Download App
9.11% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 78: Cadangan untuk Bersekutu

Chapter 78: Cadangan untuk Bersekutu

Editor: EndlessFantasy Translation

Awal keesokan harinya, Zhang Yang seperti biasa berlatih bertinju dan berlari jarak jauh. Latihannya mengambil masa lebih daripada sejam. Dia log masuk ke dalam permainan video selepas menikmati sarapannya.

Sebagai permulaannya, Zhang Yang menyerang Sayap Hadapan dan Sayap Tengah dungeon dalam Mod Paling Sukar bersama Drizzler dan lain-lain. Selepas dia membubarkan pasukan tersebut, Zhang Yang menerima beberapa berita apabila dia pulang ke Ibu Kota.

Pendominasi, Tinggi Langit, dan Amarah Membara telah menyelesaikan serangan Sarang Marzerway dalam Mod Sukar pagi tersebut. Mod Sukar di Sayap Utama dungeon telah diteroka dan momentum tersebut akan diteruskan dan sayap seterusnya akan diserang hingga kejayaan dicapai!

Han Gemuk mula panik apabila dia membaca mesej tersebut dan berkata, "Yang Kecil, kita kena cepat. Kalau tak, Pencapaian Penyelesaian Pertama serangan dungeon akan menjadi milik orang lain!"

"Jangan cemas sangat. Hanya kita berlima yang melebihi Tahap 20. Tengoklah tahap mereka dari Pendominasi, Tinggi Langit, dan Amarah Membara. Lima pemain tertinggi mereka hanya berada pada Tahap 17!" Zhang Yang tersenyum kerana dia sedikit pun tidak bimbang.

Pendominasi, Tinggi Langit, dan Amarah Membara merupakan persatuan yang hebat dan ini terbukti apabila mereka berjaya membuat serangan dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway tanpa [Posyen Anti Bayangan Pemula]. Keupayaan mereka memang mengagumkan! Namun, mereka tetap memerlukan [Posyen Anti Bayangan Pemula] untuk menyelesaikan Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway!

Dalam kehidupan Zhang Yang yang lepas, ia memang telah terbukti kerana banyak pasukan yang tewas tanpa bantuan [Posyen Anti Bayangan Pemula]!

Menurut artikel 'Ulasan 5 tahun', semua persatuan besar tidak mampu menyelesaikan Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway walaupun mereka telah mencuba sedaya-upaya mereka. Tiada apa-apa perkembangan lain selama 17 hari sebelum resepi [Posyen Anti Bayangan Pemula] akhirnya ditemui. [Posyen Anti Bayangan Pemula] kemudian telah menjana aktiviti di pasaran. Sehari kemudian, sebuah pasukan dipanggil "Kegemilangan" berjaya menyelesaikan Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway!

Kegemilangan berpusat di Kota Bintang Ungu, salah sebuah kota utama dalam pelayan China. Setiap kota utama mengehadkan set peta kawasan mereka kepada semua pemain di bawah Tahap 50 dan pemain dari kota lain tidak boleh berkomunikasi dengan yang lain-lain selagi belum mencapai tahap tersebut. Jadi, Zhang Yang tidak khuatir tentang kemungkinan dia akan mengubah garis masa melalui satu lagi kesan rama-rama di tujuh kota utama lain dalam wilayah China. 

Istana Jed Putih satu-satunya perkara yang dia perlu khuatiri kerana perkembangan permainan video ini mungkin banyak terkesan dengan kehadirannya. Dia bimbang jika resepi kedua [Posyen Anti Bayangan Pemula] akan muncul lebih awal di Istana Jed Putih!

Jika ini benar-benar berlaku, masa depan yang dia ketahui dan masa depan yang akan dia lalui mungkin berbeza!

"Tanker noob, kalau tiada apa-apa lagi, aku nak pergi beli-belah dengan kakak sepupuku!" Drizzler menyatakan dalam saluran pasukan.

Zhang Yang senyum dan membalas, "Hati-hati, jangan tertinggal pula orang yang tidak pandai mencari arah itu."

Si Salji yang berasa jengkel dengan Zhang Yang itu mengetap giginya lalu kedua-dua mereka log keluar dari permainan video ini.

Ratusan Tembakan menyatakan yang dia telah meluangkan terlalu banyak masa dalam permainan video ini sejak dua hari lepas, jadi dia cepat-cepat log keluar untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak lelakinya. Han Gemuk pula terus berada di atas talian. Namun, dia meminggirkan Zhang Yang sebelum menuju ke Pusat Mengurut untuk mencari gadis pelayan.

"Gadis sebelum saudara…" Zhang Yang merengus dan menggeleng kepala sebelum menuju ke Rumah Lelong seorang diri. 

Peti simpanan Zhang Yang telah penuh dengan [Posyen Anti Bayangan Pemula]. Dia pada asalnya ingin menghentikan pembikinan [Posyen Anti Bayangan Pemula] dan mula menjualnya apabila lebih ramai pemain mencapai Tahap 20 dan menuju ke dungeon Sarang Marzerway seperti ketika ini. Dia boleh mula menyimpan untuk set peralatan pertamanya dengan menggunakan pusingan dalam membeli bahan, menggunakannya, dan kemudian menjual [Posyen Anti Bayangan Pemula].

Perancangan tersebut tidak mengambil kira faktor yang dia kini Ketua Persatuan Asap Gurun Terpinggir. Jadi, dia turut memperolehi kuasa dalam menguruskan peti simpanan persatuannya!

Dalam 'Keajaiban Tuhan', sistem akan memberikan inventori terkumpul sebanyak 1000 slot apabila sebuah persatuan ditubuhkan. Ini merupakan peti simpanan persatuan. Untuk meluaskan peti simpanan persatuan tersebut, sebanyak 1000 keping syiling Emas diperlukan untuk inventori kedua, 10 kali ganda daripada amaun itu untuk inventori ketiga, 10 kali ganda lagi daripada amaun sebelum ini untuk inventori keempat, dan seterusnya. Kos tersebut akan terus berganda sehingga menjadi satu juta keping syiling Emas untuk naik taraf terakhir. Namun, setiap persatuan hanya boleh mempunyai maksimum sepuluh buah peti inventori.

Peti simpanan Asap Gurun Terpinggir porak-peranda dan penuh dengan barangan tidak berguna seperti snek untuk memulihkan diri, ikan, gigi harimau, bijih, dan lain-lain! Zhang Yang menggeleng kepalanya dan mengarahkan ahli persatuannya membuang barangan tidak berguna tersebut.

Sepuluh minit kemudian, Zhang Yang telah mengubah kuasa dalam menguruskan peti simpanan persatuan di mana Ahli mempunyai kuasa untuk "Menyemak", Pegawai mempunyai kuasa untuk "Menyemak" dan "Menimpan", sementara Naib Ketua Persatuan mempunyai kuasa penuh untuk "Menyemak", "Menyimpan" dan "Mengeluarkan".

Di masa hadapan, peti simpanan hanya dibenarkan untuk penyimpanan peralatan, barangan yang boleh dimakan, batu permata, dan barangan berharga yang lain. Ahli persatuan dibenarkan membeli barangan tersebut menggunakan mata sumbangan kepada persatuan. Tahap kemewahan peti simpanan persatuan akan berkait rapat dengan keupayaan persatuan tersebut sebagai punca dan kesan. Ia menjadi punca apabila ahli persatuan bertambah bersemangat melihat peti simpanan yang penuh dengan barangan berharga! 

Zhang Yang membelanjakan 1000 keping syiling emas lagi untuk membeli peti inventori kedua dan menetapkan kuasa pengurusannya di mana hanya Ketua Persatuan sahaja yang boleh "Menyemak" peti simpanan tersebut.

Dengan 1000 slot tambahan dalam peti simpanan tersebut, Zhang Yang sudah tentu boleh mendapatkan semua [Rumput Brassica] dan [Bunga Ginkgo] yang dia kehendaki! Harga kedua-dua herba ini menurun sejak dua hari lepas selepas pembelian Zhang Yang terhenti apabila peti simpanannya telah sampai hadnya. Harga kedua-dua herba tersebut pasti akan melonjak naik lagi setelah dia meneruskan pembelian dalam kuantiti yang banyak itu.

Kebanyakan pemain dengan tugas Alkimia percaya yang itu ialah cubaan pengaut untung untuk memanipulasi pasaran, jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak membeli langsung [Rumput Brassica] dan [Bunga Ginkgo] walaupun dengan peningkatan harga bahan tersebut. Disebabkan itu, Zhang Yang boleh mendapatkan banyak [Rumput Brassica] dan [Bunga Ginkgo] tanpa apa-apa saingan. Selepas mendapatkan bahan tersebut, dia terus memulakan penghasilan posyen itu, satu persatu sehingga ia terkumpul banyak.

Selepas membeli semua [Rumput Brassica] dan [Bunga Ginkgo] dari rumah lelong itu, Zhang Yang membuka papan muka "Carian" di rumah lelong untuk memeriksa resepi Alkimia dan Pertukangan.

Bagi Alkimia, tiada resepi melebihi tahap pemula yang dijual. Namun, terdapat beberapa resepi [Batu Asah Tahap 2] dan harganya berlainan daripada 100 hingga 300 keping syiling emas.

Kadar dapatan [Batu Asah Tahap 2] ini agak tinggi. Walaupun harga 100 keping syiling emas itu agak tinggi, Zhang Yang masih mempunyai wang yang boleh dibelajakan, jadi tanpa melengah-lengah lagi, dia terus membeli resepi [Batu Asah Tahap 2] yang paling murah. Ia tiba dalam peti suratnya dan dia cepat-cepat mempelajari resepi tersebut.

[Batu Asah Tahap 2] (Boleh digunakan)

Kegunaan: Menajamkan senjata dan meningkatkan kerosakan sebanyak 20 mata.

Meskipun peningkatan mata kerosakan tersebut tidak terlalu besar, ia tetap berguna. Apa yang paling penting ialah ia merupakan cara paling menjimatkan kos dalam meningkatkan penguasaan Pertukangan daripada Tahap Amatur kepada Tahap Lanjut.

Membentuk sebuah [Batu Asah Tahap 2] memerlukan dua [Kepingan Tembaga Hijau], jadi Zhang Yang memeriksa harganya di Rumah Lelong dan menghubungi Pakar Pelombong melalui pesanan peribadi, "Kau ada masa?"

Selepas beberapa ketika, Pakar Pelombong membalas, "Kau ini! Aku sudah lama tak dengar khabar daripada kau sejak beberapa hari ini! Aku ingatkan kau sudah memilih penjual lain. Aku tak sangka kau akan jadi salah seorang selebriti dalm Kedudukan Penyelesaian Pertama dalam Serangan Dungeon!"

Zhang Yang pula berkata, "Taklah, aku cuma sibuk dengan serangan dungeon. Aku tiada masa untuk berlatih Pertukangan! Aku perlukan banyak [Kepingan Tembaga Hijau], kau ada tak stok untuk itu?"

"Hmph, jangan buat pelombong profesional marah pula!" Pelombong Profesional itu cepat-cepat membalas dan bertanya, "Berapa banyak yang kau perlukan?"

Dua [Kepingan Tembaga Hijau] diperlukan untuk membuat sebuah batu asah manakala 1000 mata kepakaran memerlukan 2000 Kepingan Tembaga Hijau, jadi Zhang Yang mahu mendapatkan 100 timbun Kepingan Tembaga Hijau. Zhang Yang membalas, "Um, 100 timbun dulu!"

"Sheesh!" Pelombong Profesional menghantar sebuah mesej yang dipenuhi tanda koma dan tanda seru. Selepas beberapa ketika, Pelombong Profesional berkata, "Hmph, kau selalu sukarkan kerja aku. 100 timbun [Kepingan Tembaga Hijau]… kau rasa itu boleh didapati semudah [Kepingan Besi]? [Kepingan Tembaga Hijau] ini Bijih Tahap 2, lagipun, ia tidak mempunyai titik kemunculan yang banyak dan kawasan selatan pula penuh dengan raksasa."

"Okey, baik. Cakap betul-betul, berapa banyak yang kau boleh beri?"

"Hmph, kau buat pilihan yang tepat untuk datang kepada aku. Kalau pergi kepada penjual lain, mereka mungkin hanya boleh beri setakat satu atau dua timbunan."

"Cukuplah merapu dengan memuji diri kau sendiri. Berapa yang kau sebenarnya ada?"

"Tujuh timbunan!"

Itu sangat tidak mencukupi! Zhang Yang tetap berkata, "Okey, hantar kepada aku! Berapa kos setiap timbun?"

"Ha ha, kita sudah lama berjual beli dan aku akan terus terang dengan kau. Bagaimana kalau aku jual dengan harga 2 keping syiling emas untuk setiap timbun?"

Harga itu agak murah berbanding harga yang ditawarkan di rumah lelong! Zhang Yang membalas "Aku beli" dan menamatkan perbualan tersebut.

Walaupun dia perlu bersaing dengan Terapung, permintaan untuk [Perisai Tanah Bulat] tetap tinggi. Namun, harganya masih tidak meningkat. Zhang Yang cuba untuk meletakkan satu lelongan [Perisai Tanah Bulat] dengan harga permulaan sebanyak 1000 keping syiling emas, tetapi selepas seharian lelongan dijalankan, ia hanya terjual pada nilai tertinggi 600 keping syiling emas berdasarkan lelongannya yang lain.

Semasa Zhang Yang mengetuai pasukannya menyerang dalam Mod Paling Sukar di Makam Bangar sejak dua hari lepas, dia telah memperolehi lima [Kepingan Tembaga Bertapis]. Beberapa [Kepingan Tembaga Bertapis] yang berjaya diperolehi oleh pasukan Han Gemuk turut diserahkan kepadanya membuatkan dia mempunyai 11 [Kepingan Tembga Bertapis] semua sekali! Zhang Yang menjual [Kepingan Tembaga Bertapis] di rumah lelong dan mengambil 1000 keping syiling emas untuk disimpan di dalam peti simpanan persatuan sebagai upah memperbaiki senjata buat tank dan penyembuh. 

Belum sempat Zhang Yang bergerak untuk meneruskan grindnya terhadap raksasa bagi mengumpulkan mata pengalaman dan menggunakan masa terluangnya sebelum log keluar untuk makan tengah hari, dia menerima satu permintaan menambah kenalan. 

Ia satu permintaan daripada ketua persatuan Pendominasi, Lelaki Beradab yang Rendah Diri.

Zhang Yang memikirkannya sejenak dan memilih "Terima".

"Ha ha, kami rancang untuk mempelawa kau untuk sertai persatuan aku dua hari lepas, tapi kami tak sangka Asap Gurun Terpinggir akan mempelawa kau terlebih dulu!" Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu tidak menghantar mesej peribadi kali ini, tetapi dia sebaliknya bercakap dengan kuat melalui perbualan suara, "Aku bukan nak merendah-rendahkan Asap Gurun Terpinggir, tapi mereka itu cuma persatuan kelas kedua. Mereka akan memperlahankan kau!"

Zhang Yang tersenyum dan membalas, "Persatuan mana yang tidak bermula sebagai persatuan kelas kedua?"

Pendominasi juga melalui perkara yang sama.

Lelaki Beradab yang Rendah Diri tertawa dan berkata, "Aku sebenarnya hendak meyakinkan kau untuk tinggalkan Asap Gurun Terpinggir dan sertai Pendominasi, tapi nampaknya macam tiada kemungkinan itu akan berlaku! Nasib baik itu bukan tujuan utama aku hubungi kau hari ini. Kalau tak, malu aku dibuatnya!"

"Oh. Ketua persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri, kau hendak bertaruh lagi?" Zhang Yang bertanya dengan bersemangat.

Lelaki Beradab yang Rendah Diri tidak mampu menahan rasa gugupnya yang dikawal sejak dari tadi apabila dia teringatkan yang dia kehilangan 20,000 keping syiling emas kepada Zhang Yang daripada taruhannya yang salah. Kerugian itu membuatkannya jatuh miskin selama beberapa hari! Walaupun semua pemain yang mencapai Tahap 20 boleh membuka servis pertukaran syiling emas, mereka tidak mungkin akan mengalami keadaan di mana mereka kekurangan syiling emas selagi mereka mempunyai wang yang mencukupi. Namun, ia bukan mudah buat pemain biasa untuk membelanjakan lebih kurang 160,000 dolar untuk ditukarkan kepada 20,000 keping syiling emas sebagai matawang dalam permainan video!

Meskipun Pendominasi merupakan persatuan yang ditaja, ia tetap mustahil bagi penaja untuk melabur sesuatu tanpa apa-apa pulangan. Maka, 20,000 keping syiling emas itu telah dibayar sendiri Lelaki Beradab yang Rendah Diri yang akhirnya telah membuatkannya sengsara!

"Bukan itu yang aku maksudkan" Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu memaksa dirinya tersenyum dan berkata, "Kami mendapat satu idea selepas mencuba menyerang dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway!"

"Oh?"

"Ketua Persatuan Zhan Yu, aku agak faham keadaan persatuan kau sekarang. Persatuan kau hanya ada lima orang yang berada pada atau melebihi Tahap 20 dan kau memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk membentuk sepasukan dengan 20 orang ahli yang mesti berada paling kurang pada Tahap 20! Tambahan pula, ahli pasukan itu memerlukan banyak peralatan sebelum mereka layak untuk meneroka dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway!"

"Berdasarkan semua itu, kau ada apa-apa cadangan yang bagus?"

"He he, aku rasa aku ada satu cadangan!" Lelaki Beradab yang Rendah Diri terhenti seketika dan berkata, "Kebolehan kau berlima memang ternyata tinggi dan aku boleh mengumpulkan 10 ahli persatuan yang berperalatan lengkap dan mempunyai kebolehan yang menyamai kau berlima. Bukankah lebih baik kalau kita bekerjasama dalam menyelesaikan serangan dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway?"

Lelaki Beradab yang Rendah Diri berasa khuatir melihat keupayaan Tinggi Langit dan Amarah Membara dalam penyelesaian pertama dalam Mod Paling Sukar di Sayap Tengah. Tinggi Langit dan Amarah Membara kini berada di peringkat kelima dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway, manakala Pendominasi pula masih berada di peringkat ketiga dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway! Jika Pendominasi terus berada dalam keadaan sebegini tanpa mencari jalan penyelesaiannya, mereka pasti akan kehilangan Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway!

Lelaki Beradab yang Rendah Diri telah memikirkan perkara ini masak-masak dan dia percaya hanya Zhang Yang dan pasukannya yang boleh membantu Pendominasi memenangi Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway! Tanbahan pula, dia tahu Zhan Yu kekurangan ahli untuk melakukan serangan dalam Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway manakala Lelaki Beradab yang Rendah Diri pula memerlukan pemain profesional yang hebat. Dengan adanya kombinasi sebegitu, mereka semua akan memperolehi faedah!


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C78
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login