Download App

Chapter 94: Kemusnahan Diri Sendiri

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Aku tidak percaya. Kau mesti sengaja cakap begitu, bukan?"

Sepasang mata licik Torash melihat ke belakang Leylin.

"Kau nampak tak, selepas mendengar kata-kata kau , teman wanita kecil kau itu sangat patah hati!"

"Lemah betul!" Leylin sedikit pun tidak berpaling ke belakang.

"Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk mengakhiri ini!" Leylin memandang ke langit, dan sinaran-sinaran cahaya lebih terang daripada fajar.

Ahli sihir adalah makhluk pintar. Dengan mengancam Leylin, Torash hanya memegang harapan yang sangat kecil. Tujuan utamanya adalah kemungkinan besar untuk melengahkan masa sehingga pembantu-pembantu paderi lain dapat membantunya.

Pembantu-pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest yang berada di dalam aras rahsia berada dalam keadaan yang sangat tidak bagus. Kini, pada hari kedua juga, pembantu-pembantu paderi musuh tentu telah berkumpul. Apabila Leylin ditemui, satu adegan memanggil-manggil dan jeritan untuk dia dibunuh akan berlaku.

Ketika itu, sihir-sihir yang tidak terkira ramainya akan meliputi langit dan bumi akan menyerangnya. Walaupun Leylin mempunyai Loket Tahi Bintang, tenaganya terhad.

"Apa penghujungnya?"

Beberapa bahan muncul di tangan Torash, ketika dia melangkah beberapa langkah ke belakang.

"Sudah tentu, ia adalah untuk menamatkan permainan bodoh ini!"

Mata Leylin berkelip dan membaca satu mantera.

*Sssii!* Satu gas berwarna hijau-kemerahan tersebar di atas tanah berais itu.

Apabila fros itu dan satu lapisan kabut nipis bersentuhan dengan gas merah itu, suhu medan perang meningkat dengan serta-merta beberapa darjah.

Bagi kabus hijau pula, ia terus merebak di padang. Paras penglihatan turun serta-merta, dan seseorang tidak dapat melihat di luar radius 3 meter.

"Ini adalah sihir yang saya sediakan khas untuk awak, Awan Berapi Akhirat!"

Leylin bercakap dengan lembut. Awal tadi ketika dia bercakap tidak masuk akal dengan pihak lawan, dia sebenarnya sedang menggunakan Cip A.I. untuk beberapa pengiraan. Tambahan pula, dia menyediakan padang itu, menanam pelbagai jenis bahan di dalamnya.

"Hanya gas hakisan yang kecil!"

Torash menghindarinya. Di seluruh tubuhnya, terdapat arus biru muncul. Jika seseorang menggambarkan arus di tubuhnya sebagai lapisan nipis sebelum ini, kini ia boleh dikatakan telah berkembang menjadi tebal 1 sentimeter.

"Pergi!" Torash menuding, dan arus biru itu terus menuju ke dalam kabus hijau-kemerahan itu.

*Sssii!*

Di mana elektrik itu pergi, gas hijau-kemerahan itu hilang, mendedahkan kawasan sekitarnya.

Walau bagaimanapun, kebanggaan di wajah Torash tidak kekal lama sebelum ia berubah.

"Gelombang tenaga ini! Awak! Awak bukan pembantu paderi tahap 1, tetapi pembantu paderi tahap 3!"

Dari tengah-tengah gas berwarna hijau-kemerahan itu, turun naik tenaga boleh terasa secara terang-terangan. Ular elektriknya sendiri segera dihakis oleh kabus hijau itu. Tambahan pula, jejak warna hijau terus diperluaskan sepanjang trajektori kilat itu menuju ke arah Torash.

"Tidak!" Torash memberi pandangan yang mendalam kepada Leylin yang berada di tengah-tengah awan dan kabut itu dan kemudian berlari.

Leylin mengayunkan tangannya dan satu cincin ajaib berwarna hijau menyelubungi keseluruhan Torash dan dia menjadi perlahan seolah-olah dia terikat dengan rantai.

*Sssii!!* Satu awan berasap merah-hijau tersebar dekat dengan Torash dan ia membaluti sekeliling tubuhnya.

Asap itu semakin padat dan tidak lama kemudian, Leylin tidak dapat melihat Torash.

*Gemeresik!* Di bawah Awan Berapi Akhirat itu kedengaran bunyi kilat dan guruh, bersama dengan tangisan Torash yang pilu.

Leylin tersenyum dingin. Awan Akhirat ini telah diubahsuai oleh Leylin, dan dimasukkan khusus dengan partikel tenaga yang paling sesuai untuk elemen Kilat. Ia boleh dikatakan ia sumpahan semua pembantu paderi berelemen Kilat!

Selepas mendengar tangisan dari dalam Awan Akhirat itu, dan bunyi daging terhakis, satu ekspresi terganggu muncul pada wajah Bicky.

"Argh! Saya akan bunuh awak!"

Beberapa belas saat kemudian, Torash keluar dari Awan Akhirat ke arah Leylin, membawa satu bola awan yang melekat pada tubuhnya.

"Ah!" Selepas melihat penampilan Torash, Bicky dan seorang lagi pembantu paderi menjerit ketakutan.

Ketika itu, Torash sudah hampir bogel, dengan pakaiannya hampir lebur. Di atas tubuhnya banyak bisul yang bocor dengan nanah kuning yang pekat.

Salah satu bola matanya terkeluar daripada soketnya, tergantung di sana oleh beberapa tisu berdarah yang masih melekat padanya.

Bersama dengan beberapa ketul daging yang hilang di mukanya, sekarang Torash kelihatan seperti mayat Leylin dari dunia sebelum ini.

"Walaupun pembantu-pembantu paderi boleh menggunakan partikel tenaga untuk menguatkan daya tahan mereka, daya hidup yang kuat masih sangat luar biasa!"

Leylin merenggangkan tangannya, dan satu pad lengan berwarna hitam secara automatik memperluaskan capaiannya, akhirnya bertukar menjadi satu busur hitam di mana satu anak panah tajam dengan pancang terbalik bertakuk di atasnya.

[Kelajuan angin dan kelembapan dalam pengiraan, menyesuaikan trajektori!]

Dengan bantuan Cip A.I., kini kemahiran memanah Leylin adalah seperti pakar busur.

*Chi Xiu Xiu!* Empat anak panah ditembak daripada busur itu dan seperti sinaran cahaya hitam, melintasi langit, terus menembusi 4 anggota badan Torash, memaku dia ke tanah.

"Urgh Urgh!" Torash bergelut. Daging di atas tubuhnya berterusan jatuh ke tanah, dan suaranya kellihatan terjejas sekarang. Sekarang, dia tidak dapat menyuarakan satu perkataan pun.

"Kita... Menang?" Melihat adegan ini, mata Bicky kelihatan agak bingung.

"En! Kita yang menang, tetapi masih ada beberapa perkara yang harus dilakukan!"

Leylin menakuk busurnya lagi dan ditujukan kepada gadis di sebelah Bicky itu, "Apa nama awak?"

"Mo... Molly! Tuan!" Menyaksikan Leylin menggunakan Awan Akhirat untuk menyeksa Torash dengan cara yang tidak dapat difikirkan, pembantu paderi wanita itu tunduk dengan sangat cepat.

"Sangat bagus! Molly! Pergi ke sana dan turunkan kepala musuh yang cuba membunuh rakan awak itu!"

"Tidak! Awak tidak boleh berbuat begitu! Molly masih kanak-kanak! Saya! Saya akan melakukannya untuknya...."

Bicky berdiri.

*Xiu!* Pada masa yang sama, satu anak panah ditembak melintasi rambut halus di sebelah telinganya, terbang jauh ke belakang.

"Jangan ubah arahan saya. Jika tidak, anak panah seterusnya akan melalui otak awak!" Mata Leylin berkedip dingin, kelihatan jahat.

"Saya akan pergi!" Pembantu paderi wanita bernama Molly itu bercakap dan Bicky berpaling dengan senyap.

"Saya suka wanita-wanita yang taat!" Leylin mengangguk kepalanya dan menggunakan satu anak panah tuju ke arah Torash yang sedang meronta-ronta di tanah." Tunggu apa lagi! Cepat lakukan!"

Pembantu paderi wanita itu mengetap giginya. Dia mengeluarkan satu pisau yang tertanam di permata daripada jubahnya dan berjalan ke hadapan. Melihat Torash yang disematkan di tanah dengan empat anggota badannya dengan empat anak panah, riak mukanya kelihatan sangat rumit.

Orang ini, yang dianggap sebagai seorang Magus berpotensi, seorang pembantu paderi genius yang memiliki sebuah artifak ajaib. Walau bagaimanapun, kini empat anggota badannya disematkan ke tanah seolah-olah anjing yang sedang menunggu untuk disembelih.

Perasaan ini diperluas seperti pokok-pokok menjalar, tersebar niat di dalam hatinya. "Adakah ini rasanya kuasa? Hebatnya!"

Melihat pembantu paderi wanita itu mengangkat pisau belatinya, Leylin bergerak dengan cepat dan memegang Bicky, berundur berbelas meter ke belakang.

"Lepaskan saya, si miang yang keji!" Bicky berterusan meronta-ronta.

Dari aspeknya, pembantu paderi ini yang Leylin ubahsuai ini menjadi orang asing kepadanya. Namun dia mempunyai kuasa yang tidak dapat difikirkan dan dia seorang yang sangat tidak beremosi.

Awal tadi, dia berkata dia sedang menyelamatkannya, namun dalam sekelip mata dia tuju anak panah kepadanya dan melepaskannya!

Di dalam hati Bicky, Leylin kini menjadi seperti seseorang yang gila dan kuat.

Lebih-lebih lagi, di Dunia Magus ini, disebabkan masalah yang timbul daripada eksperimen dan meditasi, kemungkinan besar keadaan mental mereka juga terjejas.

Leylin mengangkat bahunya. Selepas mengekalkan satu jarak yang jauh, dia melepaskan Bicky.

Pada masa ini, kedua-dua mata mereka bersinar cerah dan menatap pembantu paderi perempuan yang memegang pisau belati di hadapan Torash.

"Terlalu gopoh! Terlalu gopoh! Kadar kemenangan yang Cip A.I. sediakan awal tadi boleh dikatakan tidak tinggi. Lebih-lebih lagi, ia mengatakan aku hanya dapat membunuh pembantu paderi ini setelah membayar harga kecederaan ringan yang dihadapinya. Walau bagaimanapun, sekarang dia hanya seketul daging di papan cincang! Bagi saya penyembelih daging!"

"Kecuali ... Terdapat beberapa kad muslihat rahsia yang tidak diketahui di tubuhnya!" Mata pintar Leylin menjeling.

Selepas memegang pisau belati itu, Molly memandang ke arah Leylin sekali lagi. Sekarang anak panah yang bertakuk di busur Leylin masih dihalakan kepadanya. Dia hanya mampu berputus asa sambil menutup matanya dan menusuk pisau belati itu ke bawah!

"Sayang sekali!" Ketika itu, Torash tiba-tiba membuka matanya, mendedahkan kematian dan penyesalan yang tidak dapat diselesaikan di matanya.

"Saya tidak pernah berfikir saya akan menggunakan teknik ini suatu hari nanti, lebih-lebih lagi untuk menangani pembantu paderi tahap 2 yang lemah sahaja!"

*Boom!*

Dalam suaranya, kilat yang tidak terkira muncul dari tubuh Torash. Kilat ini sangat ganas, dan merebak melalui tubuh Torash dalam sekelip mata, malah menumpu ke dalam.

Selepas kilat itu telah mencapai titik yang sangat kecil, tubuh Torash tiba-tiba meletup, dengan bunyi ledakan besar yang bergema di seluruh kawasan itu.

Gelombang bunyi itu terus melintasi segala-galanya, menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan batu kerikil terbang.

"Hati-hati!" Ketika saat letupan itu berlaku, Leylin segera menarik Bicky ke sampingnya dan membaling satu posyen di atas tanah - Posyen Perisai Berkeliling Trevor!

Pada masa yang sama, Loket Tahi Bintang di lehernya juga mengeluarkan cahaya yang suram.

Di bawah perlindungan posyen dan lapisan cahaya itu, tanah di bawah Leylin dan Bicky tidak tersentuh sedikit pun. Ia lebih tinggi daripada kawasan sekitar dengan jarak yang agak jauh.

[Anggaran darjah kuasa sasaran: 16! jenis sihir - Pembakaran Mayat: 45.7%, Medan Elektrik: 34.5%]

Melihat data daripada Cip A.I., Leylin akhirnya memahami bagaimana Cip A.I. mentafsirkan kadar kemenangan.

Walaupun dia mempunyai Loket Tahi Bintang, ia hanya dapat menahan sihir darjah 15 ke bawah. Bagi letupan terakhir kemusnahan diri sendiri Torash, ia jelas mencapai 16 darjah, yang boleh memecahkan pertahanan Loket Tahi Bintang dan mendatangkan bahaya kepada Leylin.

Walau bagaimanapun, serangan terakhir dilakukan oleh Molly, manakala Leylin menjauhkan dirinya berbelas meter di belakang. Bukan sahaja dia mengalami kecederaan sampingan yang sedikit daripada letupan itu, malah ada masa untuk menyediakan pertahanannya.

"Bagaimanapun, 16 darjah huh? Ia sudah hampir dengan nilai Magus, dia sememangnya satu pembantu paderi tertinggi daripada puak yang besar!"

Kepada musuh-musuhnya yang telah mati, Leylin tidak pernah memberi pujiannya terhadap mereka.

"Awak pembunuh! Algojo1! Kau dah tahu lama dahulu lawan akan memusnahkan diri sendiri, bukan?"

Bicky yang sedang memeluk Leylin menolaknya, sepasang mata cantiknya penuh dengan air mata.

Tanah di mana Torash memusnahkan diri sendiri menjadi satu lubang besar sekarang; bersama-sama dengan serpihan-serpihan dan keping-kepingan pakaian dan daging yang hangus. Dalam letupan awal tadi, Torash dan pembantu paderi wanita itu, Molly, secara tidak langsung telah mati bersama. Malah sisa-sisa mayat mereka bercampur-campur bersama-sama.

  1. Algojo ialah pembunuh yang membunuh orang yang sudah dikenakan hukuman mati.

Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C94
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login