Download App

Chapter 103: Raja Kobold (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Salji Lembut melihat begitu banyak peralatan berharga tercicir dalam Mod Neraka, dia pun terkejut.

Jika mereka mampu melepasi Mod Neraka Tanah Kubur Bulan Gelap, bilangan peralatan tahap tertinggi yang mereka mampu memperoleh tidak dapat dibayangkan. Dengan peralatan tahap tertinggi, mereka akan lebih mudah menakluki Dungeon yang lain.

Berfikir sehingga kini, Salji Lembut menjadi lebih tertarik dengan menakluk Mod Neraka Tanah Kubur Bulan Gelap. Cuma, dia tidak tahu sama ada Shi Feng mampu mencapai kejayaan yang dahsyat sebegitu.

Setelah Shi Feng mengagihkan peralatan, ramai ahli pasukannya terus menukar peralatan lama mereka dengan yang baharu. Lebih-lebih lagi buat Si Hitam yang amat bertuah. Si Hitam merupakan satu-satunya Cursemancer dalam seluruh pasukan. Antara sembilan buah Peralatan Besi-Misteri, terdapat dua buah Peralatan Set yang khususnya untuk Cursemancer.

Peralatan Set Perkataan Maut merupakan kemuncak segala Peralatan Set Tahap 5 bagi Cursemancer. Dengan hanya memiliki dua bahagian set tersebut sudah meningkatkan Panahan Gelap Si Hitam sebanyak 1 Tahap. Tambahan pula, Panahan Gelap Si Hitam sudah pun berada pada Tahap 4.

Pada Tahap 5, kemusnahan Panahan Gelap meningkat dengan mendadak.

Manakala, Cola berjaya memperoleh sebuah Pelindung Besi-Misteri kerana mendapat nombor yang lebih tinggi. Setelah melengkapi Pelindung tersebut, Perlindungannya mengatasi Pahlawan Pelindung daripada Ouroboros, dengan agak banyak.

Walaupun banyak peralatan tercicir, Shi Feng tidak henti-henti menggeleng kepalanya pada kesemua peralatan ini. Tiada satu pun yang menarik minatnya.

"Kenapa awak tak mahu bahagian Peralatan Gangsa Pemain Pedang ini?" tanya Salji Lembut dengan hairan.

Dengan hanya satu jelingan terhadap peralatan-peralatan Shi Feng, sesiapa pun boleh perasan yang peralatan-peralatan tersebut hanya Peralatan Gangsa yang dicantumkan bersama. Berdasarkan logik, Atribut peralatan-peralatan tersebut patut jauh lebih lemah daripada peralatan yang diperoleh daripada Mod Neraka Tanah Kubur Bulan Gelap. Namun, Shi Feng kekal seakan tidak berminat dengan peralatan yang tercicir.

"Atribut peralatan ini tidak sebaik apa yang saya sedang guna sekarang. Beri sahaja kepada Pemain Pedang Kesatuan awak." Shi Feng memberi peralatan tersebut dengan selamba kepada Salji Lembut. Sudah tentu, dia tidak akan menyuarakan dia sudah memiliki Peralatan Set Bulan Perak, iaitu Peralatan Set yang terbaik buat Pemain Pedang bawah Tahap 10.

Setelah mendengar kata-kata Shi Feng, Pemain Pedang yang lagi satu dalam pasukan berterima kasih berkali-kali kepadanya.

Walau Shi Feng mengambil peralatan untuk Pemain Pedang sekalipun, tiada sesiapa pun dalam pasukannya akan merungut. Sebaliknya, mereka akan berasa seperti ia sesuatu yang biasa untuknya berbuat demikian. Tidak kira apa yang dikatakan, mereka berjaya memperoleh begitu banyak peralatan kerana usaha-usaha Shi Feng. Namun, Shi Feng menunjukkan dirinya sebagai seorang yang sangat adil, lantas menyebabkan ahli-ahli Ouroboros semakin mengaguminya. Pandangan mereka terhadap Shi Feng kini menjadi semakin hormat sekarang.

Shi Feng tidak berubah apabila berdepan dengan peralatan tahap tertinggi. Dalam dunia permainan maya, tidak ramai yang mampu kekal adil apabila mengetuai sebuah pasukan sementara.

Memandangkan kebanyakan orang telah pulih, Shi Feng berkata dalam perbualan pasukan, " Kalian, bersedialah. Kita akan ke tempat strategik yang seterusnya. Sesiapa yang tiada Gulungan Kepantasan, mari ambil pada saya."

Ahli-ahli Ouroboros tidak senang hati apabila mendengar kata-kata ini. Setiap daripada mereka hanya membawa dua Gulungan Kepantasan dan kedua-duanya telah digunakan.

Namun, mereka berasa sangat kekok meminta Gulungan Kepantasan daripada Shi Feng. Lagipun, mereka yang telah mengejek Shi Feng sebelum ini. Sudah tentu perbuatan meminta Shi Feng memberikan mereka Gulungan Kepantasan yang mahal itu sekarang merupakan satu tamparan hebat kepada muka-muka mereka sendiri. Akan tetapi, jika mereka tetap berdegil, mereka hanya akan memalukan diri mereka sekiranya mereka mati kelak.

"Boleh saya beli Gulungan daripada awak? Saya tak suruh mereka menyediakan Gulungan Kepantasan yang mencukupi sebelum ini. Tentu kami malu kalau awak hanya memberikannya kepada kami secara percuma." Salji Lembut sudah tentu mengetahui perasaan malu daripada rakan-rakan sepasukannya. Tanpa mempunyai pilihan yang lebih baik, dia memilih untuk mengambil inisiatif terlebih dahulu.

"Baiklah." Oleh sebab Salji Lembut sudah pun meminta, Shi Feng tidak akan menolak. Lagipun, bukannya wang tumbuh daripada pokok.

Mujurnya, Shi Feng sudah bersedia untuk situasi sebegini dengan membeli banyak Gulungan Kepantasan. Dia memberikan tiga Gulungan Kepantasan kepada setiap ahli Ouroboros.

Namun, semasa ahli-ahli Ouroboros mendapatkan Gulungan Kepantasan daripada Shi Feng, kepala-kepala mereka tertunduk malu. Mereka benar-benar berasa malu dalam hati mereka. Ada juga yang berterima kasih kepada Shi Feng depan-depan, menyebabkan Shi Feng buntu fikiran.

"Anak haram yang pengotor, gadis ini merupakan seorang yang pemaaf. Memandangkan awak telah melaksanakan tugas dengan baik, saya telah memutuskan untuk memaafkan awak. Beri sahajalah Gulungan itu!" Zhao Yueru berjalan ke arah Shi Feng, kepalanya terangkat dan tangannya memeluk dadanya. Jubah merah yang disarungnya mendedahkan lurah payu daranya yang dalam dan sedikit warna merah malu-malu timbul pada mukanya sambil dia berkata.

Shi Feng tentunya sudah mengetahui betapa sukarnya bagi Dukun Api yang sombong tidak terhingga daripada hayat lampaunya untuk melakukan tindakan sebegitu. Jika pemain lain melihatnya berperangai seperti begini sekarang, barangkali mulut mereka sudah melopong terkejut sekarang. Bukan sahaja Zhao Yueru sedang menunjukkan kelemahan, dia juga telah meminta maaf kepada Shi Feng!

Xiao Yue'er pun memicit pipi merah jambunya yang lembut kerana berasa seakan dia sedang berhalusinasi.

Shi Feng hanya mendedahkan senyuman terhadap kerenah Zhao Yueru sambil dia memberikan Gulungan Kepantasan kepadanya. Namun, dalam hatinya, dia keliru. Adakah Matahari bakal terbit di sebelah Barat?

Dia tidak menyangka Zhao Yueru mempunyai perangai seperti ini. Jika lelaki lain menyaksikannya, tulang mereka mungkin hancur lebur!

Shi Feng tidak menyangka tindakannya yang tidak berniat apa-apa itu akan benar-benar membolehkannya menyaksikan babak sebegini. Sayang dia tidak merakam peristiwa tersebut.

Sementara itu, sambil Shi Feng sekumpulan menyibukkan diri mereka dalam Tanah Kubur Bulan Gelap, Kesatuan-Kesatuan yang lain masih menerokai jalan berselirat itu. Mereka sudah mati berkali-kali. Situasi sebegini menyebabkan ramai Kesatuan menyerah kalah dalam perjuangan mereka dalam Tanah Kubur Bulan Gelap. Jika mereka meneruskan tindakan membunuh diri ini, mereka mungkin tidak dapat pulih daripada kehilangan pengalaman mereka.

Namun, masih beberapa Kesatuan yang lebih kuat yang meneruskan penerokaan mereka, menakluki Tanah Kubur Bulan Gelap sedikit demi sedikit.

Tiga jam setelah Tanah Kubur Bulan Gelap dibuka, tiada satu pun Kesatuan yang mampu melepasi Dungeon tersebut. Setelah mencuba dengan kalut untuk menakluki Dungeon tersebut, Perikatan Pembunuh Hendap, Mahkota Syurga serta Kesatuan berpangkat yang lain mula menenangkan perlakuan mereka. Mereka mula menganalisa segala maklumat yang diperoleh dari Dungeon itu dengan tenang.

Manakala, pasukan yang diketuai Shi Feng telah pun membunuh sehingga tiba di sebuah makam bawah tanah dan bersedia untuk memasukinya.

Untuk membolehkan mereka sampai ke tempat itu, Shi Feng telah membawa pasukannya melalui dua pembunuhan beramai-ramai yang hampir serupa, mendapatkan lebih empat puluh buah peralatan serta pelbagai barang yang lain. Prestasi seluruh pasukan semakin meningkat. Kedua-dua MT dalam pasukan juga melepasi had Perlindungan mereka, iaitu 400. Kini, walaupun berdepan dengan serangan kuku Zombi Kobold, mereka mampu menahan dua das depan-depan.

Makam bawah tanah ini terletak pada bahagian pertengahan kawasan terbiar tersebut. Ia juga merupakan satu-satunya jalan keluar Tanah Kubur Bulan Gelap. Demi mengelak daripada menimbulkan syak wasangka, Shi Feng sengaja mengambil beberapa lencongan.

Sebaik sahaja Shi Feng sekumpulan hendak masuk…

Salji Lembut memandang ke makam yang tenang dan berjauhan itu, tiba-tiba berkata, "Tiada makhluk di sekeliling. Tempat ini barangkali jalan keluar Tanah Kubur Bulan Gelap. Kita patut biar Pembunuh Hendap meninjau ke hadapan dahulu. Dengan ini, kalau ada perangkap di hadapan, kita tak akan merisikokan seluruh pasukan."

"Baik." Walaupun Shi Feng tahu tiada perangkap, dia tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut. Jadi, dia hanya mampu mengiyakan cadangan Salji Lembut.

Setelah itu, salah seorang Pembunuh Hendap menyelinap masuk ke dalam makam tersebut.

Selepas lebih sepuluh minit berlalu, Pembunuh Hendap tersebut melaporkan tiada bahaya di depannya juga menemui sebuah Bulatan Teleportasi di dalam sebuah dewan yang besar. Namun, terdapat seekor makhluk gergasi berdiri sedia di tengah-tengah Bulatan Teleportasi tersebut. Pembunuh Hendap tersebut tidak menghampiri makhluk itu kerana takut ditemui. Lebih-lebih lagi, bilik tersebut gelap, jadi Pembunuh Hendap tersebut tidak mampu melihat maklumat makhluk tersebut dengan jelas.

"Kalau begitu, mari kita lihat," kata Shi Feng sambil dia memasuki makam itu.

Walaupun Pembunuh Hendap tersebut tidak mengetahui jenis makhluk apakah yang berada di dalam, Shi Feng sudah pun tahu.

Makhluk yang mengawal Bulatan Teleportasi itu merupakan Bos terakhir Tanah Kubur Bulan Gelap. Dahulu, ia pernah menjadi Raja Kobold, Raja Kobold Patch Leo.

Saat semua orang memasuki dewan besar itu, dewan gelap tersebut tiba-tiba berubah. Deretan lilin di sekeliling bilik tersebut menyala, mengeluarkan api hijau pekat dan mencerahkan seluruh dewan.

Sementara itu, sebuah lembaga yang melebihi tiga meter tingginya berdiri di tengah-tengah dewan. Lembaga ini ialah seekor Kobold yang buas, badannya diliputi perisai berwarna biru dan tangannya memegang sebilah pedang besar hitam legam yang dihiasi abjad-abjad kuno. Kobold tersebut berdiri senyap atas bulatan ajaib itu, tanpa bergerak walaupun seinci sementara seluruh badannya mengeluarkan sejenis aura yang mengerikan.

Semua orang menggunakan Kemahiran Pemerhatian, satu demi satu, supaya dapat memahami makhluk ini.

Namun, setelah melihat maklumatnya, air muka mereka bertukar pucat. Mereka dapat merasakan ketakutan yang mendalam apabila merenung makhluk ini, Salji Lembut pun menarik nafas yang dingin. Tiada seorang pun antara mereka yang yakin dapat membunuh makhluk ini.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C103
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login