Not your preferred language? Here to Choose your language.
Waktu Remajaku Bermula Dengannya

Waktu Remajaku Bermula Dengannya MYBWH

Author: Baby Piggie

4.71 (529 ratings)

103 Dorongan 5yr

Translator: - -Editor: - -

"Tak apa. Dia bukan selera saya."
"Standard kamu memang tinggi, Mian. Beritahu saya apa selera kamu. Saya boleh kenalkan kamu kepada seseorang yang saya kenal."
"Terima kasih sahajalah. Kamu sendiri pun tak ada teman lelaki." Kata Huo Mian tidak berdaya.
"Itu sebab saya cerewet. Oh ya, kalau kamu tidak suka dia, boleh tak kalau kamu bagi saya nombor telefonnya? Maksud saya, yang dari Jabatan Radiologi itu."
"Em, sudah tentu." Selepas bercakap, Huo Mian menolak semua bunga itu ke tepi dan menghulurkan satu senarai nombor telefon kepada Huang Yue.
"Semua ada di sini. Ambil sahaja mana yang kamu suka."
"Terima kasih, Kak Long Mian." Kata Huang Yue dengan mukanya yang dihiasi kegirangan.
Sejurus kemudian, pintu bilik kecemasan terbuka dan Ketua Jururawat masuk, kelihatan serius.
"Huo Mian, ikut saya."
"Ya."
"Oh tidak! Perempuan tua itu pasti sudah tahu apa yang berlaku. Hati-hati!" Huang Yue berkata dengan penuh simpati.
Bulu roma Huo Mian meremang. Dia tidak pernah menyangka pe

Latest Updates