Download App

Chapter 60: NPC?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat pada ekspresi panik Langit Ungu, Shi Feng tidak tahan lalu terus ketawa.

"Tidak perlu. Saya masih boleh bayar jumlah duit itu. Jika kamu menjualnya kepada saya sebanyak 5 Perak sahaja, kamu tidak akan dapat untung." Shi Feng melambaikan tangannya. Shi Feng tidak tergesa-gesa untuk menjadikan Langit Ungu sebagai rakan sepasukannya. Namun, dia tidak akan lepaskanny. Jika Shi Feng berkelakuan tidak sabar, dia mungkin akan membuat Langit Ungu curiga terhadapnya. Jadi, lebih baik untuk merapatkan hubungan mereka terlebih dahulu.

Tiada siapa dapat membayangkan Langit Ungu, salah satu daripada Cleric sepuluh teratas di Kawasan Tuhan, akan mempunyai penampilan seperti itu.

Seorang tuhan Cleric!

Itu merupakan Kerjaya Tingkat 6. Selepas sepuluh tahun akan datang, hanya beberapa pemain sahaja yang mencapai tingkat itu. Sedangkan Pelenyap Fantasi cuma seorang Semangat Santo, sewaktu kemuncak Tingkat 5 sepuluh tahun akan datang.

Namun, sebagai bakal Tuhan Cleric, Langit Ungu sebenarnya pemain Gaya Hidup Bebas sepanjang tempoh awal permainan. Sangat merugikan bakat yang ada.

Kebiasaannya di Kawasan Tuhan, hanya pemain tanpa sebarang kemahiran akan mendapatkan duit selain daripada membunuh raksasa. Namun, kerja Bantuan yang terkenal selalunya mempunyai keperluan yang tinggi, antaranya ialah dana yang banyak, ditambah lagi dengan kadar kejayaan yang terlampau rendah. Sangat susah untuk pemain bertahan dengan cara itu tanpa sokongan daripada mana-mana Persatuan.

Sementara itu, Kerja Bantuan seperti Tukang Masak lebih mudah. Kos untuk menampung kerja itu sangat rendah dan pemain seorang diri pun boleh berdiri sendiri. Jika bakat mereka tinggi, dan mereka mampu memasak hidangan yang lazat, mereka mampu mendapat sedikit duit di Kawasan Tuhan. Namun, hidangan yang lazat selalunya memerlukan Resipi Memasak Termaju dan bahan-bahan. Barangan ini sangat sukar didapati, oleh itu cuba menjana duit yang banyak bukanlah mudah.

Sangat sukar jika memikirkan semula seorang bakal Tuhan Cleric merupakan pemuda wanita yang kelam kabut.

Dia teringat yang Langit Ungu merupakan salah satu ahli kumpulan Ouroboros semasa tiga tahun pertamanya dalam Kawasan Tuhan. Apabila Dewi Salji meninggalkan Ouroboros, Langit Ungu turut keluar daripada Persatuan itu. Semenjak itu, dia hanya bermain seorang diri. Apabila dia sudah menjadi Cleric Agung Tingkat 4, berpusu-pusu Persatuan kelas-pertama cuba merekrutnya dengan nilai yang sangat tinggi. Ouroboros turut cuba merekrutnya beberapa kali. Malang sekali, Langit Ungu tidak melayan kehendak mereka.

Perbuatannya itu membuatkan Persatuan Kelas-pertama itu bengang. Disebabkan mereka tidak mampu memilikinya, mereka lebih rela menghapuskannya. Oleh itu, mereka hantar ramai pakar untuk membunuh Langit Ungu.

Malangnya, bukan sahaja Langit ungu tidak dapat dimusnahkan, malah, dia menjadi lebih kuat. Dia membunuh semua pemain yang dihantar oleh persatuan tersebut, menghapuskan mereka terus. Tidak lama selepas itu, dia memajukan kerjayanya kepada Tingkat 5, menjadi Santo Cleric Gemilang. Hal ini membuatkan Persatuan kelas-pertama itu menjadi tidak keruan.

Akhirnya, Langit Ungu menjadi Tuhan Cleric Tingkat 6. Pada masa itu, dia mencari semua Persatuan kelas-pertama yang mengganggunya dahulu untuk membalas dendam. Persatuan ini hanya mampu membayar duit pampasan untuk menyelesaikan perkara ini. Sejak dari itu, Langit Ungu menjadi sepuluh teratas Tuhan Cleric di seluruh dunia. Insiden ini menyebabkan orang-atasan Ouroboros menyesal tidak sudah kerana tidak menyuruhnya kekal dengan mereka selama ini.

Akibat daripada insiden ini, semua orang mempermainkan orang-atasan Ouroboros. Daripada mengasah pemain yang berbakat, sebaliknya mereka hanya menyebelahi pengampu yang mereka berkenan sahaja. Akhirnya, mereka terlepas peluang menjadi Persatuan-Super.

Namun, Shi Feng tidak melihat lencana mana-mana persatuan pun pada Langit Ungu ketika ini.

Tambahan lagi dengan penampilannya waktu ini, Shi Feng merasakan Langit Ungu mungkin ditemui oleh Dewi Salji pada masa akan datang, yang mana menyebabkan Langit Ungu berasa terhutang budi pada Dewi Salji. Oleh itu, Langit Ungu meninggalkan Ouroboros sewaktu melihat Dewi Salji berhenti bermain Kawasan Tuhan.

Sementara ini, Langit Ungu masih belum menjumpai Dewi Salji. Inilah peluang terbaik Shi Feng untuk merekrutnya. Jikalau Langit Ungu tidak mempunyai kemahiran ketika ini, dia berpotensi menjadi Tuhan Cleric. Selagi dia diasah dengan betul, dia pasti akan menjadi Tuhan Cleric di masa hadapan.

Langit Ungu bukanlah dungu. Apabila dia mendengar Shi Feng berkata demikian, dia menjeling Shi Feng dengan panik, kedua-dua tangannya menutup dadanya yang kecil sambil melangkah satu langkah ke belakang.

"Tuan, selain daripada menjual Jus Buah, saya tidak menjual perkara lain. Jikalau kamu menyesal sekarang, kamu boleh mengambil balik duit kamu." Langit Ungu menyerahkan kembali Syiling Perak yang baru diterimanya tadi. Namun, matanya masih terselit perasaan tidak rela sewaktu memulangkannya.

Di waktu kecewanya itu, seseorang mula muncul, berkata yang dia mahu membeli seribu cawan Jus Buah. Lebih-lebih lagi, dia sanggup menunggu tiga puluh jam tanpa mengurangkan bayarannya. Dia tidak percaya yang Shi Feng tiada motif tersembunyi, walaupun jikalau dia dipukul sampai mati.

Lupakan Langit Ungu; sedangkan pemain di sekeliling tidak akan mempercayainya. Jika Shi Feng tidak mempunyai niat yang tersembunyi, kenapa dia menyelamatkannya? Dia juga menghabiskan 10 Syiling Perak untuk membeli minuman yang tidak diperlukannya itu.

Shi Feng melihat pada ekspresi dan tindakan Langit Ungu yang berhati-hati itu. Dia kemudiannya memandang dadanya yang mendatar dan licin, dan terus ketawa. "Kamu telah salah faham. Saya tidak berminat dengan 'tanah mendatar' kamu itu. Saya cuma membelinya kerana saya ada kegunaan untuk Jus Buah itu kelak. Jika kamu tidak sudi menjualnya kepada saya, tidak mengapalah. Saya akan cari orang lain untuk membelinya."

Berkata demikian, Shi Feng melepaskan Hanyutan Darah lalu berpaling dan beredar dari situ.

Namun Hanyutan Darah tidak mahu melepaskan Shi Feng pergi. Shi Feng telah memalukannya di khalayak ramai dan memaksa dia melutut dengan satu tangan sahaja. Lebih-lebih lagi, sejak bila Kesatuan Pertahanan takut pada sesiapa?

Oleh disebabkan Pengawal tidak ambil kisah, terlalu senang untuk menghapuskan Shi Feng.

Berfikir seperti itu, Hanyutan Darah mengeluarkan senjata dan menggunakan Rempuhan pada Shi Feng.

Dengan lima derianya yang sensitif, Shi Feng sememangnya tahu perbuatan Hanyutan Darah itu. Shi Feng berpusing dan menghadapnya depan-depan, menghunus Bilah Neraka lalu menangkis serangan itu.

Dang! Pedang agung Hanyutan Darah terhenti pada pedang Shi Feng. Daripada ingin mencederakan Shi Feng, sebaliknya Hanyutan Darah terhentak ke belakang tiga ela. Kekukuhan pedang agung di tangannya terus berkurang sebanyak 2 mata, dan dia melihat pada Shi Feng dengan terkejut.

Dia tidak faham bagaimana orang seperti Shi Feng mempunyai kekuatan sekuat itu. Shi Feng ibarat haiwan bertopengkan manusia.

Pemain di sekeliling turut terkejut. Hanyutan Darah merupakan Berserker, jadi dia tentunya menambah banyak mata pada Kekuatan. Dia juga pada Tahap 3, sama seperti Shi Feng; bagaimana perbezaan antara mereka begitu ketara sekali?

Pemain itu tidak tahu, yang ini hanyalah separuh daripada kekuatan sebenar Shi Feng.

Lagipun, Shi Feng mampu memperoleh 6 Mata Atribut Percuma untuk setiap kenaikan tahap. Ia merupakan 1.5 kali ganda pemain biasa. Tambahan pula, badan Shi Feng dilindungi oleh Peralatan Gangsa dan Besi-Misteri. Itu merupakan Senjata Magis yang berkuasa. Walaupun dengan separuh aspek ini, Kekuatan Shi Feng jauh melangkaui pemain biasa.

Jika Kekuatan Shi Feng tidak dikurangkan separuh, dengan hanya mengaktifkan Kemahiran Kekuatan Tersembunyi Asas dan Kekuatan daripada Senjata Magis, Shi Feng mampu menghapuskan pedang agung yang biasa tanpa sebarang masalah.

"Budak hingusan, kau menempah maut! Lihat sahaja bagaimana aku kerjakan kau!" Hanyutan Darah sememangnya tidak percayakan fakta Shi Feng boleh berhadapan dengannya. Dia segera bangun, mengangkat pedang agungnya semasa memandang ke arah Shi Feng.

"Bodoh." Shi Feng menyarungkan kembali Bilah Neraka, sudah tidak ambil peduli lagi dengan Hanyutan Darah.

Melihat Shi Feng menyimpan senjatanya, Hanyutan Darah menyangka Shi Feng sudah takut dengannya dan ingin memohon maaf. Namun, dia tidak akan memaafkan Shi Feng. Hanyutan Darah terus meningkatkan kuasa di tangannya.

Baru sahaja Hanyutan Darah ingin menetak Shi Feng, dia terus Pengsan. Sebelum Hanyutan Darah mampu berpaling dan menyumpah budak tidak guna yang menyerangnya, dia menemui enam Pengawal berperisai perak-putih berdiri di hadapannya. Tidak berkata apa-apa, Pengawal terus menggari Hanyutan Darah.

"Kamu telah melanggar peraturan Bandar, mari ikut kami. Sebarang tentangan dan kamu akan dibunuh tanpa belas kasihan," dua orang Pengawal mengangkat Hanyutan Darah dari dua sisi, berpaling ke belakang dan mengheret dia pergi.

"Bedebah, kau sudah tersilap orang! Aku cuma rakyat biasa! Budak hingusan itu yang serang aku dahulu! Kau patut tangkap dia!" Hanyutan Darah terus menunjuk ke arah Shi Feng, menjerit kerana dia tidak berpuas hati. Namun, Pengawal itu tidak mendengar teriakannya, sebaliknya dengan segera membawa dia pergi.

Semua orang berasa terkejut. Mengapa Pengawal hanya muncul sekarang? Tambahan pula, dia turut menangkap orang yang salah. Apakah situasi yang telah berlaku ini?

Mungkinkah Shi Feng sebenarnya NPC, salah seorang bangsawan? Hanya bangsawan boleh mempunyai kuasa seperti itu.

Di samping itu, Langit Ungu jelas menampakkan wajah yang bingung, tidak mampu memahami situasi yang berlaku. Mengapa Pengawal tidak menangkap Shi Feng? sebaliknya, mereka menangkap Hanyutan Darah pula. Benarkah Shi Feng itu NPC Bangsawan?

Mata Langit Ungu dipenuhi rasa berat hati sewaktu melihat Shi Feng pergi. Dia menggigit lembut bibirnya yang merah menawan, tangannya yang lembut menggenggam erat penghujung bajunya.

Sudah tentu, dia tidak berkelakuan seperti itu kerana kekacakan Shi Feng, akan tetapi, sebab dia perlukan duit. 10 Syiling Perak itu sangat penting baginya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C60
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login