Di dalam sebuah pejabat yang dihias cantik, seorang lelaki gagah perkasa dengan kening yang tebal duduk di atas kerusi pejabat dengan jarinya mengetuk meja. Sebelah lagi tangannya sedang menyelak longgokan tebal maklumat ringkas pemohon-pemohon pekerjaan.
Dang! Dang! Dang!
"Masuk," lelaki dengan kening tebal itu berkata dengan suara yang dalam.
"Abang Zhang, saya telah melaksanakan perkara yang abang suruh." Wu Yi membuka pintu dengan cermat dan perlahan-lahan masuk. Dia kemudian berdiri, sambil berasa gementar di hadapan meja.
Walaupun ia bukan kali pertama bertemu orang kuat Bayang-Bayang, dia masih berasa tertekan setiap kali bertemu mereka. Dia sentiasa takut dan dan menggigil apabila ingin berhadapan dengan orang itu.
Di Kesatuan Bayang-Bayang, selain dari Lan Hailong, pegawai Zhang Luowei yang tertinggi. Lebih-lebih lagi, Zhang Luowei merupakan pemenang pertandingan pertarungan Universiti Jin Hai. dia juga merupakan salah seorang pesaing yang popular untuk bergelar juara pertandingan pertarungan Bandar Jin Hai. Walaupun Lan Hailong sangat dihormati zaman sebelum munculnya lelaki ini, salah satu dari sebab utama mengapa Bayang-Bayang menjadi sangat terkenal di universiti disebabkan kemasyhuran peribadi Zhang Luowei.
"Tuan. Beritahu saya berkenaan itu." Zhang Luowei meletakkan maklumat-maklumat ringkas pemohon pekerjaan itu ke tepi, sambil menuding jarinya ke arah sofa yang diperbuat daripada kulit di hadapannya itu.
Walaupun Zhang Luowei kelihatan seperti seorang yang mesra, Wu Yi tahu disebalik penampilannya itu, tersorok satu wajah yang ganas dan menakutkan. Personaliti Zhang Luowei ganas dan tidak berperikemanusiaan. Kalau tidak, dia tidak akan mampu untuk bersaing dengan pakar pertarungan seperti Zhou Yuhu dan lain-lain.
Selepas memikirkan sesuatu, Wu Yi perlahan-lahan menyusun kata-katanya sebelum berkata, "Abang Zhang, yang lain telah pun bersetuju. Hanya Si Hitam yang menolak. Dia tidak bersetuju walau apa cara sekalipun dan dia telah menyertai kesatuan yang baru ditubuhkan yang dipanggil Sayap Sifar. Dia juga berkata dia juga akan merendahkan statusnya jika menyertai kesatuan sampah seperti Bayang-Bayang."
"Tidak mahu menyertai? Dia juga telah menyertai Kesatuan Sayap Sifar?" Zhang Luowei merenung sambil tersenyum. Walau bagaimanapun, di matanya terpancar satu kedinginan, "Apakah asal usul Kesatuan Sayap Sifar? Kenapa saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini?"
"Abang Zhang, Kesatuan Sayap Sifar telah ditubuhkan oleh pelajar Tahun 4 bernama Shi Feng. Saya dengar Kesatuan ini tiada apa langsung. Mereka juga baru sahaja membeli fasiliti permainan mereka hari ini. Walau bagaimanapun, orang ini agak kaya. Dia menawarkan Si Hitam gaji pokok bulanan sebanyak 20,000 kredit. Dia juga mahukan saya untuk menyampaikan kepada Abang Zhang, beritahu kamu supaya berhenti mendekati ahli-ahli Kesatuan yang lain dan menjaga kawasan kamu sendiri." Wu Yi berasa sangat marah, "Apabila saya mendengar ini, saya juga tidak mampu menelannya. Mereka hanya kesatuan yang baru, tetapi sudah berani mencabar Bayang-Bayang. Abang Zhang, apa kata jika saya mengarahkan beberapa orang lelaki untuk mengajar sikap melampau mereka itu?"
"Shi Feng, bukan? Saya seperti pernah mendengar namanya sebelum ini." Zhang Luowei mengangkat-angkat keningnya sedikit, cuba untuk mengingati di mana dia pernah mendengar nama itu. Walau bagaimanapun, selepas berfikir sejenak, dia masih tidak dapat mengingatinya. Dia menganggukkan kepalanya seraya berkata, "Jangan hiraukan mereka. Dalam beberapa hari, sekolah akan mengadakan Parti Keahlian tahunan. Ini merupakan peluang yang baik bagi Bayang-Bayang untuk menaikkan namanya, jadi kita tidak perlu buang masa untuk Kesatuan kecil ini."
"Benar, kamu uruskan ahli-ahli yang baru direkrut dan bawa mereka naik ke tahap lebih tinggi dengan cepat. Persatuan-persatuan di Bandar Sungai Putih akan memulakan pertandingan dengan diberi penghormatan Pertama Melepasi untuk 20 orang lelaki Dungeon akan datang. Kita juga perlu bertarung untuk kemasyhuran mendapatkan Pertama Melepasi Tahap 5 Dungeon."
"Ya! Kamu benar, Abang Zhang. Saya akan membantu mereka untuk cepat naik ke Tahap 5," Wu Yi menepuk dadanya, meyakinkan diri.
Sementara itu, Shi Feng telah membawa Si Hitam sekali untuk membeli 2 topi keledar permainan maya yang canggih.
Walaupun teknologi realiti maya sekarang ini sangat maju ke hadapan, topi keledar asas dibuat dengan murah untuk mengambil kira penghasilan am secara pukal. Darjah keseragamannya hanya 80%. Walau bagaimanapun, versi topi keledar yang terkini mampu mencapai 90% keseragaman, dan 5 deria pengguna akan menjadi lebih sensitif. Walaupun perbezaannya tidak begitu ketara, ketika pertarungan antara kekuatan yang sama, perbezaan kecil ini mampu menentukan faktor kemenangan atau kekalahan.
Pertarungan di dalam Kawasan Tuhan sering kali menjadi pertarungan hidup atau mati. Lebih-lebih lagi, hukuman sekiranya mati ialah menolak sejumlah EXP dan Kemahiran Skil yang sangat banyak. Oleh itu, kebanyakan Bengkel-bengkel berskala besar akan meletakkan topi keledar permainan maya yang terkini untuk semua ahli-ahli rasmi mereka.
Sebelum ini, Shi Feng tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli topi keledar permainan yang asas. Kini dia telah mempunyai wang, bagaimanapun, dia turut tidak ketinggalan dalam aspek ini.
Setelah membeli topi keledar permainan yang terkini, Shi Feng terjumpa restoran yang baik dan menempah makanan bernutrisi tinggi. Dia makan dengan Si Hitam sambil mereka berbual tentang pembangunan bengkel mereka pada masa akan datang,
Situasi begini membuatkan Si Hitam berasa seperti berada di dalam mimpi.
Kawasan Tuhan baru sahaja beroperasi lebih dari 3 hari. Shi Feng bukan sahaja telah menyelesaikan masalah topi keledar, tetapi Shi Feng juga membawanya ke restoran yang bertaraf tinggi untuk makan dan berbincang tentang pembangunan bengkel mereka.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Shi Feng tidak teragak-agak untuk memberinya gaji sebanyak 20,000 kredit. Berapa ramai pelajar universiti yang mengimpikan untuk mempunyai gaji sebanyak 20,000 kredit sebulan? Selain itu, dia tidak membantu Shi Feng sangat, tetapi dia mampu untuk mendapat gaji sebanyak itu. Walaupun Si Hitam tidak menyuarakannya, di dalam hatinya, dia amat terkesan. Dia berasa sangat bersalah kepada Shi Feng, jadi dia berjanji kepada dirinya untuk bekerja keras untuk membantu Shi Feng.
Shi Feng dan Si Hitam berbual panjang. Mereka berbincang dengan baik tentang pembangunan masa depan Bengkel mereka. Mereka juga bersedia untuk merekrut secara rasminya Salji Kesunyian dan lain-lain, menubuhkan bengkel yang sebenar. Perihal-perihal lain yang tinggal ialah mencari lokasi bagi membina bengkel mereka, membeli kemudahan untuk bengkel, dan pentadbiran bengkel.
"Abang Feng, serahkan segalanya kepada saya kerana saya biasanya tidak berbuat apa-apa pada siang hari. Kamu telah bersusah payah untuk menaikkan tahap dan menjana wang. Apa-apa pun, saya khusus dalam Ekonomi dan Pengurusan, oleh itu, ia menjadi peluang terbaik saya untuk menunjukkan kebolehan saya. Saya jamin kamu akan berpuas hati," Si Hitam meyakinkannya. Dia tidak ingin melengahkan masa lantas mahu memulakan tugasnya dengan segera.
"Bagus, kalau begitu, saya serahkan kepada kamu," Shi Feng tersenyum. Dia berasa sangat lega apabila Si Hitam menguruskan perkara itu.
Selepas mereka berdua berpisah, Shi Feng menghantar mesej kepada orang tuanya. Dia mengirimkan 3,000 kredit, memberitahu mereka supaya tidak menghantar kepadanya perbelanjaan lagi. Dia berkata kepada mereka dia telah mendapat pekerjaan yang bagus, dan dia mampu untuk menyara dirinya sendiri.
Shi Feng masih tidak bersedia untuk memberitahu keluarganya tentang semuanya. Jika dia memberitahu mereka dia telah menjana 200,000 kredit dalam masa beberapa hari, mereka pasti tidak mempercayainya. Oleh itu, dia mungkin perlu perlahan-lahan meningkatkan wang yang dikirim kepada mereka. Dengan cara ini, lama-kelamaan orang tuanya akan dapat menerima, memikirkannya ia logik dan munasabah.
Pada jam 7 petang, selepas makan, Shi Feng telah minum sebotol Cecair Nutrisi Tahap-C. Dia memakai topi keledar permainan maya terkini yang baru dibelinya, memulakan penaklukannya dalam Kawasan Tuhan.
Ketika memasuki Kawasan Tuhan ketika ini, perasaan sensasi yang Shi Feng rasakan apabila dia berdiri di sebelah kolam besar sangat berbeza.
Angin sejuk bertiup…. bunyi air mengalir ke dalam kolam… Kesan calar dan karat jelas kelihatan di dinding besi… Bau minyak daripada mesin… malahan perasaan memanipulasikan tubuh badannya kini menjadi sangat tenang.
Shi Feng merenggangkan badannya di tangga. Dia kemudian menarik keluar pedangnya, melibas-libas pedangnya yang cantik itu. Gambaran pedangnya kerap berkelip-kelip samar-samar, memberikan perasaan yang sukar digambarkan.
"Eh. Perasaan yang saya rasa ketika bermain Kawasan Tuhan ketika hidup saya yang lalu akhirnya telah kembali," Shi Feng berhenti menghayunkan pedangnya, berasa sangat teruja dengan keadaannya sekarang.
Ketika hayatnya yang lalu, Shi Feng pernah menggunakan ruang realiti maya. Kadar keseragaman ruang realiti maya mampu mencecah sehingga 97%. Di Kawasan Tuhan, jika Sistem Antara Muka, Penunjuk Status dan pelbagai lagi tidak wujud, secara praktikalnya, pemain-pemain akan tidak mampu untuk membezakan dunia sebenar dengan dunia maya.
Selepas membiasakan diri dengan tubuhnya, Shi Feng berasa dia patut mula mencari Jantung Titan.