengatakan " SAYA MAHU BEBAS ! ". Namun, Lyna adalah seorang anak yang sangat baik, menuruti sahaja setiap apa yang bapanya katakan, walaupun terkadang terpaksa merasakan pedihnya rotan yang menyentuh badan kecilnya itu kerana selalu bermain bersama budak budak lelaki seusianya. Pada suatu petang Lyna bertanya kepada Amak yang sibuk membersihkan halaman " amak, apa sayur Kita harini ? " dengan senyumannya yang sangat manis, Amak hanya memandangnya seketika Dan menyambung kembali kerjaannya dan membelakangi anak daranya itu. Lyna bertanya lagi " Amakkk, sa tanya ni apa sayur Kita harini ", Amak yang kian rimas dengan pertanyaan anaknya itu menjawap sepatah " Tiada ", Lyna kelihatan sangat gembira dengan jawapan Amak kerana jawapan Amak itu membolehkan dia untuk keluar rumah Dan berjumpa rakan rakannya. Sepantas kilat Lyna menjawap " Amak kalau gitu sa pergi carilah sayur sama c Inah " mendengar jawapan anaknya seperti itu Amak menjawap " Yala, tapi balik awal ya, nanti bapa kau marah lagi tu " Lyna teruja lalu berlari naik kerumah Dan memanggil inah iaitu adiknya yang beza setahun darinya " Inah ! Inah ! " lalu adiknya yang masih terbuai mimpi terbangun kerana di kejutkan oleh suara kakaknya yang kuat " aduiii apa ba kau ni Lyna, mengantuk ba saya " Lyna yang melihat gelagat adiknya yang masih mamai itu berkata " bangun la oiii , matahari tu di atas kepala kau sudah, kau tu perempuan.. kalau c bapa nampak kau ni habis la habis " Inah yang malas mendengar bebelan Lyna menjawap " yea , bangun sudah Saya ni .. apa kau mau, kau jangan cakap yang kau mau bawa saya jumpa dorang c Rina ya " Lyna hanya tersinggih lalu berkata " eh manada, Saya mau bawa kau Cari sayur c Amak suruh " Inah yang masih berbaring di tilamnya itu berkata sambil menatap Mula Lyna yang tersenyum bagai menyembunyikan sesuatu dan menjawap " kau jangan main main Lyna, mati Kita nanti kalau c Bapa Tau Kita keluar " Inah merasa ragu dengan ajakan Lyna yang mengajaknya untuk mencari sayur. Lyna yang terlaly teruja untuk berjumpa kawan-kawannya menarik lengan adiknya untuk bangun tanpa menghiraukan amaran adiknya itu " Inah cepatlah ba, kau ikut saja" Inah yang hanya akur dengan permintaan kakaknya itu dan bersiap untuk keluar. Setelah beberapa minit kemudian, Lyna membawa Inah ke Padang sekolah yang tidak jauh daripada tempat tinggal mereka, Inah yang kehairanan berkata " Lyna, kau cakap mau Cari sayur, kenapa Kita di Padang ni, nanti nampak c Bapa ba " Lyna tidak menghiraukan kata adiknya dan berjalan pantas kehadapan setelah melihat kelibat Rina iaitu temannya yang sedang duduk di bawah pohon yang besar berdekatan Padang tersebut. " Rina ! " Lyna memanggil temannya yang tidak jauh darinya lalu meninggalkan Inah lalu duduk bersama-sama Rina Dan bercerita panjang tanpa mempedulikan adiknya itu. Inah yang melihat keadaan tersebut hanya berjalan malas dan duduk bersama sama Rina dan Lyna lalu menyertai cerita mereka. Selang beberapa jam kemudian, Inah mengingatkan Lyna untuk pergi mencari sayur Dan pulang kerumah kerana hari semakin gelap, namun keasyikan dua sahabat baik itu bercerita tidak menyedari apa yang di katakan Inah. Hari semakin gelap dan mereka pun pulang ke rumah namun tidak berkesempatan untuk mencari sayur. Dengan tangan kosong, Inah dan Lyna Naik ke rumah dan melihat Bapa mereka dengan Muka yang sangat berang.


Load failed, please RETRY

New chapter is coming soon Write a review

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login