Download App

Chapter 2: sober

Aku menekan mata pena berdakwat hitam cair, mencatat segala maklumat diri yang diberikan mereka.

Setiap patah perkataan cuba aku tangkap agar tidak menyimpan butiran yang salah tentang mereka yang kini semuanya beratur panjang di hadapan aku... kecuali beberapa orang.

1.. 2.. 13.. 12?

Hah! Setahu aku kelas ini ada 15 orang pelajar termasuk aku, jadi ada dua orang yang tak mahu sertai temu ramah cincai yang aku adakan ini.

Seorangnya masih tidur, sejak aku mula menjejakkan kaki ke tempat ini. Ya, hah lelaki itu pasti terlalu mengantuk. Sudah dua jam aku perhatikan dia lansung tidak bangun.

Seorang lagi pelajar tidak dapat pula aku kesan entah kemana.

"Adelaine Bugiwan." Ujarnya agak kekok dan suaranya seperti sedang menahan tangis atau sebak. Adelaine adalah pelajar kedua yang aku kumpul maklumatnya pada hari pertama ini.

Nama-nama yang aku bakal catat hari ini akan aku simpan dan masukkan ke dalam buku atau folio yang akan aku buat suatu hari nanti, 1 tahun dari sekarang.

Namun, tak kerana tujuan rasmi sahaja aku berusaha hari ini..tak lain tak bukan kerana aku juga ingin mengenali rakan sekelasku dan cuba untuk menghafal nama dan muka mereka.

Aku senyum nipis lalu mengangguk simbolik lampu hijau untuknya menyambung perkenalkan diri.

"Saya.. dari Kinoringan dan ambil aliran sains." ujar Adelaine. Wajahnya kebawah dan kedua tangannya rapat diatas peha, menguis-nguis skirt hijau lumut gelap yang dipakai bersama kemeja putih serta tali leher hijau bercorak flora yang berwarna emas.

Aku sekali lagi mempamerkan senyum nipis, oleh kerana hanya perkara itu sahaja yang aku boleh buat sekarang. Yeahh, you know..aku masih lagi baru disini dan agak kekok untuk aku bersuara sesuka hati. Malu!

Hampir lima minit aku menunggu Adelaine yang seperti kucing yang malu untuk meninggalkan kerusi berhadapan denganku agar orang lain pula yang berada disitu..untuk apa? pastilah untuk ditemu ramah aku!

Elodie, iaitu gadis yang berambut merah jambu yang merupakan pelajar pertama aku catatkan maklumatnya berada di sebelah aku. Dia ketika itu sedang menggunakan telefon pintar. Tanpa mengalihkan pandangannya sedikit pun dari skrin telefon dia bersuara..

"Adelaine... " bernada tegas namun seperti memujuk Elodie berjaya menghalau Adelaine, gadis kecil yang memiliki rambut perang kemerah-merahan.

Errr, apa perkataan yang mereka gunakan untuk mengambarkan karakteristik khusus ini ya dahulu?

Oh ya, ginger!

Gadis ginger itu akhirnya kembali pada tempat duduk asalnya iaitu di tempat paling hadapan baris kedua dari kiri.

Ini adalah yang kedua kalinya aku bersemuka dengannya. Tangannya pantas menarik kerusi kayu dan bibir itu tidak walau sesaat luntur senyuman. Membuat aku agak tidak selesa.

Aku menunggu seketika, merenung permukaan helaian pertama buku itu. Sehinggalah aku mengangkat wajahku lalu bertembung mata kami berdua, barulah dia 'sober' dari diamnya.

"Gabriel Akane."


CREATORS' THOUGHTS
Tennessine Tennessine

>_<

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login