Download App
7.99% PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 83: Pertemuan Kedua

Chapter 83: Pertemuan Kedua

Editor: EndlessFantasy Translation

Gaung Physis, syurga di bumi, dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Pelbagai aliran air mengalir menembusi gaung tersebut, burung-burung berterbangan di langit. Hutannya juga dipenuhi bunyi-bunyi daripada beratus-ratus burung berkicauan.

Walaupun tempat ini indah, sekarang, tiada seorang pun pemain yang datang ke sini untuk menaik tahap. Lagipun, pemain yang paling tinggi tahapnya hanyalah Tahap 6. Biasanya, mereka akan menaik tahap dengan selamat di kawasan-kawasan Tahap 6 atau 7. Gaung Physis merupakan kawasan makhluk Tahap 8, dan makhluk-makhluk Tahap 9 pun boleh ditemui di kawasan-kawasan dalaman. Buat jangka masa yang singkat, tiada sesiapa yang bakal mengganggu tempat ini.

Lebih mustahak adalah tujuan Shi Feng untuk menjalani Misi Unik "Kubu Besi Barrutia". Misi ini sangat penting untuknya menubuhkan Kesatuannya sendiri pada masa depan.

Dalam hayat lampau Shi Feng, pemain yang menyelesaikan Misi Unik ini, hanya dengan mengharapkan ganjaran-ganjaran Misi sahaja, meningkatkan pendirian sebuah Kesatuan kelas kedua ke kelas pertama. Namun, kini memandangkan Shi Feng telah menerima Misi Unik ini, dia akan menggunakannya untuk mendatangkan faedah kepada Kesatuan yang bakal dia tubuhkan.

Setelah memasuki gaung tersebut, Shi Feng menggunakan Topeng Iblis untuk mengubah rupanya. Dia mengubah Set Bulan Perak kepada Set Peralatan sut hitam bersinar. Ia boleh digelar Set Peralatan Bulan Hitam. Shi Feng juga mengubah mukanya kepada muka lelaki tua yang berumur sekitar 26 hingga 27. Dia kemudian menyarungi jubah hitam, mukanya tersembunyi di dalamnya. Pada pandangan pertama, rupanya mengeluarkan aura misteri, yang menyebabkan orang lain fikir dia seorang lelaki yang mempunyai cerita disebaliknya.

Penampilan Shi Feng sedikit hampir dengan Renjer Malam, cuma dia hanya menyarung dua bilah pedang panjang pada belakangnya dan bukan busur hitam yang biasa. Lagipun, Shi Feng bukannya berasal daripada bangsa Bunian Malam.

Kini Shi Feng telah menyamar, tiada sesiapa bakal mengecamnya. Walau dengan mata Salji Lembut, mustahil untuknya mengecamnya.

Tiba di tempat berjumpa, Shi Feng mendapati Salji Lembut dan kumpulannya belum tiba.

Shi Feng menaikkan Notifikasi Sistem, melihat kadar jualan Rekaan Penempaan kali ini.

"Sudah habis jual?" Shi Feng melihat siri notifikasi, matanya hampir bersinar.

Terdapat lebih sepuluh notifikasi dari Rumah Lelong, dan setiap satu memberitahunya dia telah meningkat sebanyak sekitar 3 Syiling Emas.

Shi Feng melelong jumlah 20 buah Rekaan Penempaan, namun, Rekaan-Rekaan ini dijual pada harga purata 3 Syiling Emas. Boleh dibayangkan betapa terdesak Kesatuan-Kesatuan ini. Namun, berbanding harga 3 Syiling Emas, Kesatuan-Kesatuan ini yang membeli Rekaan Penempaan boleh juga, dengan pantas, mendapatkan kembali wang tersebut. Kawasan Tuhan hanya bermula dengan rasmi tiga hari lepas. Sambil masa berlalu, ramai pemain bakal menyertainya seorang demi seorang. Bilangan pemain baru mungkin juga melebihi pemain-pemain lama. Pemain-pemain baru ini merupakan pengguna utama, dan bekalan Plat Dada Berkerdip Tahap 3 tidak akan mampu menampung permintaan. Dalam masa yang singkat, nilai Plat Dada Berkerdip tidak akan jatuh, sebaliknya, nilainya mungkin meningkat.

Namun, tujuan Shi Feng telah pun tercapai, jadi dia tidak lagi merancang untuk menempa lagi Rekaan-Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip untuk memperoleh wang. Sekarang, begnya menyimpan lebih 50 Syiling Emas. Syiling-Syiling ini merupakan keseluruhan dana lebih sepuluh Kesatuan besar. Jika Shi Feng menggunakan kesemuanya untuk menjalankan sebuah Kesatuan, kuat manakah Kesatuan itu? Malangnya, wang bukan satu-satunya perkara yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah Kesatuan.

Shi Feng mengeluarkan 20 Syiling Emas dan mendaftarkannya pada Pusat Perdagangan Maya. Tak mungkin dia simpan sahaja semua Syiling Emas itu. Jika begitu, dia membuang wang sahaja. Berdasarkan harga jualan terkini, 20 Syiling Emas ini bernilai 180,000 Kredit.

Shi Feng tidak pernah menyangka segalanya akan berjalan begitu lancar. Dia telah memperoleh begitu banyak Kredit dalam masa singkat tiga hari. Namun, jika dia ingin menubuhkan Persatuan yang bagus, jumlah wang yang begitu sedikit masih tidak mencukupi.

Bagi menubuhkan Persatuan Bayang-Bayang, Lan Hailong telah melabur 5 juta Kredit dari awal. Bulan berikutannya, dia telah melabur lebih sepuluh juta Kredit. Boleh digambarkan betapa banyaknya wang yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah Persatuan, jangankan sebuah Kesatuan yang dianggotai beribu atau berpuluh ribu ahli. Akan tetapi, selepas Persatuan dan Kesatuan ditubuhkan, segalanya akan menjadi sangat berbeza.

Pada mata Kesatuan, beratus ribu Kredit tidaklah banyak mana yang disangka.

Shi Feng masih perlu memperoleh wang yang banyak.

Hal inilah sebab mengapa Shi Feng memilih untuk bekerjasama dengan Salji Lembut secara senyap.

"Awakkah Api Hitam?" suara yang setajam jed yang jatuh ke lantai datang dari belakang Shi Feng.

Shi Feng berpaling dan mendapati badan langsing Salji Lembut berjalan ke arahnya sambil menilainya. Walaupun ini hanya pertemuan kedua mereka, dia masih belum biasa dengan pandangan teliti Salji Lembut. Dengan nada yang sedikit dalam, Shi Feng berkata, "Betul. Itulah saya."

Mendengar jawapan Shi Feng, lebih-lebih lagi menerima maklumat yang membuktikan identiti Api Hitam, mata jelita Salji Lembut memfokus. Dia menggunakan kemahiran Pemerhatian secara senyap.

Tiba-tiba, Salji Lembut merenung kosong. Dia gagal mendapatkan nama Shi Feng. Maklumat yang tertera hanya menunjukkannya sebagai orang biasa yang bertahap 5.

Salji Lembut pada asalnya menyangka Api Hitam hanya mempunyai kemahiran penempaan yang hebat, banyak penemuan yang bernasib baik, strategi yang unggul, dan kemahiran permainan yang boleh tahan. Dia tidak pernah menyangka kemahiran permainan bukan biasa-biasa sahaja. Dia pasti seorang pakar tingkat teratas. Jika tidak, dia pasti tidak akan mampu memperoleh peralatan yang bertaraf begitu tinggi.

Peralatan Istimewa yang boleh menyembunyikan identiti seseorang, Ouroboros pun tidak memiliki walau sejenis peralatan sebegitu. Mereka juga tidak pernah mendengar tentang mana-mana Kesatuan-Kesatuan kelas pertama yang berjaya mendapatkannya. Sementara itu, bukan sahaja jejaka penuh misteri di depannya memilikinya, tetapi Salji Lembut juga dapat merasakan kekuatan yang berkuasa dikeluarkan daripada peralatan yang sedang dia pakai. Walaupun kesan-kesan istimewa peralatan tersebut tersembunyi, sekali pandang pada pembikinan halus dan tanda-tanda ajaib yang menghiasinya menunjukkan kepada Salji Lembut yang peralatan-peralatannya merupakan satu set. Sebenarnya, peralatan Api Hitam lebih kurang setanding peralatan Salji Lembut. Peralatan-peralatannya telah diperoleh hasil usaha kumpulan Elit di belakangnya. Berapa lama masa telah mereka habiskan demi memperoleh peralatan-peralatan tersebut? Bagaimana lelaki di depannya sekarang dapat memperoleh peralatan yang begitu hebat?

Salji Lembut merenung Shi Feng dengan teliti. Dia sudah pun mula menuduh sama ada Api Hitam merupakan seorang pemain atau seorang pemimpin organisasi yang penuh misteri. Jika tidak, bagaimana dia memiliki sumber-sumber kewangan dan fizikal bagi menjalankan kesemua tugas itu? Gelaran Ketua Penempanya juga telah pun diiktiraf secara awam oleh para pemain Kerajaan Bintang-Bulan. Hanya menjalankan tugas-tugas seperti menempa dan mengatur pasti memakan banyak masanya, jadi bagaimana dia mampu memperoleh peralatan yang begitu hebat?

"Hai, saya digelar Salji Lembut, Timbalan Ketua Pertama Ouroboros." Salji Lembut menghulurkan tangan putihnya dengan cara yang sangat beradab. Lain daripada perjumpaan santai apabila Shi Feng mula-mula menemuinya, di mana dia memandang rendah terhadap Shi Feng.

Ahli-ahli kumpulan di belakang Salji Lembut semuanya terkejut. Mereka tidak pernah membayangkan ketua mereka benar-benar akan mengambil initiatif untuk berjabat tangan dengan orang lain.

Adakah warga emas di depan mereka begitu kuat sehingga mengundang peradaban sebegitu?

Zhao Yueru, yang sedang berdiri di belakang Salji Lembut, memerhati Shi Feng secara berterusan dengan mata jelitanya. Sebelum perjumpaan ini, siri-siri pertunjukan Shi Feng telah menyebabkannya menjadi sangat tertarik dengan Shi Feng. Kini dia berjumpa dengannya depan-depan, dia mendapati seluruh badan Shi Feng mengeluarkan aura yang matang dan tenang, menyebabkan orang lain memberikannya perhatian secara tidak langsung. Kini Salji Lembut pun telah memberi tanda kelulusannya, Zhao Yueru kini melihat Shi Feng dengan sangkaan yang lebih baik.

"Hai, awak boleh panggil saya Api Hitam." Tanpa niat untuk berketerampilan terlalu dingin, Shi Feng bersalaman dengan Salji Lembut. Dia mendapati tangan Salji Lembut sangat halus dan licin seperti dijangka. Jika Si Hitam mengetahui tentang peristiwa ini, dia pasti mahu bersalam tangan dengan Shi Feng, kemudian tidak membasuh tangannya selama tiga hari.

Sebab mengapa Shi Feng tidak mengubah Set Peralatan Bulan Perak sepenuhnya adalah untuk mengagumi dan menggertak mereka. Melihat hasil yang memuaskan hatinya, Shi Feng tidak membuang masa dan berkata, "Saya menghubungi awak kali ini untuk bekerjasama dengan Ouroboros. Apa pendapat awak?"

"Sudah tentu kami amat mengalu-alukannya. Kalau awak sanggup menjadi Ketua Penempa Ouroboros kami, nyatakan sahaja harga awak," Salji Lembut berkata dengan yakin. Dia meneka Shi Feng akan meminta harga yang sangat mahal. Namun, selagi mereka berjaya menarik Shi Feng, semuanya berbaloi. Lebih-lebih lagi, dengan pengaruh terkininya, memuaskan nafsu Shi Feng pasti tidak menjadi masalah.

"Cik Salji, saya rasa awak sudah salah faham. Saya tak akan menyertai Kesatuan awak. Sebaliknya, saya akan mengambil kedudukan sama rata untuk bekerjasama dengan Kesatuan awak. Kalau Cik Salji tak memahami persoalan ini, kita tak perlu meneruskan perbincangan ini."

Dengan itu, Shi Feng beredar.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C83
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login