
Sebuah sekolah yang dahulunya penuh dengan tawa kini bertukar menjadi medan mimpi ngeri apabila satu wabak misteri tiba-tiba merebak tanpa amaran. Pelajar dan guru berubah menjadi makhluk ganas yang hilang kewarasan. Ini memaksa sekumpulan pelajar yang masih selamat berjuang demi terus hidup. Di tengah kekacauan itu, Kamal terperangkap bersama rakan-rakannya termasuk Hadi, Azam dan Dayana. Dalam usaha melarikan diri, mereka bukan sahaja perlu berdepan ancaman zombi tetapi juga konflik dalaman, salah faham dan kehilangan yang semakin menghimpit. Namun, apa yang lebih menakutkan, wabak itu bukan sekadar kebetulan. Apabila kebenaran mula terungkai, satu keputusan kejam terpaksa dibuat untuk mengorbankan yang sedikit demi menyelamatkan yang lain. Dalam dunia yang semakin runtuh, kepercayaan menjadi rapuh, harapan semakin pudar dan setiap pilihan membawa harga yang mahal. Siapakah yang akan bertahan hingga akhir dan siapakah yang akan jatuh bersama sekolah yang telah musnah ini?

# AKSI# PETUALANGAN# SISTEM# SIHIR
Dragon Watch Chronicles Ribuan tahun yang lalu, dunia ini bukan milik manusia. Ia milik naga. Enam Ancient Dragon memerintah langit, bumi, dan lautan sejak zaman yang tidak dapat diingati. Namun kedamaian itu tidak kekal apabila salah seorang daripada mereka — Reingon, Ancient Dragon Cahaya — mula memakan Core Elemen naga-naga lain demi mengumpul kuasa yang tidak sepatutnya dimiliki sesiapa. Satu persatu naga purba jatuh. Sehingga tinggal seorang yang masih berani berdiri. Drakgon, Ancient Dragon Kegelapan, tahu dia tidak mampu mengalahkan Reingon yang telah menjadi terlalu kuat. Namun di ambang kematiannya, dia membuat satu pilihan yang mengubah sejarah dunia — mengorbankan nyawanya sendiri untuk mengaktifkan kutukan purba yang memakan Reingon dari dalam. Seminggu kemudian, Reingon menemui ajalnya. Peperangan berakhir. Namun dunia yang ditinggalkan tidak lagi sama. Dari kegelapan peristiwa itu, satu artifak misteri muncul tanpa diketahui asalnya — Dragon Watch. Sebuah ikatan suci antara manusia dan naga. Sebuah harapan bahawa tragedi yang sama tidak akan berulang. Untuk satu ketika, kedamaian kembali. Namun manusia adalah manusia. Keserakahan mula menular. Kuasa mula disalahgunakan. Dan keseimbangan yang dijaga Dragon Watch mula tergugat sekali lagi. Maka pada hari yang tidak diduga, lima remaja dari dunia lain tersesat masuk ke dunia naga secara tidak sengaja. Haruki dan rakan-rakannya bukan pahlawan. Bukan pejuang. Bukan siapa-siapa. Namun Dragon Watch memilih mereka. Dan apabila mereka mula memahami dunia yang sedang mereka jejaki — dunia yang penuh dengan rahsia purba, naga yang lama tidur, dan manusia yang semakin serakah — mereka menyedari satu kebenaran yang tidak dapat dielakkan. Hanya mereka yang boleh menghentikan kehancuran ini. Sekali lagi. Bermulalah kisah Dragon Watch Chronicles.

# AKSI# MISTERI# BALASDENDAM# PENGKHIANATAN# URBAN# MAFIA# FREKUENSI WANITA# IDENTITASTERSEMBUNYI# PENYELUNDUP# THRILLER
Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis misteri yang tinggal bersama keluarga angkatnya. Meskipun pakcik sebelah ibu angkatnya itu tidak menyukainya. Namun Ayla tetap bersyukur kerana dia dapat merasakan kebahagiaan bersama keluarga angkatnya itu. Mereka menganggap dirinya sebagai salah seorang daripada anggota keluarga mereka sendiri.

# DITINGGALKAN# BIASA# EGOIS# ADIL
"dulu kau crush aku,sekarang kau dah jadi suami aku" -Junkyu

# AKSI# ROMANSA# SISTEM# MISTERI# GELAP# KEKUATANSUPER# BALASDENDAM# KIAMAT# TERLAHIR KEMBALI# TRANSFORMASI
NOX – SINOPSIS UTAMA Di dunia Neo MisRosm, manusia telah lama melupakan legenda ultra cahaya yang pernah jadi pelindung dunia itu. Namun apabila makhluk-makhluk dari kegelapan purba mula menyerang semula, harapan yang hampir lenyap kembali menyala melalui seorang. Disclaimer: Karya ini merupakan karya fiksyen peminat. Segala rujukan kepada “Ultraman” dan elemen berkaitan adalah hak cipta milik Tsuburaya Productions. Cerita, watak asal seperti Ultra Dark Nox adalah ciptaan penulis dan tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan mana-mana produksi berlesen. Karya ini tidak bertujuan untuk tujuan komersial atau menjejaskan hak pemilik asal.
110 BabMagdagdagDalam Perpustakaan

# AKSI# PETUALANGAN# SIHIR# MISTERI# SUPERNATURAL# VAMPIR# HIBURAN# SLAYERS
200 tahun dahulu sebuah kerajaan yang sangat hebat dan maju daripada kerajaan lain tetapi kerajaan itu runtuh apabila diserang oleh rakyatnya sendiri dan sebuah sumpahan terjadi kerana seorang ahli sihir. kaziy adalah vampire yang miliki fikiran yang berbeza dengan vampire lain tapi dia juga tetap seekor vampire yang inginkan darah juga dan ini kisahnya bersama dengan seorang pemburu vampire. "Kau dengar cakap aku kerana aku dah beli kau jadi.aku tuan kau sekarang" "Blehh..aku tak akan tunduk kepada kau.. musuh aku"

# AKSI# ROMANSA# PETUALANGAN# SISTEM# REINKARNASI# SIHIR
Setelah mengalami pemutus hubungan sepihak dengan kekasihnya, Zack ditinggalkan sendiri. Dia kamudian berjalan pulang dalam kesedihan dan tidak sedar akan sekelilingnya dan dilanggar oleh lori. Saat dia memikirkan dirinya sudah mati, dia terbangun disebuah tempat yang sangat asing dan melihat peperangan. kini dengan bangkitnya dia didunia lain, apakah yang akan dilakukan Zack selanjutnya. (Setiap Episod terbit seminggu sekali!!)

# AKSI# PETUALANGAN# SIHIR# LEMAHJADIKUAT# TRANSMIGRASI# PENGKHIANATAN# ANTIHERO# THRILLER
"Pahlawan? Aku? Haha.. entahlah..." Kehilangan segalanya dalam sekelip mata akibat pengkhianatan dan fitnah, Kyle melepaskan kemarahan membara terhadap seekor Event Boss Monster. Namun, amukannya itu menjadi jerat-dia melangkah masuk ke dalam sebuah ranjau darah yang tidak berpenghujung. Terperangkap dalam sistem yang ralat dan baju besi yang berat, Kyle kini memulakan perjalanan berdarah demi satu tujuan: Menuntut bela. Kepada sesiapa yang mengharapkan belas kasihan darinya, Kyle hanya ada satu pesanan: "Jangan sebab aku selamatkan nyawa korang, korang nak melekat kat kaki aku. Berdikari lah sikit... kalau tak nak mati kat sini." Ini bukan kisah penyelamat dunia. Ini adalah perjalanan seorang lelaki yang 'rosak' di tengah-tengah sistem yang gagal.

Di bumi Melaka, kuasa batin dan artifak agung menguasai nasib manusia. Rakhta, wakil menteri, mahu menjual rakyat sebagai hamba, dan hanya Badang yang berani menentangnya. Namun ketika armada Eropah diketuai Ragnar Ortellon, salah seorang Duli Bayangan Derhaka, menyerang Melaka, Badang gugur di medan perang. Pewaris Keris Saktul Aruan, Musang, budak 11 tahun, mewarisi kuasa luar biasa dan menewaskan seorang Duli Bayangan Derhaka. Diburu tentera Melaka, Musang menyembunyikan identitinya dan kembali ke Nusantara untuk membersihkan nama ayahnya serta menjatuhkan tujuh pelabuhan haram milik Rakta yang menjadi kunci kuasa wilayah.
![METROCITY A.R.I.A [PROTOCOL ZERO]](http://www.yueimg.com/en/images/imgPh.0941440f.png)
# AKSI# LEMAHJADIKUAT# MISTERI
Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam satu insiden misteri, Khairul cuba menjalani hidup seperti remaja biasa - sehingga satu hari, secara tidak sengaja, dia mengaktifkan sebuah AI bernama A.R.I.A, yang melekat pada pergelangan tangannya sebagai jam futuristik. Sejak detik itu, dunia Khairul berubah sepenuhnya. Dia dibawa ke fasiliti rahsia SPEKTRA, pasukan elit yang beroperasi di bawah Metrocity. Di situ, para ejen dilatih menggunakan teknologi canggih untuk melindungi bandar daripada ancaman yang tersembunyi, sambil menyembunyikan rahsia gelap yang boleh mengubah segalanya. Dalam dunia penuh misteri ini, Khairul bertemu Ejen Ling, seorang ejen cekap dan berhati mulia, serta Uncle Hairul, pamannya yang penuh rahsia dan kemampuan luar biasa. Tetapi, latihan Khairul tidak berjalan seperti yang dijangkakan. Jam A.R.I.A mula menyingkap rahsia - bukan hanya tentang nasib Khairul, tetapi juga tentang masa lalu gelap SPEKTRA, yang selama ini tersembunyi daripada dunia. Apabila bayangan mula bergerak di balik cahaya neon Metrocity, Khairul menyedari bahawa menjadi seorang pelindung bukan sekadar kekuatan... tetapi tentang keberanian untuk mempertikaikan arahan yang mungkin memusnahkan semuanya. Kerana kadang-kadang... arahan tidak semestinya untuk diikuti.

# R-18# BALASDENDAM# PENGKHIANATAN# DIKHIANATI
Apabila hati terluka terlalu dalam, maka segalanya menjadi muktamad, Daniel yang terluka terlalu banyak oleh segala perilaku dari keluarganya membuat dirinya memutuskan meninggalkan segalanya.

Di sebuah pulau tidak termaktub di peta dunia, berdirinya Maktab Sains Teknologi Magika yang berteriak; menyeru pelajar ke institusi ini sebagai tingkatan enam mereka. Kedengaran maktab biasa sahaja bukan? Namun, realitinya ia adalah institusi elit sesuai dengan kelayakan yang tinggi dan ditapis melalui peperiksaan kemasukan. Golongan yang lulus dalam ujian ini diberi julukan 'S+' atas dasar kesulitan yang ekstrem. Setiap tahun hanya 20 orang pelajar terpilih dan maksimum pelajar lelaki 5 orang. Mereka terpilih bukan semata-mata untuk belajar tetapi untuk untuk menghulurkan tangan kepada kemajuan dan keselamatan. Sebagai S+, mereka didedahkan kepada banyak eksperimen, pembentangan dan membuat produk mereka sendiri. Di sebalik dedaun pintu makmal, eksperimen dibuat dengan adanya sentuhan aliran magis di hasil kerja mereka . Produk yang berjaya dinobatkan sebagai 'zarah' kerana ia akan membantu serba sedikit rakyat. Indah khabar dari rupa... kerajaan menggunakan zarah untuk kejahatan. Semua ini dirahsiakan dari pengetahuan S+. "It's 80/20... do you dare to risk it?" Adakah mereka akan merungkai niat itu? Atau mereka terlambat bertindak jika mereka maklum?

# AKSI# KEKUATANSUPER# BERTAHANHIDUP
SINOPSIS RASMI – High School Secret Undercover (Volume 1) Dunia Noxirius berada di ambang ketidakstabilan. Monster dari Rift Gate semakin agresif, manakala beberapa pelajar Akademi Shinsei — pusat latihan utama HyperHuman — mulai hilang tanpa jejak. Pihak kerajaan mengesyaki kewujudan penyusup misteri yang bergerak dari dalam akademi, menargetkan pelajar yang mempunyai potensi luar biasa. Untuk menyiasat kebenaran, Noxirius High Council menghantar seorang agen ganda elit: Mizuki Touya — ExpertHuman muda paling menjanjikan yang pernah dilahirkan. Dengan identiti rahsia sebagai “pelajar baru”, Touya ditugaskan untuk: Menyamar sebagai HyperHuman yang baru bangkit. Memantau pergerakan pelajar berbakat tinggi yang mungkin menjadi sasaran. Menjejak dalang yang menculik pelajar, dipercayai berkait dengan organisasi bayangan yang mengawal Rift Gate. Mengumpul bukti tanpa menimbulkan kecurigaan sesiapa, termasuk tenaga pengajar. Namun, sebaik sahaja memasuki akademi, Touya mula menyedari bahawa ancaman sebenarnya jauh lebih besar dari yang disangka. Sebahagian pelajar HyperHuman tidak hanya hilang — tetapi dipaksa untuk diubah menjadi senjata hidup bagi Apex Mastermind yang menanti di sebalik Rift Gate. Dalam perjalanan menyamar itu, Touya sendiri melalui transformasi peribadi dan fizikal. Setiap pertarungan, setiap petunjuk, dan setiap kehilangan yang disaksikan… akhirnya menolak had kekuatannya sehingga dia berjaya menembusi batas ExpertHuman dan naik tingkat menjadi LegendaryHuman pada penghujung Volume 1. Dengan kekuatan baharu tetapi musuh yang semakin dekat, Touya kini menjadi satu-satunya agen yang mampu melindungi pelajar Akademi Shinsei — dan menghalang organisasi gelap itu daripada melancarkan peperangan dimensi.
Akhir