Download App

Chapter 23: bab23

  Aku merenung lama laut yang terbentang luas dihadapanku sambil angin menampar lembut wajahku.

Majlis perkahwinan Hana telah pun selesai, ibu pun dah berjumpa dengan umi, majlis aku dan Haniff akan berlangsung lagi dua hari. Segala persiapan telah pun disiapkan dengan bantuan umi dan ibu. Aku pegang kata-kata Haniff yang dia sayangkan aku lebih dari dirinya. Aku pertaruhkan hidup aku, dengan berbekalkan secalit rasa suka terhadapnya.

"hai Alisya, sorang je ke? Mana encik tunang?" sapa Hamzah lalu mengambil tempat disebelahku.

"sorang jelah, Haniff ada meeting dengan chef resort, untuk makanan masa majlis nanti, malas lah nak join, Haniff lagi bagus bab-bab ni," ucapku bersama senyuman nipis.

"tak sangkakan, dari tunang tipu-tipu, lusa dah nak nikah dah," ujar Hamzah sambil menguis pasir pantai.

"entahlah, cepat sangat jadi, rasa macam mimpi pun ada," ujarku bersama senyuman hambar.

"Hamzah, saya nak tanya awak satu perkara boleh?" soalku teragak-agak, dalam fikiran ku sedang ligat menyusun ayat untuk diutarakan kepada Hamzah.

"fasal apa?" soal Hamzah ringkas  bersama kerutan di dahi.

"siapa Mira?" soalku , hati masih lagi mencari jawapan mengenai Mira, aku pasti Hamzah tahu,

"mana awak tahu fasal Mira? Haniff ke bagitahu?" soalnya bersama wajah yang jelas dia terkejut dengan soalan itu.

"Haniff hanya bagitahu Mira bekas kekasih dia, tapi saya tak tahu keseluruhan cerita, dan saya yakin Mira lah yang awak cerita tentang tragedi yang menimpa Haniff tu? Betulkan Hamzah?" tanyaku sambil memandang wajah Hamzah yang sedikit kemerahan, aku tidak pasti, merah kerana panas mtahari atau panas dengan soalanku.

Hamzah menarik nafas dalam menghembusnya lemah.

"Alisya, saya rasa saya bukan orang yang sesuai untuk ceritakan benda ni, ni kisah pribadi Haniff, biarlah dia yang cerita, bukan saya," luahnya lembut, pandangannya bagaikan meminta untuk aku mengerti.

"Hamzah, saya ada hak tau, saya nak nikah dengan dia, saya nak tahu apa yang jadi, "rayuku,  selagi aku tidak tahu sejarah mereka, manakan aku dapat belagak tenang.

"kalau saya cerita, awak jangan bagitahu Haniff," ujar Hamzah sambil menggusap belakang kepalanya.

"okay," setujuku bersama anggukan.

" erm, Mira,.. Haish saya tak boleh lah Alisya, Haniff tu adik saya," luah Hamzah kesal.

"tolong lah Hamzah, saya nak tahu..saya yang kena hidup dengan dia, saya nak tahu kisah dia," pujukku lagi.

" ok lah, Amira tu kekasih dia masa sekolah menengah,dia kenal Mira lepas arwah mama meninggal, lepas arwah mama tak ada, Haniff jadi liar, ponteng sekolah, merokok, cuba ldadah, macam-macam aktiviti yang dia terlibat, dia kenal Mira masa melepak dengan kawan-kawan dia yang nakal tu lah, Mira salah seorang dari dia orang, tapi Mira ni pandai bawa diri, walaupun dia berkawan dengan budak-budak macam tu, tapi dia tak ambik barang-barang terlarang,rokok pun tak hisap," ujar Hamzah bersama helaan nafas berat. Mungkin dia juga terkenang saat itu.

"maksudnya, Mira orang yang buat Haniff berubah ke arah kebaikan balik?" soalku kepada Hamzah disebelah.

"boleh dikatakan macam tu

lah, lepas kenal Mira, Haniff perlahan lahan berubah, dia orang dah tak terlibat sangat dengan budak-budak nakal dan mula fokus dalam pelajaran. Mira ni, anak yatim juga tinggal dekat rumah anak yatim, konflik dia orang berlaku masa seminggu lepas peperiksaan SPM tamat, Mira jumpa Haniff, dia cakap dia mengandung," belum pun sempat Hamzah menghabiskan kata katannya aku memotong pantas.

"anak Haniff ke?" soalku resah,

"sabar  Alisya, saya tak habis cakap lagi, " ucapnya sambil menggelengkan kepala.

"bukan anak Haniff, hubungan dia orang tak lah sejauh itu, Mira cakap dia kena rogol, tapi Haniff tak percaya, Haniff rasa Mira curang, jadi dia tinggalkan Mira, esok pagi tu, orang jumpa Mira tergantung dekat belakang rumah anak yatim yang dia tinggal, hasil siasatan mengesahkan Mira kena rogol dengan tukang sapu rumah anak yatim tu, lepas pada peristiwa tu, Haniff kembali muram, tapi kali ni, dia tak nak keluar bilik, taknak makan, taknak mandi, dan mula berhalusinasi, jadi, ibu bawa Haniff untuk rawatan, 6bulan lepas tu, Haniff dan kembali normal, tapi bukan dengan perempuan, dia rasa dia tak mampu jadi pelindung." jelas Hamzah bersama riak yang sungguh sayu.

Jadi, maksudnya Haniff pernah mengalami kemurungan, sungguh menyiksakan kehilangan orang yang dia sayang.

"maksudnya, Mira meninggal sebab bunuh diri?" soalku perlahan.

Hamzah mengangguk bersama senyuman kelat.

"ok, now dah clearkan, saya harap awak boleh bahagiakan dia, saya yakin awak istimewa sehingga boleh buka balik hati Haniff Mikail, 10 tahun dia hidup dalam bayangan Mira, tapi awak berjaya terangi ruang hati dia dan hapuskan bayangan tu, sebabtu saya beralah, demi Haniff." tutur Hamzah sambil tersenyum.

"saya harap awak tak fikir dah fasal Mira, dia dah tak ada pun, fokus untuk hubungan korang yang lagi 2 hari nak terbina. Ni nasihat dari seorang abang ye," ucap Hamzah lalu menyinsing kaki seluar dan berdiri.

"nak pergi mana?" soalku kepada Hamzah.

"nak pergi rasa air laut, " ucapnya lalu berlari anak menuju ke gigi pantai.

Aku menghembuskan nafas berat. Mampukah aku memberi dia cinta sehebat Mira, walau sedekad dia pergi, Haniff tetap simpa dia di hati, mampukah aku?

"ehem! Tenung Hamzah ke tu?" sapa seseorang dari belakang.

Aku menoleh kebelakang terlihat Haniff yang membongkan badan besama senyumab nipis di wajah.

"eh, dah habis ke meeting?" soalku kepada jejaka yang memakai kemeja putih yang dipadankan bersama seluar hitam.

"dah..ni untuk awak" ujarnya seraya menghulurkan sebuah beg kertas.

Aku menyambut hulurannya, terdapat dua gelas air dari tealive dan beberapa biji muffin didalam beg kertas tersebut.

"awak keluar bila?" soalku hairan,

"tak keluar pun, saya suruh staf beli tadi ucapnya sambil meraup rambutnya yang ditiup angin bayu.

Sepasang kaca mata hitam dikeluarkan dari poket kemejanya lalu disangkut pada telinga.

Amboii kemain, feeling je pakcik ni! Kataku di dalam hati.

"awak tak jawab lagi soalan saya, renung Hamzah ke tadi?" soalnya sedikit serius.

"haah, kenalah cuci mata, tinggal 2hari je lagi sebelum tarikh luput," ujarku selamba,

"auch, macam tu eh, awak tahu tak yang Hamzah suka awak?" soal Haniff lalu menjongketkan sebelah keningnya.

"tahu, " jawabku sambil menyedut air yang dibeli Haniff.

"awak tahu?!" soal Haniff terkejut seraya menanggal cermin mata hitamnya.

"kenapa?" tanyaku, aku mencuri pandang wajah Haniff, tak dapat aku banyangkan, wajah kacak milik dia ini pernah berduka dan besedih, kulit putih miliknya pernah basah dek air mata selama berbula bulan. Kuatnya dia, dan lagi 2 hari, dia akan bergelar suami padaku, suami pada Qalisya Amani yang banyak kekurangan.

"ehem, janganlah pandang saya macam tu,rasa macam nak nikah malam ni je," tutur Haniff perlahan diiringi senyuman nakal.

Buntang mataku mendengar kata-kata yang meluncur dari bibir merah pucat itu, wajahku terasa sedikit membahang, kau malu ke Alisya? Haishh.

"Miss Qalisya, are you blushing? Seriously?" soalnya bersama ketawa kecil.

"mana ada, panas pantai lah," dalihku lalu cuba mengalihkan wajahku ke arah lain.

"really? Rasanya mata saya ni, tak rabun lagi, but its ok, saya akan pura-pura tak nampak," ujarnya sambil ketawa.

***

Riuh rendah kamarku dengan suara umi, ibu, Hana dan adik-adik perempuanku.

"lusa anak umi ni dah nak jadi isteri orang, cepat je masa berlalu." ujar umi sambil mengusap belakangku.

Aku mengenali umi sejak aku berusia 6 tahun, dia lah ibu buatku. Dia lah ratu di hatiku, walaupun aku hanya anak yatim, tapi umi melaya aku bagaikan anak sendiri.

"umi, Lisya nak nikah je, bukannya nak pindah ke luar negara," ucapku bersama senyuman.

"Alisya dah decide ke nak duduk mana lepas nikah?" soal Ci Nor yang kini aku sudah pun memanggilnya dengan panggilan ibu.

"tak tahu lah ibu, Haniff tak cakap apa-apa pun, tapi kalau duduk kuaters tu, duduk rumah Lisya lah, sebab rumah Haniff kan ada Hamzah," tuturku kepada Cik Nor.

"eh, kamu panggil Haniff nama je?" soal umi lalu mencuit peha kanan ku.

"dah nama dia Haniff, nak panggil apa lagi umi? Mikail ke?" soal aku hairan. Memang selama ni aku panggil dia Haniff pun, takkan lah tiba-tiba nak panggil Mikail.

"bukan tu maksud umi, maksud umi, panggil lah abang ke, barulah nampak hormat, dia kan bakal suami kamu." nasihat umi lembut.

A..aa bang?! Uish mamat tu tua setahun je dari aku, takkan lah nak berabang bagai,geli lah!.

"betul tu Alisya, panggil lah abang, mesti manis je dengar, ke nak panggilan moden? Macam apa, hubby? Darling?" ucap Cik Nor sambil ketawa bersama sambutan ketawa umi dan yang lain.

Aduh .. Hubby? Darling? Lagi lahh euwww, mahu tak tunjuk muka aku setahun!.

"hehe, nantilah lepas nikah lah Lisya fikirkan ye," ujarku sambil tersengih.

"panggil tau Lisya, jangan buat-buat lupa pula," pesan umi sekali lagi.

Aku mengangguk kepala perlahan, haih kalau umi sampai pesan dua kali ni, maksudnya memang kena buat lah, hadehh.

Tet tet..

Terdengar notifikasi mesej berbunyi, aku mengerut dahi perlahan, siapa yang hantar mesej malam-malam ni,

Haniff? Nak apa pakcik ni?!

Pegun diriku membaca bait-bait mesej yang dihantar Haniff.

BERSAMBUNG...

P/s: hola-hola, bab ni pnjg sikit dari biasa, agak2 Haniff mesej apa eh? Jadi ke dia orang kahwin? Hurmm jumpa next bab! Jgn lupa vote, komen dan shareee , saranghaeeeee,


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C23
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login