Download App

Chapter 97: Wira-Wira Berkumpul

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Lembah Bulan Gelap, Tanah Kubur Bulan Gelap.

Berderet batu nisan di sekeliling sebuah gereja usang. Di tengah malam-malam buta, bunyi jeritan kesakitan dapat didengari keluar dari batu-batu nisan tersebut. Sementara itu, Pembunuh Hendap Kobold meronda lokasi-lokasi gelap dan bersembunyi di keliling gereja yang usang itu.

Tempat ini lokasi yang paling terkenal di Lembah Bulan Gelap.

Oleh sebab tempat ini merupakan Dungeon Pasukan dua puluh orang yang pertama dan paling hampir dengan Bandar Daun Merah, ia dipandang sangat tinggi oleh banyak kesatuan yang berpusat di Bandar Daun Merah. Berbanding Dungeon Kumpulan enam orang yang sebelumnya, kesatuan-kesatuan tersebut paling banyak memberi perhatian kepada Dungeon Pasukan ini.

Hal ini kerana Dungeon Pasukan dan Dungeon Kumpulan berbeza. Bukan sahaja tahap kesukaran Dungeon Pasukan lebih tinggi, malah peralatan yang tercicir darinya juga lebih bagus. Lebih-lebih lagi, sesebuah kesatuan hanya dapat membuktikan kekuatan mereka dengan mengosongkan Dungeon Pasukan. Selain itu, terdapat Senarai Gemilang di sebelah Pagar Teleportasi setiap Dungeon Pasukan. Padanya, nama setiap Pasukan dan pemain yang memperoleh Pertama Lepas untuk Dungeon tersebut akan tertera untuk dikagumi oleh pendatang-pendatang yang lewat.

Selain Pertama Lepas, sudah tentu rekod bagi pengosongan Dungeon yang paling cepat juga akan direkod, rekod terkini ialah tiga jam. Selagi sesebuah pasukan melepasi masa rekod, nama-nama mereka akan direkodkan. Namun, rekod ini tidak kekal, hanya sementara. Jika ada pasukan lain yang mampu memperoleh masa rekod yang lebih singkat, mereka akan mengganti pemegang rekod semasa.

Kini, para pemain memenuhi keseluruhan Tanah Kubur Bulan Gelap. Selain pelbagai Kesatuan besar dari Bandar Daun Merah, terdapat banyak juga kumpulan sementara yang cuba mencabar Dungeon Pasukan ini.

"Wow! Sudah boleh diagak persaingan untuk Pertama Lepas Dungeon Pasukan akan menjadi sebegini hangat. Peralatan mereka ini terlalu cantik! Mana mungkin kumpulan sementara kami ini dapat lawan mereka?"

"Biasalah. Kau tengoklah berapa kali Kesatuan-Kesatuan ini sudah lepas Dungeon Kumpulan Tahap 3 dan Tahap 4? Pasukan daripada Kesatuan yang paling lemah di sini pun akan ada tujuh hingga lapan buah Peralatan Gangsa pada setiap ahli kumpulan. Cuba kamu lihat Kesatuan Pertahanan di sana. Kesemua ahli mereka memakai Peralatan Gangsa. Ketua mereka, Singa Pedang Besi, sedang memakai Peralatan Set Taring Serigala yang hanya boleh didapati dari Dungeon Tahap 4, Sarang Serigala Hitam."

"Singa Pedang Besi boleh dikatakan agak bagus dalam kalangan Kesatuan-Kesatuan yang tidak berpangkat. Tetapi, tengok sana, Kesatuan kelas ketiga, Mahkota Syurga. Peralatan yang dipakai timbalan ketua pasukan elit mereka, Penumpang Angin merupakan Peralatan Set Angin Roh dari Dungeon Maju Tahap 4, Kubu Serigala Hitam."

Para pemain kumpulan-kumpulan sementara merenung peralatan pasukan-pasukan Kesatuan dengan iri hati. Mereka membincangkan peralatan-peralatan tersebut seumpama barang kemas keluarga mereka sendiri, lagi rancak mereka berborak, lagi banyak air liur mengalir daripada sudut mulut mereka.

Hanya kumpulan-kumpulan Elit Kesatuan yang mampu mengosongkan Dungeon-Dungeon Kumpulan yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi. Individu-individu yang tiada Kesatuan seperti mereka hanya mampu melihat dengan perasaan yang cemburu.

Sebaik sahaja mereka semua mengeluh melihat peralatan pasukan-pasukan elit ini, Menusuk Jantung dari Perikatan Pembunuh Hendap membawa sekumpulan pemain ke mari. Peralatan kumpulannya amat seragam. Kesemua dua puluh pemain memakai Peralatan Gangsa Tahap 4 yang sama. Di antara mereka, dua pisau perak yang tergantung pada pinggang Menusuk Jantung kelihatan sangat berseri.

"Sial, tak mungkin kan? Itu Duri-Duri Gemini yang hanya dicicirkan daripada Bos akhir Mod Susah Kubu Hantu," kata seorang Pembunuh Hendap yang terkejut kerana dia merupakan peminat pisau.

Tiba-tiba, ketua-ketua pasukan dan golongan atasan Kesatuan lain semua menjeling ke arah Menusuk Jantung.

Rekaan dan warna ini memang sama seperti maklumat yang tertera pada pengumuman rasmi.

"Seperti yang dijangka daripada sebuah Kesatuan kelas pertama, Perikatan Pembunuh Hendap tidak boleh diambil mudah. Mereka berjaya melepasi Mod Susah Kubu Hantu tanpa pengetahuan sesiapa. Sementara itu, sampai sekarang, kita hanya telah membunuh Bos pertama Mod Susah," keluh Penumpang Angin kerana menyesal.

"Humph! Siapa peduli kalau mereka lepas Mod Susah? Kita akan mula dari titik permulaan yang sama sekarang. Kesukaran Dungeon Pasukan tak boleh disamakan dengan Dungeon Kumpulan. Segalanya bergantung kepada arahan-arahan yang diberi," Singa Pedang Besi mengerut dahinya, mendengus dengan angkuh. Dia percaya teknik-tekniknya sendiri lebih kurang setanding Menusuk Jantung. Jika dia tidak diserang hendap oleh Si Ye Feng hari itu, menyebabkannya jatuh tahap, kumpulan yang dia ketuai mungkin telah mampu melepasi Mod Susah Kubu Hantu.

"Menarik," apabila ketua Bayang-Bayang, Zhang Luowei, mendengar perbincangan kesatuan-kesatuan lain, senyuman halus muncul pada mukanya. Dia teramat angkuh, seolah-olah dia memandang enteng kepada semua pemain di situ.

Pelbagai Kesatuan yang hadir tidak ingin bekerjasama antara satu sama lain langsung. Manakan tidak, Kawasan Tuhan baru bermula jadi tiada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Perikatan Pembunuh Hendap menjadi sekuat ini hanya kerana penubuhan asal mereka yang kuat. Namun, Pertama Lepas bagi Tanah Kubur Bulan Gelap tidak akan dapat diperoleh hanya dengan mengharapkan penubuhan yang kuat. Paling kuat pun, Perikatan Pembunuh Hendap akan mendapatkan hanya kelebihan yang sedikit lebih daripada Kesatuan-Kesatuan yang lain.

Pertama Lepas Dungeon Pasukan kali ini dikira peralihan kuasa di Bandar Daun Merah. Sesiapa yang memperoleh Pertama Lepas akan meningkatkan prestij mereka di Bandar Daun Merah, lantas memperbaiki pembangunan kesatuan mereka. Ia tentu mendatangkan kesan dari segi dapat menarik ramai pemain baru ke Kesatuan-Kesatuan mereka.

Semua orang melihat jam. Terdapat lebih dua puluh minit sebelum pembukaan Tanah Kubur Bulan Gelap. Mereka semua berdiri di sisi, menunggu dengan sabar.

"Kanda Salji, tempat ini betul-betul heboh!" Xiao Yue'er ketawa, menarik tangan halus Salji Lembut sambil memerhatikan kawasan sekelilingnya.

Salji Lembut mengangguk. Dia memandang sekeliling dengan muka tidak beremosi, air mukanya dingin seperti ais. Dia tidak mempedulikan mana-mana Kesatuan yang hadir. Sebaliknya, dia mencari seseorang yang tertentu.

Walaupun Salji Lembut sekumpulan cuba merendahkan diri mereka apabila mereka tiba di Tanah Kubur Bulan Gelap, tetapi pandangan semua orang teralih secara tidak sengaja terhadap kumpulan tersebut termasuk golongan atasan pelbagai Kesatuan yang hadir.

Mereka masih memiliki peluang untuk bertanding kalau bercakap tentang Kesatuan kelas kedua. Namun, bersaing dengan Kesatuan kelas pertama hanya mimpi bagi mereka. Sebab utamanya, jurang antara Kesatuan kelas pertama dengan Kesatuan kelas kedua terlalu luas. Bukan sahaja terdapat perbezaan dalam bilangan ahli Kumpulan, tetapi juga perbezaan kualiti pemain dan dana.

Hanya dengan berdiri di tempat ini Salji Lembut memberikan tekanan yang hebat meliputi golongan atasan pelbagai Kesatuan yang hadir. Sebab-sebab tekanan tersebut selain jurang antara Kesatuan mereka, jurang antara kekuatan peribadi masing-masing juga merupakan salah satu sebab. Selagi seseorang bermain permainan realiti maya, mereka sudah tentu mengenali Dewi Salji. Namun, nama ini bukanlah memuji rupa Salji Lembut yang menakjubkan, tetapi kerana kekuatannya yang menggerunkan.

"Seperti yang dijangka daripada Dewi Salji. Peralatan pada badannya barangkali peralatan yang paling canggih yang mampu diperoleh pemain pada peringkat semasa permainan ini," Menusuk Jantung mengagumi perisai perak-merah yang dipakai Salji Lembut dalam diam.

Ini merupakan Peralatan Set Cahaya Api yang hanya boleh didapati dari Dungeon Maju Tahap 5, Gua Lava. Perikatan Pembunuh Hendap tidak pernah berjaya melepasi Dungeon ini. Lebih-lebih lagi, Set Cahaya Api ini adalah Peralatan Set Besi-Misteri yang hanya akan tercicir dari Mod Susah Dungeon tersebut.

Peralatan Set ini jauh lebih baik daripada mana-mana peralatan lain, apatah lagi Pedang Besar Roh Api dalam tangan Salji Lembut. Pedang tersebut merupakan sebilah Pedang Dwi-Tangan Perak-Rahsia Tahap 5. Senjata tersebut mampu mengatasi pasangan Duri Gemini Besi-Misteri Menusuk Jantung.

Sensasi yang set peralatan ini beri kepada pakar lain yang hadir amat hangat. Tambahan lagi dengan Peralatan Besi-Misteri Zhao Yueru dan Xiao Yue'er, kumpulan Salji Lembut ternyata jauh lebih hebat daripada kesemua hadirin yang lain di Tanah Kubur Bulan Gelap. Bagaimana pakar-pakar ini mampu menandingi kumpulan Salji Lembut sekarang?

"Kenapa dia belum sampai?" selepas melihat sekeliling, selapis embun beku timbul pada muka Salji Lembut kerana gagal menjumpai Shi Feng di mana-mana.

"Hahaha! Salji, lelaki itu mesti sudah tahu dia hanya akan memalukan dirinya, jadi elok tak datang terus. Apa kata kita ajak beberapa ahli lain ke mari?" Zhao Yueru menonjolkan lurah dadanya yang memukau, sambil ketawa dengan seronok.

Salji Lembut memikirkan sejenak kata-kata Zhao Yueru. Pertama Lepas untuk Tanah Kubur Bulan Gelap terlalu penting. Jika Shi Feng benar-benar tidak datang, elok dia membuat persediaan awal-awal.

Sebaik sahaja Salji Lembut bersedia menghubungi kenalan-kenalannya, Shi Feng sekumpulan berlari ke mari.

"Maaf, saya buat kalian tunggu," kata Shi Feng sambil menggaru kepalanya.

Walaupun dia meluru ke mari, jaraknya terlalu jauh. Lebih-lebih lagi, mereka telah menemui seekor Elit Teramat Jarang Tahap 5 dalam perjalanan ke sini, jadi mereka telah membuang sedikit masa…


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C97
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login