Not your preferred language? Here to Choose your language.
Avatar Raja

Avatar Raja TKA

Author: Butterfly Blue

4.42 (49 ratings)

543 Para Perisik 4yr

Translator: NomyummiEditor: GravityTales, Nomyummi

Chen Guo kelihatan agak tergamam. Dia tidak terlalu faham, tetapi setelah membaca dua pos susulan itu, dia lebih memahami apa yang berlaku.
Tindakan Blue Brook adalah akibat paksaan. Dengan adanya pos bukti, biarpun para persatuan lain tahu yang Blue Brook tidak berbuat demikian dengan sengaja, tanpa adanya bukti kukuh untuk menunjukkan yang mereka tidak terlibat, mereka tidak keberatan untuk menyalahkan Blue Brook. Serangan seperti ini jauh lebih bernilai berbanding perlawanan 1 lawan 1 dalam permainan. Blue Brook dinaungi oleh kelab dan pasukan profesional. Persatuan yang merupakan gabungan 3 entiti ini sememangnya sukar hendak dicederakan melalui perlawanan 1 lawan 1.
Sebaliknya, pendedahan skandal akan melemahkan populariti salah satu daripada 3 entiti ini dan boleh dianggap sebagai pukulan besar terhadap reputasi mereka.
Blue Brook jelas sekali memahami tentang ini. Disebabkan itu, mereka membersihkan diri dari perkara ini dan enggan membenarkan para persatuan lain peluang ini

Latest Updates