Download App

Chapter 64: Set Kelengkapan Bulan Perak

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila jarak antara Shi Feng dan Pejuang Gunung Buas dalam anggaran kurang 30 kaki, raksasa telah mengesan Shi Feng sedang bergerak laju ke arahnya. Dia membuka mulut seluas-luasnya dan mengeluarkan jeritan yang memekakkan telinga. Kemudian batang yang dipegangnya mula mengeluarkan duri yang besar, sambil dia menggunakan perempuh dan bergegas ke arah Shi Feng.

Shi Feng segera mengeluarkan Pedang Neraka. Pedang itu telah memancung secara mendatar kerana Shi Feng menggunakan teknik Tepis. Peng! Shi Feng terkebelakang 5 kaki, mengambil jarak sedikit daripada Pejuang Gunung Buas tanpa tercedera. Setelah dia stabil, dia segera berpusing dan berlari ke arah hutan batu.

Jika pemain-pemain terkena Perempuh Pejuang Gunung Buas, raksasa akan terus menggunakan teknik Perlahan bagi mengurangkan kelajuan pemain, menghalang mereka daripada melarikan diri.

Semasa hayat Shi Feng yang lalu, Ahli-ahli Elemen yang telah dilanggar oleh Perempuh Pejuang Gunung Buas akan segera menggunakan Nova Beku untuk membekukan raksasa selama 8 saat. Mereka akan menggunakan peluang untuk mendapatkan jarak yang sesuai, dan seterusnya mengikat raksasa. Pejuang Gunung Buas akan menggunakan perempuh pada kali pertama, kemudian menggunakan kemahiran menindas selepas itu. Selagi ahli-ahli elemen tidak membenarkan raksasa mengejar mereka, mereka akan terhindar daripada masalah.

Dan juga, berdekatan dengan itu, terdapat banyak batu-batu besar yang boleh digunakan untuk bermain dengan Penengkar Gunung Buas, menjadikan proses pembunuhan mereka menjadi lebih mudah.

Setelah menggunakan Skrol Kelajuan, kelajuan Shi Feng lebih pantas daripada Pejuang Gunung Buas. Tidaklah terlalu ketara, tetapi perbezaan kecil ini dapat menghalang Pahlawan Gunung Buas daripada menangkap mereka.

Selepas memasuki hutan batu yang padat, Shi Feng berpaling dan menggunakan Panahan Kilat. Dari jarak 15 kaki, tiga pancaran pedang dengan pantas menusuki perisai Pejuang Buas, menyebabkan tiga kerosakan -15,-19,-13. Tanpa tahap penindasan, walaupun kuasa Shi Feng menurun dengan 50%, Kuasa Menyerang dan Kemahiran Kerosakannya masih lagi kuat.

Selepas menggunakan kemahiran, kelajuan Shi Feng semakin berkurangan, dan Pejuang Gunung Buas telah mengejarnya dengan pantas. Pejuang Buas sangat marah selepas dilibas Shi Feng. Ia mengaum sambil melibas batang berdurinya, menghala ke arah Shi Feng.

Shi Feng segera memusingkan badannya, bersembunyi berdekatan batuan. Batang berduri tidak terkena Shi Feng; hanya melanggar batuan dan menyebabkan batuan itu pecah. Semasa serangan ini, Shi Feng dah termasuk dalam jarak 8 kaki daripada raksasa itu.

Selepas menggunakan Panahan Kilat, Shi Feng mengaktifkan Pedang Pertahanan. Jarak serangannya tiba-tiba bertambah kepada 15 kaki. Selagi dia kekal 5 kaki daripada Pejuang Gunung Buas itu, raksasa itu tidak mampu menyerangnya.

Shi Feng menghunuskan pedangnya sambil memerhatikan jarak antara dia dan raksasa, melangkah ke belakang untuk mengelakkan diri daripada batang berduri apabila dia terlalu dekat. Dalam pada itu, belahan demi belahan pedang cahaya dilibas ke arah Pejuang Gunung Buas. Pejuang Buas hanya mampu menunduk dengan tidak berdaya sambil nyawanya berterusan menurun. Tidak pernah terbayang seorang manusia boleh menjadi sangat tangkas dan licik. Setiap kali dia cuba menyerang, manusia itu akan mengelak ke arah batuan berdekatan. Batang berdurinya yang besar itu tidak dapat menghempap manusia itu. Malahan, hanya mencipta jurang antaranya dengan manusia itu.

Hanya apabila nyawa Kuasa Pejuang Gunung Buas turun ke paras bawah 7%, Pejuang Gunung Buas yang lain tiba-tiba muncul daripada belakang batu. Ia menghalang laluan Shi Feng, menggunakan perempuh ke atasnya.

"Pergi!"

Menghadapi kemunculan raksasa lain secara tiba-tiba, Shi Feng dengan segera menggunakan Pengikat Neraka ke atasnya, menghalang raksasa daripada bergerak. Pada masa yang sama, Pengikat Neraka turut mematikan Perempuh Ancaman Nyawa.

Disebabkan Pejuang Gunung Buas telah dikunci, Shi Feng tidak akan membiarkan kemahirannya dibazirkan. Dia segera menggunakan Bilah Angin, dengan pantas menggegarkan HP Pejuang Gunung Buas yang rendah dan bilah pedangnya sampai ke leher Penengkar Gunung Buas. Shi Feng meneruskan langkahnya dengan menggunakan Tetakan Berganda, menyebabkan kesan pendarahan pada raksasa. Dia kemudiannya menggunakan tetakan ke atas raksasa.

Dalam masa 3 saat, Shi Feng telah membuang 16% HP Pejuang Gunung Buas.

Menyedari akan HP Penengkar Buas semakin meningkat, Shi Feng mengelak dan tiba di belakang had kawasan Penengkar Buas.

Dia mengangkat tinggi Pedang Neraka hitam itu, memotong secara tiba-tiba. Panahan Kilat! Di atas kepala kedua-dua Penengkar Gunung Buas, tiga kerosakan -16,-19,-33 bertalu-talu diberikan. HP Penengkar Buas yang rendah itu jatuh menjunam.

Sistem: Penengkar Gunung Buas terbunuh. Perbezaan 6 tahap. EXP diperoleh meningkat dengan kadar 600%. Memperoleh 36 EXP.

Jumlah pengalaman yang seakan tiada apa-apa untuk Shi Feng yang sedang berada di tahap 3 itu. Dalam pada itu, Mata Kemahiran kerana menggunakan kemahiran itu diperoleh dengan lebih cepat. Setiap kegunaan pasti akan meningkatkan keupayaan kemahiran dengan 3 mata. Ini membenarkan Tetakan untuk meningkat ke tahap 3. Tambahan kepada Atribut Pedang Neraka, Tetakan Shi Feng kini berada di tahap 5; peningkatan ini adalah sangat baik. Tetakan Berganda turut meningkat ke tahap 2 dan jika kemahiran digunakan bersama Pedang Neraka, ia akan berada di Tahap 4 Tetakan Berganda. Kemusnahan hasil daripada kesan Pendarahan turut meningkat.

Had halangan Pejuang Gunung Buas menurun. Ia akhirnya bebas daripada rantaian dan ingin menghapuskan Shi Feng. Bagaimanapun, Shi Feng tidak memberikan peluang. Dia bingkas menjarakkan dirinya 5 kaki daripada raksasa itu dan berterusan memukulnya.

Walaupun Pedang Pertahanan mempunyai Masa Rehat yang panjang dan masa penggunaan yang singkat, dengan menggunakan Panahan Kilat, Tetakan Berganda, dan Tepis, Shi Feng masih mampu menewaskan Pejuang Gunung Buas.

Tidak lama kemudian, Pejuang Gunung Buas jatuh.

Walau bagaimanapun, Pejuang Gunung Buas tidak menghadiahkan Shi Feng sesuatu yang istimewa. Hanya tiga keping Batu Keras dan 2 syiling tembaga. Walaupun begitu, membunuh Pejuang Gunung Buas ini ialah salah satu cara yang baik untuk mengasah Skil Mata Kemahiran.

Kemudian, Shi Feng mara ke depan sambil membunuh Pejuang-pejuang Gunung Buas yang lain. Raksasa-raksasa ini mengambil sedikit masa untuk hidup kembali, jadi dari masa ke masa, Shi Feng akan berlawan dengan dua ke tiga Pejuang Gunung Buas ini. Mujurlah, hutan batu mempunyai ruang yang sempit yang membuatkan Penengkar Buas menghalang laluan sesama mereka. Disebab jumlah mereka yang banyak menyebabkan kelajuan mereka semakin berkurangan.

Melihat kepada perkara ini, Shi Feng dengan tidak semena-mena mendapat ilham. Dia mula mengasak Pejuang Gunung Buas dengan lebih hebat lagi dan dalam masa yang singkat, dia telah mengasak lebih daripada 20 raksasa ini. Raksasa-raksasa ini mengejar Shi Feng dalam satu kumpulan, tetapi laluan sempit hutan batu menghalang mereka untuk bergerak. Dengan sedikit pergerakan sahaja akan membuatkan mereka berlanggar dengan pejuang Gunung Buas yang lain. Situasi ini telah membuatkan Shi Feng lebih tenang.

Shi Feng berterusan menggunakan Panahan Kilat dan pelbagai kemahiran yang lain untuk menurunkan lagi HP Pejuang Gunung Buas.

Shi Feng terus mengasak Penengkar Gunung Buas yang baharu dengan dia menyerang raksasa yang berada di belakangnya. Dengan cara itu, Skil Mata Kemahiran Shi Feng akan meningkat tanpa henti.

Selepas 3 jam, Panahan Kilat telah meningkat ke tahap 3; Tetakan meningkat ke tahap 5, Tetakan Berganda meningkat ke tahap 4, Bilah Angin ke tahap 3, Bilah Pertahanan ke tahap 2 dan Jalan Angin ke tahap 2.

Peningkatan ini membenarkan Shi Feng untuk membunuh raksasa dengan lebih mudah. Dengan peningkatan pada Pedang Neraka, kemusnahan daripada satu Panahan Kilat mampu menurunkan lebih 90 HP kepada setiap Pejuang Gunung Buas. Satu tetakan juga mampu menyebabkan kemusnahan lebih 60 mata. Kemusnahan pendarahan yang disebabkan oleh Tetakan Berganda juga sangat berkuasa. Walau bagaimanapun, Tahap Shi Feng kekal di tahap 3. Dia masih agak jauh untuk ke tahap 4. Jika bukan kerana sumpahan, dia pasti sudah meningkat tahap.

Melihat ke tanah terlihat bangkai Penengkar Gunung Buas bertempiaran, Shi Feng mengambil keputusan untuk berehat dan mengambil barang rampasan. Jika tidak, bangkai-bangkai ini akan menjadi halangan yang sukar.

Rampasan daripada beratus Pejuang Gunung Buas sangatmengejutkan. Hanya dari duit yang tercicir, terdapat lebih 4 syiling perak. Terdapat juga pelbagai barangan lain. Untuk batu bulan, 7 batu yang tercicir; ia masih jauh dari 30 batu. Lebih-lebih lagi, beberapa barangan tahap 7 ke tahap 10 Kelengkapan Biasa juga tercicir.

"Eh? Bukankah ini salah satu Set Kelengkapan Bulan Perak?" Shi Feng mengambil topi keledar berwana perak keputih-putihan dari tanah dan berasa terkejut.

[Topi Keledar Bulan Perak] (Plat Pelindung Tembaga)

Pra-Syarat Kelengkapan:Kekuatan 35

Pertahanan +43

Kekuatan +5, Ketangkasan +4, Ketahanan +4

Pemulihan Pertarungan +1

Keutuhan 40/40

Terhad kepada Berseker dan Pemain Pedang.

Topi keledar ini adalah salah satu daripada 5 barang kepunyaan Set Kelengkapan Bulan Perak. Apabila 2 daripada set barangan itu berjaya dikumpulkan, Kesan Set yang pertama boleh diaktifkan. 4 daripada barangan tersebut diperlukan untuk mengaktifkan Kesan Set kedua, manakala kesemua lima barang diperlukan untuk Kesan Set ketiga. Setiap Kesan Set adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. Set Kelengkapan Bulan Perak diketahui sebagai salah satu Set Kelengkapan Terbaik untuk Berserker dan Pemain Pedang di bawah tahap 10. Walau bagaimanapun, kadar kejatuhannya sangatlah rendah dan ia sangatlah sukar untuk mengumpulkan satu set lengkap.

Tidak seperti kelengkapan yang lain, Set Kelengkapan Bulan Perak tidak ada had. Ia hanya dihadkan oleh Atribut. Jadi selagi pemain memenuhi keperluan Atribut, mereka boleh memakainya. Tiba-tiba, Shi Feng berminat terhadap Set Kelengkapan Bulan Perak.

Mungkin ia disebabkan kawasan ini belum ramai lagi orang masuk, jadi memberikan kadar kejatuhan yang sangat tinggi ketika ini. Jika Shi Feng terlepas peluang ini, dia pasti akan menyesal di masa akan datang.

35 mata untuk Kekuatan, bagi pemain biasa, mereka mungkin perlu sampai ke tahap 8 atau 9 sebelum mereka mampu menggunakan kelengkapan ini. Walau bagaimanapun, dengan Atribut Shi Feng, dia mampu untuk memakainya asalkan dia membuang sumpahan dan sampai ke tahap 5. Jika dia dapat mengumpulkan set yang lengkap, Atributnya akan melambung tinggi. Pada waktu itu, membunuh Pahlawan Berperisai dengan Kelengkapan Gangsa di seluruh badan akan menjadi sangat mudah. Hanya dengan membayangkan perkara itu sudah membuatkan Shi Feng sangat teruja.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C64
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login