Sangat menakjubkan jika dia tidak menarik perhatian orang, terlibat dalam rompakan tengah-tengah kesibukan Kawasan Perdagangan.
Seperti yang dijangka, selepas sahaja Singa Pedang Besi menghabiskan kata-katanya, orang ramai terus berkerumun di sekeliling mereka untuk ikut serta dalam perbualan mereka.
"Huh, bukankah dia Singa Pedang Besi daripada Kesatuan Pertahanan?"
"Adakah dia terlalu hebat?"
""Jangan banyak tanya! Apa kata kau lihat sahaja pada tahap dan peralatannya? Dia merupakan salah seorang daripada pakar Tahap 5 yang jarang ada ketika ini, dan dia sedang memakai sekurang-kurangnya 6 buah Peralatan Gangsa. Aku pernah melihat senjata yang dipegangnya. Ia dipanggil Pedang Panjang Sateria, sebilah senjata yang hebat dalam kalangan Senjata Gangsa Tahap 4. Lebih-lebih lagi, dia pernah membunuh ramai pemain sebelum ini di luar kawasan bandar, membuatkan dia sangat terkenal."
"Ceh... mereka hanya bergantung pada bilangan untuk membuli orang lain. Bagaimana dia boleh dikatakan hebat? Jika mereka bagus sangat, mereka patut berlawan dengan Persatuan besar. Paling hebat pun mereka hanya dapat membuli pemain baru. Mereka juga meminta duit 20 Syiling Perak daripada orang itu. Bukankah tindakannya itu keterlaluan? Pemain pakar pun baru memiliki 3 atau 4 Syiling Perak, inikan pemain biasa. Mereka secara terang-terangan mengugut lelaki itu."
"Shh! Cakap perlahan sikit! Singa Pedang Besi tidak membuli pemain lain beramai-ramai. Kekuatannya memang betul menakjubkan. Sebelum ini, dia merupakan pakar peringkat-atasan dalam permainan maya Wuxia, tetapi dia dipaksa berpindah ke Kawasan Tuhan. Semalam, dia
Mendengar berita ini, pemain di sekeliling hanya mampu terdiam. Mereka tidak lagi berani mengeluarkan kata-kata yang tidak berasas, mata mereka merenung Shi Feng dengan perasaan kesian. Antara ramai orang, dia memilih untuk mencari pasal dengan seorang pakar. Tambahan pula, pakar itu datang untuk menuntut bela anak buahnya. Melainkan Shi Feng membuang dan membuat baru akaunnya, dia tentunya perlu membayar 20 Syiling Perak. Namun, menaikkan tahap sampai ke Tahap 4 merupakan tugasan yang berat. Jika Shi Feng betul-betul mahu membuang akaunnya, maka usahanya selama dua hari menjadi sia-sia. Kebanyakan pemain sanggup bayar daripada membuang akaun mereka.
"Orang ini sudah jatuh ditimpa tangga. Jika dalam keadaan biasa, dia boleh membayar menggunakan Kredit untuk 20 Syiling Perak itu. Namun, kini, bukan sahaja harga mata wang Kawasan Tuhan sangat tinggi sehingga tidak masuk akal, tetapi juga susah untuk membelinya."
"Betul! Lihat sahajalah nilai pembelian yang tinggi itu, sedangkan aku terfikir untuk menjual mata wang permainan. Akan tetapi, mengikut corak, harga ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Aku ingin mengumpul sedikit lagi, kemudian baru menjualkannya nanti."
Sedangkan pemain lain merungut nasib Shi Feng yang malang itu, di gerai tepi jalan, beberapa pemain sedang memerhatikan Shi Feng dalam diam. Pemain-pemain ini memakai peralatan yang mewah pada badannya, dan setiap seorang daripada mereka kelihatan tersenyum melihat situasi tersebut.
"Abang Menusuk Jantung, patutkah saya pergi menolongnya? Dengan cara itu, Ye Feng pasti akan terhutang budi," Lelaki Cleric yang menyerupai seekor monyet kurus bertanya sambil melihat Menusuk Jantung.
Menusuk Jantung berfikir dalam-dalam. Dia merasakan kata-kata Cleric itu memang masuk akal. Sememangnya, Shi Feng mempunyai teknik yang menakjubkan, dan dia juga berkawan rapat dengan karakter agung seperti Dewi Salji. Namun, Singa Pedang Besi seorang pakar yang ganas. Dia turut mendapat pertolongan daripada Persatuannya. Secara keseluruhan, Shi Feng berada dalam keadaan yang merugikan. Jika Menusuk Jantung menolong Shi Feng, Shi Feng pasti akan berterima kasih kepadanya.
Pertolongan pakar agung sangat berharga. Kadang kala, seorang pakar yang hebat seperti Shi Feng amat diperlukan untuk meneroka Dungeon yang besar. Namun, tanpa hubungan yang rapat, pakar itu langsung tidak mempedulikan ajakan mereka, dan sesetengah orang akan memandang rendah terhadap mereka dengan hina. Kamu fikir kamu siapa? Kamu tidak sekolah ke?
"Pergi, kita mesti bertindak. Namun, kita tunggu seketika. Perbuatan kita mesti ditonjolkan pada saat-saat yang genting. Ini juga peluang yang baik untuk Persatuan bawahan itu untuk tahu kekuatan kita," Menusuk Jantung berkata dengan lembut, satu sinaran kekejaman terpancar dari pandangan matanya.
Selepas menghabiskan banyak masa dalam dunia permainan maya, Menusuk Jantung telah faham setiap prinsip. Setiap satu pakar yang menjadi rakannya membuka satu jalan baru di masa hadapan. Seperkara lagi, Shi Feng merupakan seorang pakar yang agung dan tersembunyi dan telah menjadi rakan Dewi Salji. Jika dia menentang Shi Feng dan bukannya berbuat baik dengan Shi Feng, dia pasti akan menggali kuburnya sendiri. Dia bakal mencipta satu musuh besar di masa hadapan.
Akhirnya, Persatuan kecil tetap kecil. Selepas bergaul bertahun-tahun, mereka tidak mampu melihat perbezaan antara seorang pakar ataupun pemain biasa. Tidak lama lagi mereka bakal mati disebabkan pemilihan semula jadi.
Apabila sampai masa yang ditunggu-tunggu, Kesatuan Penyerang Hendap akan
"Budak bodoh, tidakkah kamu terlalu berani? Mengapa kamu bertindak seperti orang bodoh pula sekarang? Aku sudah katakan yang aku akan kembali, dan apabila tiba waktu itu, kau akan berjumpa dengan malaikat maut. Kalau kau dengan baik hati memberikan sahaja kami 20 Syiling Perak sekarang juga, kau boleh teruskan permainan kau. Jika tidak, buang sahaja akaun kau dan mula balik semula." Berdiri di sebelah Singa Pedang Besi, Hanyutan Darah melihat Shi Feng yang hanya berdiri dengan diam. Dia merasa megah dengan diri sendiri, memikirkan yang Shi Feng sekarang ini berada dalam ketakutan. Namun, reaksi seperti itu biasa sahaja. Kekuatan Bos Pedang Besi sangat misteri, dan walau sepuluh dirinya masih lagi tidak mampu menandingi kekuatan Bos Pedang Besi. Jika seorang pemain biasa seperti Shi Feng bersemuka dengan Bos Pedang Besi yang ganas, dia tentunya tergamam dan jadi seperti orang bodoh.
"Sudah, Hanyutan Darah. Aku bukan seorang zalim dan kejam, ataupun aku ingin membuat masalah. 20 Syiling Perak ini boleh dianggap pengajaran buatnya. Aku mahu dia sedar dengan siapa dia boleh dan tidak boleh cari pasal." Singa Pedang Besi memandang Hanyutan Darah depan-depan, kemudiannya berpaling ke arah Shi Feng dan berkata dengan bangga, "Kau tidak perlu risau. Aku, Singa Pedang Besi, seorang yang berpegang dengan janji. Serahkan 20 Syiling Perak, dan selagi kau tidak kacau Kesatuan Pertahanan lagi, kami tidak akan mengapa-apakan kau."
Mendengar kata-kata Singa Pedang Besi, Shi Feng betul-betul mengeluarkan 20 Syiling Perak dari dalam begnya, sinaran perak yang terpancar keluar itu menarik perhatian ramai orang.
Pada saat genting ini, 20 Syiling Perak sangat susah untuk didapatkan, walaupun seseorang itu membelanjakan Kredit untuk membelinya. Oleh itu, apabila dia mengeluarkan 20 Syiling Perak sekali gus...
"Tidak mungkin, budak hingusan, kau betul-betul kaya! Jadi, apa yang diperkatakan oleh Hanyutan Darah memang betul. Apa kata kita berkawan, dan aku akan lindungi kau pada masa hadapan. Sesiapa yang cuba mengacau kau mereka turut mengacau Kesatuan Pertahanan." Singa Pedang Besi sangat terkejut melihat 20 Syiling Perak, lalu menelan air liurnya. Sedangkan dia tidak mempunyai 20 Syiling Perak ketika ini. Dia tidak terbayang Shi Feng, seorang pemain bawahan, dapat mengeluarkan 20 Syiling Perak. Dengan duit sebanyak itu, Singa Pedang Besi akan lebih yakin untuk bersaing mendapatkan Reka Bentuk Plat Dada Berkerdip.
Apabila pemain sekeliling melihat Syiling Perak tersebut, mulut mereka ternganga kerana terkejut.
Shi Feng sememangnya kaya-raya. Dia mesti seorang hartawan.
Beberapa orang atasan Persatuan besar turut sama terkejut sehinggakan mata mereka bertukar merah melihat keadaan ini. Nasib Singa Pedang Besi sangat baik. Dia berjaya berjumpa dengan Abang Hartawan sewaktu mencari seorang pemain.
"Tidak mungkin." Dari jauh, wajah Menusuk Jantung sangat terperanjat tidak terkata selepas menyaksikan perbuatan Shi Feng.
Namun, apa yang memeranjatkan Menusuk Jantung bukanlah jumlah duit itu sahaja. Sebaliknya, dia terkejut dengan perbuatan Shi Feng yang diluar jangkaan. Walaupun Shi Feng tidak dapat memenangi perlawanan dengan Kesatuan Pertahanan, tempat ini merupakan Kawasan Selamat, tiada siapa yang berani membuat hal di sini. Selepas meninggalkan Bandar, dengan kemahiran Shi Feng, melarikan diri bukanlah suatu masalah baginya. Jadi, mengapa Shi Feng mengalah dan memberikan sahaja 20 Syiling Perak itu?
"Kau mahukan 20 Syiling Perak, kan?" Shi Feng bertanya kepada Singa Pedang Besi dengan senyuman.
"Mmhmm, mari berbincang." Semasa dia perasan dia telah hilang pertimbangan, Singa Pedang Besi segera kembali serius.
Semasa semua orang melihat Singa Pedang Besi dengan iri hati..
Satu pedang panjang berwarna hitam legam menusuk menerusi perut Singa Pedang Besi. HP Singa Pedang Besi dengan sekelip mata berkurang lebih 100 mata. Sewaktu dia ingin melawan, dia terlihat banyak rantai yang sedang mengikatnya, menghalang dia untuk bergerak.
Shi Feng dengan tenang menarik keluar Bilah Neraka daripada perut Singa Pedang Besi. Dia kemudiannya melakukan serangan susulan menggunakan Tetakan dan Pemisah Bumi, pedangnya dilibas membelah badan Singa Pedang Besi. Akibatnya, HP Singa Pedang Besi turun dengan banyak tanpa sebarang petanda untuk berhenti.
Kekuatan Senjata Magis sangat menakjubkan, dan menjadi lebih hebat apabila ditambah lagi dengan Tetakan Tahap 6 dan Pemisah Bumi Tahap 4. Membunuh Pemain Pedang Tahap 5 yang lengkap dengan Peralatan Gangsa merupakan perbuatan yang mudah, apatah lagi Shi Feng mengambil inisiatif untuk menyerang senyap-senyap. Walaupun musuhnya itu seorang pakar sekalipun, dia akan tumbang jika berada dalam keadaan itu.
Kedua-dua serangan ini menghabiskan HP Singa Pedang Besi. Singa Pedang Besi langsung tidak berpeluang untuk membalas serangan lalu dia menangis kesedihan, badannya tumbang ke atas tanah, tidak lagi bergerak. Kemudiannya, tubuh badan itu bertukar menjadi debu-debu cahaya, hilang dan meninggalkan sebuah peralatan.
"Siapa lagi mahukannya?" Shi Feng merenung ahli kumpulan Kesatuan Pertahanan, ketawa sambil berkata.
Seluruh jalan di Kawasan Dagangan tiba-tiba menjadi sepi. Tiada seorang pun yang mampu berkata apa-apa.