Download App

Chapter 115: Bilah Ego

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kuil Bulan merupakan Kesatuan yang terkenal dalam Kawasan Tuhan. Namun, kawasan pengaruhnya tidak berada di dalam Kerajaan Bintang-Bulan tetapi di Empayar Tulip. Persaingan antara persatuan-persatuan di sana lebih hebat berbanding di Kerajaan Bintang-Bulan. Sementara itu, Kuil Bulan adalah salah satu daripada Persatuan yang terhebat dalam Empayar Tulip. Jika dibandingkan dengan Ouroboros, mereka ternyata lebih kuat.

Cendekiawan Angsa Sunyi di hadapan Shi Feng ketika ini merupakan Pemain Pedang tahap tertinggi.

Shi Feng akan mendapat banyak kebaikan apabila berkawan dengan seseorang seperti Angsa Sunyi.

"Helo," kata Shi Feng sambil menganggukkan kepala, membuatkan yang lain terdiam.

Selain daripada Angsa Sunyi, beberapa pemain lain datang dan memperkenalkan diri mereka kepada Shi Feng. Mereka semua ingin berkawan dengannya. Lagipun, seorang kawan baru bermakna sebuah jalan tambahan akan terbuka untuk mereka pada masa hadapan. Ia benar terutama sekali untuk seseorang pakar tahap tinggi yang tiba di Bandaraya Sayap Hitam. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan bermusuhan dengan pakar-pakar ini.

Mereka sekumpulan tidak pernah lagi melihat mana-mana pakar tahap tertinggi yang berada dalam negara yang sama seperti mereka dalam Bandar Sayap Hitam. Ini disebabkan setiap negara sangat jauh antara satu sama lain dan negara-negara yang saling berhubungan akan mendatangkan faedah untuk jangka masa yang lama.

Pada masa yang sama, sekiranya mereka dapat menjadi kawan dan dapat menjalinkan kerjasama, maka kedua-dua pihak akan dapat manfaat.

Ini turut menjadi salah satu faedah yang tidak ramai tahu di Bandaraya Sayap Hitam.

Lelaki berjanggut itu memandang sekali imbas pada Shi Feng dan mengetahui yang tahap Shi Feng sama seperti tahapnya sendiri. Dia sangat berbangga kerana mampu mencapai Tahap 7. Walau bagaimanapun, kini dia berasa tercabar apabila ada seorang pemain bebas yang berada di tahap yang sama dengannya. Ditambah pula dengan situasi yang mana pemain lain ingin berkawan dengannya, lelaki berjanggut itu mendengus, "Hmph, dia cuma pemain bebas. Apa gunanya untuk berbaik-baik dengan dia?"

Suasana di Rumah Lelong menjadi tegang apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

Memainkan peranan sebagai seorang yang peramah, Angsa Sunyi cuba beramah mesra dan berkata dengan senyuman, "Abang Bilah Ego, tidak semua orang mampu datang ke Bandar Sayap Hitam dengan mudah. Jadi mengapa kamu bersikap dingin dengan dia? Jika kita mampu berbaik-baik sesama kita, pasti bagus untuk kita nanti."

"Bagus?"

"Dia hanyalah seorang pemain bebas, bagaimana dia mampu membantu kita?"

"Bagaimana dia boleh membantu kita?"

Penghinaan daripada Lelaki berjanggut kepada Shi Feng semakin menjadi-jadi. Dia kemudiannya bermegah-megah dengan lencana Persatuan yang tersemat di dadanya, perkataan "Dewa Perang Kehausan Darah" tertulis pada lencana tersebut. lencana itu berwarna perak, menandakan lelaki berjanggut itu seorang yang berpengaruh dalam Persatuannya.

Dewa Perang Kehausan Darah merupakan Persatuan kelas-pertama yang mendapat tempat ketiga teratas dalam Empayar Naga Hitam. Dewa Perang Kehausan Darah adalah Persatuan yang telah lama membangun, sejarah penubuhannya bermula sekurang-kurangnya 60 tahun dahulu. Pada masa itu, ibu bapa Shi Feng belum dilahirkan lagi.

Melihat Bilah Ego yang berkelakuan seperti itu, Angsa Sunyi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia kemudiannya memandang Shi Feng dan berkata, "Minta maaf. Selalunya, Abang Bilah Ego tidak berkelakuan sebegini. Mungkin dia sedang berada dalam keadaan yang kurang baik hari ini."

"Ini kali pertama Abang Api Hitam datang ke Rumah Lelong Sayap Hitam, kan? Kamu datang tepat pada masanya. Hari ini ialah hari Rumah Lelong Sayap Hitam menganjurkan lelongan. Namun, kalau kamu ingin mengikut serta dalam lelongan ini, kamu perlu membeli Tanda Kebesaran Sayap Hitam yang berharga 2 Syiling Emas. Kamu hanya dibenarkan masuk selepas memiliki Tanda Kebesaran Sayap Hitam. Tambahan pula, para pemain yang memiliki Tanda Kebesaran Sayap Hitam boleh membawa masuk dua orang pemain lagi bersama mereka."

"Apa kata saya bawa Abang Api Hitam masuk bersama saya untuk lelongan ini? Kamu boleh menjimatkan wang di situ."

Sewaktu Shi Feng ingin menolak tawaran itu, Bilah Ego mencemuh, "Seorang pengemis tidak mampu membeli Tanda Kebesaran Sayap Hitam, apa hak kau untuk datang bersama kami?"

"Aku ada satu perkara yang hendak dikatakan. Aku tidak mahu dekat dengan budak sialan ini. Kalau kamu semua nak menjalinkan perikatan, pilih sama ada aku atau dia. Kamu semua pilih. Sama ada dia pergi, atau aku yang pergi dari sini."

Bilah Ego mempunyai latar belakang Dewa Perang Kehausan Darah, manakala Shi Feng tiada apa-apa. Bilah Ego sangat yakin yang Angsa Sunyi dan yang lain akan memilih dia tanpa perlu berfikir panjang.

Hanya kerjasama antara yang kuat sahaja, baru mereka boleh mendapatkan manfaat yang besar. Sekiranya mereka bekerjasama dengan pemain bebas, siapa yang boleh memberi jaminan yang dia masih mampu datang kembali ke Bandar Sayap Hitam selepas tiket masuknya ke Bandaraya Sayap Hitam telah habis digunakan. Sementara itu, Bilah Ego mendapat sokongan daripada Persatuan kelas-pertama. Sudah tentu dia akan dapat masuk ke Bandar Sayap Hitam dengan mudah jika dibandingkan dengan pemain bebas yang biasa itu.

Jika Shi Feng tidak mempunyai kebolehan untuk melawat Bandar Sayap Hitam dengan kerap, macam mana dia hendak menjamin kerjasama antara dua pihak?

"Abang Bilah Ego, perlukah kamu bersikap seperti itu?"

Angsa Sunyi dan yang lain berasa sangat pening ketika cuba bertolak ansur dalam situasi ini. Mereka hanya mahukan keuntungan dalam kerjasama yang terbina antara satu sama lain. Namun, Bilah Ego telah mewujudkan situasi yang kurang baik. Jika mereka memilih Shi Feng masuk ke dalam kumpulan mereka, Bilah Ego akan rasa dihina. Namun, jika mereka menerima Bilah Ego pula, Shi Feng tentunya beransur pergi dengan marah dan berfikir dia telah dikhianati.

Pada satu sisi, sebuah Persatuan kelas-pertama. Pada sisi yang lain pula, seorang pemain bebas. Situasi ini membuatkan mereka tertekan.

"Apa yang kamu ragukan ini? Susah sangat untuk membuat keputusan? Aku dapat pertolongan daripada Dewa Perang Kehausan Darah. Maklumat dan sumber yang aku miliki jauh lebih bermakna dengan apa yang kamu semua dapat bayangkan. Kalau kamu tidak mahu bekerjasama, aku boleh mencari Persatuan-Persatuan lain. Tidak kira apa yang jadi, aku tak mahu melihat pemain bebas dalam pakatan kumpulan kita," Bilah Ego memandang Angsa Sunyi dan yang lain, berkata dengan kelakuan yang sangat biadab.

Shi Feng melihat kedegilan Bilah Ego itu yang bagaikan seluruh dunia berpusat padanya seorang. Orang ini turut menggunakan pengaruh latar belakangnya untuk menghalau Shi Feng keluar daripada kumpulan itu. Walaupun Angsa Sunyi dan yang lain dengan jelas mengajak Shi Feng atas kehendak mereka sendiri, namun kini mereka sudah ragu-ragu dengan tindakan mereka. Melihat situasi ini, Shi Feng mencemuh, "Disebabkan aku hanyalah pemain bebas, aku tidak akan menyusahkan kalian lagi, Abang Angsa Sunyi. Orang yang berjalan di haluan yang berbeza tidak boleh merancang bersama-sama. Mari kita ikut haluan masing-masing mulai sekarang."

Selepas berkata demikian, Shi Feng berjalan ke arah pintu masuk Rumah Lelongan.

Melihat Shi Feng yang sedang berjalan pergi tanpa menunggu, Salji Sepi dan yang lain tidak mampu melakukan apa-apa selain akur sahaja. Lagipun, Shi Feng sememangnya seorang pemain bebas. Walaupun dia seorang pakar, dia tidak mampu memberikan mereka banyak faedah.

"Hmph, pemain bebas yang biasa ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kita? Jangan mimpi," kata Bilah Ego.

Selepas beberapa ketika, pintu pagar Rumah Lelong dibuka, membenarkan orang ramai mula masuk ke dalam bangunan tersebut.

Apabila Bilah Ego dan yang lain berjalan ke pintu masuk...

"Maafkan saya, tuan, tapi kamu tidak dibenarkan masuk." Seorang Sateria menghalang Bilah Ego dan yang lain.

"Tuan Sateria, kami semua memiliki Tanda Kebesaran Sayap Hitam," Angsa Sunyi menunjuk-nunjuk pada tanda kebesaran di dadanya, berkata.

"Lelongan yang akan diadakan pada hari ini adalah Lelongan VIP. Orang kebanyakan tidak dibenarkan masuk. Lelongan yang biasa akan diadakan minggu hadapan, oleh itu sila datang semula di lain hari," jelas Sateria itu.

Bilah Ego kemudiannya menuding ke arah Shi Feng yang sedang berjalan masuk ke dalam Rumah Lelong, berkata dengan hati yang tidak sedap, "Tuan Sateria, jadi apa hak orang itu untuk masuk ke dalam? Dia tidak mempunyai sebarang Tanda Kebesaran Sayap Hitam. Kenapa kamu membenarkan dia masuk?"

Sateria itu menjadi sangat tidak senang dengan kelakuan Bilah Ego. Namun, dia tetap memandang pada arah yang ditunjuk oleh Bilah Ego, lalu ternampak Tuan Pemburu Iblis, Shi Feng. Sateria itu memandang kembali pada Bilah Ego dan yang lain, berkata dengan kejam, "Kamu semua adalah orang biasa tetapi kamu ingin berdiri sama tahap dengan Tuan Pemburu Iblis?"

"Sedar diri dan segera beredar! Aku akan tangkap kamu semua jika kamu terus membuat hal di sini!" Sateria itu menempik dengan marah kepada Bilah Ego dan yang lain.

Bilah Ego berasa sangat terperanjat. Bagaimana mungkin seorang pemain rawak dan bebas yang mereka jumpa itu seorang yang mengagumkan? Dia kemudiannya berfikir balik kata-kata ejekan yang dikeluarkan Sateria itu. Bukankah itu kata-kata yang pernah dikeluarkannya tadi?

Jika terdapat lubang berhampiran dengan mereka, Bilah Ego ingin melompat masuk ke dalamnya sekarang juga. Perkara ini sangat memalukan.

Angsa Sunyi dan yang lain turut terkejut. Mereka pandang Shi Feng dengan riak wajah yang terkejut, kekesalan yang tidak berkesudahan melanda hati mereka.

Selepas membuat banyak siasatan, mereka mendapat tahu yang akan ada satu lelongan yang dijalankan hari ini. Tambahan pula, barang yang dilelong itu sangat jarang, jadi mereka telah membayar harga yang tinggi untuk mengumpulkan Syiling yang banyak. Namun, akhirnya, mereka langsung tidak dapat melepasi pintu masuk.

Melihat kelakuan Sateria yang penuh rasa hormat terhadap Shi Feng, Mereka menyedari gelaran Pemburu Iblis adalah satu gelaran yang berkuasa apabila melihat cara Sateria itu melayan Shi Feng. Shi Feng tentunya dapat membawa beberapa orang pemain sekali dengannya. Namun, mereka telah memilih untuk mengetepikan Shi Feng lantas menghilangkan satu-satunya peluang untuk ikut serta dalam lelongan kali ini. Kekesalan yang melanda hati mereka boleh membawa maut. Pada waktu itu, mengapa mereka memilih untuk melepaskan Shi Feng?

Angsa Sunyi dan yang lain berfikir tentang Bilah Ego, punca di sebalik kejadian ini. Jika tidak kerana Bilah Ego, insiden seperti ini tidak akan berlaku.

Mereka semua terus berpaling ke arah Bilah Ego dengan rasa marah dan meluat.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C115
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login