Download App

Chapter 854: Kamu Ingat Semua Orang akan Sentiasa Sukakan Kamu?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming menarik Yu Lili dengan kasar ke dalam bilik, kemudian menolaknya dan terus menutup pintu.

"Ou Ming, apa yang kamu mahu lakukan?!" Yu Lili teramat berang. "Kenapa dengan rumah saya?!"

"Kamu tak fahamkah? Tuan rumah tempat kamu hampir bunuh diri itu sangat marah dan buang kamu." Ou Ming membuka butang bajunya satu persatu dengan perlahan dan penuh elegan.

Yu Lili bertambah jengkel dan membentak, "Kamu yang lakukannya, bukan? Tuan rumah itu sangat sukakan saya. Tak mungkin dia buang saya?"

"Hm…" Ou Ming menyengetkan kepalanya dan mendengus sinis. "Kamu terlalu naif, Cik Yu. Kamu hampir mati di situ. Kalau berita itu tersebar, siapa mahu menyewa rumah itu? Kamu ingat semua orang akan sentiasa sukakan kamu?"

Kamu ingat semua orang akan sentiasa sukakan kamu?

Ayat terakhir itu membuatkan Yu Lili berasa sedih. Dia memandang Ou Ming sebelum berpaling dan berjalan ke arah pintu.

Ou Ming hanya melihatnya dan berkata dengan nada malas, "Apa kamu nak lakukan?"

Yu Lili tidak mengendahkannya dan terus berlari ke arah pintu.

Nada Ou Ming kedengaran dingin ketika berkata, "Kawan baik kamu minta saya bercakap dengan kamu. Kamu nak hampakan dia?"

Langkah Yu Lili terhenti. Dia berpaling ke arah Ou Ming. Dengan sedikit teragak-agak, dia bertanya, "Apa yang kamu mahu cakap?"

"Entahlah." Ou Ming berjalan perlahan ke arah Yu Lili dengan langkahan kaki yang tidak kedengaran. "Tapi kamu pasti ada banyak perkara untuk beritahu saya, bukan begitu?" Dia bergerak semakin hampir dan jarak antara mereka sudah amat dekat. "Contohnya, perkara yang kamu mahu beritahu Su Qianci, tetapi terhenti bila kamu nampak saya datang." 

Ou Ming berhenti selang dua langkah dari Yu Lili. Tangannya diletakkan di dalam poket dan tersenyum jahat.

Yu Lili terkejut dan memandang Ou Ming dengan tidak percaya.

Betulkah? Ou Ming percaya ada sebabnya? Ou Ming benar-benar percaya… dia bukan sengaja?

Perkara itu amat di luar jangkaannya. Matanya mula berkaca dan hampir menumpahkan air mata. Kegembiraan dan keterujaan terus memenuhi ruang hatinya.

Yu Lili memandang Ou Ming dan mahu berkata sesuatu, tetapi ketika itu juga, Ou Ming berkata, "Saya amat berminat untuk tahu penipuan apa yang kamu hampir buat hari ini."

Kata-kata yang hampir diluahkannya seakan kembali tertelan. Saat ini, kegembiraan dan keterujaannya tadi bertukar menjadi lawak jenaka.

"Haha…" Yu Lili memalingkan wajahnya dan tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia berpaling ke belakang lalu membuka pintu.

Ou Ming memandang belakang Yu Lili dengan pandangan yang mendalam. Tiba-tiba dia menarik lengan Yu Lili lalu memusingkan tubuh wanita itu dan menahannya pada pintu. Yu Lili memandang Ou Ming di hadapannya.

Tangan Ou Ming berada di dadanya dan kaki lelaki itu mengikat kakinya. Mata cantik Ou Ming merenung ke dalam matanya. Suara lelaki itu kedengaran bahaya dan kasar ketika dia bertanya, "Kenapa kamu tak cakap saja? Takut saya akan bongkar penipuan kamu?"


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C854
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login