Download App

Chapter 50: Dia Tidak Peduli

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Rahsia-rahsia Liu Anan telah dibongkar oleh penggodam dan disebarkan atas talian. Reputasinya sudah hancur. Adakah kamu dalangnya?"

Sudah tentu. Su Qianci sudah dapat menjangkakan hal ini akan berlaku. Setelah mendengar kata-kata Puan Li, dia berpura-pura tidak tahu apa-apa dan berkata, "Ibu, jika saya mampu melakukannya, mengapa saya biarkan sahaja diri saya dibuli di pusat membeli belah?

Video Liu Anan menimbulkan kekecohan di dalam pusat membeli belah itu telah tular. Disebabkan Puan Li sentiasa dimaklumkan tentang apa yang berlaku, pasti dia sudah melihat video tersebut.

Puan Li terdiam seketika sebelum menyambung, "Baguslah jika bukan kamu dalangnya. Walaupun Liu Anan bukan dari keluarga Tang, keluarga itu sentiasa menyokongnya di belakang. Mencari masalah dengannya bukan perkara bijak."

"Saya tahu, ibu. Walaupun saya tidak suka kejadian itu, saya tahu yang apa perlu saya buat. Jika dilihat dari perangai Liu Anan, saya pasti dia sudah membuat ramai orang marah selain daripada saya."

"Okey. Apapun yang terjadi, keluarga Li tidak seharusnya terlibat. Kamu salah seorang ahli keluarga sekarang, jadi kamu tidak boleh bertindak secara melulu."

"Baik ibu. Saya faham."

"Okey. Suruh Li Sicheng pulang ke rumah sekerap yang mungkin."

"Nanti saya beritahu dia."

Su Qianci baru sahaja meletakkan telefonnya ketika dia mendapat satu lagi panggilan. Nombor yang aneh. Dia berasa dirinya sibuk hari ini.

"Su Qianci?" Satu suara lembut kedengaran seperti daripada seorang perempuan tua. Namun, hanya suara sahaja yang kedengaran tua.

"Ya, siapa ini?" Su Qianci berpura-pura seperti tidak mengenalnya.

"Saya Lin Wanting, sahabat baik kamu sewaktu di sekolah menengah. Kamu tidak ingat saya?"

"Oh!" Su Qianci berkata, "Kamu rupanya. Ada apa kamu menelefon saya?"

Mendengar nada suara Su Qianci yang dingin, Lin Wanting terdiam seketika kerana tidak menjangka ia akan datang daripada Su Qianci. Sebelum ini, Su Qianci terdesak untuk mempunyai kawan. Tidak kira siapapun, selagi kamu mampu membuat Su Qianci menyangka kamu kawannya, maka dia akan melayan kamu seperti raja. Tetapi kenapa dia seperti begitu banyak berubah dalam hanya dua tahun? Mungkin disebabkan perkahwinannya, fikir Li Wanting.

Lin Wanting menggenggam telefonnya dengan kuat dan cuba membuat suaranya kedengaran lebih manis. "Saya dengar daripada Fu Lengbing yang kamu juga akan datang ke majlis pertemuan semula sekolah menengah kita. Saya tidak tahu apa untuk dipakai ke majlis tersebut, dan kita pun sudah lama tidak berjumpa. Jom pergi membeli-belah bersama?"

Pada kehidupan yang lepas, Su Qianci telah tertipu dengan sikap Li Wanting yang berpura-pura ramah dan pergi membeli-belah dengannya tanpa ragu-ragu. Su Qianci menghadiahkan perempuan itu sehelai gaun koktel dari jenama mewah, manakala Lin memilih sehelai gaun fesyen lama untuk Su Qianci. Pada malam tersebut, Lin Wanting kelihatan seperti puteri salju manakala Su Qianci di sebelahnya kelihatan seperti permaisuri jahat. Lin Wanting memberitahu semua orang gaunnya yang cantik telah dihadiahkan oleh Su Qianci dan berharga lebih seratus ribu. Lin Wanting berkomplot dengan Liu Anan dan membuatkan semua orang percaya bahawa Su Qianci ialah perempuan simpanan kepada lelaki kaya. Lagipun, tiada siapa yang akan menjangka Su Qianci berkahwin dengan jejaka paling diminati ramai di Kingstown,

Su Qianci langsung tidak berpeluang untuk membersihkan namanya. Tambahan pula, dalam kehidupannya yang lalu itu dia seorang yang panas baran. Apabila dituduh sebegitu, dia hilang sabar dan memecahkan segala benda di majlis itu, lalu memberi lebih banyak pandangan buruk terhadapnya. Su Qianci tidak tahu semuanya telah dirancang oleh Tang Mengying dan Liu Anan. Li Sicheng hanya memerhatikan semua perkara yang berlaku itu dan langsung tidak berkata apa-apa.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C50
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login