Download App

Chapter 116: Subuh Perak

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dikasihi sekalian, sila ke mari. Guna platform terapung untuk naik ke tingkat ke-66 dan ada seseorang di sana yang akan menunggu anda," kata seorang jelitawan berambut perang di sisi platform terapung tersebut sambil tersenyum.

Pelantaran terapung Rumah Lelong Sayap Hitam teramat besar, mampu menampung lebih 50 orang pada satu masa. Ia diperbuat daripada Kristal Tujuh Tokoh, yang mempunyai pengaliran elektrik ajaib yang amat bagus. Berbagai-bagai abjad kuno diukir pada kristal-kristal tersebut, membolehkan platform tersebut terapung bebas di udara. Namun, pembikinan platform terapung tersebut sangat mahal, malah, walau seluruh Bandar Daun Merah dijual sekalipun, masih belum cukup untuk membikin sebuah platform sebesar ini yang terdapat di Bandar Sayap Hitam.

Di seluruh Kerajaan Bintang-Bulan, hanya Rumah Lelong di Bandar Bintang-Bulan serta Istana Diraja mempunyai sebuah platform terapung yang berfungsi. Lebih-lebih lagi, saiz setiap satu platform terapung tersebut jauh lebih kecil apabila dibandingkan dengan Rumah Lelong Sayap Hitam. Ia menunjukkan tahap kemewahan yang dimiliki Rumah Lelong Sayap Hitam.

Rumah Lelong Sayap Hitam teramat besar saiznya. Ia dikategorikan kepada tiga bahagian yang berbeza, iaitu Seksyen Umum, Seksyen VIP dan Seksyen Mewah.

Tempat lelongan untuk Bahagian Umum terletak dari tingkat 4 hingga tingkat 36. Selagi seseorang mempunyai Lencana Sayap Hitam, mereka boleh mengambil bahagian dalam lelongan Biasa. Namun, peralatan-peralatan jarang amat sukar untuk ditemui di sana.

Tempat lelongan Bahagian VIP terletak dari tingkat 50 hingga tingkat 100. Seseorang harus mempunyai status yang ditetapkan sebelum dibenarkan mengambil bahagian dalam lelongan VIP. Bagi peralatan-peralatan yang dilelong pula, peralatan jarang akan mudah dijumpai di sana, sekali-sekala terdapat juga peralatan yang bernilai.

Tempat lelongan Bahagian Mewah pula terletak dari tingkat 150 hingga tingkat 180. Selain mereka yang mempunyai kuasa unggul, biasanya terdapat orang-orang besar sesebuah wilayah. Misalnya, watak-watak di puncak Kerajaan Bintang-Bulan.

Dalam hayat lampau Shi Feng, setelah dia menjadi Raja Pedang Tingkat 3, dia memperoleh gelaran yang agak bagus, lantas memberikannya peluang untuk memasuki Bahagian VIP. Bagi Bahagian Mewah pula, hanya Ketua-Ketua Kesatuan dan Timbalan-Timbalan Ketua Kesatuan kelas pertama mempunyai hak untuk memasuki kawasan ini. Para pemain terbaik yang telah mencapai Tingkat 5 dalam Pekerjaan mereka juga dibenarkan dalam kawasan ini. Bagi peralatan-peralatan yang dijual di sini pula, Shi Feng tidak mempunyai apa-apa maklumat tentangnya langsung. Ia rahsia yang hanya diketahui oleh pemerintah-pemerintah zalim dan pemain-pemain terbaik Kawasan Tuhan.

Shi Feng tiba di tempat lelongan pada tingkat 66.

Seluruh tempat ini bersaiz lebih kurang sama seperti sebuah padang bola dan pada ketika ini dipenuhi dengan orang. Mereka ini semuanya NPC dengan pangkat bangsawan ke atas dan amatlah sukar untuk para pemain yang ingin bersaing untuk peralatan dengan NPC-NPC ini. NPC-NPC ini berada di sini khususnya untuk menghalang para pemain daripada memenangi bidaan dengan begitu mudah tanpa saingan.

Sejujurnya, NPC-NPC ini hanyalah hiasan di tempat lelongan. Jika bidaan seseorang pemain tidak mencapai tahap piawaian, peralatan tersebut akan dirampas oleh NPC, lantas menghalang para pemain daripada senang-senang memperoleh peralatan-peralatan yang jarang.

Setelah semua orang duduk, lelongan bermula secara rasmi. Setelah seorang tua yang berjanggut putih berjalan naik ke pentas dan mengisytiharkan permulaan lelongan itu, sebuah peralatan dibawa naik ke pentas perlahan-lahan.

Peralatan pertama untuk dilelong adalah Plat Dada Perak-Rahsia Tahap 20, dengan bidaan permulaannya diletakkan pada 2 Emas.

"Atribut-atribut padanya bagus, tetapi harganya terlalu mahal," mengeklik pada maklumat peralatan tersebut, Shi Feng mengabaikannya dengan cepat setelah melihat Atributnya.

Walaupun peralatan tersebut bagus, dia tidak mampu menggunakannya sekarang.

Jika Shi Feng benar-benar boleh membelinya dengan harga hanya 2 Emas, mungkin dia masih akan mempertimbangkannya. Namun, setelah satu pusingan pembidaan daripada NPC-NPC tersebut, harga peralatan itu telah pun naik ke 7 Emas.

Jika dia menjual Plat Dada tersebut kepada Kesatuan kelas pertama sekalipun, dia tentu tidak akan memperoleh 7 Emas untuknya. Paling banyak pun, dia akan dapat menjualnya pada harga 3 atau 4 Emas. Manakan tidak, bagi pemain-pemain sederhana sekarang, jangankan Syiling Emas, Syiling Tembaga pun dianggap sudah bernilai.

Setelah itu, peralatan demi peralatan Perak-Rahsia dibawa keluar. Terdapat juga peralatan Emas-Tua yang dilelong. Namun, tiada satu pun harga yang dapat menarik perhatian Shi Feng.

Sebabnya mudah. Kesemua peralatan tersebut terlalu mahal.

Jika tahap purata para pemain mencapai sekitar Tahap 20, harga peralatan tentu menjadi lebih murah. Akan tetapi, Kawasan Tuhan baru sahaja bermula, jadi kebanyakan pemain berada sekitar Tahap 4. Dari mana mereka ini boleh cari wang yang begitu banyak?

Setengah jam kemudian, fasa peralatan lelongan tersebut akhirnya tamat dan lelongan untuk peralatan lain bermula.

"Peralatan berikut adalah Rekaan Penempaan Senjata. Rekaan Penempaan ini merupakan hasil tangan Tuan Corian dan bidaan bermula pada 3 Syiling Emas.

Serta-merta, minat Shi Feng membara. Dia kemudian mengeklik untuk meneliti maklumat peralatan tersebut.

[Rekaan Penempaan Subuh Perak] (Pangkat Perak-Rahsia, Pedang Satu Tangan)

Tahap 10

Memandangkan ia berpangkat Perak-Rahsia, Shi Feng menyedari nasib baiknya telah tiba. Lagipun, Subuh Perak merupakan senjata Tahap 10. Ia sesuatu yang amat diperlukannya. Bilah Neraka juga memerlukan sepuluh senjata Perak-Rahsia Tahap 10 untuk menaik tahap. Dengan Rekaan Penempaan ini, masalah itu akan diselesaikan dengan mudah.

Namun, selain Shi Feng, masih ada beberapa Penempa yang mengambil bahagian dalam bidaan tersebut. Manakan tidak, Rekaan Penempaan Perak-Rahsia tersangat jarang. Dengan itu, bidaan untuk Rekaan Penempaan itu bermula dengan segera.

Dalam beberapa detik, harga pembidaan telah pun mencapai 6 Emas.

Shi Feng mengetapkan giginya dan menjerit, "7 Emas!"

"7 Emas 30 Perak."

"7 Emas 50 Perak."

"8 Emas."

Dengan pembidaan gila daripada NPC-NPC harga Subuh Perak semakin menaik.

"Sial, saya membida 15 Emas!" Memandangkan harganya telah mencapai 13 Emas, Shi Feng serta-merta mengatasinya sebanyak 2 Emas, menunjukkan kesungguhannya dan menggoncangkan ketenteraman para NPC ini. Sekiranya harganya terus naik, Shi Feng pun tidak mampu bertahan. Manakan tidak, dia hanya memiliki lebih 20 Syiling Emas yang tertinggal.

"16 Emas!"

Nilai asal Rekaan Penempaan ini sekitar 15 Syiling Emas. Shi Feng tidak menyangka NPC-NPC ini masih akan bersaing.

"17 Emas!" Shi Feng membuat keputusannya. Jika para Penempa NPC membida lagi sekali, dia akan serta-merta membida 20 Emas. Pada saat itu, jika masih tidak cukup, dia hanya akan menerima nasibnya.

Akhirnya, para Penempa NPC menggeleng kepala mereka dan melepaskan bidaan tersebut.

"Tahniah kepada Encik Api Hitam kerana memenangi Rekaan Penempaan Subuh Perak Tuan Corian!" lelaki tua berjanggut putih tadi menepuk tangannya untuk mengucapkan tahniah kepada Shi Feng.

Setelah menerima Rekaan Penempaan, Shi Feng melepaskan nafas lega. Paling kurang pun dia tidak membazirkan perjalanan ke Rumah Lelong kali ini. Bagi 17 Emas yang telah dia belanja tadi, lama-kelamaan dia akan mampu mendapatkan kesemuanya kembali melalui Subuh Perak.

Setelah melelong Rekaan Penempaan tersebut, lelaki tua berjanggut putih itu menyambung, "Peralatan seterusnya ialah kemahiran yang teramat jarang untuk Pekerjaan-Pekerjaan jarak dekat, bidaan bermula pada 5 Syiling Emas."

[Letupan Api Berguruh] (Jenis-Aksi)

Memerlukan: Senjata Jarak Dekat

Mengeluarkan kemusnahan pusat 200 dan kemusnahan tambahan api dan guruh ke musuh-musuh yang berada dalam lingkaran jarak 5-ela. Musuh-musuh yang terkena akan masuk keadaan pengsan selama 4 saat.

Masa bertenang: 45 saat.

Mata Shi Feng bersinar setelah melihat peralatan. Letupan Api Berguruh memang merupakan kemahiran hebat untuk Pekerjaan-Pekerjaan jarak dekat dan merupakan salah satu peralatan yang paling bernilai dalam lelongan ini.

"Nak buat apa? Saya tak cukup wang sekarang…" Shi Feng amat mengingini buku kemahiran ini. Namun, bidaan permulaan untuknya sudah pun mencapai 5 Emas. Paling kurang, harga akhir untuknya akan berada pada 20 Emas ke atas.

Sambil Shi Feng mempertimbangkannya dengan senyap, harga buku kemahiran tersebut telah pun naik ke 10 Emas. Berbanding Subuh Perak, pembidaan untuk buku kemahiran itu lebih hangat.

Shi Feng tidak mempunyai pilihan selain membuka antara muka bagi Pusat Perdagangan Maya, membatalkan Syiling-Syling Emas yang telah dia daftar.

"Nasib baik…" Shi Feng melepaskan nafas lega setelah menyedari dia masih mempunyai 23 Emas daripada 30 Emas yang telah dia daftar. Tambahan kepada Syiling-Syiling yang ada dalam tangannya sekarang, jumlahnya baru mencecah lebih 30 Emas. Jumlah tersebut sudah mencukupi untuk membeli Letupan Api Berguruh itu.

"20 Emas!" pekik Shi Feng.

"20 Emas! Encik Api Hitam dengan 20 Emas. Ada sesiapa yang ingin membida? Ini satu-satunya peralatan bernilai dalam lelongan kali ini. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya!"

Shi Feng terpaksa menjeling hina ke arah lelaki tua itu.

"21 Emas."

"Memandangkan ia peralatan bernilai, sudah tentu ia bukan mudah. Saya membida 24 Emas," kata seorang Pemain Pedang Tingkat 2 dengan seronok.

"Saya membida 26 Emas," jerit seorang Shadower Tingkat 3.

…..

Kebanyakan NPC yang hadir di lelongan ini terdiri daripada Pekerja-Pekerja jarak dekat. Justeru, sudah tentu persaingan untuk buku kemahiran tersebut hangat luar biasa. Lagipun, NPC-NPC tingkat tinggi semuanya sangat kaya. Hanya dengan menjalani suatu Misi mudah, mereka akan mampu mendapatkan pampasan beberapa Syiling Emas, jadi kadar pendapatan mereka teramat pantas. Jika Shi Feng tidak mendapat wang yang banyak sebelum ini, dia tidak mempunyai peluang langsung untuk bersaing dengan NPC-NPC tingkat tinggi tersebut.

Setelah memerhatikan para NPC tingkat tinggi ini, dia menyedari setiap seorang daripada mereka lebih kuat daripada yang sebelumnya. Ada NPC Tingkat 4 juga yang membida buku kemahiran tersebut.

Memandangkan harganya baru menyentuh garisan bawah Shi Feng…

"30 Emas!" Shi Feng meletakkan bida akhirnya. Dia akan berjaya atau mati mencuba.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C116
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login