In love with Megat Law's words. Big fan of him. Also a shakespear die hard fan. Nur Hana Razak, 11/11/2025, pray for our brighter future would you?
I started writing in 2017
Zul, pelajar tahun 2 di sebuah IPT Awam dalam negara, ketua pasukan bagi pasukan ragbi kampusnya, anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Datuk.
Mulanya dia merasakan dengan duit, dia mampu mengekalkan perasaan cinta Ain terhadapnya. Segala kemewahan telah dicurahkan kepada yang tercinta, yang diharapkan sebagai pulangan hanyalah erti setia.
Namun, cinta itu buta, ya benar, cinta telah membutakan mata Zul dan Ain dalam menentukan perjalanan cinta mereka berdua. Kesanggupan Ain berpaling tadah daripada Zul untuk menyambut semula tangan bekas kekasihnya menghitamkan segala dunia dan masa hadapan Zul.
Senyuman yang selalu terukir di bibir kini hilang, manis di wajah kini suram, prestasinya di dalam pasukan ragbi dan sebagai ketua pasukan juga semakin kelam. Dunianya punah! Semangatnya musnah!
Kesuraman itu lama-kelamaan dihembus berlalu oleh seorang bidadari utusan Tuhan, datang membawa secebis harapan. Harapan untuk Zul kembali mempercayai bahawa, semua orang berhak untuk bahagia....
Selepas cinta pertama berakhir dengan duka yang hampir meragut nyawanya, Zul sudah tidak menaruh harapan untuk memulakan sekali lagi. Dia tekad memulakan hidup baru, fokusnya diarahkan kepada mencapai apa yang dirinya hajati dan mahukan. Beliau tidak mahu menoleh kembali ke belakang, mengenang kembali derita bagaimana cintanya yang tulus setia dirobek serta dipermainkan oleh insan yang paling istimewa dalam hidupnya.
Namun, aturan Tuhan itu siapalah yang dapat mengagak, Imi mula mengumpul kembali segala kekuatannya untuk percaya kembali kepada makna cinta apabila dia berkenalan dengan seorang gadis di laman sosial, Hannah. Bermula dengan berbalas pesanan DM di Twitter, mereka melangkah ke lembah percintaan apabila kedua-dua hati sudah meluahkan rasa sayang.
Bak kata pujangga, tiap kemanisan di dunia, pasti akan berakhir dengan kedukaan. Zul dan Hannah menempuh pelbagai dugaan, perit perih percintaan sepanjang mereka bersama. Sehinggalah suatu hari, di saat Hannah melafazkan kata-kata yang tidak pernah Imi jangkakan akan meluncur keluar dari mulut kekasihnya itu, "Saya nak putus...."